Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

KERTAS KERJA

PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN GOLF


SECARA ATAS TALIAN
MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN (MSSNS)

TAHUN 2021

Tarikh :
( 5- 21 JULAI 2021)

Tempat :
KEDIAMAN / TEMPAT TINGGAL MURID

PENGELOLA :
SEKOLAH KEBANGSAAN

DISEDIAKAN OLEH
Jawatankuasa Pengelola Sekolah Kebangsaan Senawang
dan
Jawatankuasa PTPS Tenis MSSD Seremban
KERTAS KERJA PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN TENIS SECARA ATAS TALIAN MSSD SEREMBAN
TAHUN 2021

1.0 Abstrak
Jawatankuasa teknikal Tenis MSSD Seremban telah merangka 1 program
utama bagi memastikan murid terus prokatif dalam permainan tenis. Antara
yang menjadi keutamaan ialah membekalkan jadual latihan atau dos latihan
kepada para pemain yang berpotensi untuk tahun 2021 dan mengekalkan
kecergasan dan kemahiran mereka di rumah. Kedua menggalakkan
penyertaan semua murid di MSSD Seremban untuk menambah nilai ilmu
dalam permainan sukan tenis, dan seterusnya menggalakkan penyertaan
mereka dalam peringkat Daerah. Ketiga pula, Jawatankuasa teknikal tenis
MSSD Seremban akan menganjurkan pertandingan tenis secara dalam talian
bagi menguji keupayaan psikomotor, kognitif dan afektif semua murid.
Berperang dengan musuh yang tidak nampak, Covid-19 telah merubah norma
baharu kehidupan semua warga pendidikan, terutamanya penganjuran sukan
di kalangan murid. Bertindak atas rasa tanggungjawab kepada keterujaan
murid yang masih dalam proses PdPr, Jawatankuasa teknikal tenis MSSD
Seremban mengambil langkah ke hadapan dalam melaksanakan 1 program
utama ini. Kumpulan sasaran sudah semestinya golongan murid yang
berbakat dan berminat dalam permainan tenis. 1 program ini bakal menguji
keupayaan psikomotor, kognitif dan afektif para murid dalam menambah nilai
ilmu di samping mengekalkan tahap kecergasan yang tinggi walaupun murid
berada di rumah. Kemahiran menguasai dan menggunakan pelbagai medium
dalam talian akan menjadi nilai tambah kepada keupayaan murid untuk
berjaya dalam pertandingan ini

2.0 Rasional

Program ini adalah merupakan langkah ke arah memberikan murid peluang


menambah markah PAJSK yang tinggi, disamping memperlihatkan kemahiran
dan kreativiti mereka bertanding secara dalam talian, berdisplin mengekalkan
kecergasan serta meningkatkan kemahiran murid dalam permainan bola
sepak.

3.0 Objektif

3.1 Memberi pilihan kepada murid yang berbakat untuk mengikuti jadual
latihan mengekalkan kecergasan dan meningkatkan kemairan mereka
3.2 Memberi ruang kepada semua murid meraih markah PAJSK yang
tinggi dalam norma baharu dengan menyertai sesi ceramah berkaitan
dengan bola sepak.
3.3 Memastikan semua murid kekal produktif, kreatif dan berinovatif dalam
memperlihatkan kemahiran mereka secara psikomotor, kognitif dan
afektif dengan menggunakan medium media sosial di atas talian.

4.0 Matlamat

Dapat melahirkan murid yang berdaya saing, dan memupuk semangat


bersukan yang tinggi secara berterusan.

5.0 Penglibatan

Bilangan Peserta dan Pegawai 185

Bilangan Petugas

Pengerusi Teknikal Negeri 1


Pengerusi Teknikal Daerah 1
Jawatankuasa Teknikal Daerah 10
Urusetia 5
Bilangan Pegawai JPN 5

Jumlah Keseluruhan 207

6.0 Tarikh / Tempat

6.1 Tarikh : 5 Julai hingga 23 Julai 2021


6.2 Masa :Mengikut kesusaian peserta
(tidak melanggar waktu PDPR)
6.3 Tempat : Kediaman Peserta

7.0 Penganjur

Unit Pembangunan Bakat Murid Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pengelola


Sekolah Kebangsaan Senawang dan Jawatankuasa Teknikal Tenis Daerah
Seremban.

8.0 Kumpulan Sasaran

8.1 Kategori bawah 18 tahun lelaki


8.2 Kategori bawah 18 tahun perempuan
8.3 Kategori bawah 15 tahun lelaki
8.4 Kategori bawah 15 tahun perempuan
8.5 Kategori bawah 12 tahun lelaki
8.6 Kategori bawah 12 tahun perempuan

9.0 Senarai Jawatan Kuasa

Sila Rujuk Lampiran A


10.0 Kewangan

Sila Rujuk Lampiran B

11.0 Syarat dan Peraturan

Sila Rujuk Lampiran C

12.0 Prosedur Operasi Standard

Sila Rujuk Lampiran D

13.0 Penutup

Adalah menjadi harapan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, khususnya di


bawah Jawatankuasa Teknikal Sukan Tenis yang melaksanakan
Pertandingan ini agar dapat berjalan dengan lancar dan mencapai
objektifnya. Pendedahan dan pengalaman yang diperolehi melalui program
dan pertandingan ini, dapat menerapkan nilai silaturahim dan semangat
bersukan yang tinggi dikalangan atlit dan murid. Terlaksananya pertandingan
ini dapat membentuk atlit dan murid yang cergas dan cerdas seiring dengan
visi Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan. Selain daripada itu juga, program
dan pertandingan ini dapat memenuhi hasrat Jabatan Pendidikan Negeri
Sembilan dalam melahirkan Anak yang Baik lagi cerdik “ABC” seiring dengan
JERSI.

Disediakan oleh,

……………………………………
(MOHD ANIS HELMI B. MOHD NASIR)
Pengerusi Teknikal Pembangunan Sukan Tenis
MSSD Seremban

Disahkan Oleh Diluluskan oleh,

……………………………… …………………………..
(ABD RAZAK BIN HJ. IDRIS) (HJ MISRI BIN MISTAMA)
Ketua Penolong Pengarah Timbalan Pengarah Pendidikan
Unit Pembangunan Bakat Murid Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

LAMPIRAN A
JAWATANKUASA PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN
KEMAHIRAN SUKAN TENIS SECARA ATAS TALIAN MSSD SEREMBAN
TAHUN 2021

Pengerusi : Tuan Haji Misri bin Mistama


Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

Timbalan Pengerusi : En Abdul Razak bin Haji Idris


Ketua Penolong Pengarah UPBM JPNS

Naib Pengerusi : Nama Pengetua/ Guru Besar Sekolah Pengelola


Nama Sekolah Pengelola

Setiausaha : En Mohd Nizar bin Hartoyo


Penyelaras Sukan UPBM JPNS

Pen. Setiausaha 1 : En Mohamad Shahir bin Ismail


Pen. Pengarah UPBM JPNS ( Pengurus Program )

Pen. Setiausaha 2 : Nama GPK Kokurikulum SK Senawang


GPK Kokurikulum SK Senawang

Bendahari : Puan Norazlina binti Rahmad


Pembantu Tadbir UPBM JPNS

Penolong Bendahari : Nama Pembantu Tadbir Kewangan Sekolah Pengelola


Pembantu Tadbir Kewangan
Nama Sekolah Pengelola

Jawatankuasa Pembimbing:

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Seremban

Jawatankuasa Teknikal

Penyelaras Sukan Tenis En Mohamad Shahir bin Ismail


(Ketua Juri) Penolong Pengarah UPBM JPNS

Penyelaras Pertandingan En. Shamsul Hazli bin Abd. Wahab


(Pen. Ketua Juri) PTPS Tenis Negeri Sembilan

Pen. Penyelaras Pertandingan En. Sufian bin Idris


PTPS Tenis Daerah Tampin

Dokumentasi En. Mohd Anis Helmy bin Mohd Nasir


PTPS Tenis Daerah Seremban

Panel Penilai En. Muhammad Kamil bin Ahmad Dzulkifli


(Kategori bawah 18 Tahun) PTPS Tenis Daerah Jempol

En. Hasbullah Hadi bin Ahmad Hassan


Teknikal Sukan Tenis

En. Mohd Bukhari bin Adnan


Teknikal Sukan Tenis

En. Muhammad Safwan bin Yaman


Teknikal Sukan Tenis

Wakil Sekolah Pengelola

Panel Penilai En. Ahmad Fairiz B. Amran


(Kategori bawah 15 Tahun) PTPS Tenis Daerah Rembau

En. Zulhazri B. Harun


Teknikal Sukan Tenis

Pn. Aqilah Nadhirah Bt Mazhanash


Teknikal Sukan Tenis

Wakil Sekolah Pengelola

Panel Penilai En. Mohd Ramdan bin Alias


(Kategori bawah 12 Tahun) PTPS Tenis Daerah Kuala Pilah

En. Abdul Jalil B. Mohamad


PTPS Tenis Daerah Port Dickson

Pn. Zarinah Bt Zabri


Teknikal Sukan Tenis

En. Ahmad Zulhilmi B. Ahmad Zaini


Teknikal Sukan Tenis

Wakil Sekolah Pengelola

Ahli Jawatankuasa Kerja :

JK Pendaftaran
Nama Guru Sekolah Pengelola atau Nama Guru dikalangan Teknikal
JK Hadiah/Cenderamata /Sijil
Nama Guru Sekolah Pengelola (Boleh lebih dari seorang)

JK Keselamatan/ SOP Covid-19


Nama Guru Sekolah Pengelola

JK Data dan Statistik


Nama Guru dikalangan Teknikal

JK Buletin/ Dokumentasi/Laporan
Nama Guru dikalangan Sekolah Pengelola

JK Promosi
Nama Guru dikalangan Sekolah Pengelola

JK Multimedia
Nama Guru dikalangan Sekolah Pengelola atau Teknikal

(Lain -lain Jawatankuasa yang dirasakan perlu)

LAMPIRAN B
KEWANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN
SUKAN TENIS SECARA ATAS TALIAN MSSD SEREMBAN TAHUN 2021

Sumber Kewangan :
1. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan RM 2137.50
Jumlah RM 2137.50

LAMPIRAN B
KEWANGAN PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN
SUKAN TENIS SECARA ATAS TALIAN MSSD SEREMBAN TAHUN 2021
Perbelanjaan :
KEJOHANAN/PROGRAM
Nama Aktiviti / Program CABARAN TENIS GAYA BEBAS
Sekolah Pengelola SK SENAWANG
Tahu
2021
n  
UNI BI
BIL PERKARA KOS (RM) AMAUN
T L
1 ELAUN JAWATANKUASA
1.1 Jawatankuasa Teknikal 10 RM20.00 1 200.00 RM200.00
1.2 Jawatankuasa Hakim & Kepengadilan 10 RM20.00 2 400.00 RM400.00
1.3 Jawatankuasa Panel Pemilihan Kotinjen 10 RM10.00 2 200.00 RM200.00
1.4 Jawatankuasa ICT 5 RM20.00 2 200.00 RM200.00
  RM1,000.00
2 HADIAH
2.1 Johan 6 RM20.00 1 120.00 RM120.00
2.2 Naib Johan 6 RM20.00 1 120.00 RM120.00
2.3 Ketiga 6 RM20.00 1 120.00 RM120.00
  RM360.00
3 SIJIL KEJOHANAN
3.1 Johan 6 RM1.50 1 9.00 RM9.00
3.2 Naib Johan 6 RM1.50 1 9.00 RM9.00
3.3 Ketiga 6 RM1.50 1 9.00 RM9.00
3.4 Keempat 6 RM1.50 1 9.00 RM9.00
3.5 Kelima 6 RM1.50 1 9.00 RM9.00
3.6 Penyertaan 120 RM1.50 1 180.00 RM180.00
3.7 Penghargaan 35 RM1.50 1 52.50 RM52.50
  RM277.50
4 PENGURUSAN DAN PERALATAN
4.1 Alatan Pengurusan (pen, kertas) 1 RM100.00 1 100.00 RM100.00
4.2 Sanitizer (SOP Covid-19) 2 RM50.00 1 100.00 RM100.00
4.3 Mask (SOP Covid-19) 2 RM50.00 1 100.00 RM100.00
4.4 Sewaan Peralatan ICT 1 RM200.00 1 200.00 RM200.00
4.5         0.00 RM0.00
4.5         0.00 RM0.00
  RM500.00
JUMLAH BESAR (KEJOHANAN DALAM TALIAN ) RM2,137.50

LAMPIRAN C
SYARAT DAN PERATURAN
PROGRAM PEMBANGUNAN DAN KEJOHANAN KEMAHIRAN SUKAN TENIS
SECARA ATAS TALIAN MSSD SEREMBAN TAHUN 2021
PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG

SUKAN TENIS GAYA BEBAS

MAJLIS SUKAN SEKOLAH NEGERI SEMBILAN

1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan Am


MSSM serta undang-undang dan peraturan kecil kejohanan.

2. JENIS PERTANDINGAN

2.1 Pertandingan secara individu antara MSS Negeri, 12 tahun dan ke bawah (lelaki dan
perempuan). 15 tahun dan ke bawah (lelaki dan perempuan) dan 18 tahun ke bawah
(lelaki dan perempuan). Acara yang dipertandingkan adalah:

2.1.1 Sukan Tenis Gaya bebas

2.1.2 Pertandingan adalah mengikut peringkat umur seperti berikut:

Kategori

12 tahun dan ke bawah(Lelaki)

15 tahun dan ke bawah(Lelaki)

18 tahun dan ke bawah(Lelaki)

12 tahun dan ke bawah(Perempuan)

15 tahun dan ke bawah(Perempuan)

18 tahun dan ke bawah(Perempuan)

3. PENDAFTARAN PEMAIN

3.1 Setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak peserta. Tiada had penyertaan
bagi peringkat daerah.

3.2 Setiap daerah hanya dibenarkan mendaftar mengikut kuota pemain yang
dipersetujui oleh Jawatankuasa Teknikal bagi setiap kategori.
3.3 Setiap pemain hanya dibenarkan mengambil bahagian bagi satu peringkat umur
sahaja.

4. KELAYAKAN

4.1 Peserta

4.1.1 Kelayakan Am

4.1.1.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah


rendah dan menengah serta sekolah swasta dan sekolah agensi
kerajaan lain layak menyertai pertandingan permainan MSSM

4.1.1.2 Murid-murid yang menerima surat tawaran kemasukan ke Tingkatan


Enam Rendah dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan wajib
disahkan pendaftaran oleh Pengetua/Penolong Kanan sekolah
berkenaan

4.1.1.3 Kejohanan peringkat MSSM hanya untuk warganegara Malaysia.


Pelajar yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan mengambil
bahagian di peringkat sekolah, daerah dan negeri sahaja.

4.1.1.4 Kelayakan mewakili negeri adalah mengikut daftar sekolah terkini


seseorang pelajar melainkan pelajar sekolah sukan dan akademi
permainan kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.

4.1.2 Pelajar Sekolah Harian.

4.1.2.1 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan


rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai semua
pertandingan MSSM .
4.1.2.2 Pelajar Tingkatan 6 Rendah hanya menjadi pelajar Tingkatan 6
Rendah mengikut tarikh pendaftaran untuk Tingkatan 6 Rendah di
sekolah kerajaan.

4.1.3 Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan lain.

4.1.3.1 Sekolah swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan


bermaksud sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dan bergabung serta membayar
yuran penuh dengan Majlis Sukan Sekolah Negeri. Adalah menjadi
tanggungjawab setiap Setiausaha Agung MSS Negeri untuk
membekalkan satu senarai sekolah swasta yang bergabung dengan
MSS Negeri masing-masing kepada Urusetia MSSM pada atau
sebelum 15 Februari setiap tahun pertandingan dan senarai
tersebut perlu dikemaskinikan semasa ke semasa.

4.1.3.2 Pelajar sekolah swasta perlu menunjukkan bukti ia sedang belajar


sepenuh masa di sekolah berkenaan supaya layak bertanding
dalam kejohanan MSSM.

4.1.3.3 Pelajar sekolah swasta yang sedang menunggu keputusan


peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak
layak menyertai kejohanan peringkat MSSM.

4.1.3.4 Pelajar yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat


keputusan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia layak menyertai
pertandingan permainan MSSM dengan syarat pelajar ini berdaftar
untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi pelajar Ttingkatan 6 Rendah
mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah di
sekolah kerajaan.

4.1.4 Pelajar Sekolah Sukan Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan.

4.1.4.1 Pelajar yang sedang belajar di Sekolah Sukan Malaysia dan di


Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakili negeri asal
tempat ia bersekolah ( sekolah terakhir ) di dalam pertandingan
MSSM

4.1.4.2 Jika khidmat pelajar berkenaan tidak diperlukan oleh negeri


asalnya maka ia dibenarkan mewakili negeri lain dengan syarat
MSS Negeri berkenaan mendapatkan kebenaran bertulis daripada
MSS Negeri asal pemain .

4.1.4.3 Pelajar yang memasuki semula sekolah harian dari Sekolah Sukan
Malaysia dan Akademi Permainan Kebangsaan hendaklah mewakili
negeri di mana sekolah terkini pelajar berkenaan sedang belajar.
Rujuk Peraturan Am 3.1.1.5

4.1.4.4 Pemain yang mewakili MSS Negeri lain tanpa mendapat kebenaran
daripada MSS Negeri asalnya tidak dibenarkan bertanding di
Kejohanan MSSM dan tindakan disiplin hendaklah diambil terhadap
MSS Negeri yang bersalah oleh urusetia MSSM.

4.1.4.5 Pengambilan pelajar Sekolah Sukan Malaysia mestilah mengikut


prosedur yang telah ditetapkan oleh Sekolah Sukan Malaysia dan
menjadi tanggungjawab pegawai MSS Negeri mengambil dan
menghantar balik serta mengutamakan keselamatan dan kebajikan
peserta.

4.1.5 Pelajar Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia

4.1.5.1 Pelajar Pra Universiti di Sekolah Sukan Malaysia tidak boleh


mewakili MSS Negeri dalam Kejohanan MSSM.

4.1.5.2 Pelajar tersebut boleh dipertimbangkan jika layak untuk mewakili


Majlis Sukan Sekolah Malaysia dalam Kejohanan peringkat
Sekolah - Sekolah Asean, Asia dan Antarabangsa yang disertai oleh
MSSM

4.2 Majlis Sukan Sekolah Negeri (MSSN)


4.2.1 Majlis Sukan Sekolah Negeri adalah layak mengambil bahagian dalam
pertandingan permainan MSSM. Setiap negeri hanya berhak menghantar
satu pasukan sahaja mengikut kumpulan umur dalam sesuatu pertandingan
permainan melainkan ada sesuatu ketetapan khas.

5. SISTEM PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan ini hanya dijalankan secara atas talian

5.2 Peserta perlu membuat rakaman video dan menghantar kepada urusetia
pertandingan mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh pengelola
pertandingan.

5.3 Peraturan am teknikal berkaitan dengan rakaman video adalah seperti berikut:

5.3.1 Rakam video boleh menggunakan telefon pintar sahaja.

5.3.2 Rakaman video hendaklah dibuat dalam sela masa selepas surat hebahan

pertandingan sehingga tarikh tamat penghantaran penyertaan pertandingan.

5.3.3 Peranti rakaman video hendaklah dalam keadaan pegun/tetap dan tidak
boleh

digerak-gerakkan sepanjang rakaman berjalan.

5.3.4 Video tidak boleh sama sekali disunting. Video yang didapati ada kesan
suntingan

atau kesan yang meragukan akan ditolak penyertaannya.

5.3.5 Muzik latar dan penambahan unsur-unsur seni visual juga tidak dibenarkan.

5.4 Durasi rakaman video persembahan untuk pertandingan mestilah dalam masa 1
minit (60 saat) sahaja tidak terrmasuk butiran diri peserta.

5.5 Peserta perlu menyatakan butiran diri sebelum memulakan persembahan seperti
berikut:
5.4.1 Nama peserta

5.4.2 Nama Sekolah

5.4.3 Negeri diwakili

5.4.4 Kategori

5.6 Peserta dikehendaki menghantar penyertaan ke platform Telegram yang telah


disediakan oleh pihak pengelola setiap daerah mengikut tarikh dan masa yang akan
ditentukan.

5.7 Penyertaan yang telah dinilai dan berjaya akan dianugerahkan hadiah dan sijil
pencapaian mengikut kedudukan:

5.7.1 Johan

5.7.2 Naib Johan

5.7.3 Ketiga

5.7.4 Keempat

5.7.5 Kelima

6. PAKAIAN

Peserta hendaklah memakai pakaian sukan yang bersesuaian yang lengkap.

7. GELANGGANG

Peserta boleh membuat rakaman video di kawasan yang bersesuaian dan selamat di

rumah atau kediaman masing-masing.

8. BOLA DAN RAKET


8.1 Peserta mestilah menggunakan bola dan raket yang biasa digunakan untuk
pertandingan sukan tenis.

8.2 Hanya menggunakan 1 raket dan 1 bola sahaja.

8.3 Peserta dibenarkan menggunakan samada bola baharu atau bola terpakai untuk

menyertai cabaran ini.

8.4 Peserta tidak dibenarkan menggunakan bola mini tennis.

9. HAL BERKAITAN

9.1 Peserta dibenarkan menggunakan bahagian anggota badan lain seperti kepala,
bahu

atau kaki untuk membantu menimbang bola.

9.2 Peserta juga dibenarkan menggunakan lantai dan dinding untuk melantunkan bola
semasa melakukan persembahan.

9.3 Rakaman persembahan Tenis Gaya Bebas ini hendaklah dalam jangka masa 1 minit
(60 saat) berterusan tanpa henti.

10. KRITERIA PENGHAKIMAN

10.1 Persembahan peserta akan dinilai melalui 4 kriteria utama iaitu Tahap kesukaran,
Persembahan keseluruhan, Kreativiti dan Perlaksanaan.

10.2 5 orang hakim akan menilai dengan 4 orang akan menumpukan kepada satu
kriteria seorang dan seorang akan menjadi ketua hakim.

10.3 Hakim akan memberikan mata diantara 1 hingga 5 mata bagi setiap kriteria dan
pemenang akan diberikan kepada peserta yang memperolehi mata terkumpul
yang tertinggi.

10.4 Sekiranya berlaku jumlah mata yang sama, mata tertinggi dari aspek Kesukaran
akan diambil kira untuk menentukan kemenangan. Jika masih berlaku persamaan
mata, maka mata dari aspek Persembahan akan diambil kira pula, jika masih lagi
sama, aspek seterusnya adalah kreativiti dan aspek pelaksanaan akan dijadikan
ukuran untuk mencari pemenang. Jika masih juga berlaku persamaan mata.
Ketua Hakim mempunyai kuasa untuk menilai secara keseluruhan dengan
bantuan hakim untuk menentukan pemenang.

10.5 Justifikasi Penilaian.

mata
Bil Kriteria Diskripsi Jumlah
1 2 3 4 5
1 Kesukaran Gerakan raket dan bola
Peserta melakukan gerakan kaki yang sukar
Peserta melakukan gerakan tangan yang
sukar
Peserta melakukan kombinasi gerakan yang
sukar
2 Persembahan Persembahan yang bersahaja
Menunjukkan Tahap keyakinan diri yang
tinggi
Melakukan banyak skil
Persembahan yang mengagumkan
3 Kreativiti Gerakan yang unik dan tersendiri
Menunjukkan sesuatu skil dengan cara yang
berbeza
Menggunakan anggota badan dengan
maksima
Skil yang asli
4 Perlaksanaan Melakukan aksi dengan lancar
Dinamik dan bertenaga
Gaya persembahan yang menarik
Kawalan bola dan raket yang baik
5 Bonus Menepati masa
Persiapan Diri
Kualiti Rakaman
Kualiti Kerja Keseluruhan
Jumlah
keseluruhan

11. HAL-HAL LAIN


11.1 Semua video / rakaman bagi bagi tujuan penyertaan ke pertandingan ini

akan menjadi hakmilik Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan

Majlis Sukan Sekolah-sekolah Negeri Sembilan ( MSSNS ).

11.2 Semua keputusan hakim/Juri pertandingan adalah muktamat. Sebarang

bantahan tidak akan dilayan.

11.3 Peserta dan pihak yang terlibat hendaklah memastikan pematuhan terhadap SOP
Perintah Kawalan Pergerakan berkaitan dengan Pandemik Covid 19 yang
dikuatkuasakan oleh pihak berkenaan. Pihak MSSNS tidak akan
bertanggungjawab atas sebarang tindakan jika berlaku pelanggaran SOP oleh
peserta.

11.4 Pelaksanaan semua aktiviti haruslah mematuhi SOP Covid-19 yang sedang
berkuatkuasa,

11.5 Aktiviti dilaksanakan tanpa menggangu PdPR yang sedang berjalan.

11.6 Penyertaan perlulah mendapat kebenaran ibu bapa & penjaga.

11.7 Tiada sebarang paksaan di dalam setiap penyertaan.

Jawatankuasa Teknikal dan Pembangunan Sukan Tenis


Majlis Sukan Sekolah Negeri Sembilan.

LAMPIRAN D
SOP SUKAN DAN REKREASI (PKP3.0)

Protokol AM Individu

1. Pastikan memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit
masing-masing untuk pengesanan kontak rapat (contact tracing).

2. Pastikan aktiviti dilakukan di kawasan / fasiliti sukan yang mematuhi SOP diluluskan
oleh MKN.

3. Pastikan pemakaian pelitup muka (face mask) sebelum dan selepas aktiviti.

4. Pastikan aktiviti dilakukan di kawasan yang tidak terlalu ramai orang.

5. Pastikan penjarakan sosial (social distancing) :

5.1 Aktiviti statik : 1 meter - 3 meter

5.2 Aktiviti dinamik : 3 meter - 5 meter

6. Pastikan langah-langkah kebersihan sebelum, semasa dan selepas menjalankan


aktiviti dipatuhi.

7. Dilarang meludah sembarangan / merata-rata.

8. Pastikan peralatan yang dikongsi dibersihkan, dinyahkuman dan disimpan dalam


keadaan yang baik.

9. Pastikan meninggalkan premis / tempat latihan secepat mungkin selepas aktiviti


latihan.

10. Pastikan tidak bersalaman / bersentuhan dan kurangkan interaksi sosial.

11. Dilarang berkongsi air minuman, makanan, pakaian, tuala muka dan peralatan
peribadi.

12. Kawasan aktiviti adalah dalam sekitar kawasan rumah sendiri.

13. Aktiviti sukan dalam talian adalah di bawah tanggungjawab sendiri.

14. Segala peraturan dan SOP tekini Covid-19 adalah yang terkini dari pihak berwajib.

15. Penyertaan pelajar hendaklah tidak mengabaikan aktiviti PdPR

16. Tiada paksaan dalam penyertaan dan perlu mendapat kebenaran dari ibu bapa dan
penjaga.

You might also like