Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

UNIT 3
HURUF JAWI DAN PADANANNYA DENGAN
HURUF RUMI DAN SEBALIKNYA

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda dapat:


1. Mengenal selok belok huruf Jawi dan padanannya dalam huruf rumi.
2. Mempelajari kaedah mengeja Jawi mengikut suku kata.

PENDAHULUAN

uruf Jawi dikenali juga sebagai huruf Melayu mempunyai 37 huruf. Bilangan
huruf jawi yang melebihi abjad rumi menyebabkan tidak semua huruf Jawi itu
dapat dipadankan dengan huruf rumi. Abjad Jawi bermula dari huruf alif dan
berakhir dengan huruf nya. Terdapat enam huruf tambahan rekaan para cendekiawan
silam bagi melengkapi lambang bunyi bahasa Melayu.Berikut merupakan huruf Jawi
mengikut urutannya.

ISI KANDUNGAN

Huruf jawi dan padanannya dengan huruf rumi

Huruf Jawi mempunyai bilangan abjad yang lebih banyak berbanding huruf rumi. Oleh
itu, padanan semua huruf Jawi dengan huruf rumi bukan satu lawan satu.

32
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

1. Terdapat 18 huruf Jawi sahaja yang mempunyai padanan huruf tunggal rumi
tersebut dan dikenali sebagai padanan jati.

[p] [b]

[q] [t]

[k] [j]

[g] [c]

[l] [d]

[m] [r]

[n] [z]

[h] [s]

[v] [f]

Selain padanan jati, terdapat juga padanan gabungan, iaitu satu huruf Jawi dipadankan
dengan dua huruf rumi.

2. Terdapat lima huruf Jawi menggunakan padanan jenis ini dalam ejaan rumi
sekarang yang mempunyai padanan digraf (dua huruf) rumi, padanan tersebut ialah

seperti huruf ga ( ) dipadankan dengan huruf [gh], huruf syin ( ) dipadankan dengan
huruf [sy], huruf kho ( ) dipadankan dengan huruf [kh], huruf nya ( ) dipadankan

sebagai huruf [ny] dan huruf nga ( ) dipadankan sebagai huruf [ng].

3. Terdapat juga huruf Jawi yang tidak mempunyai padanan jati dengan huruf rumi
kerana sebutannya yang berlainan dengan huruf rumi. Terdapat 14 huruf mempunyai

padanan rumi lebih daripada satu huruf. Huruf-huruf tersebut seperti huruf (s,s) ,

(sy,sh) , (dh,z) , (h, h) , ( h,t) , (z,z) , (t,t) , (d,d) , (w,o,u) , (q,k) ,

(k,o,u,e,i,a, ‘) , (k,’) , (th,s) , (e,a) , dan (y,e,i) .

Sa ( ) Bunyi huruf sa ( ) dalam sebutan atau lidah Melayu


berhampiran dengan bunyi huruf sin ( ), maka huruf ini
dipadankan dengan huruf [s]

33
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

Zal ( ) Bunyi zal ( ) hampir serupa dengan huruf zai ( ), maka


huruf ini dipadankan dengan huruf [z]

Sod ( ) Bunyinya hampir dengan sin ( ), maka huruf sod ( ) dan

sin ( ) dipadankan dengan huruf [s]


Dhod ( ) Bunyi huruf dhod ( ) berada di tengah lingkungan huruf
dal-sod, iaitu lebih kepada bunyi dal, maka huruf ini
dipadankan dengan huruf [d]
Disebabkan bunyinya lebih hampir sama dengan huruf [t],
To ( )
tetapi hanya disebut tebal, justeru huruf ini dipadankan
dengan huruf [t]

Zo ( ) Bunyi huruf zo ( ) mirip kepada makhraj huruf zai ( )

seperti dal ( ) dengan dhod ( ), sin ( ) dengan sod


( ), ta ( ) dengan to ( ), huruf ini dipadankan dengan
huruf [z]
Ain ( ) Tempat keluar huruf ain ( ) berhampiran dengan huruf alif
( ), cuma disebut agak sengau (bunyi ke hidung), maka
huruf ini dipadankan dengan huruf [a] jika terdapat pada
awal perkataan. Jika berada di tengah atau di hujung
perkataan, huruf ain ( ) dipadankan dengan huruf [k], iaitu
bunyi hentian glotis.

Huruf Jawi dan Padanan Huruf Rumi

Huruf Rumi Huruf Jawi

Aa

Bb

Tt

Hh, (t)

Ss, (th)

Jj

Hh (h)

Kh, kh

34
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

Dd

Zz (dh)

Rr

Zz

Ss

Sy (sy)

Ss (s)

Zz

Tt (t)

Zz (z)

Aa, Kk, (‘)

Gh (gh)

Ng

Ff

Pp

Kk,(Qq)

Kk

Gg

Ll

Mm

Nn

Ww, Oo, Uu

Vv

Hh

Kk, (‘)

Yy, Ii, Ee
Ye

Nya

35
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

Huruf Tambahan

Huruf Rumi Huruf Jawi

Ca

Ga

Nga

Pa

Va

Nya

Panduan Mengeja Jawi


Kata dan suku-sukunya

erkataan Melayu terdiri daripada beberapa suku kata, sama ada satu suku kata
atau lebih. Contoh-contoh yang berikut dapat memberikan gambaran tentang
berapa suku kata yang membentuk perkataan sama ada kata dasar, kata
berimbuhan ataupun kata majmuk.

Satu Si Pa Cap
suku kata

a+pa (apa) ma+ta (mata), to+long (tolong)


Dua suku
kata

ke+ta+ra (ketara) ha+bu+an (habuan) me+na+ngis (menangis)


Tiga suku
kata

Empat se+jah+te+ra ke+taq+wa+an se+men+ta+ra


suku kata (sejahtera) (ketaqwaan) (sementara)

ber+ke+li+ar+an se+men+te+la+han me+menyem+bah+yang


Lima (berkeliaran) (sementelahan) +kan
suku kata (menyembahyangkan)

36
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

ber+pe+nge+ta+hu+an ke+i+kut+ser+ta+an ber+ke+te+ram+pi+lan


Enam (berpengetahuan) (keikutsertaan) (berketerampilan)
suku kata

Suku Kata terbuka dan Suku Kata Tertutup

Dalam Bahasa Melayu suku kata terbahagi kepada dua jenis, iaitu suku kata terbuka
dan suku kata tertutup.

1. Suku Kata terbuka

uku kata terbuka mempunyai tiga pola, iaitu pertama pola V yang terdiri
daripada bunyi vokal sahaja; kedua pola KV, iaitu terdiri daripada satu bunyi
konsonan diikuti bunyi vokal; dan ketiga pola KD, iaitu bunyi konsonan yang
diikuti oleh diftong.

Contoh suku kata terbuka pola V adalah seperti dalam perkataan ada, enam, ekor, ikan,
orang (huruf yang bercetak tebal merupakan contoh suku kata terbuka pola V).
Manakala, contoh suku kata terbuka pola KV terdapat pada perkataan malam, penat,
buku, hilang, dan batu (huruf yang bercetak tebal merupakan contoh suku kata terbuka
pola KV). Seterusnya, contoh suku kata terbuka pola KD adalah seperti yang terdapat
pada perkataan amboi, kerbau, pulau, lambai, tupai (huruf yang bercetak tebal
merupakan contoh suku kata terbuka pola KD).

Pola V Pola KV Pola KD


Ada Malu Kaloi

Ela Beri Gulai

Bau Buku Pulau

Ikan Hilang Lambai

Orang Batu Tupai

37
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

2. Suku Kata Tertutup

uku kata tertutup merupakan suku kata yang berakhir dengan huruf konsonan.
Suku kata tertutup mempunyai dua pola, iaitu pola VK, iaitu yang terdiri
daripada satu vokal diikuti oleh konsonan dan kedua pola KVK, iaitu konsonan
diikuti oleh vokal dan diakhiri oleh konsonan.

Contoh suku kata tertutup pola VK dapat dilihat pada perkataan andai, entah, intai,
untung, ambil dan anjal (huruf yang bercetak tebal merupakan contoh suku kata tertutup
pola VK). Manakala, contoh suku kata tertutup pola KVK terdapat pada perkataan
tunggu, tangga, tinggi, senget, terus, roboh (huruf yang bercetak tebal merupakan
contoh suku kata tertutup pola KVK).

Pola VK Pola KVK


Andai Tunggu

Entah Tangga

Intai Tinggi

Untung Senget

Ambil Terus

Anjal Roboh

Mengeja Suku Kata

ata-kata Melayu jati, termasuk kata serapan atau ambilan daripada bahasa
asing, terbina daripada berbagai-bagai suku kata. Setiap suku kata itu mesti
mempunyai vokal. Dalam tulisan rumi, semua bunyi vokal mesti dilambangkan
dengan huruf yang telah ditentukan, apabila dalam tulisan Jawi tidak semuanya begitu.
Ada tempat yang bunyi vokal itu mesti dilambangkan huruf yang ditentukan dan ada
tempat yang bunyi vokal itu tidak perlu dilambangkan dengan huruf apa pun.
38
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

1. Suku Kata yang Menggunakan Vokal [e] Pepet

a. Pada Awal Kata

Vokal [e] pepet digunakan pada awal kata dalam suku kata terbuka pola V, contoh
dalam perkataan emak dan enam. Selain itu, vokal [e] pepet digunakan pada awal kata
dalam suku kata tertutup pola VK. Contohnya dalam perkataan entah, erti dan engkau.

Dalam hal ini, vokal [e] pepet hendaklah dilambangkan dengan huruf alif ( ).

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Emak (suku kata terbuka, pola V)

Enam (suku kata terbuka, pola V)

Entah (suku kata tertutup, pola VK)

Erti (suku kata tertutup, pola VK)

Engkau (suku kata tertutup, pola VK)

b. Pada Tengah Kata

Vokal [e] pepet boleh digunakan pada tengah kata dalam suku kata terbuka pola KV.
Contoh dalam perkataan kera dan telah. Demikian juga dalam suku kata tertutup pola
KVK, [e] pepet digunakan dalam perkataan seperti kental dan mentah. Dalam keadaan
ini, vokal [e] pepet tidak dilambangkan dengan huruf apa pun. Dalam tulisan Jawi
perkataan kera, telah, kental dan mentah dieja seperti berikut:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Kera (suku kata terbuka, pola KV)

Telah (suku kata terbuka, pola KV)

Kental (suku kata tertutup, pola KVK)

Mentah (suku kata tertutup, pola KVK)

39
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

c. Pada Akhir Kata

Vokal [e] pepet digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola KV, contoh
dalam perkataan egoisme dan metode. Dalam keadaan ini, vokal [e] pepet hendaklah

dilambangkan dengan huruf ye atau alif al-maqsurah (dalam bahasa Arab) ( ).

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Egoisme

Metode

2. Suku Kata yang Menggunakan Vokal [a]

a. Pada Awal Kata

Vokal [a] digunakan pada awal kata dalam suku kata terbuka pola V. Contohnya dalam
perkataan ayam dan aku. Apabila dalam suku kata tertutup, vokal [a] digunakan pada
pola VK seperti dalam perkataan aksi, ambil dan angsa. Dalam konteks ini, vokal [a]

hendaklah dilambangkan dengan huruf alif ( )

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Ayam

Aku

Aksi
Ambil

Angsa

b. Pada Tengah Kata

Vokal [a] dipakai di tengah dalam suku kata terbuka pola KV seperti dalam perkataan
tali dan berlari. Dalam keadaan ini, vokal [a] hendaklah dilambangkan dengan huruf

alif ( ). Sebaliknya, dalam suku kata tertutup vokal [a] digunakan di tengah dalam
40
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

perkataan pola KVK seperti dalam perkataan sambal dan sumpah. Namun dalam
konteks ini, vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf apa pun. Apa yang perlu ditulis
ialah konsonan yang mengapit vokal itu.

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Tali

Berlari
Sambal

Sumpah

c. Pada Akhir Kata

Vokal [a] digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola V seperti dalam
perkataan dua, ria dan sua. Dalam keadaan ini vokal [a] hendaklah dilambangkan

dengan huruf alif ( ).

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Dua
Ria

Sua

Vokal [a] digunakan pada akhir kata dalam suku kata pola KV. Dalam suku kata yang
begini, vokal [a] boleh didahului oleh suku kata terbuka atau suku kata tertutup. Huruf
konsonan yang mendahului vokal ini juga ada bermacam-macam. Perbezaan pola suku
kata terdahulu dan huruf yang mendahului vokal ini menjadi penentu sama ada vokal ini

perlu dieja dengan memakai huruf alif ( ) atau tidak. Anda boleh mengikuti penjelasan

berikut:
(i) Jika suku kata terbuka yang menggunakan vokal [a] didahului oleh suku kata
terbuka yang memakai vokal [e] pepet, maka vokal [a] itu hendaklah dieja

dengan menggunakan huruf alif ( ). Contohnya dalam perkataan kera, kena,

41
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

lega dan peta. Perkataan-perkataan tersebut dalam ejaan Jawi dieja seperti
berikut:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Kera

Kena

Lega

Peta

(ii) Jika suku kata terbuka yang mengandungi vokal [a] ini didahului oleh suku kata
terbuka yang memaki vokal [a] juga, dan huruf konsonan yang mendahuluinya

ialah /d/, /r/, /ng/, /l/, dan /w/ ) [deranglu] (tanpa mengikut

urutannya, boleh juga disebut lu-dengar = lam+wau+dal+nga+ra) dan seperti


dalam perkataan lada, cara, nganga, kala, dan bawa; maka vokal itu hendaklah

dieja dengan huruf alif ( ) seperti berikut:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Lada

Cara

Nganga

Kala

Bawa

(iii) Jika vokal [a] itu didahului oleh suku kata terbuka seperti di atas, tetapi huruf

konsonan yang mendahuluinya bukan /d/,/r/, /ng/, /l/ dan /u/

42
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

misalnya dalam perkataan laba, kata, raja, baca, masa, bapa, baka, jaga,
nama, mana, kaya, dan hanya, maka dalam ejaan Jawi vokal itu hendaklah

dieja tanpa huruf alif ( ) seperti berikut:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Laba

Kata

Raja

Baca

Masa
Bapa

Baka

Jaga

Nama

Mana

Kaya

Hanya

(iv) Jika vokal [a] itu didahului oleh suku kata terbuka yang menggunakan vokal
selain daripada [a] dan [e] pepet, atau didahului oleh suku kata tertutup, kita
perlu lihat huruf yang mendahului vokal tersebut. Jika yang mendahuluinya ialah

huruf konsonan k atau g ( ), maka vokal itu hendaklah dieja tanpa

menggunakan huruf alif ( ). Contohnya, perkataan reka, muka, tiga, bangka,

dan rongga dalam ejaan Jawi dieja seperti berikut:

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Reka

Muka

43
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

Tiga

Bangka

Rongga

Sebaliknya, jika huruf yang mendahuluinya itu bukan kaf ( ) atau ga ( ), maka

ejaannya hendaklah memakai huruf alif ( ) seperti dalam perkataan tiba, punya, kerja,

harta dan panca.

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Tiba
Punya

Kerja

Harta

Panca

3. Suku Kata yang Menggunakan Vokal [i] atau [e]

a. Pada Awal Kata

Vokal [i] dan [e] digunakan pada awal kata dalam suku kata terbuka pola V. Seperti
pada perkataan ikan, ikut, elak, esok. Dan vokal [i] dan [e] digunakan pada awal kata
dalam suku kata tertutup pola VK. Seperti pada perkataan inti, imbuh, enteng dan
ekzos. Dalam keadaan ini, vokal [i] dan [e] hendaklah dilambangkan dengan huruf

alif-ya ( )

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Ikan

Ikut

44
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

Elak

Esok

Inti

Imbuh

Enteng

Ekzos

b. Pada Tengah Kata

Vokal [i] dan [e] digunakan pada tengah kata dalam suku kata terbuka pola KV atau V.
Seperti pada perkataan bila, lima, dewa, juita, puisi dan kuinin. Demikian juga dalam
suku kata tertutup vokal [i] dan [e] pada pola KVK, seperti pada perkataan simpan,
cuping, tembak. Dalam keadaan ini, vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf

ya ( ).

Ejaan Rumi Ejaan Jawi


Bila

Lima

Dewa

Juita

Puisi

Kuinin

Simpan

Cuping

Tembak

Selain itu, vokal [i] atau [e] digunakan di tengah kata dalam suku kata tertutup pola VK,
iaitu didahului suku kata terbuka seperti pada perkataan main, kail, buih dan keruing.

Dalam keadaan ini vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf hamzah ( )+huruf

ya ( ).

45
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

Ejaan Rumi Ejaan Jawi


Main

Kail

Buih

Keruing

c. Pada akhir kata

Vokal [i] digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola V seperti dalam
perkataan hantui, sukai, kenai. Dalam keadaan ini, vokal [i] hendaklah dilambangkan

dengan huruf hamzah-ya ( ) (hamzah yang ke atas sedikit dari baris). Jika, vokal [i]

digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola KV seperti pada perkataan
roti, kari dan sepi, maka keadaan ini vokal [i] hendaklah dilambangkan dengan huruf

ya ( ).

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Hantui

Sukai

Kenai

Roti

Kari

Sepi

4. Suku Kata yang Menggunakan Vokal [u] atau [o]

a. Pada Awal Kata

Vokal [u] dan [o] digunakan pada awal kata dalam suku kata terbuka pola V. Contohnya
dalam perkataan ulam, ugut, otak, Ogos. Demikian juga vokal [u] dan [o] digunakan
dalam suku kata tertutup pola VK seperti dalam perkataan undi, umpat, ombak, dan
oskar. Dalam keadaan ini vokal [u] dan [o] hendaklah dilambangkan dengan huruf

alif-wau ( ).
46
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Ulam

Ugut

Otak

Ogos

Undi

Umpat

b. Pada Tengah Kata

Vokal [u] dan [o] digunakan di tengah kata dalam suku kata terbuka pola KV seperti
dalam perkataan kuda, rugi, kota dan golok. Demikian juga vokal [u] dan [o] digunakan
dalam suku kata tertutup pola KVK. Contohnya dalam perkataan sumpah, pikul, dan

tonton. Dalam konteks ini vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau ( ).

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Kuda

Rugi

Kota

Golok

Sumpah

Pikul

Tonton

Vokal [u] atau [o] digunakan di tengah kata dalam suku kata tertutup pola VK, iaitu
didahului suku kata terbuka yang menggunakan vokal [a]. Contohnya, dalam perkataan

47
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

jauh, lauk dan paut. Dalam keadaan ini, vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf

hamzah ( )+ huruf wau ( ) (hamzah ke atas sedikit dari baris).

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Jauh

Lauk

Taut

c. Pada Akhir Kata

Vokal [u] digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka pola V seperti dalam

perkataan bau. Dalam keadaan ini, lambang vokal [u] ialah hamzah-wau ( ). Demikian

pula vokal [u] dan [o] juga boleh digunakan pada akhir kata dalam suku kata terbuka
pola KV. Seperti dalam perkataan batu, bisu dan logo. Dalam keadaan ini ejaannya

hendaklah menggunakan huruf vokal wau .

Ejaan Rumi Ejaan Jawi

Bau (suku kata terbuka, pola V)

Batu (suku kata terbuka, pola KV)

Bisu (suku kata terbuka, pola KV)

Logo (suku kata terbuka, pola KV)

RUMUSAN

1. Huruf Jawi asalnya hanyalah 31 huruf yang diambil daripada huruf Hijaiyyah
Arab.
2. Terdapat enam huruf tambahan yang digubal bagi memenuhi keperluan lambang
bunyi bahasa Melayu, menjadikan jumlah keseluruhannya abjad Jawi ialah 37
huruf.
3. Huruf tambahan tersebut ialah huruf ca, nga, pa, va, ga, dan nya.
48
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

4. Dalam ejaan Jawi bunyi vokal perlu dilambangkan dengan huruf vokal di tempat
tertentu sahaja dan tidak semua tempat.

KATA KUNCI

1. Abjad Jawi.
2. Padanan huruf satu lawan satu.
3. Padanan huruf dengan diagraf.
4. Padanan huruf satu lawan berbilang.
5. Suku kata terbuka.
6. Suku kata tertutup.

LATIHAN

Setelah anda membaca unit ini, sila tulis semula huruf berikut mengikut
bentuk dan kedudukannya yang betul.

Huruf Di awal Di tengah Di hujung


Abu Dan Mata
_______________ _____________ ____________
Baju Lembab Bab
______________ ______________ _____________
Tali Buta Tat
______________ ______________ ______________
Jari Baja Caj
_______________ _____________ _____________
Had Sahih Sah
______________ _____________ _____________
Cantik Baca Mac
______________ ________________ _______________
Dari Dada Had
_______________ _____________ _____________
Raja Biru Benar
______________ _______________ _____________

Zakat Beza Ustaz


_______________ ______________ ______________
Satu Besar Jelas
______________ ______________ ______________
Ilmu Nikmat Jamak (solat)
_______________ _____________ _____________
Nganga Mangkuk Menang
_______________ _______________ _______________

49
Huruf Jawi dan Padanannya dengan Huruf Rumi dan Sebaliknya 3

Fakta Telefon Maaf


____________ ______________ _____________
Pandai Pipi Lap
______________ _______________ _____________
Kadar Makbul Pokok
_____________ _______________ _______________
Kerusi Kaki Antik
_______________ _____________ _______________
Gali Jaga Jag
______________ ______________ _______________
Lampu Tolak Botol
_______________ ______________ _______________
Makan Nampak Malam
______________ _____________ _______________

Nasi Minum Makanan


_______________ ______________ _______________
Wajah Bulan Buku
_____________ ______________ _______________
Hari Bahan Bersih
______________ ______________ _______________
Iaitu Bila Beli
______________ ______________ _____________
.

RUJUKAN

Daftar kata bahasa Melayu rumi-sebutan-Jawi (2005). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Hamdan Abdul Rahman (1999). Panduan menulis dan mengeja Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Matlob (2002) Pandai Jawi. Shah Alam: Cerdik Publications Sdn. Bhd.

50

You might also like