Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

6.

Definisi Sumber air

Menurut Kamus Perdana Edisi Ketiga, sumber merupakan mata air, perigi, sumur. Air merupakan cecair
yang biasa kita minum. Sumber adalah sumber semula jadi air  yang berpotensi untuk diguna.
Penggunaan air merangkumi aktiviti pertanian, perindustrian, isi rumah , rekreasi dan persekitaran.
Semua makhluk hidup memerlukan air untuk membesar dan membiak.

7. Jenis Sumber Air

Sumber air kajian kawasan saya ialah sumber air permukaan. Apakah air permukaan? Air pemukaan
ialah adalah air yang terkumpul di atas tanah atau di mata air, sungai danau, lahan basah, atau laut.

8. Punca krisis air

Punca pertama ialah pembuangan sampah sarap ke dalam sungai. Hal ini berlaku demikian kerana
sampah sarap mencemarkan air dalam sungai. Contohnya, seramai 7 responden yang menyokong
penyataan ini. Selain itu, punca kedua ialah permintaan yang tinggi perindustrian. Hal ini berlaku
demikian kerana mereka tidak mampu menanggung masalah kewangan. Seramainya 2 responden yang
menyokong penyataan ini. Akhir sekali, punca yang terakhir merupakan peningkatan populasi penduduk
Malaysia. Hal ini berlaku demikian kerana pertambahan penduduk menyebabkan peningkatan
permintaan terhadap air. Seramai 1 responden yang menyokong penyataan ini.

9. Kesan krisis air

Kesan pertama ialah kekurangan bekalan air yang bersih. Hal ini berlaku demikian kerana kekurangan
bekalan air akan menyukarkan kegiatan harian penduduk dan mengganggu sektor perindustrian.
Seramai 6 responden yang menyokong penyataan ini. Selain itu, kesan kedua merupakan kemudaratan
kepada manusia. Hal ini berlaku demikian kerana penyakit bawaan air boleh menular kepada manusia
setelah bekalan air bersih tercemar. Seramai 3 responden yang menyokong penyataan ini. Akhir sekali,
kesan akhir ialah kesan ke atas tanih. Krisis air akan menyebabkan tanah menjadi kering-kontang dan
mengubah tekstur tanah. Seramai 1 responden yang menyokong penyataan ini.

10. Langkah-langkah mengurangkan kesan krisis air

Langkah yang pertama merupakan penguatkuasaan undang-undang. Langkah ini akan melaksanakan
untuk mengurangkan kesan krisis air. Seramai 1 responden yang menyokong penyataan ini. Langkah
kedua merupakan kempen kesedaran terhadap alam sekitar. Kempen kesedaran ini penting untuk
menyedarkan masyarakat tentang penjagaan alam sekitar. Seramai 8 responden yang menyokong
penyataan ini. Akhir sekali, langkah yang akhir ialah meneroka air bawah tanah. Air bawah tanah
Malaysia mampu diekstrek sebanyak enam bilion meter pada setahun sebagai contoh, perlaksanaan
penerokaan air bawah tanah telah dijalankan di negeri Kelantan dan Selangor. Seramai 1 responden
yang menyokong penyataan ini.

11. Rumusan

Saya berasa bangga kerana dapat menyiapkan kajian lapangan geografi dalam yang ditetapkan.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini banyak pengetahuan baru yang saya perolehi saya juga berharap
agar rakyat Malaysia dapat menggunakan air degan bijak dan menjaga kebersihan sungai kerana sungai
merupakan bekalan sumber air utama rakyat Malaysia.
12. Rujukan

Internet

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Sumber air Dicapai pada 28 disember 2021

Buku

1. Hisham Azman bin Ibrahim & Mohamad Khairul Fitri bin Ahmad(2017). Geografi Tingkatan 1.
Kuala Lumpur: Era Visi SDN.BHD.

13. Lampiran

Jadual Penggunaan air selama 5 hari --> gambar --> peta --> borang soal selidik

You might also like