Hbec 3803

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SARJANA MUDA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK

SEM 6/2021

HBEC 3803

PERANCANGAN DAN PENGENDALIAN PROGRAM AWAL KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 9512310650084001


NO. KAD PENGENALAN : 951231-06-5084
NO. TELEFON : 011-29285141
E-MEL : zuainda@oum.edu.my
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KUANTAN
BAHAGIAN 1 : ESEI

Pusat jagaan kanak-kanak merupakan salah satu pusat pendidikan yang diberikan
kepada kanak-kanak kecil. Penjagaan kanak-kanak yang diberikan kepada kanak-kanak
seawal selepas lahir sehingga kanak-kanak berusia 8 tahun. Pada masa kini, pusat jagaan
kanak-kanak sangat penting kepada ibu bapa yang berkejaya. Pemilihan pusat jagaan kanak-
kanak yang terbaik adalah salah satu elemen penting kepada ibu bapa. Hal ini demikian
kerana kanak-kanak memerlukan pendidikan yang bersesuaian dengan umur mereka. Di
samping itu, pemilihan pusat jagaan kanak-kanak yang bersesuaian juga dapat mengelakkan
daripada berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku seperti kes penderaan, pembunuhan
dan sebagainya. Sebagai seorang majikan di pusat jagaan kanak-kanak, saya akan
memastikan pekerja di pusat jagaan kanak-kanak mematuhi kriteria pemilihan kerja yang
telah digariskan seperti di bawah :

Nama pusat jagaan : Just Awesome Child Care Centre


Objektif : Memberi pendedahan awal kanak-kanak terhadap pendidikan,
pergaulan dan pembinaan asas-asas Islam dalam diri dan kehidpan
kanak-kanak
Misi : 1) Membentuk peribadi yang mulia dalam diri kanak-kanak
2) Menerapkan asas dan cara hidup Islam yang baik
3) Mencungkil bakat kanak-kanak
4) Membantu pembelajaran awal kanak-kanak
Struktur Organisasi & Skim Gaji:
:
PENGURUS TASKA
(KELAYAKAN :IJAZAH SARJANA MUDA
PENDIDIKAN KANAK-KANAK)
GAJI : RM 2500--RM3500

KETUA GURU PENOLONG GURU


KELAYAKAN : IJAZAH KELAYAKAN: IJAZAH
SARJANA MUDA PENDIDIKAN SARJANA MUDA
AWAL KANAK-KANAK PENDIDIKAN AWAL
GAJI : RM2000-RM2500 KANAK-KANAK
GAJI : RM2000-RM2500

GURU 3 BULAN- GURU 5 TAHUN


SETAHUN KELAYAKAN: DIPLOMA
KELAYAKAN: IJAZAH PENDIDIKAN AWAL
SARJANA MUDA KANAK-KANAK
PENDIDIKAN AWAL GAJI : RM1200-RM1800
KANAK-KANAK
GAJI : RM1200-RM1800

GURU 2-4 TAHUN GURU 6 TAHUN


KELAYAKAN: KELAYAKAN: DIPLOMA
DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL
PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
KANAK GAJI: RM 1200-RM1800
GAJI : RM1200-
RM1800

PEMBANTU PEMBANTU TADIKA


TADIKA KELAYAKAN : SPM
KELAYAKAN : SPM GAJI : RM1000-
GAJI : RM1000- RM1500
RM1500
Deskripsi Tugas :
1) Pengurus taska
 Meguruskan pelesenan JKM dan taska SSM
 Memantau keadaan senasa taska dari semasa ke semasa
 Mengenalpasti dan membenarkan pembelian keperluan dan perbelanjaan taska
 Menemuduga pekerja yang sesuai dari segi kelayakan dan tingkah laku bagi
membantu kelansungan aktiviti taska yang efektif.

2) Ketua Guru
 Menghadiri mesyuarat
 Melaporkan aktiviti harian taska kepada pengurus taska
 Membantu melaksanakan aktiviti harian pelajar
 Memastikan semua guru menjalankan aktiviti yang dirancang dan mematuhi
garis panduan yang ditetapkan

3) Penolong guru
 Membantu Ketua Guru untuk mengendalikan aktiviti harian taska
 Menyediakan garis panduan taska
 Bertindak sebagai setaiusaha taska
 Merancang program @ aktiviti taska

4) Guru taska
 Menerapkan amalan nilai murni dalam diri kanak-kanak
 Mempelbagaikan kaedah pengajaran
 Menyediakan laporan harian aktiviti kanak-kanak
 Menjalankan arahan yang diarahkan oleh pengurus taska
 Tidak melakukan kekerasan terhadap kanak-kanak

5) Pembantu taska
 Menyediakan makanan kepada kanak-kanak
 Memastikan pusat asuhan kanak-kanak sentiasa dalam keadaan bersih
 Mendapat suntikan kesihatan bagi pengendalian makanan

Setiap permohonan jawatan di Taska Just Awesome Child Centre akan menjalani beberapa

tapisan sebelum memulakan pekerjaan. Hal ini demikian kerana bagi mengelakkan

berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku. Pihak taska memilih pekerja berdasarkan

kelayakan yang ditetapkan dan kebolehan pekerja untuk memberikan kerjasama kepada

pengurus.Setiap pekerja yang diterima bekerja di taska kami akan menerima banyak manfaat

seperti bonus tahunan, kenaikan gaji, manfaat insurans dan sebagainya. Sesiapa yang

berminat boleh hubungi talian 09-5423897 @menghantar resume ke email

Childawesome@gmail.com.
Bahagian 2

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KPSK) 2017 menyeneraikan beberapa

pendekatan pedagogi seperti pembelajaran melalui bermain, pendekatan tematik dan

pembelajaran berasaskan projek. Pembelajaran melalui bermain merupakan pendekatan yang

sangat sesuai untuk kanak-kanak prasekolah. Hal ini demikian kerana bermain merupakan

salah satu fitrah kanak-kanak sejak azali lagi. Oleh kerana aktiviti bermain merupakan

sebahagian daripada dunia kanak-kanak, justeru proses pengajaran dan pembelajaran juga

boleh digunakan dengan kaedah bermain bagi membantu mereka memahami apa yang

dipelajari (SHARIFAH NOR PUTEH, 2011). Melalui, pembelajaran secara bermain, kanak-

kanak dapat memahami apa yang terjadi di sekeliling mereka dan merangsang fungsi otak

kanak-kanak serta memupuk perkembangan kognitif, emosi, sosial dan fizikal kanak-kanak.

Selain itu, semasa aktiviti bermain kanak-kanak akan berinteraksi antara satu sama lain. Hal

ini merupakan salah satu cara yang berkesan untuk kanak-kanak berkomunikasi antara

mereka ataupun bersama orang dewasa.

Melalui permainan, kanak-kanak bebas melakukan pergerakan dan mendapat tingkah

laku yang baru. Kanak-kanak sangat aktif semasa melakukan aktiviti bermain menurut

pandangan Almy (1984, Fagen). Kanak-kanak berpeluang untuk meluahkan perasaan kecewa

atau marah mereka semasa bermain. Hal ini demikian kerana bermain akan meransang

semangat mereka untuk kembali ceria untuk melakukan aktiviti harian mereka. Justeru

pendekatan bermain merupakan pendekatan yang terbaik dalam Pendidikan kanak-kanak.

Permainan yang boleh dilakukan oleh guru di dalam bilik darjah adalah teka-teki , kad-kad

nombor, teka silang kata dan sebagainya. Kepelbagaian aktiviti di dalam darjah dapat

mengelakkan kebosanan melanda dalam diri kanak-kanak.

Pendekatan secara bermain merupakan salah satu pendekatan yang sangat sesuai
untuk kanak-kanak. Hal ini demikian kerana pendekatan secara bermain menggalakkan guru
berfikir secara kreatif semasa merancang pengajaran. Guru perlu menyediakan alat bantu
mengajar daripada bahan kitar semula untuk dijadikan bahan bantu mengajar melalui aktiviti
bermain (SHARIFAH NOR PUTEH, PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN
BAHASA DAN LITERASI BAGI PRASEKOLAH, 2011). Selain itu , pendekatan secara
bermain juga dapat memberi perkembangan secara fizikal kepada kanak-kanak.Hal ini
demikian kerana permainan akan melibatkan kanak-kanak melakukannya secara fizikal dan
berkait rapat dengan kemahiran kanak-kanak dari aspek motor kasar dan motor halus serta
kesedaran tentang pergerakan badan mereka. Kanak-kanak akan berasa aktif dan gembira
apabila mereka menggunakan anggota badan mereka untuk bermain dan melalukan aktiviti
yang sihat. Pada masa kini, kanak-kanak menghadapi lebih banyak tekanan,keyakinan dan
sikap bersaing untuk berjaya dalam segala bidang yang diceburi (Berk, 1995; Fromberg,
2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda, 2002; Santrock,
2003).

Pendekatan secara bermain juga membantu perkembangan emosi dan sosial kanak-
kanak. Hal ini demikian kerana perkembangan emosi kanak-kanak diperngaruhi oleh
kegiatan sosial mereka. Kanak-kanak mempelajari sesuatu melalui hubungan sosial mereka
bersama orang dewasa. Menurut kajian (Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk,
1998),melalui bermain bersama dengan kanak-kanak lain membuka peluang kepada kanak-
kanak untuk menyesuaikan diri mereka bersama orang lain dan menyatakan hasrat mereka
sendiri. Melalui bermain juga membantu kanak-kanak untuk menyeseuaikan diri mereka
dengan persekitaran di sekelililng mereka, mengawal emosi dan berkongsi pendapat terhadap
orang lain.

Akhir sekali, pendekatan secara bermain dalam pembelajaran kanak-kanak juga dapat
membantu mereka dalam perkembangan kognitif. Perkembangan kognitif merupakan salah
satu perkara intelek atau daya pemikiran oleh sesorang kanak-kanak terhadap perkara yang
dilakukan setiap hari dalam proses tumbesaran mereka. Hal ini menjadikan aktivti bermain
dapat membantu perkembangan daya pemikiran atau membina pengetahuan kanak-kanak
dalam melakukan sesuatu perkara. Ini merupakan salah satu langkah yang penting dalam
tumbesaran kanak-kanak dalam proses penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-
kanak berasaskan perubahan struktur mental mereka yang melibatkan bahasa,imaginasi,
fikiran dan cara mereka menyelesaikan masalah. Sebagai contoh kajian (Kumar &
Harizuka,1998: Lieberman, 1977) telah menujukkan perkembangan yang positif melalui
aktiviti bermain dan pembelajaran kanak-kanak. Ini menunjukkan pendekatan secara bermain
merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan dalam pembelajaran kanak-kanak.

Rujukan
Berk, 1995; Fromberg, 2002; Holmes & Geiger, 2002; Mccune& Zanes,2001: Murata & Maeda,
2002; Santrock, 2003

Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977

SHARIFAH NOR PUTEH, A. A. (2011). PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN BAHASA DAN
LITERASI BAGI PENDIDIKAN KANAK-KANAK. JURNAL PENDIDIKAN BAHASA MELAYU, 1.

SHARIFAH NOR PUTEH, A. A. (2011). PENDEKATAN BERMAIN DALAM PENGAJARAN BAHASA DAN
LITERASI BAGI PRASEKOLAH. JURNAL PENDIDIKAN BAHASA MELAYU, 9.

Rubin & Howe 1986; Creasey, Jarvis, & Berk, 1998

You might also like