Karangan 41 - Isi Masa Cuti

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

www.bmspm.

net

Contoh Karangan SPM: Aktiviti berfaedah ketika cuti sekolah?

Sesetengah pelajar tidak mempunyai aktiviti tertentu pada masa


cuti sekolah.

Bincangkan aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa tersebut.

Cuti sekolah merupakan masa untuk pelajar berehat kerana


mereka tidak perlu ke sekolah untuk belajar. Selain cuti hujung minggu,
pelajar juga mempunyai cuti pertengahan semester dan cuti semester
selain cuti umum negara. Pelbagai pihak sudah memberikan pandangan
mereka tentang cara yang baik untuk memenuhi masa cuti pelajar ini.
Jadi, wujud banyak aktiviti yang berfaedah buat pelajar ketika cuti
mereka itu.

Satu aktiviti yang baik ialah aktiviti yang mamu meningkatkan


pencapaian akademik mereka. Contohnya, mereka boleh menghadiri
kelas tambahan di pusat tuisyen, membuat ulang kaji pelajaran di rumah
dan menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru sebelum cuti
tersebut. Semua aktiviti ini mampu merangsangkan minda pelajar untuk
terus berfikir walaupun mereka masih bercuti untuk meninggikan
prestasi pelajaran mereka kelak. Oleh itu, aktiviti yang berkaitan dengan
pelajaran perlu dilakukan oleh pelajar ketika mereka bercuti ini.

Selain itu, aktiviti yang dapat menambah pengetahuan dan


pengalaman pelajar juga boleh dilakukan ketika cuti sekolah ini. Antara
aktiviti itu ialah pelajar menghadiri seminar motivasi atau membantu ibu
bapa di kebun, ladang dan sebagainya yang baru buat diri pelajar itu
sendiri. Semua aktiviti ini pasti memberikan satu pengalaman yang
berguna kepada pelajar lalu boleh dikaitkan dengan kehidupan mereka
sebagai pelajar pula nanti. Maka, pelajar boleh melibatkan diri dalam
aktiviti yang memberikan mereka satu pengalaman baru dan berguna
dalam kehidupan ketika cuti sekolah.

Mungkin juga pelajar boleh melakukan aktiviti yang berupaya


untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Pelajar boleh pergi
melancong bersama-sama keluarga, pulang ke kampung halaman dan
berkunjung ke rumah sanak-saudara ketika mereka tidak ke sekolah itu.
Ketika melakukan aktiviti ini sudah pasti interaksi dan hubungan lebih
akrab akan terjalin antara pelajar dengan keluarga mereka terutama
ayah dan ibu pula. Sesungguhnya, pelajar boleh melakukan aktiviti yang
mampu menjalin hubungan erat antara ahli keluarga mereka ketika tidak
ke sekolah itu.
www.bmspm.net

Selain melancong, belajar dan mendapatkan pengalaman baru,


pelajar juga boleh menggunakan masa cuti itu untuk bekerja
mendapatkan pendapatan. Kerja sambilan sudah menjadi satu gaya
hidup pelajar kini kerana selain mendapat pengalaman kerja, diri pelajar
juga boleh memperoleh wang yang dapat digunakan untuk keperluan
persekolahan mereka kelak. Pada masa yang sama, bekerja sambilan
ini mendedahkan pelajar dengan alam kerjaya yang sebenar sebelum
mereka benar-benar memasuki alam tersebut lalu menjadikan diri
mereka lebih matang. Oleh itu, masa cuti sekolah boleh digunakan oleh
pelajar untuk mendapatkan sedikit wang saku dengan bekerja secara
sambilan.

Kesimpulannya, cuti sekolah bukanlah bermaksud pelajar akan


cuti daripada belajar. Sebaliknya, pelajar harus mengisi masa terluang
itu dengan pelbagai aktiviti yang sudah disarankan tadi. Pelajar boleh
menambah pengetahuan, bersiar-siar dengan keluarga dan sebagainya
kerana mereka perlu sedar “masa itu emas”. Jika mereka gagal
menggunakan masa dengan baik sudah pasti diri mereka sendiri akan
mengalami kerugiannya.
www.bmspm.net

You might also like