Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SULIT

944/1

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM


SEMESTER 1 2020 / U2019

JABATAN PELAJARAN NEGERI KELANTAN

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA


(MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE)
________________________________________________________

SKEMA PEMARKAHAN

EKONOMI KERTAS 1

1
SKEMA PEMARKAHAN SOALAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN EKONOMI 1
STPM 2020 / U1 2019 KELANTAN

BAHAGIAN A

NOMBOR SOALAN JAWAPAN

1 C
2 D
3 D
4 B
5 D
6 A
7 B
8 A
9 B
10 D
11 D
12 B
13 B
14 B
15 C
16 A
17 D
18 B
19 C
20 A

2
BAHAGIAN B

21 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keluk kemungkinan pengeluaran? [2]


(b) Dengan menggunakan gambar rajah keluk kemungkinan pengeluaran, jelaskan
perkara-perkara berikut:
(i) Kekurangan
(ii) Pilihan
(iii) Kos lepas [8]
Skema pemarkahan:
(a) Satu keluk yang menunjukkan kombinasi maksimum dua jenis barang yang dapat
dikeluarkan oleh sesebuah ekonomi dengan menggunakan semua faktor pengeluaran
yang ada pada tingkat teknologi tertentu.

(b) Barang Y

▪A
▪B
 K

 C

D

0 Barang X

Rajah [2m] ........mana-mana bentuk KKP


(i) Kekurangan berlaku akibat daripada sumber ekonomi yang terhad sedangkan
kehendak tidak terhad. [1m]
Masalah kekurangan ditunjukkan oleh titik di luar keluk kemungkinan pengeluaran
(KKP), contoh titik K iaitu pengeluaran yang tidak dapat dicapai. [1m]
(ii) Pilihan berlaku akibat masalah kekurangan. [1m]
Masalah pilihan ditunjukkan oleh titik-titik kombinasi pengeluaran di atas/sepanjang
KKP contoh titik A hingga D. [1m]
(iii) Kos lepas wujud akibat pilihan yang dilakukan [1m].
Contoh jika kombinasi pengeluran beralih dari titik A ke B bermakna sejumlah barang Y
Y dilepaskan untuk menambah pengeluaran barang X. [1m]

3
22 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan keanjalan permintaan silang? [2]

(b) Dengan menggunakan contoh berangka, jelaskan bagaimana dua barang itu
dianggap sebagai barang penggenap dan bagaimana pula dua barang itu dianggap sebagai
barang pengganti.
[8]

Skema pemarkahan:
(a) Keanjalan permintaan silang mengukur darjah tindak balas perubahan kuantiti
diminta terhadap suatu barang akibat perubahan dalam harga barang lain.[2m]

(b)
Harga barang X Kuantiti diminta barang Y Kuantiti diminta barang Z
(RM) (unit) (unit)
5 40 20
6 50 10
[Jadual : 2m]

50 – 40
Es = 40 = 1.25 [2m]
6–5
5
Hubungan antara barang X dan Y adalah barang pengganti. [1m)

10 -20
Es = 20 = - 2.5 [2m]
6–5
5

Hubungan antara barang X dan barang Y adalah barang penggenap. (1m)

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi bidangan ? [2]


(b) Dengan berbantukan gambar rajah , terangkan kesan ekonomi bidangan dalaman
dan kesan ekonomi bidangan luaran ke atas keluk kos purata jangka panjang. [8]

Skema pemarkahan:

(a) Ekonomi bidangan ialah faedah yang diperoleh firma akibat perkembangan di dalam
dan di luar firma yang menyebabkan kos pengeluaran jangka panjang menurun. [2m]

4
(b) Kesan ekonomi bidangan dalaman dan luaran ke atas keluk kos purata jangka
panjang
Kos

A L AC
(RM)
5.00

LAC 1
B

0 Keluaran
Q0
Rajah [2m]
Ekonomi bidangan dalaman menyebabkan kos purata jangka panjang berkurangan apabila
keluaran firma bertambah. [1m]
Ia menyebabkan keluk LAC semakin menurun di sepanjang keluk LAC yang sama [1m]
Contoh pada keluk LAC iaitu dari titik A ke B [1m]
Ekonomi bidangan luaran menyebabkan kos purata jangka panjang semakin menurun pada
pelbagai tingkat keluaran akibat perkembangan industri [1m]
Ia menyebabkan peralihan seluruh keluk LAC ke bawah [1m]
Contoh, keluk LAC beralih ke LAC 1 [1m]
*Label keluk AC diterima

5
24 Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan keadaan firma pasaran persaingan
sempurna yang memberhentikan operasi dalam jangka pendek.
[10]
Skema pemarkahan:
Kos, Hasil
MC

P1 B AVC

P2 A

P0 MR=AR
E0

0 Q0 Kuantiti

Rajah [2m]

Titik keseimbangan firma ialah E0 apabila MC = MR [1m]

Harga P0 dan kuantiti Q0. [1m] Firma rugi sebesar P1P0E0B. [1m]
Jumlah hasil (TR) 0P0EQ0 [1m] tidak dapat menampung keseluruhan kos tetap (FC)
P1P2AB dan sebahagian kos berubah (VC) P0P2AE0. [1m]
Firma perlu tutup operasi [1m] kerana ruginya hanya sejumlah FC iaitu P1P2AB [1m]
yang lebih kecil berbanding jika firma teruskan operasi iaitu P1P0E0B [1m]

25 (a) Nyatakan dua alasan mengapa firma pasaran persaingan bermonopoli melakukan
persaingan bukan harga. [2]
(b) Huraikan empat bentuk persaingan bukan harga yang dilakukan oleh firma pasaran
persaingan bermonopoli. [8]

Skema pemarkahan:
(a) i. Firma hanya mempunyai sedikit kuasa untuk menentukan harga [1m]

ii. Keluaran firma adalah pengganti hampir [1m]

6
(b) i. Pengiklanan
Pengiklanan yang menarik membantu firma meyakinkan pengguna tentang kelebihan
keluarannya berbanding firma yang lain.
ii. Galakan jualan
Menggalakkan pengguna membeli keluaran firma, contoh melalui pemberian sampel
percuma dan baucer kepada pengguna
iii. Khidmat selepas jualan
Perkhidmatan percuma oleh firma kepada pembeli selepas jualan. Contoh, menghantar
barang ke rumah.
iv. Penjenamaan
Nama yang baik, unik yang memberi reputasi yang tinggi kepada firma di pasaran
v. Jaminan terhadap penggunaan barang dalam tempoh tertentu
Contoh waranti setahun, cop SIRIM
# Mana-mana empat ….fakta [1m] + huraian [1m]

26 Terangkan lima faktor yang boleh menyebabkan kejayaan kesatuan sekerja dalam
menuntut kenaikan upah. [10]

Skema pemarkahan:

1. Upah adalah sebahagian kecil daripada jumlah kos pengeluaran firma


Tuntutan berjaya kerana kenaikan upah tidak membebankan pengeluar.

2. Permintaan terhadap keluaran firma tidak anjal


Tuntutan berjaya kerana beban kenaikan kos dapat dipindahkan kepada pengguna.

3. Ekonomi dalam guna tenaga penuh


Tuntutan berjaya kerana firma sukar mencari pekerja baru

4. Daya pengeluaran sut buruh meningkat


Tuntutan berjaya kerana keluaran firma meningkat, hasil meningkat

5. Bilangan ahli kesatuan sekerja ramai


Tuntutan berjaya kerana akan menjejaskan operasi firma jika buruh mogok

6. Kedudukan kewangan kesatuan sekerja kukuh


Tuntutan berjaya kerana kesatuan dapat membayar upah pekerja sepanjang tempoh
mogok

7. Pertumbuhan ekonomi pesat


Tuntutan berjaya kerana untung firma meningkat

7
8. Terdapat perbezaan upah dengan firma lain
Tuntutan berjaya jika upah buruh lebih rendah berbanding buruh dalan bidang yang
sama di firma lain

# Mana-mana lima …. fakta [1m]+ huraian [1m]

BAHAGIAN C

27 Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang Y adalah

Qd = 75 – 2Py
Qs = 15 + 3Py

dengan

Py = harga barang Y (RM)


Qd = kuantiti diminta barang Y (unit)
Qs = kuantiti ditawar barang Y (unit)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan barang Y. [2]


(b) Sekiranya kerajaan menetapkan harga barang Y ialah RM 10.00,

(i) apakah nama dan tujuan dasar harga tersebut? [2]


(ii) hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar. Apakah yang berlaku dalam pasaran
barang Y? [3]
(iii) berapakah jumlah perbelanjaan kerajaan? [2]
(iv) nyatakan kesan kepada pasaran jika tiada keadaan (iii) di atas. [1]

Skema pemarkahan:

(a) Py = RM12.00 [1]


Qy = 51 unit [1]

(b) ( i ) Dasar harga maksimum [1] untuk menjaga kepentingan pengguna[1]

( ii ) Qd = 55 unit[1] , Qs = 45 unit [1] ,


lebihan permintaan sebanyak 10 unit [1]

( iii ) RM10 X 10 [1] = RM100.00 [1]

( iv ) Harga akan naik [1]

8
28 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti suatu barang dan jumlah kos bagi sebuah firma
persaingan sempurna.
Kuantiti (unit) Jumlah kos (RM)
1 100.00
2 112.50
3 127.50
4 148.00
5 175.00
6 210.00
7 255.50
8 312.00

(a) Hitung kos purata dan kos sut. [4]


(b) Jika harga di pasaran ialah RM27.00 per unit,
(i) berapakah tingkat keuntungan firma? [2]
(ii) adakah firma ini berada dalam keseimbangan jangka panjang? [2]
(c) Nyatakan harga dan kuantiti keseimbangan jangka panjang bagi firma ini. [2]

Skema pemarkahan: (a)


Kuantiti (unit) Kos purata (RM) Kos sut (RM)
1 100/ 1 = 100.00 -
2 56.25 112.50-100/2-1=12.50
3 42.50 15.00
4 37.00 20.50
5 35.00 27.00
6 35.00 35.00
7 36.50 45.50
8 39.00 56.50
[2m] [2m]
# Betul 6-8: 2m, 3-5 : 1m, 1-2 : 0m

(b) (i) MR = MC pada kuantiti 5 unit,


Jumlah untung = Jumlah hasil – Jumlah kos
= (27.00X5) – 175
= 135 – 175 [Cara kira : 1m]
= - RM40 [Jawapan: 1m]
(ii) Tidak...[1m]. Dalam jangka panjang, firma persaingan sempurna akan
mengalami untung normal…[1m]

9
(c) Firma persaingan sempurna mengalami untung normal dalam jangka panjang
apabila P = AC minimum
Harga keseimbangan = RM35.00…[1m]
Kuantiti keseimbangan = 6 unit… [1m]

29 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara kuantiti buruh dengan jumlah keluaran
bagi sebuah firma.

Buruh ( unit ) Jumlah keluaran ( unit )


0 0
1 10
2 24
3 48
4 64
5 70

(a) Hitung keluaran sut buruh. [2]

(b) Hitung keluaran purata buruh. [2]

(c) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk keluaran sut buruh dan keluk keluaran
purata buruh. [2]

(d) Jika harga keluaran seunit ialah RM12.00 hitung keluaran hasil sut buruh dan
keluaran hasil purata buruh. [4]

Skema pemarkahan:
(a) , (b)

Buruh ( unit ) Keluaran sut buruh ( unit ) Keluaran Purata Buruh ( unit )
0 - 0
1 10 10
2 14 12
3 24 16
4 16 16
5 6 14
[2m] [2m]

# Betul 4-5: 2m, 3 : 1m, 1-2 : 0m

10
(c)
AP,MP ( unit )

20

AP [1m]
10
MP [1m]

0 1 2 3 4 5 Buruh ( unit )

(d)
Buruh ( unit ) Hasil sut buruh ( RM ) Hasil Purata Buruh ( RM )
0 - 0
1 120 120
2 168 144
3 288 192
4 192 192
5 72 168
2m 2m
# Betul 4-5: 2m, 3 : 1m, 1-2 : 0m

11

You might also like