Final Assessment BSS

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan

Selepas Islam tersebar di Alam Melayu, Kesusasteraan Melayu Tradisional telah mengalami

perkembangan yang amat pesat, dan dikatakan bahawa bermulanya agama Islam berkembang

di Alam Melayu pada sekitar abad ke-13, iaitu pada zaman Samudera-Pasai.

Berpusat di negeri Melaka, perkembangan Kesusasteraan Melayu Tradisional telah mencapai

kemuncaknya pada abad ke-15, sebelum berterusan pada abad ke-16 di Acheh serta pusat-

pusat kerajaan Islam selepasnya.

Pada abad ke-16, hampir seluruh penduduk Kepulauan Melayu telah menganut agama Islam

(Harun Mat Piah, 2006). Kedatangan Islam ke daerah ini telah membawa perubahan dalam

pelbagai aspek kehidupan masyarakat Melayu bukan sahaja dari segi iktikad tetapi juga

pembaharuan dari segi penulisan (Siti Hawa, 2002). Tradisi penulisan berkembang dengan

giatnya hasil pengenalan tulisan Jawi manakala bahasa Melayu melalui proses transformasi

daripada berperanan sebagai lingua franca menjadi bahasa ilmu bagi masyarakat Nusantara

untuk menyebarkan ilmu pengetahuan. Kemunculan kerajaan-kerajaan Melayu-Islam seperti

Pasai, Melaka, Johor, Acheh, Palembang dan Riau telah turut sama menggalakkan aktiviti

penulisan dengan menjadi pusat-pusat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu (Teuku

Iskandar, 1995). Bermula dengan karya-karya berbentuk sastera kitab yang bertujuan untuk

menyebarkan dakwah Islam, khazanah kesusasteraan Melayu tradisional terus berkembang

dengan penghasilan pelbagai karya daripada genre berbeza seperti sastera sejarah, hikayat,

epik, ketatanegaraan dan undang-undang.


2.0 Definisi Sastera Lisan dan Tulisan Berserta Huraian dan Contoh

Sastera tradisional terbahagi kepada dua iaitu, sastera lisan dan sastera tulisan. Sastera lisan

dapat didefinisikan sebagai kesusasteraan yang disampaikan melalui pertuturan daripada satu

generasi ke satu generasi yang lain. Definisi lain ialah sesuatu kesusasteraan yang

disampaikan secara lisan yang disampaikan oleh seseorang individu kepada individu yang

lain. Antara contoh sastera lisan ialah sastera rakyat, iaitu cerita jenaka, cerita binatang,

mitos, legenda dan puisi rakyat. Sastera tulisan terdiri daripada beberapa jenis iaitu, sastera

sejarah, sastera epik, sastera kitab, sastera ketatanegaraan, sastera undang-undang dan banyak

lagi.

Kedua-duanya sangat penting dalam perkembangan melayu tradisional. Sastera lisan

bermula dan berkembang terlebih dahulu berbanding sastera tulisan. Sastera lisan ini

dipertuturkan oleh rakyat biasa. Oleh itu, sastera lisan ini juga disebut sebagai sastera rakyat.

Manakala, sastera tulisan pula berkembang apabila kedatangan Islam ke Tanah

Melayu dan bermula perkembangannya di istana. Sastera tulisan ini pada peringat awalnya

dipelopori dan dikuasai oleh pujangga istana yang terdiri daripada sultan dan bendahara yang

berada dalam hierarki tertinggi dalam sistem pemerintahan zaman feudal. Sastera tulisan ini

berkembang bersama dengan tulisan jawi. Kedatangan Islam telah membawa sistem tulisan

Jawi dan di situ bermulalah perkembangan sastera tulisan di istana. Oleh itu, dapat

disimpulkan bahawa istana itu dijadikan sebagai sebuah pusat pengumpulan dan penyebaran

manuskrip, seterusnya menjadikan istana itu satu titik permulaan berkembangnya sistem

tulisan ini.

Antara contoh sastera tulisan ialah Hikayat Merong Mahawangsa, Sulalatus Salatin,

Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Bustanul Salatin, Tajus Salatin dan banyak lagi.
Sastera rakyat, atau sastera lisan merupakan bentuk kesusasteraan awal yang lahir

dalam semua kebudayaan manusia. Hal ini disebabkan oleh sistem tulisan yang belum

muncul. Masyarakat Melayu dulu masih belum dapat mengenali huruf, maka sastera rakyat

atau sastera lisan telah berkembang dengan pesat dalam kalangan masyarakat Melayu lama.

Oleh yang demikian, jika dikaji tahap-tahap perkembangan kesusasteraan Melayu, maka

dapat disimpulkan bahawa sastera rakyat atau sastera lisan ini merupakan sastera Melayu

yang tertua dalam masyarakat Melayu (Siti Hawa, 2002)

Biarpun tradisi tulisan sudah diperkenalkan dalam masyarakat Melayu di Nusantara,

namun sastera lisan masih tetap berkembang juga dengan pesat dalam masyarakat Melayu

tradisional. Perkembangan ini berlaku kerana tradisi tulisan hanya tertumpu di keraton atau

istana raja raja dan disebarkan di kalangan keluarga di raja dan kaum bangsawan Mereka ini

sahaja yang menjadi golongan elita dalam masyarakat Melayu tradisional. Malah sesudah

alam Melayu mengalami proses permodenan, sastera lisan masih terpelihara dan dituturkan

oleh orang Melayu yang menganggapnya sebagai warisan budaya bangsa yang tinggi

nilainya.

Cerita lisan bukan sahaja pengucapan sastera bagi sesuatu masyarakat, tetapi ia juga

dapat memberi gambaran cara hidup atau budaya sesuatu masyarakat. Jika tema dan

persoalan dalam sastera lisan itu dianalisis dan disusun nescaya kita akan mengetahui sistem

masyarakat dan nilai budaya yang diamalkan oleh masyarakat yang melahirkannya.

Masyarakat dahulu yang mengamalkan cara hidup lama tidak mempunyai media untuk

memberi hiburan kepada anggota masyarakat. Untuk memenuhi tujuan tersebut, cerita-cerita

diciptakan dalam bentuk seni sastera untuk menarik perhatian para pendengar.

Sastera lisan terbahagi kepada dua bentuk, iaitu sastera yang bercorak cerita atau

naratif yang disampaikan dalam bentuk prosa. Hasil sastera jenis ini terbahagi kepada tiga
jenis, iaitu mitos, legenda dan cerita rakyat yang mengandungi ciri-ciri seperti kepercayaan,

masa berlaku sesuatu peristiwa itu, tempat atau latar, sikap dan pelaku utama dalam cerita itu.

Hasil sastera yang berbentuk bukan naratif disampaikan dalam bentuk puisi yang dapat

dibahagikan kepada beberapa jenis seperti jampi, mantera, pantun, peribahasa, bahasa

berirama, teka-teki dan lain-lain (Ismail Hamid, 1986).

Mengenai sastera rakyat Melayu yang berbentuk naratif, terdapat persamaan dengan

kumpulan cerita rakyat di kalangan masyarakat lain di dunia ini. Cerita-cerita rakyat itu dapat

dikenali dengan melihat jalan ceritanya. Biasanya cerita-cerita rakyat itu mengisahkan

tentang tuhan, dewa-dewi, makhluk halus yang mendiami alam keliling, kejadian unsur-

unsur alam, asal-usul manusia, cerita-cerita yang dianggap kudus atau sakral dan cerita-cerita

yang bercorak sejarah yang mengisahkan tentang masa lampau.

Dalam membuat kajian terhadap sastera rakyat yang berbentuk naratif ini, ramai

sarjana sastera telah membahagikan cerita-cerita itu ke dalam jenis-jenisnya yang tertentu

dengan berdasarkan beberapa ciri yang terdapat di dalamnya. Stith Thompson telah

menggolongkan cerita-cerita rakyat itu kepada beberapa bentuk atau form seperti: marchen,

novella, hero tales, myth, animal tales dan legend. Tetapi Winstedt yang mengkaji cerita-

cerita rakyat Melayu itu telah membahagikan kepada jenis-jenis seperti: mythology, beast

fables, farcical tales dan folk romances (Mustafa Mohd Isa, 1984).

Menurut Mustafa Mohd Isa (1984) tradisi lisan Melayu dapat dibahagikan kepada

empat. Pertama, pengucapan-pengucapan yang menggunakan bahasa seperti cerita-cerita

rakyat, mitos, legenda, cerita cerita penglipur lara, peribahasa, ungkapan-ungkapan, nyanyian

rakyat dan teka-teki. Kedua, perlakuan-perlakuan seperti adat istiadat, adat resam, drama,

permainan dan kepercayaan-kepercayaan Ketiga, peralatan budaya seperti artifak atau alat
yang telah kita gunakan dalam kebudayaan kita. Keempat, aspek-aspek budaya jenis benda

seperti muzik dan kesenian.

Sastera rakyat, atau sastera lisan merupakan bentuk kesusasteraan awal yang lahir

dalam semua kebudayaan manusia. Keadaan ini berlaku kerana sistem tulisan belum muncul.

Sebelum masyarakat Melayu mengenali huruf, sastera yang berbentuk lisan telah

berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu lama. Oleh itu jika kita kaji tahap-

tahap perkembangan kesusasteraan Melayu, maka rakyat yang berbentuk lisan itu merupakan

sastera Melayu sastera yang tertua dalam masyarakat Melayu.

Perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional tidak dapat dipisahkan daripada

peranan istana. Istana memainkan peranan sebagai sebuah skriptorium yang menjadi pusat

penghasilan, penyalinan dan penyebaran hasil karya kesusasteraan Melayu tradisional (Ding,

2003). Hal ini kerana di situlah tempat berkumpulnya para pujangga, jurutulis, pengarang,

alim ulama dan cendekiawan lain yang pandai menulis serta membaca. Kebolehan menulis

dan membaca merupakan suatu kepandaian yang terbatas dan golongan yang menguasai

kedua-dua bentuk kepandaian tersebut dianggap amat istimewa serta luar biasa. Golongan

yang celik huruf ini sering kali mendapat perhatian istana dan akan diangkat sebagai

pujangga untuk bertugas di istana (Siti Hawa, 2002). Wujudnya minat yang mendalam dalam

kalangan golongan bangsawan seperti raja, para pembesar dan putera-puteri terhadap bidang

ini turut menjadi faktor istana memainkan peranan penting sebagai pusat kesusasteraan.

Sehubungan itu, lazimnya hanya putera-puteri raja sahaja yang berkelapangan untuk

membaca atau mendengar orang membaca hikayat; raja-raja sahaja yang memerlukan sesuatu

karya dihasilkan bagi menyusurgalurkan keturunan dan legasi pemerintahnya; dan hanya

golongan bangsawan sahaja yang memikirkan keperluan untuk mencatat serta merekodkan

sesuatu peristiwa yang dirasakan penting sebagai pengetahuan generasi yang kemudian

(Harun Mat Piah, 2006).


Secara umumnya, terdapat dua kelompok utama penulis yang wujud ketika itu, iaitu

golongan ulama dan pujangga istana. Kadangkala penulis daripada golongan ulama ini turut

mendapat naungan istana. Di negeri yang mempunyai ramai ulama seperti Acheh, terdapat

kelompok ulama yang rapat dengan istana atau golongan pemerintah dan terdapat juga

kelompok yang menjauhkan diri daripada istana (Siti Hawa, 2002). Kelompok ulama yang

berada di luar lingkungan istana menjadikan institusi-institusi pendidikan Islam seperti

madrasah, pondok, masjid, langgar dan surau sebagai pusat pengajian serta penyebaran Islam.

Selaku golongan yang paling rapat dengan Islam, ulama merupakan ilmuwan yang menguasai

pelbagai bidang ilmu Islam seperti fikah, tauhid dan tasawuf. Mereka juga merupakan

kelompok terawal yang menguasai tulisan Jawi. Dengan matlamat untuk menyebarkan ajaran

Islam, golongan ulama ini telah menyalin, menterjemah dan menyadur pelbagai kitab dalam

bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Selain itu, terdapat juga para ulama yang aktif menulis

dan menghasilkan karya sendiri dengan memberi fokus terhadap topik topik tertentu yang

memerlukan penerangan lanjut berbanding kitab asalnya (Siti Hawa, 2002). Ilmu agama yang

mereka kuasai disebarkan melalui karya-karya sastera kitab yang mereka hasilkan dalam

bahasa Melayu.

Penghasilan karya-karya ilmu Islam dalam bahasa Melayu ini telah

mentransformasikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang menjadi medium penyebaran

pelbagai cabang ilmu Islam (Ismail Hamid, 1983). Antara karya yang dihasilkan oleh

golongan ulama yang berilmu dan bijaksana ini ialah Sirat al-Mustaqim (karya Nuruddin al-

Raniri), Mir'at al-Tullah (karya Abdul Rauf Singkel), Safinat al-Hukkam (karya Syeikh

Jalaluddin al-Tursani). Sabil al Muhtadin (karya Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-

Banjari), Sair al Salikin (karya Syeikh Abdul Samad al-Falimbani), Bughyat al-Tullah dan

Furu" al-Masa'il (karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fattani) dan Kasyfu al-Litham an As
'ilah al-Anam (karya Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani). Di samping itu,

kelompok penulis ulama ini juga menghasilkan karya-karya genre sastera ketatanegaraan

yang ditujukan kepada golongan pemerintah sebagai panduan tentang tatacara untuk

mentadbir negara. Kitab-kitab ketatanegaraan seperti Bustan al-Salatin (karya Nuruddin al-

Raniri) dan Taj al-Salatin (karya Bukhari al-Jauhari) menjadi rujukan raja-raja dan pembesar

untuk menjadi pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Selain itu, usaha turut dilakukan

untuk menterjemah kitab-kitab ketatanegaraan Arab-Parsi seperti Nasihat al Muluk karangan

Imam al-Ghazali (Jelani Harun, 2006).

3.0 Kesimpulan
Karya-karya kesusasteraan Melayu tradisional memainkan peranan penting dalam

menyampaikan sesuatu mesej dan seterusnya menjana kebijaksanaan insan. Elemen

kebijaksanaan ini disampaikan melalui pelbagai bentuk ilmu yang terkandung dalam teks

kesusasteraan Melayu tradisional untuk dicerap dan dicerna oleh akal khalayaknya.

Kesusasteraan Melayu Tradisional merupakan khazanah warisan budaya bangsa yang tidak

ternilai harganya. Walaupun ia adalah hanya secebis warisan namun peranan dan

sumbangannya ke arah membina dan membentuk budi fikir dan budi rasa kolektif bukan

sedikit. Peranannya bukan sahaja sebagai sumber hiburan tetapi juga sebagai wahana

pendidikan, sumber ilmu, gambaran sejarah budaya bangsa dan pelbagai lagi. Justeru ia perlu

dipertahankan, diperelokan, digali, dicari dan didokumentasikan dalam pelbagai versi.


1.0 Pendahuluan
Dalam kesusasteraan Malaysia Moden, perkataan novel itu dipinjamkan daripada perkataan

"novel" dan perkataan ini digunakan bagi menamakan sejenis prosa naratif yang munasabah

panjangnya yang terdapat dalam kesusasteraan tersebut yang muncul sekitar tahun-ahun dua

puluhan abad ini. (A. Wahab Ali, 2004). Novel dikenali sebagai novella. Cerita yang

sederhana panjang dan sangat panjang dikenali sebagai novel. Karya novel kini semakin

diminati oleh golongan remaja dan dewasa. Jika diteliti dari segi susur galur kemunculan

novel bermula sejak tahun-tahun 1920an hingga akhir-akhir tahun 1960an membawakan isu

pemikiran dan juga gaya bahasa dan teknik penceritaan yang tersendiri yang sesuai dengan

zaman tersebut. (Nor Hasimah Ismail, 2016)

2.0 Definisi Cerpen dan Novel serta Perbezaannya

Cerpen ialah karya sastera yang berbentuk prosa dan memiliki sifat fiksyen, yang mana

dalam karya tersebut terdapat isi yang menceritakan dan menggambarkan suatu kisah yang

dialami oleh seorang tokoh secara ringkas (Hashim Awang, 1975).

Novel ialah sebuah karya sastera yang berbentuk prosa naratif yang alurnya panjang

dan berbentuk kompleks, serta di dalam novel juga terdapat cerita atau gambaran tentang

kehidupan seseorang tokoh dan orang-orang disekitarnya.

Antara ciri sebuah cerpen ialah pertama, di dalam penulisan cerpen, cerpen terdiri

daripada 10,000 patah perkataan. Cerpen juga merupakan cerita pendek yang bersifat fiksyen,

dan di dalam cerpen tersebut, hanya terdapat satu alur sahaja iaitu alur tunggal. Isi daripada

cerpen tersebut kebiasaannya mengisahkan tentang kehidupan seharian. Dalam penulisan

cerpen juga, cerpen lebih cenderung menggunakan perkataan-perkataan yang mudah


difahami oleh pembaca. Bentuk tulisan cerpen lebih singkat jika dibandingkan dengan bentuk

tulisan novel.

Antara ciri sebuah novel ialah pertama, secara umumnya, novel memiliki jumlah

perkataan sekitar 35,000 patah perkataan serta mempunyai sekurang-kurangnya 100 halaman.

Waktu yang diperlukan bagi menghabiskan sebuah novel sekitar 3 jam atau lebih. Di dalam

novel juga terdapat alur cerita yang sangat rumit dan kompleks. Oleh yang demikian,

penghasilan sebuah novel itu kebiasaannya bukan hanya setakat berbentuk naratif, malah

didukung dan disokong oleh deskripsi yang memberikan gambaran suasana persekitaran.

Novel ini juga dihasilkan dalam bentuk yang sangat panjang serta menggunakan Bahasa dan

perkataan yang berulang-ulang.

Secara kesimpulannya, dapat disimpulkan bahawa novel kebiasaannya melebihi

50,000 patah perkataan, manakala cerpen pula kebiasaannya antara 10,000 ke 20,000 patah

perkataan, serta novel mempunyai lebih dari satu konflik dan plot, manakala cerpen pula

lebih fokus kepada satu konflik kecil sahaja.

3.0 Tokoh Penulis Mapan dan Karyanya serta Aspek Kepengarangan dan Struktural

Teks Novel

Nama bagi tokoh penulis mapan yang dipilih ialah Ustazah Fatimah Syarha binti Mohd

Noordin, serta karangan novelnya yang bertajuk ‘Syabab Musafir Kasih’. Sedikit pengenalan

latar belakang dan biodata ringkas beliau, Beliau dilahirkan pada 17 Oktober 1984 di

Terengganu. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit Apit, Sekolah Bukit Diman, S.M.A

Mahmudiah dan S.M.A (Atas) Sultan Zainal Abidin dalam aliran Thanawi. Berkelulusan

UIAM jurusan Kulliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan, pengkhususan Fiqh &

Psikologi. Karya pertama beliau ialah 'Petua Membuat Orang Jatuh Cinta' bersama Dato' Dr.
Mohd. Fadzilah Kamsah & Haji Muhammad Zakaria. Beliau menjadi ko-editor 'Anakku

Hebat Anakku Soleh'. Hasil karya beliau seperti Cinta High Class, Syabab Musafir Kasih dan

Tautan Hati telah mendapat sambutan malah beliau pernah dinobatkan sebagai pemenang

ketiga Sayembara Mengarang Novel Remaja DBP 2006 pada novel beliau Seindah Mawar

Berduri . Terdapat juga karya beliau yang telah diadaptasi menjadi tayangan drama iaitu

novel Aku Ada Wali.

Jumlah muka surat novel ini berjumlah 361 muka surat serta mengandungi sebanyak

17 bab. Nama Syabab itu diambil daripada Bahasa Arab yang membawa maksud pemuda.

Syabab sebenarnya merupakan sebuah nama bagi watak protagonis dalam novel Syabab

Musafir Kasih ini. Novel Syabab Musafir Kasih ini juga berkisarkan tentang sebuah

pengalaman hidup seorang budak yang malang pada awalnya. Syabab merupakan seorang

anak yatim yang kematian bapanya sewaktu kecil lagi. Hidupnya tidak ubah bak seorang

budak yang terbiar asbab kurangnya perhatian dan kasih saying daripada seorang ibu tunggal.

Datang seorang jiran yang bernama Nur Mumtazah, dengan rela hatinya dia memberikan

kasih saying dan belas kasihan kepada Syabab tidak ubah bak adik kandungnya sendiri.

Seterusnya, beliau melanjutkan perjalanan kehidupannya di bandar bagi mengubah nasib

keluarganya yang serba kekurangan, malah dia berazam untuk mengubah persepsi

masyarakat kampung yang memandang hina keluarganya. Hasil pertolongan rakannya

Micheal Lim, Syabab bekerja sebagai model sambilan dan penulis lirik lagu. Namun, Syabab

pulang semula ke kampungnya setelah mendengar khabar kematian ibunya.

Hasil bantuan dan sokongan yang padu dan berterusan daripada Ustaz Mursyid dan

Nur Mumtazah, telah mendorong Syabab ke bumi Syria bagi mendalami dan mempelajari

ilmu agama di sana, antaranya ialah Talaqqi al-Quran, ilmu Syariah dan sebagainya.

Tindakannya itu telah mengubah Syabab menjadi seorang pemuda yang lebih hebat dan lebih

baik dari sebelumnya. Malah kehebatannya dan kesungguhannya dalam menuntut ilmu itu
turut dipuji oleh Syeikh Habanakah yang merupakan Ulama’ terkenal di Syiria.

Seterusnyanya, beliau menjadi pembimbing dan pendakwah kepada pemuda-pemudi di

kampung halamannya serta menjadi salah seorang pejuang Islam.

Antara watak perwatakan bagi watak protagonis dalam novel ini ialah pertama,

Syabab merupakan seorang yang penyabar. Novel Syabab Musafir Kasih telah

menggambarkan watak Syabab sebagai seorang yang sabar ketika menghadapi kehidupan

sepanjang zaman kanak-kanaknya. Beliau telah menerima pelbagai tohmahan dan penghinaan

daripada penduduk kampung. Beliau digelar sebagai budak nakal dan pengotor. Selain itu,

penulis juga menjelaskan bahawa Syabab memiliki sifat sabar dan tabah ketika berlakunya

insiden tentang kematian beratus-ratus ekor lembu ternakannya yang mengakibatkan beliau

menghadapi kerugian yang besar (Fatimah Syarha Mohd Noordin. 2008: 123).

Yang kedua, Syabab merupakan seorang oemuda yang sangat berani mengambil

risiko serta tidak gentar menghadapi setiap cabaran dalam kehidupan. Sifat berani terserlah

pada watak syabab yang berani mencuba sesuatu yang baru. Antaranya beliau berani

tampilkan diri di hadapan khalayak ramai dengan bekerja sebagai model sambilan ketika

mencari rezeki di ibu kota. Sifat tersebut menjadikan beliau seorang yang terkenal sehingga

beliau mampu memperolehi pendapatan yang lumayan (Fatimah Syarha Mohd Noordin.

2008: 151). Selain itu, beliau juga berani berhadapan dengan sekumpulan pemuda liar di

kampungnya untuk memperbaiki siasah mereka, dengan menyertai program yang telah

disediakan oleh beliau dan Imtiyaz. Ketika menyampaikan dakwah kepada Majid yang

merupakan salah seorang daripada samseng Kampung Pacat Lintah, beliau telah diberi

amaran keras oleh Majid. Antara contoh amaran Majid ialah “Jangan tunjuk pandai di sini”

dan “Jangan cakap pasal agama”. Keberanian beliau itu mampu menjadi contoh kepada

belia kampung untuk terus memajukan diri dalam pelbagai bidang kehidupan (Fatimah

Syarha Mohd Noordin. 2008: 286).


4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, watak Syabab boleh dikategorikan sebagai watak stereotaip. Hal ini

kerana jalan ceritanya mudah dijangka dan diramal. Selain itu, penulis banyak menceritakan

keperitan kehidupan Syabab pada zaman kanak-kanak. Namun kelemahan itu ditampung

dengan penyampaian cerita yang tidak membosankan serta disokong dengan latar masa dan

tempat yang pelbagai. Walaubagaimanapun, watak Syabab di pertengahan novel ini cukup

menarik. Penulis menggambarkan perwatakan Syabab sebagai seorang pemuda akhir zaman

yang sarat di hujani dengan persoalan hidup. Selain itu, penulis turut membawa firman-

firman Allah dan dalil-dalil hukum melengkapkan lagi kefahaman dan memberi kesedaran

serta motivasi kepada pemuda-pemudi. Segala persoalan yang ditimbulkan oleh penulis

dalam karyanya disampaikan dengan penuh hikmah dan fakta yang benar.

Secara umumnya, Syabab Musafir Kasih karya Fatimah Syarha cuba menyampaikan mesej

kepada pemuda-pemudi kini yang semakin hanyut dibuai arus kemodenan. Mutiara-mutiara

ilmu dan semangat yang cuba digarap dalam karyanya telah melahirkan kesungguhan penulis

untuk membangkitkan semula semangat pemuda sebagai pemimpin dalam masyarakat,

keluarga dan juga agama, seperti kata-kata dari novel ini iaitu; “Wahai Syabab, Ketekunanmu

mengoborkan cita-cita, Semangatmu bak api marak menyala, Kau pemuda harapan, Sinar

menantimu di hadapan, Bebaskanlah pemuda, Dari belenggu kejahilan, Kau mampu berlari

kencang, Mencipta gelombang, Ayuh Syabab! ”.


Syabab.

Lahirmu bagaikan tidak berharga.

Kau anak desa, yatim tak berbapa.

Kesusahan hidup, mendesakmu berdikari.

Dalam keliru, kau mencari identiti diri.

Ketelusan jiran, mengajarmu kehidupan.

Cabaran berterusan, berbuah kematangan.

Wahai Syabab.

Ketekunanmu mengoborkan cita-cita.

Semangatmu bak api marak menyala.

Kau pemuda harapan, sinar menantimu di hadapan.

Bebaskanlah pemuda, dari belenggu kejahilan.

Kau mampu berlari kencang, mencipta gelombang.

Ayuh Syabab!

You might also like