Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

[2012] 2 PIR [70] 539

1
Syahir b Osman
v
Santhiralehga & Anor
5

Sessions Court, Shah Alam – Summons No. 53-122-2012


Zaman Mohd Noor scj

[70] Quantum – Lower limb – Ankle – Fracture of left medial malleolus – Fibula
10 – Fracture of left fibula

Date of accident
May 12, 2011

Date of grounds of judgment


15
September 26, 2012

Brief description of plaintiff’s injuries


1. Fracture of the left fibula
2. Fracture of the left medial malleolus
20
Disabilities
Nil

Plaintiff’s age
25 (a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

Plaintiff’s occupation
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA
30

Plaintiff’s earnings
(a) As at date of accident : NA
(b) As at date of hearing : NA

35 Liability
100% against the defendants

Award (Based on 100% liability)


1. General damages
(a) Fracture of the left fibula – RM 10,000.00
40
(b) Fracture of the left medial malleolus – RM 12,000.00
(c) Pain and suffering during future surgery – RM 5,000.00
540 Personal Injury Reports [2012] 2 PIR [70]

2. Special damages 1
(a) Cost of surgery (agreed) – RM 1,000.00
(b) Loss of earnings (RM1,000.00 x 2 months) – RM 2,000.00
(c) Medical cost – RM 8,000.00
5
Interest
(a) 2% per annum on special damages from date of accident until date of
judgment.
(b) 4% per annum on general damages from date of service of summons until
date of judgment.
10
(c) 4% per annum on total judgment sum from date of judgment until date
of full settlement.

Cases referred to by the court


Fatimah bt Derakman v Wan Jusoh b Wan Kolok & Anor [1994] 4 CLJ 537, HC
15
Govinda Raju & Anor v Laws [1966] 1 MLJ 188, HC
Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v Tan Lip Eng & Anor [1997] 4 AMR 3744;
[1997] 4 CLJ 509, SC
Nadarajan Muniandy v Ayob Jauhari [2001] 4 CLJ 718, HC
Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] CLJ 300, FC
Shanmugan Gopal v Zinal Abidin b Nazim & Anor [2003] AMEJ 0023; [2003] 8 20
CLJ 729, HC
Sheik Abdul Aziz Sheikh Shukor & Anor v Sheik Mustapha Sheik Shukor & Ors
[2004] 3 CLJ 108, CA
Suriyati bt Takril v Mohan a/l Govindasamay & Anor [2000] AMEJ 0243; [2001]
2 CLJ 101, HC 25
Takako Sakao (P) v Ng Pek Yuen (P) & Anor [2010] 2 AMR 609, FC
Wong Thin Yit v Mohamewd Ali [1971] 2 MLJ 175, FC

Legislation referred to by the court


Evidence Act 1950, s 101 30

Other references
Compendium of Personal Injury Awards

Solicitors 35

K Ganesan (G Dorai & Co) for plaintiff


Gurjit Kaur (Kalai & Partners) for defendants

40
Syahir b Osman v Santhiralehga & Anor
[2012] 2 PIR [70] Zaman Mohd Noor scj 541

1 Zaman Mohd Noor scj

Pengenalan

5 [1] Kes ini adalah tuntutan oleh plaintif terhadap defendan yang diakibatkan
oleh satu kemalangan jalanraya di antara kenderaan yang dipandu oleh plaintiff
dengan kenderaan yang dipandu oleh defendan, pada Mei 12, 2011 lebih
kurang jam 7.45 pagi di kiri jalan susur lebuhraya LDP. Plaintiff mendakwa
kemalangan ini disebabkan oleh kecuaian defendan.
10 [2] Setelah mendengar keterangan saksi-saksi pihak plaintif dan defendan,
meneliti pliding dokumen-dokumen yang dikemukakan ke mahkamah dan
hujahan kedua-dua pihak, saya mendapati plaintif berjaya membuktikan
kesnya di atas imbangan kebarangkalian bahawa kemalangan ini disebabkan
kecuaian defendan sepenuhnya.
15
Versi plaintif

[3] Keterangan plaintif di mahkamah adalah seperti berikut:


Q : Adakah pada Mei 12, 2011 kamu terlibat kemalangan jalanraya?
20 A : Ya. Pada Mei 12, 2011 saya terlibat kemalangan jalanraya.
Q : Ada kamu buat laporan polis?
A : Ya.Saya ada buat laporan polis.
Q : Rujuk rajah kasar di ms 45.
Mahkamah : Ditandakan sebagai ID2.
25 Q : Sebelum kemalangan saya berada di tepi kiri.
A : Saksi tanda X dalam rajah kasar.
Q : Semasa itu kamu melintas dari kiri ke kanan ikut rajah kasar?
A : Ya.
Q : Motorsikal defendan datang dari arah mana?
30 A : Motorsikal datang dari arah sebelah kiri saya. Motorsikal itu lawan arus.
Dia memang tidak boleh ikut jalan itu.

Laporan polis plaintif bertarikh Mei 21, 2011:

Pada Mei 12, 2011 lebih kurang jam 7.45 pagi, saya jalan kaki dari rumah di Desa
35
Mentari hendak pergi ke tempat kerja dan menunggu kawan saya di bus stop
Setia Jaya. Semasa saya melintas jalan untuk ke bus stop, saya telah pastikan tiada
kenderaan dari kanan yang menghala ke Bandar Sunway dari Federal Highway.
Tiba-tiba sebuah motorsikal No. WJV 7741 yang dinaiki dua orang bangsa India
datang menongkah arus (dari kiri) terus melanggar saya. Saya jatuh dan dihantar ke
Hospital Universiti. Saya cedera patah kaki kiri dan luka-luka. Sekian laporan saya.
40
542 Personal Injury Reports [2012] 2 PIR [70]

Versi defendan 1

[4] Defendan tidak hadir di mahkamah pada hari perbicaraan untuk memberi


keterangan dan mahkamah menolak permohonan peguamcara defendan
untuk menangguhkan ke tarikh lain bagi membolehkan saksi pihak defendan 5
hadir untuk memberi keterangan.

[5] Mengikut rekod, kes ini telah ditangguhkan sebelum ini dan pada
tarikh bicara yang dijadualkan sebelum ini, mahkamah diberitahu bahawa
kes ini boleh diselesaikan dan akan dirakamkan penghakiman persetujuan
pada tarikh akan datang (tarikh bicara sekarang) atau sekurang-kurangnya, 10
pihak-pihak akan merakamkan persetujuan mengenai isu liabiliti. Maka
berdasarkan representasi dari peguamcara defendan sendiri mengenai
perkara ini, mahkamah membenarkan penangguhan untuk membolehkan
pihak-pihak berbincang lebih lanjut bagi tujuan merekodkan persetujuan.
15
[6] Namun begitu apa yang berlaku adalah di sebaliknya semasa hari
perbicaraan yang dijadualkan untuk merekodkan penghakiman persetujuan
ataupun sekurang-kurangnya persetujuan mengenai isu liabiliti, mahkamah
terpaksa menunggu sehingga pukul 11.30 pagi pada hari Jumaat dan waktu
rehat pada hari Jumaat adalah pukul 12.15 tengahari. Setelah kes ini dipanggil,
mahkamah diberitahu bahawa tidak ada sebarang persetujuan dicapai 20
termasuk isu liabiliti dan perbicaraan penuh akan dijalankan.

[7] Setelah kes dijalankan pada sebelah petang bermula jam 3.00 petang,
pihak plaintif memanggil dua orang saksi dan menutup kesnya. Pihak
defendan pula tidak ada saksi hendak dipanggil kerana menurut peguamcara
defendan saksi mereka menghadiri peperiksaan pada sebelah petang dan 25

saksi tersebut ada hadir pada sebelah pagi. Namun begitu, perkara ini tidak
diberitahu kepada mahkamah pada sebelah pagi semasa kes ini disebut dan
ditetapkan untuk dibicarakan pada jam 3.00 petang. Mahkamah juga tidak
pasti samada saksi ini benar-benar hadir pada sebelah pagi kerana tidak ada
rekod menunjukkan kehadiran beliau. 30

[8] Di sebelah pagi, mahkamah tidak menjalankan apa-apa perbicaraan


dengan kes lain dan menunggu sehingga pukul 11.30 pagi barulah kedua-dua
peguamcara tiba. Jadi sepatutnya kes sudah boleh dibicarakan pada sebelah
pagi pukul 9.00 pagi. Hari ini adalah hari Jumaat maka kes dijalankan di
sebelah petang kerana kesuntukan masa. Jika bicara dibicarakan di sebelah pagi 35
pukul 9.00 pagi maka sudah tentu saksi pihak defendan dapat memberikan
keterangan di mahkamah. Begitu juga, jika sebagaimana dimaklumkan kepada
mahkamah sebelum ini bahawa pihak-pihak akan merekodkan isu liabiliti,
maka sudah tentu pihak defendan tidak perlu memberikan keterangan atas
isu liabiliti ini. 40
Syahir b Osman v Santhiralehga & Anor
[2012] 2 PIR [70] Zaman Mohd Noor scj 543

1 [9] Rujukan juga dibuat kepada kes Sheik Abdul Aziz Sheikh Shukor & Anor
v Sheik Mustapha Sheik Shukor & Ors [2004] 3 CLJ 108 di mana YA Hakim,
Gopal Sri Ram memutuskan bahawa samada sesuatu penangguhan boleh
atau tidak boleh dibenarkan adalah tertakluk sepenuhnya kepada budi bicara
5 mahkamah. Oleh itu, perbicaraan diteruskan tanpa kehadiran defendan
mahupun peguamnya.

[10] Disebabkan pihak defendan tidak mengemukakan mana-mana saksi


atau laporan polis, keterangan yang dikemukakan oleh pihak plaintif
berkenaan isu liabiliti harus diterima oleh mahkamah yang mulia ini. Prinsip
10 undang-undang ini juga boleh dikatakan trite law.

[11] Mahkamah Agung di dalam kes Jaafar Shaari & Siti Jama Hashim v Tan
Lip Eng & Anor [1997] 4 AMR 3744; [1997] 4 CLJ 509, telah memutuskan:
Once a defendant in civil proceedings elects not to call evidence, then all the
15 evidence led by the plaintiff must be assumed to be true.

[12] Begitu juga panduan boleh didapati di dalam kes Fatimah bt Derakman


v Wan Jusoh b Wan Kolok & Anor [1994] 4 CLJ 537, di mana Mahkamah Tinggi
telah memutuskan bahawa:
20 Since the defence did not produce any evidence to dispute this and took the option
of not producing any witnesses, the plaintiff’s evidence that the car was stationary
and on its correct side of the road when the collision occurred had to be accepted.
In the circumstances the driver of the car was solely to blame for the accident.

[13] Di dalam kes Takako Sakao (P) v Ng Pek Yuen (P) & Anor [2010] 2 AMR
25 609 diputuskan seperti berikut:
The appellant gave her evidence but the first respondent did not attend court, and
no evidence was offered on her part to refute the appellant’s testimony. Such an
important omission was missed by both the High Court and the Court of Appeal.
Two consequences flow from this. Firstly, the evidence given by the appellant
30 ought to have been presumed to be true. Secondly, the court ought to have drawn
an adverse inference against the first respondent …

Beban bukti

[14] Namun begitu saya juga sedar bahawa beban pembuktian pada setiap
35 masa adalah terletak di atas bahu plaintif untuk membuktikan kecuaian
defendan. Saya merujuk kepada kes Nadarajan Muniandy v Ayob Jauhari, High
Court Malaya, Penang [2001] 4 CLJ 718, di mana diputuskan:
Since the defendant did not adduce evidence and as the onus of proof of negligence
on the part of the defendant rested with the plaintiff, the court was left to decide
40 the issue of liability based on the plaintiff’s evidence. As the court was bereft of
the benefit of hearing the defendant’s version the evidence of the plaintiff that
544 Personal Injury Reports [2012] 2 PIR [70]

the defendant was turning right must be accepted. In the circumstances the court 1
had no doubt of the defendant’s negligence in cutting across the path of following
traffic. However it does not mean that the defendant has to give evidence before
the court can find the plaintiff contributory to his own negligence. His contribution
if any can be ascertained from his own evidence.
5
[15] Di dalam kes Wong Thin Yit v Mohamewd Ali [1971] 2 MLJ 175, diputuskan
seperti berikut:
Held:
In a negligence suit, the onus of proof rest wholly on the plaintiff whether or
not the defendant gives evidence, the plaintiff cannot succeed without proof of 10
defendant’s negligence.

[16] Rujukan juga dibuat kepada peruntukan di bawah s 101 Akta Keterangan


1950.
101. Burden of proof 15

(1) Whoever desires any court to give judgment as to any legal right or
liability, dependent on the existence of facts which he asserts, must prove
that those facts exist.

(2) When a person is bound to prove the existence of any fact, it is said that 20
the burden of proof lies on that person.

[17] Kes plaintif adalah bahawa beliau sedang melintas dari arah tanda “A”
ke “C” di kiri jalan susur lebuhraya Damansara Puchong/Petaling Jaya (eks P2,
rajah kasar dan kunci) apabila kenderaan dari arah kanan beliau telah berhenti
25
di persimpangan lampu isyarat kerana lampu merah apabila defendan pertama
yang menunggang motorsikal beliau secara melawan arus dari kiri plaintif
dan melanggar plaintif di tempat bertanda “X”.

[18] Di dalam kes ini saya berpuashati bahawa kecuaian defendanlah yang
menyebabkan kemalangan ini. Perbuatan defendan menunggang motorsikal 30
dengan melawan arus trafik adalah suatu perbuatan yang merbahaya
meletakkan pengguna jalanraya lain dan juga pejalan kaki di dalam kes ini
dalam keadaan agony of the moment.

[19] Plaintif tidak boleh menjangka bahawa akan ada motorsikal yang


ditunggang secara menongkah arus kerana jelas ia suatu yang bertentangan 35
dengan peruntukan undang undang. Jadi bagaimana plaintif dijangkakan
boleh mengelak dari berlaku perlanggaran?

Isu agony of the moment

40
[20] Saya berpendapat bahawa plaintif pertama diletakkan di dalam suatu
situasi agony of the moment.
Syahir b Osman v Santhiralehga & Anor
[2012] 2 PIR [70] Zaman Mohd Noor scj 545

1 [21] Saya merujuk kes Govinda Raju & Anor v Laws [1966] 1 MLJ 188, YA
Hakim Raja Azlan Shah telah menyatakan bahawa:
What was done or omitted to be done by the plaintiff in the agony of the moment
cannot be fairly treated as negligence and therefore there was no contributory
5 negligence on the part of the plaintiff. To my mind, when a plaintiff is perplexed
or agitated when exposed to danger by the wrongful act of a defendants, it is
sufficient if he shows as much judgment and control in attempting to avoid the
accident as may reasonably be expected of him in the circumstances. To that extent
I am satisfied that the plaintiff has so acted in the circumstances.

10 [22] Keterangan dari plaintif dan pegawai penyiasat di dalam kes ini


mengesahkan bahawa defendan menunggang motorsikal secara menongkah
arus di sebelah kiri pejalan kaki sehingga menyebabkan kemalangan ini. Satu
saman telah dikeluarkan oleh pihak polis terhadap defendan atas kecuaian
beliau sehingga menyebabkan kemalangan.
15
[23] Berdasarkan alasan-alasan seperti dinyatakan di atas, saya mendapati
bahawa kemalangan ini disebabkan kecuaian defendan sepenuhnya dan
tidak ada sumbang cuai di pihak plaintif.

Liabiliti: 100% terhadap defendan.


20
Kuantum (kadar 100%):

[24] Di dalam kes Ong Ah Long v Dr S Underwood [1983] CLJ 300, Syed Agil
Barakbah FJ menyatakan seperti berikut:

25 It must be borne in mind that damages for personal injuries are not punitive and
still less a reward. They are simply compensation that will give the injured party
reparation for the wrongful act and for all the natural and direct consequences of
the wrongful act, so far as money can compensate.

(1) Gantirugi am
30
(a) Left medial malleolus – RM12,000.00
( b) Left fibula – RM10,000.00

[25] Bagi kedua-dua kecederaan ini peguam plaintif menghujahkan award


35
sebanyak RM30,000.00 diberikan. Manakala peguam defendan pula berhujah
sejumlah RM22,000.00 diberikan untuk kedua-dua kecederaan ini dan perlu
ditolak 10% kerana penindihan. Mengambilkira hujahan kedua-dua pihak,
laporan perubatan mengenai kecederaan ini dan otoriti yang dikemukakan
untuk menyokong hujahan masing masing serta meneliti garis panduan di
dalam Compendium of Personal Injury Awards, saya merasakan award sejumlah
40 RM22,000.00 adalah munasabah.
546 Personal Injury Reports [2012] 2 PIR [70]

(c) Kesakitan pembedahan masa depan sebanyak RM5,000.00. Award ini 1


diberikan berasaskan kes Shanmugan Gopal v Zinal Abidin b Nazim & Anor
[2003] AMEJ 0023; [2003] 8 CLJ 729.

(2) Gantirugi khas 5

(a) Kos pembedahan sebanyak RM1,000.00. Jumlah ini adalah seperti


dicadangkan oleh pakar defendan sendiri dan dipersetujui oleh peguam
plaintif di dalam hujahan beliau.
10
(b) Kehilangan pendapatan selama dua bulan sebanyak RM2,000.00. Saya
menerima keterangan plaintif bahawa pada masa berkenaan beliau
bekerja dan memperolehi pendapatan sebanyak RM1,480.00 sebulan.
Fakta mengenai pekerjaan ini ada dinyatakan di dalam laporan polis
beliau di mana semasa kejadian kemalangan ini berlaku beliau di dalam
perjalanan ke tempat kerja. Disebabkan kemalangan ini beliau bercuti 15
sakit selama lima bulan. Fakta mengenai tempoh ini disahkan melalui
sijil cuti sakit dan tidak dipertikaikan. Plaintif menjelaskan bahawa
dalam tempoh cuti sakit ini beliau dibayar gaji selama tiga bulan dan
dua bulan tidak dibayar gaji. Dari gaji sebanyak RM1,480.00 sebulan
yang diterima, saya membuat tolakan sebanyak ⅓ bagi tujuan sara hidup 20
beliau (living expenses) dan dibundarkan kepada ratus yang hampir. Jadi
tolakan sebanyak RM500.00 dibuat. Maka, saya memberikan jumlah
kehilangan pendapatan sebulan sebanyak RM1,000.00 bagi tempoh dua
bulan.

(c) Kos perubatan sebanyak RM8,000.00. Kos ini telah dibayar sendiri oleh 25
plaintif dan tidak ada pemeriksaan balas mengenainya. Bersandarkan
kes Suriyati bt Takril v Mohan a/l Govindasamay & Anor [2000] AMEJ 0243;
[2001] 2 CLJ 101, di mana award penuh diberikan untuk kos pembedahan
masa depan, jadi kos ini patut dibenarkan.
30
Kos dan faedah

[26] Kos mengikut skala.

[27] Faedah 4% bagi gantirugi am dan 2% untuk gantirugi khas dari tarikh


serahan saman sehingga tarikh keputusan. Faedah 4% untuk kesemua jumlah 35
penghakiman dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian.

40

You might also like