Sejarah Negara Dan Tempatan PDRM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

SEJARAH NEGARA DAN TEMPATAN PDRM

Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan termaktubnya Piagam Keadilan di Pulau Pinang pada 1807.
Sungguhpun demikian, peranan kepolisan telah bermula sejak awal lagi, iaitu pada zaman kesultanan
Melayu di mana wujudnya undang-undang dan penguatkuasaan undang-undang tersebut. 

-POLIS DIBAWAH KESULTANAN MELAKA-

Sejarah kepolisan di Malaysia bermula dengan sejarah kegemilangan kesultanan Melayu. Tidak dapat
dinafikan bahawa telah wujud institusi pegawai yang mempunyai fungsi-fungsi polis sejak Kerajaan Hindu
Majapahit dan Empayar Buddha Sri Vijaya. 

Melaka adalah sebuah kerajaan Melayu yang tertua. Semasa ketiadaan Sultan Melaka, Bendahara
mempunyai kuasa mutlak untuk menjatuhkan hukuman. Temenggung pula bertindak sebagai pegawai.
Adalah menjadi tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-
hukuman. Selain Temenggung, para Penghulu juga mempunyai "pasukan polis" masing-masing. Tugas
utama pasukan ini adalah memungut cukai  dan penguatkuasaan undang-undang dan menjaga keselamatan
kampung.

Sistem yang wujud di Melaka mungkin diikuti oleh negeri-negeri Melayu yang lain. Sebuah "digest"
undang-undang yang disusun untuk Abd Al Ghafur Muhaiyud Din Shah - Sultan Pahang (1592-1614) -
meriwayatkan bahawa Temenggung yang dilantik oleh raja dipertanggungjawabkan untuk menjaga
pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung
yang  mempunyai seorang pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil,
mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat   Itulah gambaran
umum yang dapat kita lihat menerusi rekod-rekod yang ada, mengenai  sistem pentadbiran undang-undang
klasik Melayu.

-MELAKA DIBAWAH PORTUGIS DAN BELANDA-

Pada 10 Ogos 1511, armada Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque berjaya


menakluki Melaka. Menurut Tome Pires, penulis Portugis yang menghasilkan 'Suma
Oriental' sistem pentadbiran lama masih digunakan untuk mengawal penduduk-
penduduk Asia di situ. Penjajah Portugis mentadbir Melaka secara ketenteraan.
Segala kerja dan tugas kepolisan dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang
tahun 1511 Melaka telahpun menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis lebih
senang mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Di bawah sistem
ini suku-suku kaum akan diletakkan di bawah seorang ketua kaum. Ketua ini
bertindak sebagai intitusi polis untuk menjaga kekuasaannya. Perkataan "Kapitan"
berasal dari bahasa Sepanyol dan ada kemungkinan sistem itu digunakan di tanah
jajahan Portugis lainnya.

Melaka sekali lagi dijajah apabila Belanda berjaya merampasnya dari tangan
Portugis pada 14 Januari 1641. Belanda juga memerintah Melaka dengan
menggunakan sistem ketenteraan di samping meneruskan sistem ber'kapitan' yang
diperkenalkan oleh Portugis dahulu. Apabila penduduk Eropah bertambah dan
wujudnya keperluan kepada anggota polis maka sebuah pasukan polis yang
dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan. Burgher Guard adalah badan yang baru dan
para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-
anggota bawahannya adalah pribumi tempatan. Pasukan polis itu bertanggungjawab
kepada Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda
di Melaka. Penghulu juga menjalankan tugas-tugas polis semasa Melaka di bawah
pemerintahan Belanda.

-POLIS PULAU PINANG-

Pada 11 Ogos 1786, Francis Light mendarat di Pulau Pinang dan menamakannya sebagai Prince of Wales
Island. Dia bertindak atas nama East India Company yang bermarkas di India. Penduduk-penduduk di
Pulau Pinang pada masa itu adalah nelayan-nelayan Melayu yang kecil bilangannya. Di kala itu Francis
Light mendapati adalah mustahak baginya untuk menubuhkan satu badan polis bagi menjaga keselamatan
di Pulau Pinang. Dia membuat rayuan kepada ketua-ketuanya di India berkenaan perkara ini tetapi tidak
mendapat layanan. 

Dalam pada itu dia diberi pangkat sebagai Superintendent dan diarahkan menjalani kerjanya bersendirian.
Dengan itu, dia terpaksalah menggunakan sepoi-sepoi yang datang bersama-sama beliau dari India. Namun
sepoi-sepoi ini didapati tidak berdisiplin.

Dalam tahun 1787, beberapa rusuhan telah berlaku di Pulau Pinang. Beberapa kelasi bangsa Eropah telah
terlibat dan 2 orang Siam telah terbunuh. Sekali lagi Francis Light menulis surat kepada Governor-General
East India Company (Lord Cornwallis) di India untuk mengadakan undang-undang dan menubuhkan satu
pasukan polis di pulau tersebut tetapi ini juga ditolak.

dengan kebijaksanaannya, dalam tahun 1792, Francis Light melantik ketua kaum yang dinamakan
"Captain" bagi tiap-tiap kaum Melayu, Cina dan Chulia (kaum India Selatan). Mereka ini bertindak selaku
majistret di dalam kes-kes kecil. Bagi kes-kes lain yang tertuduh akan dibawa ke hadapan Superintendent.
Setiap Kapten ini juga bertanggungjawab mengawal beberapa daerah dengan dibantu oleh 5 orang "peon".
Peon-peon ini boleh dianggap sebagai konstabel yang pertama di dalam keanggotaan pegawai pangkat
rendah polis yang wujud sehingga kini.

Tugas dan tanggungjawab polis pada masa itu termasuk berbagai aspek pentadbiran seperti kawalan
pembekalan air dan pendaftaran "beranak mati". Kemudian dari itu, termasuklah juga mencegah kebakaran
dan tugas-tugas penjara. Walau bagaimanapun, kerja-kerja utama mereka adalah tetap selaku pelaksana
undang-undang seperti yang dilakukan pada masa ini.

Cara menjaga keselamatan dengan mengadakan Kapten ini tidak sepenuhnya berjaya oleh sebab Francis
Light tidak dapat melantik Kapten bagi orang - orang Eropah. Mereka ini semakin bersikap sombong
kerana menyedari yang mereka ini bebas daripada undang-undang. Pada tahun 1793 apabila orang Eropah
terlibat dalam satu kes pembunuhan, Francis Light tidak boleh bertindak kerana dia tidak diberi kuasa
bertindak terhadap orang-orang Eropah. Sehingga tempoh ini Francis Light telah beberapa kali menghantar
permohonan kepada Lembaga Pengarah East India Company untuk menubuhkan satu pasukan polis yang
rasmi tetapi tidak juga mendapat sambutan.

Kol. Arthur Wellesley singgah di Pulau Pinang dalam perjalanannya ke Manila. Dia telah membuat
catatan yang menyentuh perkara-perkara berkaitan dengan keselamatan di Pulau Pinang dan menggesa
supaya seorang majistret bangsa Eropah dilantik. Pada 19 April 1800 Sir George Leith tiba di Pulau Pinang
untuk memegang jawatan baru selaku Lieutenant-General. Empat bulan kemudian John Dicken dilantik
sebagai Hakim dan Majistret yang pertama di Pulau Pinang.

Pada awal tahun 1804, R.T. Farquhar tiba di Pulau Pinang menggantikan  Sir George Leith selaku
Lieutenant-General. Keadaan pasukan polis pada masa itu masih lagi lemah. Berbagai jenis kesalahan
dilakukan setiap hari dengan bebasnya tanpa diambil tindakan dan tanpa dihukum. Dalam tahun 1805,
seluruh pentadbiran Pulau Pinang dirombak semula, dan taraf pulau itu ditingkatkan. Seorang Gabenor
dilantik dan Dewan Majlis yang bertanggungjawab kepada kerajaan India ditubuhkan.

Pada 25 Mac 1807, sebuah "Charter" (piagam) diterima. Dengan ini Pulau Pinang bolehlah mengadakan
Mahkamah Keadilan yang sebenar selain boleh menubuhkan satu organisasi polis yang lebih baik
berlandaskan 'Piagam Keadilan' (Charter of Justice). Piagam ini telah mewujudkan satu  undang-undang
yang jelas bagi mereka yang dipertanggungjawabkan melaksanakannya.

-MELAKA DIBAWAH BRITISH-

British diminta mentadbir Melaka buat sementara waktu iaitu apabila raja Belanda terpaksa melarikan diri
ke England kerana negaranya ditakluki oleh Perancis. Dengan itu, British mengambil hak ke atas Melaka
atas nama sahabatnya. Hal ini menyebabkan berlakunya sedikit perubahan ke atas corak pentadbiran
Melaka. Kapten Farquhar dilantik sebagai Gabenor Tentera British tetapi pegawai-pegawai Belanda yang
lain terus dikekalkan jawatan mereka. Majlis Keadilan dan Burgher Guard terus bertanggungjawab untuk
menguatkuasakan undang-undang dan menjaga ketenteraman awam. 

Mulai tahun 1825 bermulalah pentadbiran awam British di Melaka. Sebuah pasukan polis kemudiannya
telah dibentuk. Pada mulanya sistem polis `Burgher Guard' Belanda dikekalkan oleh British. Seorang
pegawai Inggeris, W.T. Lewis telah dilantik sebagai Penguasa Polis. Kekuatan Pasukan Polis Melaka di
bawah Lewis ialah 63 orang. Ini termasuklah dua orang konstabel Eropah iaitu W . Van Heusen dan J.
Endroff, empat ketua Burgher Guard, 28 peon dan 21 penghulu. Jumlah gaji yang dibayar untuk semua
anggota ialah 1,025 rupee sebulan. Van Heusen, konstabel kanan dibayar 60 rupee sebulan sementara peon
dan penghulu pula dibayar sehingga sepuluh  rupee sebulan selain sepuluh peratus daripada kutipan hasil
tanah.

Tugas Lewis sebagai Penguasa Polis adalah menyeluruh. Dia bertanggungjawab juga ke atas pasukan
bomba, kawalan ke atas pasar dan juga perairan. Di samping itu dia juga bertindak sebagai Penguasa
Tanah dan Pengutip Hasil. Memandangkan lanun adalah masalah jenayah utama   ketika itu, Lewis
mencadangkan penubuhan pengkalan-pengkalan tetap   balai-balai polis yang berfungsi separa-tentera.
Residen ketika itu, Samuel   Garling, hanya bersetuju pos polis ditubuhkan di Pulau Besar dan
mengarahkan Lewis merekrut Peon untuk mengawal balai-balai di Merlimau dan Sungai Linggi.Lewis
adalah pengasas Pasukan Polis Melaka. Dengan usahanya yang bersungguh-sungguh dia menjadikan Polis
Melaka sebagai sebuah pasukan yang tercekap di antara Pasukan-pasukan Polis Negeri-Negeri Selat
lainnya.

-PASUKAN POLIS NEGERI-NEGRI SELAT-


Penguasaan Syarikat Hindia Timur ke atas Singapura telah merubah seluruh sejarah Tanah Melayu.
Kemajuan jajahan baru itu begitu pesat dan kemudiannya meninggalkan Melaka dan Pulau Pinang di
belakangnya. Perkembangan itu juga melibatkan Pasukan Polis. Pada tahun 1826 ketiga-tiga jajahan
British di Tanah Melayu disatukan dengan Pulau Pinang sebagai pusat pentadbiran. Pentadbiran Negeri-
Negeri Selat diturunkan ke taraf residensi. Tiap-tiap wilayah ditempatkan seorang Timbalan Residen. Dua
tahun kemudian, Negeri-Negeri Selat disatukan semula pentadbirannya dengan diketuai oleh seorang
Gabenor. Pusat Pentadbiran berpindah ke Singapura.

Pertukaran kekuasaan Negeri-Negeri Selat dari India kepada Kerajaan British pada tahun 1867, walaupun
merupakan kejadian penting kepada sejarah Tanah Melayu, tidak pula mendatangkan kesan segera kepada
perlembagaan Pasukan-Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat berkenaan. Empat tahun kemudian Police Force
Ordinance 1871 digubal dengan sedikit pindaan. Ordinan ini dikuatkuasakan mulai tahun 1872 dan
digunakan sehinggalah kedatangan Jepun. Dengan itu juga seluruh Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat
disatukan di bawah kawalan seorang Ketua Polis yang beribu pejabat di Singapura. Pulau Pinang dan
Melaka dipimpin oleh seorang Penguasa Polis yang bertindak sebagai Ketua Pegawai Polis. Ketua Polis
Negara Negeri-Negeri Selat yang pertama ialah Kolonel Samuel Dunlop.

-PASUKAN POLIS PERAK-

Sultan Ali, negeri Perak berada (dalam kucar kacir kerana berlakunya perebutan
takhta. Ketegangan juga berlaku di sana kerana wujud kejadian-kejadian yang
dicetuskan oleh imigran-imigran China yang semakin ramai. Ini menyukarkan
Menteri Larut untuk mengawal keadaan. Untuk mengatasi masalah ini, beliau
menubuhkan Pasukan polis yang dianggotai oleh 40 orang Melayu. Akan tetapi
Pasukan Polis ini gagal mengawal kekacauan-kekacauan dan kegiatan kongsi gelap
yang dicetuskan oleh orang Cina. Menteri Larut kemudiannya meminta Kaptan
Tristram Speedy membantunya merekrut dan membentuk sebuah Pasukan Polis
yang kuat bagi menjaga keamanan dan ketenteraman di Larut. Speedy tiba di Larut
dengan membawa bersama-samanya 110 anggota Polis Punjab dan Pathan yang
direkrut di India berserta senjata-senjata api 'Krupp Guns'.

Gabenor Sir Andrew Clarke pula telah mengambil keputusan untuk campur tangan di
Perak. Dia kemudiannya mengadakan Perjanjian Pangkor untuk menyelesaikan
kekalutan di Perak. Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 1874. Speedy
kemudiannya dilantik sebagai Penolong Residen. Residen Perak yang pertama ialah J
. W . W . Birch. Pasukan Polis yang dibentuk oleh Speedy diperbesarkan menjadi
160 anggota. Bukan sahaja anggota-anggota yang direkrut dari India, beberapa
anggota Melayu dan Cina turut diambil. Seorang Inspektor berbangsa India
ditugaskan membantu Speedy. Pasukan Polis ditempatkan di satu kawasan antara
Matang dan Taiping. Pada masa itu belum ada uniform yang khusus dan keadaan
berek juga tidak sempurna.

Campur tangan British di Perak menerima tentangan hebat pribumi tempatan.


Residen pertama, J . W . W Birch telah dibunuh oleh seorang pribumi Perak pada 2
Nov 1875. Dengan penentangan yang hebat oleh penduduk tempatan dan
pembunuhan ke atas J . W . W Birch itu telah menyebabkan British mengambil
keputusan untuk campur tangan secara langsung di Perak. Inggeris kemudiannya
memperkukuhkan kedudukannya dengan memperkuatkan pasukan polis.

Pada 1876, Pesuruhjaya Pasukan Polis Perak yang pertama dilantik. Beliau ialah
Paul Swinburns. Anggota-anggota polis yang direkrut oleh Speedy diserapkan ke
dalam Pasukan Polis yang baru dibentuk oleh Swinburne. Beberapa anggota polis
Melayu dari Negeri-Negeri Selat turut ditukarkan ke Perak. Swinburne juga minta
membina berek polis dan balm-balm baru. Uniform baru juga diperolehi dari
England. Pasukan Polis kenali dengan nama-nama barn - Polis Bersenjata Perak
(Perak Armed Police). Pasukan Polis ini berfungsi, berperanan, berdisiplin dan
ditadbirkan secara ketenteraan.

Pada 1879 satu rusuhan tercetus di Taiping. Pihak Polis berjaya mengawal keadaan.
Kecekapan polis adalah berkat sistem latihan dan pentadbiran yang disusun oleh
Swinburne. Swinburne digantikan oleh Kapten Walker dalam tahun 1882. Walker
kemudiannya membentuk sebuah Pasukan Polis Berkuda (Mounted Battery) yang
dipimpin oleh Inspektor James McKeon. Walker juga menyusun satu sistem
penyiasatan yang bersistematik semasa beliau memimpin Pasukan Polis Perak.
Pasukan Polis Perak berkembang sehinggalah kemudiannya bersatu dengan Pasukan
Polis yang lain dalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

-PASUKAN POLIS SELANGOR-

Sultan Abdul Samad memerintah Selangor dan Kuala Lumpur. Jajahan Kiang diletakkan di bawah
pentadbiran Raja Abdullah. Orang Cina datang untuk mengerjakan lombang bijih timah. Pada 1867 Raja
Abdullah dicabar oleh Raja Mahadi. Dengan itu bermulalah Perang Kiang.

Pada tahun 1870 Sultan menyerahkan pentadbiran negeri kepada menantunya, Tengku Kudin dari Kedah
dengan gelaran Wakil Yamtuan. Beberapa tindakan Tengku Kudin menambahkan kucar-kacirnya
pentadbiran negeri. Tengku Kudin kemudiannya menubuhkan sebuah Pasukan Polis. beliau merekrut dua
orang pegawai Eropah - seorang Belanda .Pasukan Polis tersebut mengandungi 30 orang Eropah dan
Serani serta 80 orang sepoi India. Tengku Kudin adalah rakan sepakatan Yap Ah Loy, Kapitan Cina waktu
itu. Tengku Kudin menempatkan sebahagian besar anggota Pasukan Polisnya di Kuala Lumpur bagi
menghadapi ancaman Syed Masyhur yang juga menjadi musuh ketat Yap Ah Loy. Kuala Lumpur ditawan
oleh Syed Masyhur. Pasukan Tengku Kudin telah diserang hendap oleh satu lagi kumpulan penentang
yang diketuai oleh Raja Mahadi. Cavaleiri dan 20 orang anggota pasukan Tengku Kudin terbunuh. Ah Loy
terpaksa melarikan diri dari Kuala Lumpur. Sementara itu Van Hagen dan 40 anggotanya ditawan dan
dihukum bunuh di Kuala Lumpur.

Davidson dilantik sebagai Residen British, salah satu tindakan utamanya ialah menubuhkan Pasukan Polis.
Pembentukan Pasukan Polis diserahkan kepada seorang pegawai muda yang bernama Harry Syers. Pada
1875, beliau dilantik sebagai Penguasa Polis dan Penjara Selangor. anggota Pasukan Polis Selangor
meningkat ke angka 270 dan kesemuanya adalah orang Melayu. Balaibalai polis juga didirikan di beberapa
tempat di KL . Pasukan Polis itu dikenali sebagai Pasuka Polis Tentera Selangor (Selangor Military Police
Force).

Mulai tahun 1882, Ibu Pejabat Polis Selangor dipindahkan dari Kiang ke Kuala Lumpur yang sedang pesat
membangun ketika itu. Balai Polis Central terletak di persimpangan Jalan Pudu dan Jalan Cross tetapi
pusat pentadbiran polis Selangor yang diketuai oleh H.C. Syers, terletak di 3alan Bluff, tempat terletaknya
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman sekarang. Pasukan Polis Selangor pimpinan Syers terus berkembang pesat.
Setelah membentuk sebuah pasukan polis yang cekap di Selangor Syers diarahkan ke Pahang untuk
membantu menubuhkan sebuah pasukan polis di negeri itu

-PASUKAN POLIS PAHANG-


Pada awal 1880-an, British mula mendesak baginda Sultan menerima khidmat seorang Residen British
untuk membolehkan Inggeris campur tangan di negeri itu. Maka dalam tahun 1888 Pahang menerima
desakan British, clan J.P. Rodger telah dilantik menjadi Residen British yang pertama.

Satu langkah pertama penting yang dilakukan oleh Rodger yang pernah bekerjasama dengan H.C. Syers di
Selangor adalah meminta Penguasa Polis clan Penjara Selangor itu membantunya membentuk Pasukan
Polis Pahang. Syers diminta merekrut clan melatih sekumpulan 25 kaum Sikh sebagai anggota asas clan
menyediakan seorang Sarjan, Koperal clan Bugle untuk Pasukan Polis yang bakal ditubuhkan itu. Buat
sementara waktu beberapa orang anggota sukarelawan Polis Selangor dipilih untuk berkhidmat dengan
Pasukan Polis Pahang.

Pasukan yang dihantar ke Pahang itu terdiri daripada seorang Sarjan, seorang Koperal, 23 Sipahi, clan
seorang Bugle dengan dipimpin oleh Inspektor Cross. Pasukan ini bertolak dari Singapura ke Pekan pada
1888 dengan disertai oleh Residen Pahang sendiri. Setibanya di Pahang, Inspektor Cross jatuh sakit dan
meninggal dunia dalam bulan November tahun yang sama. Inspektor Kempe menggantikan tempatnya.

Kerajaan Selangor bersetuju meminjamkan Syers selama dua bulan untuk membantu Pahang menubuhkan
Pasukan Polisnya. Syers bertolak ke Pekan pada 1889. Syers membawa bersama-samanya 25 orang
anggota polis yang direkrut dan dilatih di Selangor. Ketibaan Syers ini memperkuatkan lagi Pasukan Polis
Pahang. Syers tiba di Pekan akhir Jun 1889. Syers menjelajah kesegenap pelosok Pahang. Kebanyakan
saranan Syers diberi perhatian & diambil tindakan oleh Residen. Pasukan Polis Pahang bertambah besar
dengan anggota-anggotanya terdiri dari 104 Sikh, 142 Melayu, seorang Inspektor Eropah bernama
Summer & seorang Inspektor Melayu bernama Tuan Kechut.

Pada 1891 kebangkitan anti-British tercetus di Pahang. Pemimpin-pemimpin pribumi tempatan menentang
British kerana tidak puas hati terhadap campur tangan Inggeris di Negeri itu. Pasukan Polis Pahang
memainkan peranan mengawal keadaan dan mengembalikan ketenteraman di negeri itu. pihak Inggeris
merasakan sudah tiba masanya untuk menyatukan pasukan polis dalam usaha menjalankan tugas-tugas
kepolisan dengan lebih berkesan.

-PASUKAN POLIS N9-

sistem Residen diperkenalkan dalam tahun 1875 di Sungai Ujong, seorang Penolong Residen, iaitu Kapten
P.J. Murray, R. N. Murray bertanggungjawab membentuk pasukan polis di Sungai Ujong. Walaupun
pasukan polis ini kecil tetapi organisasinya kemas. Pasukan polis Sungai Ujong dianggotai oleh kaum
Sikh. Tugas Polis bercorak ketenteraan sementara anggota Melayu ditugaskan sebagai pemungut hasil.
Kebanyakan balai polis yang mula-mula didirikan dilengkapi dengan kubu-kubu terutamanya di daerah-
daerah terpencil.

Satu kejadian penting yang melibatkan peranan polis ialah pergaduhan di Terachi pada tahun 1875. Dalam
kejadian itu, sekumpulan orang melayu bangun menentang penjajah British tetapi polis telah
menumpaskan mereka di Bukit Putus pada Disember 1875. Pasukan tentera yang sebahagian besarnya dari
Melaka bertanggungjawab mematahkan penentangan tersebut. Satu pertubuhan pasukan polis yang
diketuai oleh dua pegawai, Bird dan Skinner, turut sama dalam operasi tersebut.
Orang Eropah yang pertama dilantik sebagai Ketua Polis Negeri Sembilan ialah W . W . Douglas (1881).
Jawatannya dikenali sebagai Penguasa polis dan penjara, Sungai Ujong. Pada 1880 pasukan polis Sungai
Ujong mengandungi 100 anggota yang kesemuanya Melayu dan orang Jawa.

seorang Inspektor Eropah, Hennesey, telah ditukarkan ke Sungai Ujong. Kekuatan pasukan polis ini terdiri
daripada  36 orang Melayu dan 13 Sikh dan meningkat ke 66 orang melayu dan 20 Sikh dalam tahun 1892.
Semasa pimpinan Talbot kedua pasukan polis yang wujud di Negeri Sembilan disatukan dibawah satu
pentadbiran. Pasukan Polis Negeri Sembilan ini kemudiannya berkembang pesat sehinggalah bergabung
dengan pasukan polis negeri-negeri melayu Bersekutu.

-PASUKAN POLIS NEGERI-NEGERI MELAYU BERSATU-

Dalam tahun 1892 lahirlah pula gagasan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, keempat-empat buah negeri
tersebut disatukan dalam sebuah Persekutuan. Pembentukan tersebut menyatukan pasukan pasukan polis
negeri-negeri tersebut kedalam Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu adalah dibawah pemerintah tertingginya, iaitu Pesuruhjaya
Polis. Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan dijadikan sebagai Kontinjen Polis dan diketuai oleh
seorang Ketua Polis Negeri (Chief Police Officers). Walaupun Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu bertanggungjawab keatas pentadbiran dan pengawasan pasukan polis tetapi ia adalah dibawah
kawalan dan arahan Ketua Setiausaha Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.

Orang yang pertama   dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ialah Kapten H.
C. Syers, Penguasa Polis Negeri Selangor. Syers  telah memindahkan Ibu Pejabat Polis Negeri itu dari
Klang ke Kuala Lumpur (Bukit Aman sekarang) dan  mengekalkan Bluff Road Hill itu sebagai Pusat
Pentadbiran Polis Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jawatannya sebagai Penguasa Polis Selangor
digantikan oleh Christian Wagner.

Di bawah Kapten H.C. Syers, Polis Negeri Negeri Melayu Bersekutu mengalami beberapa perubahan yang
pesat dan menggalakkan. Untuk menimbulkan rasa kesatuan, pakaian seragam warna  biru diperkenalkan.
Tiap-tiap negeri dibezakan oleh bentuk butang dan lencana.

Syers mengambil inisiatif dengan menyusun semula pentadbiran polis di Perak. Kontinjen Polis Perak
diketuai oleh seorang Ketua Polis berpangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis yang  mengambil alih
sepenuhnya peranan pasukan Sikh di Perak yang dianggap bukan lagi sebahagian daripada pasukan polis
tetapi Malay States Guides.

Dengan tertubuhnya Malay States Guides dibawah Kolonel Walker pada tahun 1896 yang kekuatannya
enam kompeni infantri dan dua kompeni artillieri (900 anggota). Semua tugasan  berbentuk ketenteraan
yang dulunya menjadi sebahagian tugas dan tanggungjawab Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu yang diambil alih oleh pasukan tersebut.

Ketua Polis Kontinjen Pahang ialah Duff dan F.W. Talbot pula mengetuai Kontinjen Negeri Sembilan.

Tahun pertama wujudnya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu mencatatkan jumlah anggotanya lebih
kurang 2000 orang. Masalah yang wujud ialah penggabungan polis itu masih longgar, Residen turut
mempunyai kuasa dalam pentadbiran polis  tiap-tiap negeri.  Pesuruhjaya Polis di Bluff Road (sekarang 
Bukit Aman) tidak mempunyai kuasa sepenuhnya, melainkan sebagai `Inspecting Officer' sahaja. 

Pada tahun berikutnya iaitu 1903 Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu barulah benar benar
dibawah kuasa dan kawalan Pesuruhjaya Polis. Usaha ini dibuat oleh H.L. Talbot yang berusaha untuk
mengalihkan kuasa dan peringkat negeri ke pusat menerusi berkuatkuasanya Police Force Enactment 1903.

Satu masalah yang dihadapi oleh pemerintah Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ketika itu
ialah untuk mendapatkan anggota-anggota yang terlatih. Sebelum itu anggota-anggota biasanya diambil
dari pasukan-pasukan tentera India. Untuk mengatasi masalah  sebuah Pusat Latihan (Depot) ditubuhkan di
perkarangan Bluff Road pada bulan Oktober 1903.

Bagi mengubah pandangan terhadap polis dan menggalakkan orang Melayu berkhidmat dengan pasukan
polis, British telah menggunakan nilai-nilai taat setia kepada Raja yang terdapat pada orang Melayu. Untuk
itu Raja Alang lskandar, putera Sultan Idris dari Perak telah dilantik sebagai  Penolong Pesuruhjaya pada 1
Ogos 1905 dengan persetujuan Paduka Sultan Perak.

Raja Alang Iskandar merupakan orang Melayu pertama diberi pangkat yang tertinggi oleh British. Dia
adalah seorang putera raja yang bersemangat dan mempunyai tingkah laku yang menyenangkan. Dia
kemudiannya ditempatkan di Polis Depot dan diberi tanggungjawab untuk pengambilan anggota-anggota
polis Melayu. Raja Alang Iskandar telah menjalankan berbagai usaha untuk menarik minat orang-orang
Melayu berkhidmat dalam pasukan polis. Selepas  37 tahun  pusat latihan ini dipindah ke Riffle Range
Road iaitu yang dikenali sebagai PULAPOL (Pusat Latihan Polis) sekarang ini.

-PASUKAN POLIS JOHOR-

Dalam tahun 1910, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am Inggeris untuk menyusun semula
pentadbiran Johor. Mulai tahun 1914, Penasihat Am diberi kuasa lebih akibat perjanjian diantara Johor
dengan Britain. Catatan sejarah menunjukkan bahawa pasukan polis telah pun wujud secara rasmi sejak
sebelum ketibaan Penasihat Inggeris lagi. Pesuruhjaya Polis yang pertama ialah Dato' Bentara Luar. Beliau
memegang jawatan tersebut mulai 1882. Sejak tarikh itu hingga 1912, jawatan Pesuruhjaya Polis Johor
dipegang oleh pegawai Melayu.

G.P. Cuscaden, Pesuruhjaya Polis bangsa Eropah yang pertama mulai menjalankan tugasnya dalam tahun
1912. Beliau diberi tugas menyusun semula Pasukan Polis Johor mengikut konsep kepolisan moden. G.P.
Cuscaden adalah seorang pegawai yang berkebolehan. Dalam tahun 1915, Pasukan Polis Johor mempunyai
pegawai dan anggota pangkat rendah. Cascaden digantikan oleh M.G. Simpson mulai tahun 1920.

Sejak disusun semula, Pasukan Polis Johor terus memperlihatkan kemajuan. Dalam tahun 1928, terdapat
lebih 60 balai   Polis di seluruh Negeri. Dalam tahun 1937 "Police Depot" baru dibuka di Johor Bharu.
Johor dibahagikan kepada tiga formasi polis yang dipanggil `lingkongan' (Circle) iaitu Muar, Batu Pahat
dan Johor Bharu.

-PASUKAN POLIS KEDAH-


Negeri-Negeri Melayu tidak bersekutu di utara Tanah Melayu terus berada dalam kawalan Siam sehingga
tahun 1909. Dengan termeterinya perjanjian 1909, kesemua negeri-negeri Melayu itu dipindahkan dari
kawalan Siam ke bawah kuasa Inggeris.

Pasukan Polis Kedah dibentuk oleh Sultan Kedah dengan bantuan beberapa pegawai Eropah sebelum
tahun 1909. Ketua Polis Kedah pada masa itu ialah Tunku Ibrahim. Putera Raja ini dibantu oleh
Pesuruhjaya Polis Mitchell yang bertempat di Kulim, dan Ketua Inspektor Joyce (Alor Setar). Apabila
Mitchell bersara jawatannya tidak berganti, pentadbiran polis Kedah dibahagikan kepada dua wilayah iaitu
utara dan selatan. Seorang Penolong Pesuruhjaya mengetuai wilayah utara sementara Joyce Speers di
Wilayah Selatan. Apabila Tunku Ibrahim menjadi Raja Muda Kedah, baginda meletakkan jawatannya
sebagai Ketua Polis Kedah.

Mulai tahun 1922, kedua-dua  wilayah Polis Kedah Utara dan Selatan disatukan. Speers dilantik sebagai
Pesuruhjaya Polis Kedah. Beliau dibantu oleh A. W. Hamilton sebagai Penolong Pesuruhjaya yang
menjaga kawasan Utara dan P.K.Hazlitt menjaga kawasan Selatan Kedah. Sistem ini berterusan sehingga
Negeri Kedah dibahagikan kepada tiga. Ibu Pejabat Polis Negeri terletak di Alor Setar. Apabila Speers
bersara pada tahun yang sama A. W . Hamilton dilantik menggantikannya. Kekuatan pasukan polis Kedah
pada tahun itu ialah 764 orang.

-PASUKAN POLIS PERLIS-

Pasukan Polis Perlis merupakan satu-satunya  pasukan polis di Tanah Melayu yang dibentuk tanpa bantuan
dan pertolongan pegawai Eropah. Dalam tahun yang sama Encik Mat bin Kassim dihantar ke Kedah untuk
mengikuti latihan kepolisan di bawah Kapten Speers di Kuala Muda.

kembalinya ke Perlis dalam tahun 1910, beliau dilantik mengetuai polis Melayu dengan pangkat Inspektor.
Walau bagaimanapun, beliau adalah pegawai terkanan dalam Pasukan Polis Perlis. Pada tahun 1914 beliau
diperakukan sebagai Komander Pasukan Polis Melayu.

Encik Mat bin Kassim berusaha memperlengkapkan dan meningkatkan kecekapan pasukan polis Perlis.
Disiplin dan latihan diberi penekanan. Mulai 1927, jawatan Encik Mat Kassim dikenali sebagal Ketua
Polis Perlis. Keadaan ini wujud sehinggalah Pasukan Polis Perlis di satukan dengan Pasukan Polis
Malayan Union pada tahun 1946. Rekod perkhidmatannya mengetuai pasukan Polis Perlis meletakkan
dirinya begitu unik dalam sejarah kepolisan negara.

-PASUKAN POLIS KELANTAN-

Semasa Perjanjian Inggeris-Siam ditandatangani pada 1909, Kelantan telah mempunyai Pasukan Polis
Melayu di bawah kawalan seorang putera raja, Tunku Sri Maharaja. Terdapat anggota Polis Sikh yang
dikenali sebagai Polis Tentera (Military Police). Polis ini berfungsi sebagai anggota kawalan dan
pengiring.

Pada 1910  G. Cullen daripada pasukan polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States)
telah dipinjamkan ke Kelantan sebagai Penguasa Polis dengan tugas menyusun semula Pasukan Polis
Kelantan. Polis Tentera diserapkan ke dalam pasukan Polis Kelantan. Pusat Latihan Polis juga dibentuk.
Tunku Sri Maharaja pula terus kekal sebagai Pesuruhjaya Polis.
Mulai tahun 1910, jawatan Penguasa Polis ditukar kepada  Ketua Pegawai Polis. G. Cullen mengetuai polis
Kelantan selama 3 tahun dan dia banyak membantu memajukan pasukan tersebut. G. Cullen digantikan
oleh Kapten Tomlison dan menjawat jawatan Ketua Pegawai Polis selama setahun. Pada 1913, Kapten
H.A. Anderson menggantikan Tomlison.

Anderson memperkukuhkan Pasukan Polis Kelantan dengan menekankan corak disiplin ketenteraan.
perang 1914 meletus, beliau diminta membantu mengaturkan dan mengorganisasikan polis sukarelawan
yang dianggotai oleh orang Eropah di Kelantan. Dalam tahun 1915, beliau meninggalkan Tanah Melayu
dengan tujuan untuk menganggotai semula Angkatan Tentera. Beliau berkhidmat dalam masa yang singkat
kerana jatuh sakit. Semasa ketiadaannya, kebangkitan yang dipimpin oleh Tok Janggut meletus di
Kelantan terutamanya di Pasir Putih. Seorang anggota polis berpangkat Sarjan  telah dibunuh oleh
kumpulan Tok Janggut. Kebangkitan itu dapat dipadamkan oleh Inggeris yang mendapat bantuan polis
Singapura.

Anderson bersara dalam tahun 1934 dan terns menetap di Kota Bharu. Semasa pendudukan Jepun, beliau
telah ditahan di Singapura. Selepas dibebaskan, beliau kembali ke Kota Bharu dan meninggal dunia di
sana. Beliau digantikan oleh D. Hillary, selepas itu E.C. Tidy dan   E.W. Mumford.

-PASUKAN POLIS TERENGGANU-

Di Kuala Terengganu, sebuah pasukan polis telah pun terbentuk di bawah perintah Tunku Panglima Besar.
Pada tahun 1916, Sultan Terengganu, yang bertindak atas nasihat wakil British meminta Pesuruhjaya
Tinggi menghantar seorang pegawai Polis British untuk membantu menyusun semula pasukan Polis
Terengganu. Permintaan Sultan tidak dipenuhi kerana tercetusnya Perang Dunia Pertama pada masa itu.
Satu langkah yang berkesan telah diambil dalam tahun 1917 apabila lapan ketua kampung dilantik berserta
sekumpulan kecil anggota polis di bawah mereka.

Pada tahun 1919, perjanjian Terengganu telah disemak, dan Sultan bersetuju menerima Penasihat British
seperti negeri-negeri Melayu yang lain. Kedatangan Penasihat Inggeris itu turut membawa pembaharuan
kepada sistem kepolisan negeri Terengganu. Seorang pegawai polis Eropah telah dipinjamkan bertugas di
negeri tersebut. Beliau  ialah  E Cheers.

E Cheers yang pernah berkhidmat dengan Polis Johor telah diberi jawatan sebagai Pesuruhjaya Polis
Terengganu. Sementara Tunku Panglima Besar dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya Polis, akan tetapi kuasa
kedua-duanya adalah sama. Cheers diberi kerjasama dan sokongan dalam usahanya menyusun semula
sistem dan pentadbiran pasukan Polis Terengganu.

Tunku Besar meninggal dunia. Pengganti beliau memegang jawatan Pesuruhjaya Melayu. Pesuruhjaya
Polis Inggeris diberi kuasa sepenuhnya untuk memimpin dan mengawal pasukan. Cheers kemudiannya
digantikan oleh M. L. Wynne pada  bulan Oktober 1923.

Sejak itu pasukan Polis Terengganu terus berkembang maju sejajar dengan kemajuan polis di negeri-negeri
Melayu yang lain. Pasukan Polis Terengganu juga menggunakan Sultan untuk menggalakkan orang-orang
Melayu berkhidmat dalam pasukan polis. Seorang Sultan Terengganu pernah menjadi Sab-Inspektor
percubaan dalam tahun 1924. Dalam tahun berikutnya Tengku Muhamad, putera Sultan Ahmad dari
Pahang dipinjamkan dari Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu. Tengku Muhamad kemudiannya
dilantik sebagai Penolong Pesuruhjaya. Beliau memainkan peranan penting memajukan pasukan polis
Terengganu

-PASUKAN POLIS SARAWAK-

Apabila James Brook diberi kuasa memerintah Sarawak pada 1842 (sebagai Raja Sarawak) maka dia
menubuhkan sebuah pasukan bersenjata yang mempunyai dua fungsi, iaitu polis dan tentera yang
bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan Sarawak. Dia juga mendirikan kota-kota kecil di
tempat-tempat strategik di negeri itu yang dikawal oleh pasukan garrison. pada tahun 1932 kedua-dua
pasukan ini dicantumkan dan diberi nama baru, iaitu Sarawak Constabulary. 

Konsep Sarawak Constabulary sama seperti North Borneo Armed Constabulary yang ditubuhkan di Sabah.
Pasukan ini berperanan menjaga kepentingan Raja Brooke daripada tercabar terutamanya oleh kebangkitan
anak-anak pribumi Sarawak yang amat tidak senang hati dengan kekuasaan seorang Inggeris di tanah air
mereka. 

Pada tahun 1862, satu pasukan renjer anggota ditubuhkan di Kuching di bawah perintah Major W.H.
Rodway. Anggota-anggotanya diambil dari kalangan bumiputra Sarawak di samping kaum India dan juga
kaum Jawa. Pasukan Renjer ini mempunyai sebuah pusat latihan di Kuching. Jasa pasukan renjer terhadap
Kerajaan Brooke dalam mententeramkan Sarawak adalah besar.

Melihat keberkesanan dan teraturnya pasukan-pasukan polis yang telah ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat,
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu, akhirnya pada tahun 1932
sebuah pasukan polis yang lebih teratur dan terkhusus dibentuk diberi nama "Sarawak Constabulary" .
Tugas mata-mata kampung juga telah diambil alih oleh anggota Sarawak Constabulary. Apa yang jelas
ialah Sarawak Constabulary masih memainkan peranan polis dan tentera terutamanya sebagai bersiap sedia
untuk mengekang  sebarang pemberontakan oleh peribumi   Sarawak.

Menjelang tahun 1940, Sarawak Constabulary dipecahkan menjadi dua unit. Unit A yang terdiri dari
pelbagai  pangkat bertanggungjawab memikul tugas-tugas am polis, memberi kawalan dan pengiring
bersenjata di stesen-stesen utama di negeri itu. Unit B pula mengandungi tiga platun Dayak yang diberi
tugas separa tentera, iaitu seperti Pasukan Polis Hutan masa ini.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus (1940), Sarawak Constabulary turut sama berjuang mempertahankan
Sarawak dari serangan Jepun tapi kekuatan dan kelengkapan tentera Jepun ternyata mengatasi pertahanan
Sarawak. Dalam masa beberapa hari sahaja Sarawak jatuh ke tangan Jepun dan dengan itu juga Sarawak
Constabulary turut bubar. Pemerintah Jepun membentuk pasukan polisnya sendiri. Banyak anggota
Sarawak Constabulary meneruskan khidmat mereka di bawah Polis Jepun.

Pada tahun 1946 kerajaan Inggeris dengan rasminya mengambil alih pemerintahan Sarawak dan diletakkan
di bawah Pejabat Tanah Jajahan. Dengan pertukaran pentadbiran itu, Sarawak mengalami beberapa
perubahan. Pasukan Sarawak Constabulary dimodenkan dari pelbagai segi termasuklah sistem latihan,
kelengkapan dan peralatan pasukan. Pada tahun 1955 Constabulary Ordinance (1955) dikeluarkan di
Sarawak.

Apabila Sarawak mencapai kemerdekaan menerusi Malaysia pada tahun 1963, Sarawak Armed
Constabulary turut diserapkan dalam PDRM.
-PASUKAN POLIS SABAH-

Pada tahun 1888, Sabah, Sarawak dan Brunei diletakkan di bawah naungan Inggeris. Sabah ditadbirkan
oleh British North Borneo Chartered Company. Untuk menjaga ketenteraman dan keselamatan
terutamanya dari gangguan lanun yang sering mengganas di persisiran Sabah, sebuah pasukan polis
dibentuk pada tahun 1881. Pasukan yang dikenali sebagai North Borneo Armed Constabulary itu
diusahakan penubuhannya oleh Kapten Harrington. Lt. Col C.H. Harrington ialah komandan yg
merupakan pemerintah tertinggi pasukan polis Sabah dikala itu.

Anggota-anggota pasukan polis North Borneo Armed Constabulary ini berbangsa Sikh dan Pattan.
Khidmat dan kesetiaan mereka amat disanjungi oleh pihak Inggeris. Pada tahun 1882 pasukan North
Borneo Armed Constabulary merancang untuk mengambil 200 orang anggota tetapi pihak Lembaga
Pengarah North Borneo Chartered Company hanya meluluskan 50 dan hal ini membuatkan Kapten
Harrington tidak puas hati lalu meletakkan jawatan. Beliau kemudiannya digantikan oleh Kapten A.M. de
Fontaine pada tahun 1883.

Di bawah Kapten A.M. de Fontaine, North Borneo Armed Constabulary dirombak dan disusun semula
untuk disesuaikan dengan keperluan dan kehendak-kehendak keadaan setempat. North Borneo Armed
Constabulary tidak lagi dianggotai oleh anggota-anggota dari India tetapi turut mempunyai anggota
peribumi tempatan . hal ini kerana mereka telah faham dan mengerti adat resam setempat.

Pegawai anggota peribumi ini adalah orang Inggeris. Pengambilan dijalankan oleh pegawai Inggeris
bernama Prayer dan Davis.

Tugas dan tanggungjawab North Borneo Armed Constabulary meliputi tugas-tugas kepolisan dan
ketenteraan. Senjata-senjata yang digunakan oleh anggota-anggota North Borneo Armed Constabulary di
masa itu ialah senapang jenis Snider Enfields. Anggota-anggota bangsa Melayu dan kaum Dayak pula
menerima senapang Snit Carbines.

Kebangkitan nasionalisme peribumi di North Borneo telah wujud .Banyak penentangan bersenjata terjadi.
Antaranya ialah penentangan yang diketuai oleh Antanom. Pahlawan Murut ini membantah cukai kepala
yang dikenakan oleh Inggeris terhadap mereka. Dua tahun kemudian (1898) seorang lagi anak watan
Sabah bangun memimpin pemberontakan terhadap Inggeris. Pejuang yang gigih dan berani itu bernama
Mat Salleh.

Gabenor Humphreys mengambil alih pentadbiran North Borneo (1929), dia memberikan perhatian yang
serius terhadap pembesaran, pemodenan dan mempercekapkan serta memperkuatkan North Borneo Armed
Constabulary bagi menghadapi keperluan dan suasana semasa. jawatan komando, pemerintah tertinggi
North Borneo Armed Constabulary, dihapuskan dan digantikan dengan nama Pesuruhjaya Polis. Jawatan
Pesuruhjaya Polis itu terus dikekalkan hingga ke hari ini.

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, Jepun berjaya menduduki North Borneo pada tahun 1942. Sebelum
itu tentera Jepun terpaksa berdepan dengan pasukan North Borneo Armed Constabulary. Tentera Jepun
yang lebih maju dalam kelengkapan dan persenjataan akhirnya berjaya menewaskan pertahanan North
Borneo Armed Constabulary yang bukan sahaja kurang dari segi keanggotaan tetapi juga tidak cukup
perbekalannya. Perjuangan mereka lebih berbekal dengan semangat dan keberanian. Namun bagitu mereka
tidak mudah menyerah kalah.
Selepas Jepun kalah, kerajaan kolonial Inggeris yang mentadbir North Borneo menyusun semula
organisasi dan sistem pentadbiran polis di situ. Sebuah pasukan polis North Borneo (North Borneo Police
Force) dibentuk pada tahun 1946 menggantikan North Borneo Armed Constabulary yang dibubarkan.
Semua pegawai dan anggota North Borneo Armed Constabulary diserapkan ke dalam pasukan baru ini.
Dalam kaitan ini pengambilan anggota baru dijalankan dengan pesatnya.

Pesuruhjaya Polis pada masa itu ialah D. Matheson, seorang pegawai yang berpengalaman dari England yg
berusaha keras memodenkan Pasukan Polis North Borneo. Beliau juga menyusun semula sistem
pentadbiran yang wujud di komponen Sabah pada hari ini. Dalam hal ini kawasan polis yang dulunya
dibahagikan kepada beberapa bahagian wilayan, daerah dan kawasan.

Pada 1963, Pasukan Polis North Borneo diserapkan ke dalam Pasukan Polis DiRaja Malaysia yang
bertanggunjawab kepada Ketua Polis Negara. Segala arahan dan dasar pasukan dibuat oleh Ibu Pejabat
Ketua Polis Negara, Kuala Lumpur.

You might also like