Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 38

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 3 TAHUN 3

TUGASAN 3:
PENULISAN LAPORAN PROJEK

Nama Pelajar : MUHAMMAD ASYRAAF BIN SHAHABUDIN


Angka Giliran : 2019312340054
No. Kad Pengenalan : 000820 – 05 – 0215
Kumpulan /Unit : PISMP PI3619
Kod Kursus : LASS3013
Nama Kursus : PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR
Nama Pensyarah : MADAM VITCSY ANAK MICHEAL NIOB
Tarikh Hantar : 12 DISEMBER 2021

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

ISI KANDUNGAN

1
PERKARA MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 4

2.0 ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENDIDIKAN 4


GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

3.0 KESAN ISU ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU 5


KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

4.0 LATAR BELAKANG PROJEK 5

5.0 TUJUAN / OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK 6


5.1 TUJUAN 6
5.2 OBJEKTIF 7

6.0 BAHAN DAN PERALATAN 7

7.0 PROSES TERLIBAT/ AKTIVITI 7


7.1 PELAKSANAAN PROGRAM 7
7.2 PERKAITAN PROGRAM SANTUNI ALAM KITA DENGAN 7 8
STEP METHODOLOGY 9
7.3 TENTATIF PROGRAM 9 DISEMBER 2021 10
7.4 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN 10
7.4.1 AKTIVITI PELETAKAN TONG SAMPAH RECYCLE 10
7.4.2 AKTIVITI SEBARAN BROCHURE ALAM SEKITAR 12
BERSERTA QR CODE
7.4.3 FORUM KESEDARAN PENGURUSAN SAMPAH 13

8.0 DATA DAN BUKTI 14


8.1 DATA DAN BUKTI ISU PENGURUSAN SAMPAH DI IPGKTAR 14
8.2 DATA DAN BUKTI TONG SAMPAH KITAR SEMULA 14

9.0 PERBINCANGAN PROJEK 20


9.1 KEKUATAN 20
9.2 KELEMAHAN 20

2
9.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN 20

10.0 PENUTUP 21

11.0 RUJUKAN 22

12.0 LAMPIRAN 23

3
1.0 PENGENALAN

Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian. Hal ini
demikian, alam sekitar yang baik mampu untuk memberikan oksigen yang terbaik kepada
manusia. Walaubagaimanapun, pada zaman kini kita boleh lihat bahawa alam sekitar kita ini
semakin hari semakin dicemari oleh pelbagai lapisan manusia. Sebagai contoh, apa yang
kita boleh lihat ialah sentiasa berlaku pencemaran udara iaitu kilang-kilang mengeluarkan
asap yang berlebihan serta sisa-sisa toksik ke dalam sungai, dan pembuangan sampah di
merata-rata tempat. Selain itu juga, pertumbuhan jumlah penduduk menuntut kepada
pembangunan berasaskan sains dan teknologi. Malangnya pembangunan dan sikap
masyarakat yang tidak bertanggungjawab telah membawa kepada kesan negatif kepada
alam sekitar dan seterusnya mempengaruhi kualiti hidup manusia (Jamilah et al. 2011).
Sekiranya, perkara ini tidak dapat dibendung dengan baik maka pada masa hadapan
banyak bencana yang akan berlaku kepada cucu-cucu kita nanti seperti banjir, pencemaran
udara, jerebu, hujan asid dan sebagainya. Hal ini demikian secara tidak langsung
menyebabkan ramai manusia akan terkorban serta mendapat pelbagai penyakit akibat
daripada kerosakan yang telah dilakukan oleh manusia. Menurut Mohd Faizal (2008)
menyatakan bahawa Khazanah alam semakin pupus ditelan zaman akibat keuntungan dan
tamak haloba golongan tertentu. Oleh yang demikian, saya dan rakan-rakan yang lain telah
merancang dan melaksanakan suatu program yang berkaitan dengan alam sekitar terutama
kepada pelajar institute Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul razak agar mereka diberi
kesedaran terhadap alam sekitar ini.

2.0 ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUN ABDUL RAZAK

Antara salah satu isu yang amat berkait rapat dengan IPGKTAR ini adalah isu
pengurusan sampah. Perkara ini telah berlaku dalam kalangan pelajar tidak membuang
sampah mengikut kategori yang telah ditetapkan. Hal ini demikian sekiranya sampah yang
dibuang tidak dapat mengikut kategori maka akan berlaku bau yang sangat busuk kerana
telah bercampur dengan pelbagai bahan. Di Malaysia, pengurusan sisa pepejal
merupakan satu masalah besar dengan peningkatan jumlah populasi, peningkatan
taraf hidup dan aktiviti perindustrian (Rahmah 2008). Manakala menurut UNEP (1996),
menyatakan pencemaran sisa pepejal yang disebabkan ketidakberkesanan sistem
pengurusan sisa pepejal membawa kesan langsung kepada kesihatan awam,
kemerosotan kualiti alam sekitar dan masalah estetika secara berperingkat bagi jangka
masa pendek dan jangka masa panjang. Seperti sedia maklum bahawa pelajar di IPGKTAR
semakin meningkat dengan kemasukan pelajar-pelajar baharu yang semakin ramai maka

4
perkara ini telah menyebabkan pembuangan sampah yang lebih kerap dan tidak teratur.
Menurut Sharifah Norkhadijah (2014), salah satu cabaran terbesar dalam pengurusan sisa
pepejal ialah peningkatan penjanaan sisa, yang mewujudkan tekanan kepada
kemudahan pelupusan. Jadi, kami sebagai pelajar elektif terbuka lestari alam sekitar telah
merancang untuk melakukan program kesedaran alam sekitar berkaitan dengan pengurusan
sampah agar mereka dapat di didik dengan lebih awal apabila pelajar ini menjadi guru pada
suatu hari nanti.

3.0 KESAN ISU ALAM SEKITAR DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN
ABDUL RAZAK

Isu pengurusan sampah yang berlaku di IPGKTAR telah menyebabkan kesan yang
amat buruk kepada kawasan di sekeliling IPGKTAR ini. Hal ini secara tidak langsung akan
menyebabkan sampah yang tidak terkawal serta bau busuk yang akan menyebabkan
pencemaran bau di udara. Selain itu, kesan yang lain sekiranya tidak dapat menguruskan
sampah dengan baik akan mendatangkan penyakit-penyakit yang berjangkit untuk
berjangkit kepada sesiapapun. Sebagai contoh, haiwan-haiwan yang telah menyebabkan
penyakit akan merebak di sesuatu tempat yang dipenuhi sampah. Seterusnya, antara kesan
yang utama juga kita dapat lihat ialah mendapat penyakit daripada nyamuk aedes dan akan
mendapat penyakit demam denggi. Menurut Wan Rozita et. al, (2006), penyakit demam
denggi dan demam denggiberdarah telah dikesan berlaku di seluruh negara dan
menunjukkan peningkatan yang seiringdengan pertambahan kawasan bandar,
pembangunan dan peningkatan kepadatan penduduk. Manakala menurut Anita Acharya et
al, (2005). Kesedaran terhadap demam denggi dan kawalan nyamuk hanya
berkesan sekiranya ilmu yang diperoleh diamalkan secara menyeluruh. Ini hanya boleh
dilakukan melalui kempen agresif pendidikan kesihatan melalui pekerja kesihatan dan
sekolah di dalam sesuatu komuniti. Oleh yang demikian, kesan yang kita dapat lihat ialah
akan menyebabkan perkara negatif akan berlaku seperti pencemaran udara, penyakit
berjangkit dan sebagainya.

4.0 LATAR BELAKANG PROJEK

5
Seperti sedia maklum bahawa pada zaman kini kita dapat lihat bahawa terdapat
pelbagai isu yang timbul berkaitan dengan alam sekitar. Perkara ini tidak boleh dipandang
remeh kerana mengakibatkan perkara yang tidak diingini akan berlaku seperti pencemaran
udara, air serta darat. Isu-isu alam sekitar global seperti kehilangan biodiversiti,
kemerosotan sumber asli, pemanasan global, penipisan lapisan ozon, penebangan hutan
secara beleluasa dan pencemaran alam sekitar merupakan isu yang semakin kerap
dibincangkan didalam persidangan, seminar, forum mahupun perbualan biasa masyarakat.
Semua pihak perlu memainkan peranan yang amat penting di dalam membantu untuk
kesedaran alam sekitar ini agar dapat menjamin alam sekitar yang baik pada masa akan
datang. Penekanan diberikan kepada peningkatan kesedaran orang awam terhadap alam
sekitar serta memperkenalkan latihan-latihan tertentu bagi pengurusan dan pengawalan
terhadap alam sekitar (Haryati Shafii 2012).

Justeru itu, projek ‘Santuni Alam Sekitar’ ini merupakan salah satu keperluan bagi
memenuhi keperluan kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) di samping
meningkat kesedaran semua warga IPGK Tun Abdul Razak tentang kepentingan
memelihara dan memulihara alam sekitar. Berdasarkan persetujuan bersama, pelaksanaan
projek ini akan dilakukan secara terbuka kepada semua warga IPG Kampus Tun Abdul
Razak dengan harapan semua pihak mampu melibatkan diri dalam usaha untuk menyantuni
dan melestarikan alam sekitar yang kita miliki.

5.0 TUJUAN / OBJEKTIF PELAKSANAAN PROJEK

5.1 TUJUAN

Antara tujuan utama projek ini ialah untuk melahirkan warga IPGKTAR yang
mempunyai kesedaran alam sekitar serta dapat mempunyai nilai keprihatinan terhadap
tanggungjawab kita sebagai manusia iaitu menjaga alam sekitar dengan baik. Projek ini juga
untuk memenuhi kehendak daripada subjek LASS30133 iaitu Pendidikan Lestari Alam
sekitar di mana subjek ini adalah elektif terbuka bagi pelajar dari PISMP PI 1,2,3 dan 4 serta
PISMP PJ 1618 DAN PISMP PI 1618. Walaubagaimanapun projek ini memerlukan waktu
yang singkat untuk dilaksanakan kerana elektif ini dibuka pada semester pendek ini. Antara
tujuan yang lain dapat melatih warga IPGKTAR untuk sentiasa membuat penambahbaikkan
di dalam pengurusan sampah iaitu dapat membezakan mana satu yang kertas, botol dan
kaca. Hal ini demikian kerana menurut Kehmeyer et. al seperti petikan dalam Azahar dan
Norizan (2014) mengatakan bahawa IPT merupakan antara penyumbang utama

6
peningkatan penjanaan sisa pepejal dan kebanyakan sisa pepejal tersebut berpotensi untuk
diktar semula.

5.2 OBJEKTIF

Objektif program adalah seperti berikut;

I. Melaksanakan kerja kursus LASS3013 - Pendidikan Lestari Alam Sekitar.

II. Mempelajari budaya mencintai alam sekitar.

III. Memahami dan melaksanakan strategi pengurusan sisa buangan secara lokal.

IV. Menanamkan semangat bekerjasama dalam kalangan komuniti.

V. Meningkatkan kesedaran warga IPGK Tun Abdul Razak tentang kepentingan


menjaga alam sekitar

6.0 BAHAN DAN PERALATAN

Projek yang telah dilaksanakan ini memerlukan bahan dan perlatan yang berkaitan
untuk membuat tong-tong sampah yang diperbuat dari kitar semula yang diasingkan
mengikut kategori masing-masing. Bahan yang digunakan kebanyakkannya mengambil
bahan menggunakan bahan buangan. Secara tidak langsung, dapat menggunakan alam
sekitar dengan baik serta prihati.

Antara bahan dan peralatan untuk menjayakan projek ini ialah :

i) Kotak

ii) Salotape

iii) Sarang telur

iv) Kertas a4

7.0 PROSES TERLIBAT/ AKTIVITI

7.1 PELAKSANAAN PROGRAM

Tarikh Perkara
1/12/2021 Pemantauan Isu Kitar Semula di IPGKTAR dalam kalangan pelajar
IPGKTAR melalui soal selidik menggunakan Google Form

3/12/2021 Mesyuarat antara Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas Elektif Terbuka

7
Pendidikan Lestari Alam Sekitar

4/12/2021 Pembentukan Ahli Jawatankuasa dan pembahagian tugas

9/12/2021 Pelaksanaan Program Santuni Alam Kita

10/12/2021 Post Mortem Program Santuni Alam Kita

7.2 PERKAITAN PROGRAM SANTUNI ALAM KITA DENGAN 7 STEP


METHODOLOGY

Antara langkah yang pertama di ialah dengan membentuk jawatankuasa induk.


Seperti sedia maklum bahawa program ini telah diketuai oleh suadara Muhammad Zahin Bin
Mohd Ajam di mana beliau telah mempengerusikan program ini. Beliau telah mengetuai di
setiap aktiviti-aktiviti yang terlibat untuk memastikan program dapat berjalan dengan lancar.
Setelah itu, pembentukan jawatankuasa AJK-AJK bagi setiap aktiviti telah dijalankan di
mana semua pelajar dari kumpulan PISMP PI 1618, 1619,2619,3619 dan 4619 dan PISMP
PJ 1618 telah terlibat di dalam menjayakan program ini.

Langkah kedua di dalam perkaitan 7 step methodology dengan program ini ialah
semakan alam sekitar. Di mana pada langkah ini kami telah cuba mengenal pasti perkara
atau isu yang telah berlaku di IPGKTAR iaitu dengan menyebarkan suatu soal selidik yang
berbentuk Google form di mana Google form tersebut mengandungi soalan-soalan yang
berkaitan dengan alam sekitar terutama berkaitan dengan pengurusan sampah. Hasilnya,
kami telah mendapat seramai 51 responden berkaitan dengan isu tersebut. Setelah kami
membuat tinjauan kami mendapati bahawa pengurusan sampah masih lagi di tahap yang
maksimum kerana terdapat segelintir warga IPGKTAR yang masih tidak mengamalkan
pengurusan sampah yang betul

Kemudian, setelah kami mendapatkan responden antara langkah 7 stepmethodology


yang seterusnya ialah pelan tindakan iaitu kami telah merancang dengan menghasilkan
kertas kerja program untuk melaksanakan aktiviti. Dan setelah kami membuat perbincangan
maka kami telah merancang pelbagai aktiviti di mana aktiviti tersebut lebih berfokuskan
kepada pengurusan sampah yang betul kerana mereka masih lagi tidak dapat membuang
sampah yang mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Setelah kami merancang dan melaksanakan kertas kerja tersebut maka pada 9
Disember 2021 telah berlangsung aktiviti yang kami telah rancang iaitu pada aktiviti pertama

8
ialah dengan menghasilkan tong sampah menggunakan bahan alam sekitar dan diletakkan
pada setiap blok asrama. Kami telah membuat tong sampah dengan mengikut kategori iaitu
kertas, plastik dan botol. Aktiviti yang kedua ialah dengan menyebarkan brochure kepada
segelintir warga IPGKTAR iaitu dengan staf, pensyarah dengan pelajar. Kami mendapati
bahawa ada dalam kalangan mereka yang tidak pernah tahu akan pengurusan sampah
dengan betul dan tepat maka dengan adanya sebaran brochure serta qr code yang
mengandungi video alam sekitar dapat membantu mereka untuk mempunyai pengetahuan
terhadap pengurusan sampah. Aktivti yang terakhir di dalam program ini ialah dengan
mengadakan forum perdana berkaitan dengan pengurusan sampah. Panel-panel dan
moderator menunjukkan kehebatan mereka di dalam hujah mereka di dalam setiap
ucapannya.

Di samping itu antara langkah yang yang seterusnya ialah dengan menerapkan
aktiviti ini di dalam kurikulum. Di mana setelah aktiviti ini berlangsung maka warga IPGKTAR
dapat menimba ilmu pengetahuan tentang pengurusan sampah secara tidak langsung dapat
memasukkan aktiviti ini di dalam kesedaran terhadap semua pihak. Sudah jelas, sekiranya
aktiviti ini diterapkan di dalam silibus pendidikan di sekolah akan meningkatkan lagi
kesedaran terhadap alam sekitar.

Langkah yang seterusnya di dalam 7 step metdhadology ialah dengan menyebarkan


pengetahuan pengurusan sampah kepada semua golongan. Selaras dengan perkembangan
teknologi pada masa kini, kami telah menyebarkan program ini dengan menggunakan
semua platform media sosial yang ada sebagai contoh whatsapp, facebook, instragram,
twitter dan sebagainya. Hasilnya, kami mendapati bukan sahaja warga IPGKTAR yang
mendapat manfaatnya tetapi semua golongan yang ada di dalam media sosial dapat
mengetahui perkara ini.

Akhir sekali di dalam langkah 7 step methdology ialah ECO-CODE. Sebenarnya


ECO-CODE ini ialah berkaitan dengan hasil produk aktiviti ini di mana dengan adanya ECO-
CODE ini semua warga IPGKTAR akan tahu identiti program ini. Program Santuni Alam
Sekitar ini adalah penanda aras bagi memaklumkan bahawa program ini adalah berkaitan
dengan pengurusan sampah. Hal ini secara tidak langsung dapat membuka mata
masyarakat dan pihak yang tertentu bahawa kita perlu meningkatkan lagi kesedaran
terhadap alam sekitar ini.

9
7.3 TENTATIF PROGRAM 9 DISEMBER 2021

Bi Aktiviti Masa Tempat


l
1. Aktiviti Perletakan Tong 9:00 a.m. – 12:00 Blok Kediaman Asrama
Sampah Kitar Semula p.m. IPGKTAR
- Akasia
- Bakawali
- Cempaka
- Dahlia
- Florentina
- Gardenia
-
2. Aktiviti Sebaran Brochure Alam 2:00 p.m. – 4 :00 p.m. Kawasan Sekitar
Sekitar berserta QR Code IPGKTAR dan melalui
aplikasi media sosial
seperti Whatsapp,
Instagram dan Telegram

3. Forum Kesedaran Pengurusan 8:00 p.m. – 9:00 p.m. Platform Microsoft Teams
Sampah

7.4 AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN

7.4.1 AKTIVITI PELETAKAN TONG SAMPAH RECYCLE

10
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan di dalam program Santuni Alam Kita
ialah aktiviti tong sampah recycle. Aktiviti ini adalah berkaitan dengan mencipta suatu
inovasi dengan menggunakan bahan kitar semula iaitu sebagai contoh, sarung telur, kertas
dan sebagainya. Kemudian setelah kami mencipta tong sampah dengan mengguanakan
bahan alam sekitar kami telah mengasingkan tong sampah tersebut kepada 3 bahagian iaitu
bahagian yang pertama ialah kaca, manakala bahagian yang kedua ialah kertas dan
bahagian yang ketiga ialah botol-botol yang tidak digunakan. Hal ini demikian,
memandangkan warga IPGKTAR yang semakin meningkat kami bukan sahaja mencipta
satu tong sampah ini tetapi kami telah mencipta tong sampah ini untuk diletakkan di setiap
blok. Antara blok yang telah kami agihkan ialah blok akasia, bakawali, cempaka, dahlia,
endelwess, gardenia dan sebagainnya. Secara tidak langsung para pelajar dapat menikmati
tong sampah mengikut kategori di blok masing-masing. Pengurusan sisa pepejal seperti
program kitar semula merupakan satu pendekatan yang berkesan untuk mengurangkan
sisa pepejal yang dilupuskan (Nasir Nayan et al., 2009). Oleh yang demikian, inisiatif
terhadap aktiviti ini amat baik sekali kerana kita tidak perlu membeli tong sampah yang
mahal tetapi hanya menggunakan bahan alam sekitar secara tidak langsung dapat
menjimatkan kos dengan hanya menggunakan sedikit modal sahaja. Kesan daripada aktiviti
ini sudah pasti dapat memberikan kesedaran kepada warga IPGKTAR agar dapat
membuang sampah mengikut kategori yang telah ditetapkan. Kami juga akan menyertakan
sekali kos perbelanjaan daripada aktiviti untuk menunjukkan penggunaan kos yang sedikit
sahaja. Kami berharap dengan adanya aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada warga
IPGKTAR untuk sentiasa memastikan pengurusan sampah yang tepat mengikut kategori
yang telah ditetapkan.

ANGGARAN PERBELANJAAN AKTIVITI TONG SAMPAH RECYCLE

BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. Kotak RM 15.00 RM 15.00

2. Solatape RM 10.00 RM 10.00

11
3. Plastik Hitam RM 0.00 RM 0.00

JUMLAH KESELURUHAN
RM 25.00

*Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur


Berdasarkan jadual di atas kita dapat melihat bahawa perbelanjaan daripada aktiviti
ini hanya menggunakan sebanyak RM25.00 berbanding kita perlu membeli dengan harga
yang mahal berkaitan dengan tong sampah yang telah siap. Hal ini juga dapat minimumkan
penggunaan kos yang berlebihan. Antara objektif dan tujuan utama aktiviti ini dirancang
ialah kerana kebiasaanya pelajar IPGKTAR akan membuang sisa-sisa pepejal hanya pada
tong sampah yang biasa dan akan bercampur sehinggakan akan mengeluarkan bau yang
sangat busuk. Jadi dengan adanya aktiviti ini dapat mengasingkan sisa-sisa pepejal sampah
tersebut ke dalam tong sampah yang diperbuat daripada kitar semula. Menurut Noor Ezlin
et al., (2016), menyatakan Dengan didikan yang diberikan kepada masyarakat dan
golongan muda mengenai amalan kitar semula ini dapat membantu menangani masalah
pengurusan sisa pepejal. Oleh yang demikian, aktiviti ini sekali gus memberikan kesedaran
kepada warga IPGKTAR.

7.4.2 AKTIVITI SEBARAN BROCHURE ALAM SEKITAR BERSERTA QR CODE

Aktiviti yang seterusnya berkaitan dengan Program Santuni Alam kita ialah sebaran
brochure alam sekita dan QR code kepada hampir seluruh IPGKTAR. Tujuan aktiviti ini

12
dilaksanakan ialah semata-mata untuk memberikan pengetahuan yang lebih mendalam
terhadap alam sekitar ini. Hal ini demikian kerana apabila kami selidik ada dalam kalangan
warga IPGKTAR masih tidak tahu akan kepentingan menjaga alam sekitar. Maka dengan
adanya sebaran brochure ini dapat memberikan mereka pengetahuan yang lebih mendalam
tentang kepentingan alam sekitar. Menurut Tiwi Kamidin (2006), mendapati terdapat
perkaitan yang lemah antara pengetahuan dan sikap terhadap alam sekitar dikalangan guru-
guru pelatih maktab perguruan. Ini menggambarkan belum ada satu kaedah yang
memberikan impak yang besar kepada tahap kesedaran dan amalan para guru. Oleh itu,
perkara ini amat membimbangkan kepada banyak pihak kerana sekiranya kita tidak
mempunyai pengetahuan tentang kepentingan alam sekitar maka pada masa akan datang
mungkin akan berlaku kehancuran alam sekitar kerana tidak dibendung dengan lebih awal.
Oleh sebab itu, isu kelestarian perlu diberi penekanan di universiti bagi menjamin kelestarian
komuniti masa hadapan (Ryan et al. 2010). Antara perkara yang terkandung di dalam
brochure tersebut ialah pengetahuan tentang kitar semula. Kami telah merujuk darpada Akta
Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) tentang kitar semula ini.
Kami juga memasukkan faktor mengapa kita perlu melaksanakan kitar semula ini serta
perkara-perkara yang boleh dikitar semula dan perkara yang tidak boleh dikitar semula.
Seterusnya, kami juga menyebarkan qr code di mana Qr code tersebut mempunyai akses
video berkaitan dengan alam sekitar pada aplikasi instragram. Hal ini demikian,
memandangkan teknologi kita semakin berkembang maka aktiviti ini juga selaras dengan
perkembangan teknologi iaitu video melalui media sosial memandangkan hampir semua
warga IPGKTAR mempunyai media sosial yang tersendiri. Oleh yang demikian, perkara ini
amat memberi impak yang sangat mendalam terhadap alam sekitar.

7.4.3 FORUM KESEDARAN PENGURUSAN SAMPAH

13
Pada sebelah malam pula, aktiviti yang telah kami rancang ialah Forum
Perdana secara di atas talian yang berkaitan dengan pengurusan sampah. Menurut Chinedu
(2008) menyatakan bahawa dengan mengambil bahagian dalam forum dalam talian, akses
kepada pengetahuan adalah percuma. Tambahan pula, ahli-ahli forum sukarela boleh
berkongsi kekayaan mereka pengetahuan dan pengalaman dengan ahli-ahli lain. Sebagai
balasan, setiap ahli forum yang boleh mendapat manfaat daripada kemasukan ini
pengetahuan percuma. forum secara di atas talian ini diadakan pada pukul 8 malam yang
bertarikh 9 Disember 2021. Antara yang terlibat di dalam forum tersebut ialah saudara
Muhammad Asyraf Bin Saadon iaitu sebagai moderator manakala saudari Nurlisa Binti
Wasin sebagai panel yang pertama, saudara Muhammad Faiz Bin Hazanur sebagai panel
kedua dan akhir sekali saudari Fatin Amira Binti Amir Bakar sebagai panel yang terakhir. Di
dalam forum tersebut, mereka menyentuh berkaitan dengan bagaimana untuk menguruskan
sampah di samping itu tidak mencemarkan alam sekitar ini. Setiap panel memberikan hujah
yang sangat baik kemudian di sambung dengan panel yang lain memberikan pendapat
masing-masing. Hal ini demikian dapat menyuntik semangat para audien untuk
menguruskan pengurusan sampah yang efesien di samping menjaga alam sekitar dengan
baik. Menurut Ismail (2003), secara umumnya, forum terdiri daripada struktur direktori yang
mengandungi pelbagai elemen yang penting. Gabungan setiap elemen tersebut membentuk
sebuah forum perbincangan yang efektif berdasarkan format paparan yang dikawal oleh
moderator. Oleh yang demikian, dengan adanya pelbagai panel secara tidak langsung dapat
memberikan pelbagai buah fikiran dan pendapat mengenai pengurusan sampah yang
mengikut panduan. Perkongsian daripada pelbagai panel juga adalah berdasarkan
pengalaman diri masing-masing secara tidak langsung menghangatkan lagi perbincangan
berkaitan dengan alam sekitar ini. Kami mendapati ramai audien yang tertarik dengan forum
tersebut kerana mereka seramai 379 orang sanggup menunggu sehingga tamat forum
tersebut secara tidak langsung matlamat aktiviti ini tercapai.

8.0 DATA DAN BUKTI

8.1 DATA DAN BUKTI ISU PENGURUSAN SAMPAH DI IPGKTAR

Satu soal selidik telah dijalankan kepada pelajar IPGKTAR berkaitan dengan
isu pengurusan sampah di kawasan kampus. Seramai 51 orang telah mengisi google form

14
dan maklum balas terhadap soal selidik tersebut. Data responden ditunjukkan berdasarkan
jadual di bawah :

15
16
17
Soalan Skala
Skala 1 Skala 2 Skala 3 Skala 4 Skala 5
Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Sangat
Tidak Setuju pasti Setuju
Adakah anda 22 orang 20 orang 8 orang Seorang Tiada
membuang sampah
dengan
mengasingkan
sampah?
Selepas 16 orang 23 orang 10 orang Dua orang Tiada
menggunakan botol
minuman plastik,
adakah anda
mengitar/mengguna
semula botol
tersebut?
Adakah anda sering 23 orang 16 orang 8 orang 3 orang Seorang
membawa bekas
makanan sendiri
untuk bawa pulang
(take away)
makanan?
Adakah anda sering 25 orang 16 orang 8 orang Seorang Seorang
membawa beg
sendiri ketika
membeli barang di
kedai?
Adakah anda 16 orang 16 orang 10 orang 9 orang Tiada
mengitar semula
kertas yang telah
digunakan?

18
Berdasarkan soal selidik di atas kita mendapati bahawa pengurusan sampah di
IPGKTAR masih lagi pada tahap yang minimum. Hal ini demikian berkemungkinan bahawa
mereka tidak didedahkan lagi tentang pengurusan sampah ketika masih kecil lagi. Pada
soalan yang pertama iaitu mengasingkan sisa pepejal mengikut kategori kita mendapati
tiada seorang responden yang memilih skala 5. Seterusnya pada soalan yang kedua pula
ialah selepas menggunakan botol minuman plastik, adakah anda mengitar semula botol
tersebut. Maka majoriti responden iaitu seramai 23 orang memilih skala 2 iaitu tidak setuju.
Hal ini demikian kerana mereka beranggapan plastik tidak boleh dikitar semula maka
mereka hanya membuangnya. Soalan yang ketiga pula ialah adakah anda sering membawa
bekas makanan sendiri untuk bawa pulang. Maka majoriti responden menjawab di skala 1
iaitu sangat tidak setuju. Perkara ini berlaku kerana di setiap kedai sudah mempunyai bekas
yang tersendiri maka mungkin mereka tidak perlu membawanya lagi. Soalan yang
seterusnya ialah adakah anda sering membawa beg sendiri ketika membeli barang di kedai.
Maka terdapat hanya seorang sahaja yang membawa beg ketika membeli barang. Hal ini
demikian kerana di kedai juga telah disediakan plastik untuk membungkusnya. Soalah yang
terakhir sekali ialah berkaitan dengan adakah anda mengitar semula kerta yang telah
digunakan. Maka terdapat keseimbangan terhadap skala 1 dan 2 iaitu sangat tidak setuju
dan tidak setuju secara tidak langsung ini menunjukkan mereka juga tidak mengitar semula
kertas yang telah digunakan. Seperti yang kita lihat bahawa warga IPGKTAR masih lagi
kurang kesedaran terhadap alam sekitar maka dengan adanya program ini sedikit sebanyak
memberi kesedaran kepada mereka.

8.2 DATA DAN BUKTI TONG SAMPAH KITAR SEMULA

SEBELUM SELEPAS

19
Antara bukti yang terdapat pada tong sampah tersebut kita dapat lihat di dalam
gambar tersebut sebelum program Santuni Alam Kita berlangsung tong sampah tersebut
mempunyai pelbagai sisa-sisa pepejal yang bercampur iaitu mempunyai kotak, plastik
sampah dan sebagainya. Tetapi selepas program tersebut berlangsung, kita dapat lihat
bahawa segelintir warga IPGKTAR telah membuang sampah mengikut kategori yang telah
disediakan iaitu di tempat plastik, botol, dan kertas. Hal ini menunjukkan program Santuni
Alam Kita amat berkesan dilakukan kepada warga IPGKTAR

9.0 PERBINCANGAN

9.1 KEKUATAN

Antara kekuatan yang dapat kita lihat pada program ini ialah dapat
melahirkan insan yang kreatif dan inovatif. Hal ini demikian kita dapat lihat bahawa dengan
hanya menggunakan barang kitar semula kita dapat menghasilkan tong sampah secara
tidak langsung dapat menjimatkan kos perbelanjaan. Hal ini amat bertepatan dengan
pendapat Abd. Rahim, (1999) yang menyatakan bahawa Di Malaysia, potensi untuk
melahirkan manusia yang kreatif dan inovatif ini terpancar dalam Falsafah pendidikan
Kebangsaan serta pengaplikasiannya dalam pedagogi dan kurikulum mata pelajaran (Abd.
Rahim, 1999). Perkara ini amat penting kepada pelajar terutama kepada warga IPGKTAR.

9.2 KELEMAHAN

Antara kelemahan yang terdapat di dalam program ini ialah ketahanan tong
sampah yang kurang. Hal ini demikian, sekiranya tong sampah tersebut terkena air maka
tong sampah tersebut akan hancur dan tidak dapat menampung sisa pepejal tersebut.
Tambahan pula, tong sampah tersebut diletakkan di halaman blok berkemungkinan akan
menyebabkan tong sampah tersebut rosak dan tidak boleh dipakai lagi. Oleh yang demikian,
perkara ini akan diteliti dari masa ke semasa agar tong sampah selamat digunakan.

9.3 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Antara cadangan penambahbaikkan ialah kami perlu menghasilkan tong


sampah dengan menggunakan bahan alam sekitar yang mampu menahan beban dan kalis
air agar tidak rosak. Hal ini demikian supaya tong sampah tersebu dapat bertahan dengan
lebih lama. Seterusnya, antara cadangan penambahbaikkan ialah pihak IPGKTAR dan pihak
kantin perlu mengenakan caj tambahan bagi sesiapa yang memerlukan plastik. Perkara ini
bertujuan bukan untuk menyusahkan warga IPGKTAR tetapi sekali gus dapat membantu
minimakan penggunaan plastik kerana plastik tidak boleh dikitar semula seperti bahan yang

20
lain. Jadi warga IPGKTAR boleh menggunakan bekas sendiri untuk membungkus makanan
atau sedang membeli barang di koperasi. Seperti yang sedia maklum juga bahawa
kebanyakkan sisa-sisa pepejal daripada warga IPGKTAR adalah daripada sisa plastik maka
sekiranya tidak dikenakan caj maka wagra IPGKTAR akan membuang sesuka hati plastic
tersebut. Hal ini demikian kerana Peningkatan kesedaran alam sekitar merupakan satu
elemen penting dalam pembinaan kapasiti Negara menuju pembangunan lestari (Zurina &
Norjan 2003).

10.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, program Santuni Alam kita sebenarnya memberikan impak dan


kesan yang amat mendalam terhadap warga IPGKTAR. Sebenarnya, semua pihak
memainkan peranan yang amat penting di dalam kepentingan menjaga alam sekitar ini
kerana perkara ini akan melibatkan kesan sama ada positif atau negatif terhadap alam
sekitar. Kesedaran alam sekitar merupakan satu nilai yang penting ditanam dalam diri setiap
individu bagi melahirkan warga Malaysia yang bukan sahaja faham, berkebolehan, bahkan
mempunyai keprihatinan terhadap pengurusan dan pencemaran alam sekitar Dengan ini, ia
menjadi benteng dari pengaruh nilai kebendaan serta secara tidak langsung boleh bertindak
sebagai contoh untuk membimbing diri orang lain bagi mencintai alam sekitar. Justeru itu,
alam sekitar perlu dipelihara dengan penuh rasa tanggungjawab dalam diri seseorang
individu. Hal ini kerana apabila alam sekitar tidak dijaga dengan baik, maka ianya akan
menyebabkan kepada pelbagai masalah yang mendatang. Demi kelangsungan hidup,
manusia amat bergantung pada alam sekitar dan udara di sekeliling. Dengan adanya
program ini dapat memberikan pengalaman yang amat bermakna kepada pihak penganjur
serta AJK-AJK yang terlibat. Saya berharap program ini akan diadakan secara tahunan agar
sentiasa memberi kesedaran kepada warga IPGKTAR.

21
11.0 RUJUKAN
Abd Rahim Abd Rashid (1999). Kemahiran Berfikir Merentasi Kurikulum. Shah Alam : Fahar
Bakti Sdn. Bhd.

Ismail Zain. (2003). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Jamilah, A., Hasrina, M., Hamidah, A. H. dan Juliana, A. W. (2011). Pengetahuan, Sikap
dan Amalan Masyarakat Malaysia terhadap Isu Alam Sekitar. Akademika Jurnal. 81
(3), 103- 115

Muhammad Faizal A. Ghani. (2008). Pembentukan model keberkesanan dan


penambahbaikan sekolah di Malaysia. Tesis Doktor Falsafah, Universiti Malaya,
Kuala Lumpur.

Rahmah Ismail.(2008) “Pembangunan Ekonomi Negeri Terengganu.” Makalah dalam


Persidangan Antarabangsa Tiga Abad Kesultanan Terengganu 1708-2008 pada 17-
19 Okt 2008 anjuran UDM & Yayasan Di Raja Sultan Mizan, (2008).

Ryan A, Tilbury D, Corcoran PB, Abe O, Nomura K. (2010). Sustainability in higher


education in the Asia Pacific: Development, challenges, and prospects. International
journal of sustainability in Higher Education 11(2): 106-119

Tiwi Kamidin. (2006). Perkaitan antara Pengetahuan dan sikap terhadap alam sekitar di
kalangan guru pelatih Maktab Perguruan Batu Lintang. Diambil pada 04 April 2011,
dari http://www.ipbl.edu.my/bm/penyelidikan/jurnalpapers/jurnal 2006/tiwi061

Tan, P.C. & Noraini Azman. (2011). Hubungan antara Komitmen Terhadap Alam Sekitar
dengan Tingkah Laku Mesra Alam Sekitar dalam Kalangan Pelajar Universiti.
Diambil pada 5 April 2014, dari http://journalarticle.ukm.my/4506/1-
2_Tan_Pei_San_et_al.pdf

Wan Rozita, W. M., Yap, B. W., Veronica, S., Muhammad, A. K., Lim, K. H., & Sumarni, M.
G. (2006). Knowledge, Attitude and Practice (KAP) Survey on Dengue Fever in an
Urban Malay Residential Area in Kuala Lumpur. Malaysian Journal of Public Health
Medicine, 6(2), 62-67

22
Zol Azlan Hamidin. (2000). Strategi Pengajaran: Pendekatan Sains, Teknologi, Masyarakat,
Petaling Jaya, Selangor: Prentice Hall.

Zurina,M & Norjan,Y. (2003). Kesedaran Alam Sekitar:Tinjauan Awal Di kalangan Pelajar
Universiti Kebangsaan Malaysia. Prosiding Seminar Kebangsaan Pengurusan
Persekitaran 2003.

12.0 LAMPIRAN GAMBAR AKTIVITI

23
24
LAMPIRAN KERTAS KERJA PROJEK

KERTAS KERJA CADANGAN

PROGRAM SANTUNI ALAM KITA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN ABDUL RAZAK

KOTA SAMARAHAN,

SARAWAK

ANJURAN

ELEKTIF TERBUKA PENDIDIKAN LESTARI ALAM SEKITAR

PISMPPJ 1618, PISMPPI 1618, PISMPPI 1619, PISMPPI 2619,

PISMPPI 3619, DAN PISMPPI 4619

25
2021
1.0 PENGENALAN
Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan harian kita. Hal ini
demikian kerana, alam sekitar yang tidak tercemar akan memeriahkan suasana yang
selesa dan menyamankan. Pembangunan yang berlaku di dalam negara kita ini perlu
dirancang dengan baik kerana sekiranya alam sekitar tidak dijaga dengan baik ianya
mampu mendatangkan kesan negatif kepada kita. Dalam usaha kita untuk mengejar
kemajuan negara, kita tidak harus mengabaikan pentingnya alam sekitar di dalam
kehidupan. Oleh itu, Kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar ini merupakan kursus yang
memberi pendedahan kepada para siswa guru untuk memelihara alam sekitar dalam
era global yang sangat mencabar disamping pembangunan yang semakin pesat.
Tambahan juga, kursus ini akan membantu dalam meningkatkan kesedaran akan
pentingnya pemeliharaan dan pemuliharaan sumber yang terdapat pada masa kini
untuk generasi akan datang.

2.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini dikemukakan bertujuan untuk memohon pertimbangan dan


kelulusan berhubung cadangan mengadakan program ‘ Santuni Alam Kita’ yang akan
dijalankan di IPG Kampus Tun Abdul Razak.

3.0 LATAR BELAKANG

Sejak kebelakangan ini kita dapat melihat banyak isu-isu berkaitan alam sekitar
semakin serius dan memerlukan perhatian sepenuhnya oleh setiap individu.
Berpandukan hanya kepada pengetahuan dan kesedaran semata-mata, ianya tidak
mencukupi tanpa adanya komitmen dan penglibatan secara langsung sesebuah
institusi, organisasi dan juga individu untuk memelihara alam sekitar ini. Disebabkan
oleh pengetahuan dan kesedaran yang ada pada setiap individu, maka tindakan
penyelesaian yang sesuai mengikut sifat lokal harus dilakukan bagi mengatasi isu ini.

Justeru itu, projek ‘Santuni Alam Sekitar’ ini merupakan salah satu keperluan bagi
memenuhi keperluan kursus Pendidikan Lestari Alam Sekitar (LASS3013) di samping
meningkat kesedaran semua warga IPGK Tun Abdul Razak tentang kepentingan
memelihara dan memulihara alam sekitar. Berdasarkan persetujuan bersama,

26
pelaksanaan projek ini akan dilakukan secara terbuka kepada semua warga IPG
Kampus Tun Abdul Razak dengan harapan semua pihak mampu melibatkan diri dalam
usaha untuk menyantuni dan melestarikan alam sekitar yang kita miliki.

4.0 RASIONAL

Rasional perlaksanaan program;

i. Untuk memenuhi keperluan kerja kursus LASS3013 - Pendidikan Lestari Alam


Sekitar.

ii. Menanam kesedaran mengenai pembangunan lestari alam sekitar dalam


kalangan staf dan pelajar institut serta bertindak untuk menangani masalah tersebut.

iii. Menyemaikan rasa cinta dan sayang terhadap alam sekitar yang kita miliki

iv. Mengeratkan hubungan antara semua warga IPGK Tun Abdul Razak

5.0 OBJEKTIF

Objektif program adalah seperti berikut;

VI. Melaksanakan kerja kursus LASS3013 - Pendidikan Lestari Alam Sekitar.

VII. Mempelajari budaya mencintai alam sekitar.

VIII.Memahami dan melaksanakan strategi pengurusan sisa buangan secara lokal.

IX. Menanamkan semangat bekerjasama dalam kalangan komuniti.

X. Meningkatkan kesedaran warga IPGK Tun Abdul Razak tentang kepentingan


menjaga alam sekitar

6.0 KUMPULAN SASARAN

 Semua siswa pendidik IPGK Tun Abdul Razak

7.0 TEMPAT, TARIKH DAN MASA

Tarikh: 09 Disember 2021

BIL AKTIVITI MASA TEMPAT

1. Aktiviti Peletakan Tong Sampah Recycle 9 A.M. – 12 P.M. Blok A-F

2. Forum Kesedaran Pengurusan Sampah 8 P.M. – 9.00 P.M. Google Meet

3. Aktiviti Sebaran Brochure Alam Sekitar 2 P.M. – 4 P.M. IPGKTAR


berserta QR Code
8.0 Perbelanjaan

27
Segala perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh guru pelatih yang terlibat.
(Rujuk lampiran 1)

8.0 Tentatif Aktiviti


 Rujuk Lampiran 2

9.0 Ahli Jawatankuasa Pelaksana Program


 Rujuk Lampiran 3

10.0 Penutup

Pihak kami berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat mempertimbangkan


untuk meluluskan kertas kerja ini. Segala tindakan dan keprihatinan pihak tuan
amatlah dihargai dan didahului dengan jutaan terima kasih.

28
29
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN PROGRAM

BIL. PERKARA PERBELANJAAN JUMLAH

1. Kotak RM 15.00 RM 15.00

2. Solatape RM 10.00 RM 10.00

3. Plastik Hitam RM 0.00 RM 0.00

JUMLAH KESELURUHAN
RM 25.00

*Semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak penganjur

LAMPIRAN 2

30
TENTATIF PROGRAM

Masa Perkara

9.00 a.m. – 12.00 a.m. Aktiviti Peletakan Tong Sampah Recycle

2.00 p.m. – 4.00 p.m. Aktiviti Sebaran Brochure Alam Sekitar berserta QR Code

8.00 p.m. – 9.00 p.m. Forum Kesedaran Pengurusan Sampah

LAMPIRAN 3

31
AHLI JAWATANKUASA PROGRAM SANTUNI ALAM KITA

1.0 AJK INDUK

PENGERUSI Muhammad Zahin Bin Mohd Ajam

NAIB PENGERUSI Mohd Irfan Bin Mustafa Kamal

SETIAUSAHA Nawal Awatif Binti Azizi

NAIB SETIAUSAHA Nur Adilah Binti Saifuddin

BENDAHARI Muhammad Faiz Bin Hazanuar

NAIB BENDAHARI Nurasyipa Binti Ridwan

2.0 AJK TUGAS KHAS

TUGAS NAMA

AJK PEMANTAUAN 1. Muhammad Faiz Bin Mohd Yusof


2. Asma’ Binti Mohd Yaziz
3. Nurayuni Binti Norazidin

AJK PERHUBUNGAN 1. Nur Hanani Binti Md Yunus


2. Nur Iffah Alia Binti Abdul Razak
3. Nurul Ain Sofia binti Hairudin
4. Nur Nazifa Arifah binti Mohamad Asri

3.0 AJK PELAKSANA

32
3.1 AKTIVITI PELETAKAN TONG SAMPAH RECYCLE (PISMPPJ 1618 & PISMPPI
1619)

TUGAS NAMA

1. Aina' Syahirah Binti Abdul


1. AJK Publisiti Hamid@Hamid
2. Muhammad Azril Bin Abu Bakar
3. Muhammad Hafizuddin Bin Khalid
4. Muhammad Hanif Bin Awang Ismail
5. Nurul Firzanah Hazimah Binti Mohd
Fuad
6. Muhammad Zubair Bin Azman
7. Nik Yurin Syaza Amanina Binti Nik
Fouzi
8. Hasinah Binti Mohamad Saupe
9. Ahmad Nur Hakim Bin Abdul Aziz
10. 'Izzahtul Syazwani Binti Ismail
11. Mashitah Binti Madrus
12. Fatin Nur Thaqifah Binti
Kamaruzzaman
13. Naqibatul Iman Binti Mohd Rozali
14. Nawal Awatif Binti Azizi

1. Abdullah Sabiq Bin Mat Rifin


2. AJK Peralatan/ Bahan 2. Ahmad Lutfil Hadi Bin Mohd Yusof
3. Amin Khalili Bin Ibnu Khattab
4. Ishaq Izzuddin Bin Abdul Malek
5. Mohamad Faris Fikri Bin Mohd
Zulkafli
6. Mohamad Ikhbal Asyraf Bin Khalid
7. Mohamad Ikmal Haqim Bin Mohd
Suhaimi
8. Muhamad Syahmi Bin Mohd Saiful
Iskandar
9. Muhammad Danial Shafiq Bin Alhardi
10. Muhammad Syazmi Bin Johne
11. Nur Farah Asnani Binti Mohd Azami
12. Rosimah Ayu Binti Mohd Noor
13. Severine Sembai Anak Jantum

1. Nurnabihah Syahirah Binti Noorily


14. AJK Aktiviti 2. Muhammad Syazmi Bin Johne
3. Mohamad Nurfizani Bin Abdul Rahim
4. Amin Nurhaziq Bin Mohd Zunaidey
5. Khairun Imran bin Hud
6. Fatin Mursyidah binti Anwar

33
7. Aimi Hazwani Binti Shaari
8. Maizatul Umirah binti Mat Suruji
9. Nabihah binti Mohd Pauzi
10. Haifaa Hazirah binti Hamdan
11. Jaslin Nur binti Mohammad Sedek
12. Ajwah binti Mohd Borhan
13. Irdhina Aishah binti Abd. Rahim
14. Khairun Nisa' Binti Che Noh
15. Dayang Nur syamilah Binti Awg
Bakar

3.2 AKTIVITI SEBARAN BROCHURE ALAM SEKITAR BERSERTA QR CODE


(PISMPPI 2619 & PISMPPI 4619)

TUGAS NAMA

1. Aini Nazihah Binti Shaharom


1. AJK Skrip 2. Norsikin Binti Zakaria
3. Nur Ain Fatihah Binti Zulazman

1. Nor Adibah Hanum Binti Salih


2. AJK Peralatan 2. Nur Aliya Annisa Binti Azizan
3. Nur Ihsan Thaqif Bin Mohd Khairil
Hisham
4. Mohammad Zulhafiz Bin Rosnan

3. AJK Videographer 1. Awang Muhd Hafiz Bin Awang


Wainee
2. Norasyiqin Binti Shaif
3. Nurin Awatif Aqilah Binti Muhammad
Shamri
4. Ain Musfirah Binti Rahimi

4. AJK Publisiti 1. Fatin Zakiah Binti Japar


2. Mohd Solehin Binti Basir
3. Norazmira Binti Nonchi
4. Nur Adilah Binti Saifuddin
5. Aniss Nasriah Binti Mohd Nasir
6. Nurhamimi Farida Binti Rosli
7. Nur’athirah Binti Md Noh
8. Muhammad Luqmanul Hakim Bin
Abd Raman
9. Muhammad Nashrul Aqil Bin Mohsin
10. Muhammad Rifqi Rusyaidi Bin
Shamsul Anuar
11. Muhammad Syakir Bin Mohd
Safarudin Zakki
12. Nur Syafiqah Binti Baharudin
13. Nur Syafiqah Binti Mohd Yusri
14. Nur Syahirah Binti Abdul Rahman
15. Nur Syazana Binti Zulkefli
16. Nur Zakirah Binti Mohd. Rofi

34
5. AJK Pengeditan 1. Noor Syuhada Binti Zahayuddin
2. Amirah Hani Binti Md Ramli
3. Nur Syaza Syamimi Binti Muhammad
4. Nurathirah Binti Ahmad Mazlan
5. Nurayuni Binti Norazidin
6. Asma’ Binti Mohd Yaziz
7. Muhammad Faiz Bin Mohd Yusof
8. Nur Syarahila Binti Lihi
9. Nurhusnina Binti Mohd Fauzi

6. AJK Pelakon 1. Mohd. Zainur Akmal Bin Zainal


2. Muhd Aiman Bin Baludin
3. Izzah Farzana Binti Samsul
4. Noraisyah Binti Sulaiman

7. AJK Tugas Khas 1. Mohd Akmal Hakim Binti Jamaluddin


2. Nor Syafika Binti Mohd Yezam

3.3 AKTIVITI FORUM KESEDARAN PENGURUSAN SAMPAH (PISMPPI 1618 &


PISMPPI 3619)

TUGAS NAMA

1. Muhammad Faiz Bin Hazanuar


1. Panel 2. Nurlisa Binti Wasin
3. Fatin Amira Binti Amir Bakar

2. AJK Moderator 1. Muhammad Asyraf Bin Sa'adon

1. Nur Aziera Binti Mohd Salleh


3. AJK Kehadiran 2. Nur Annesa Zahirah Binti Zameri
3. Anis Sofiyah Binti Azizan
1. Nur Hikmahtul Ain Binti Hari
4. AJK PIC 2. Muhammad Aslam Bin Khairul Anwar
1. Halimatul Saadiah binti Rafee
5. AJK Publisiti 2. Syuhada binti Kamal
3. Wan Ahmad Naufal bin Wan Yusoff
4. Salnatasya binti Mohd Sabri
5. Muhammad Asyraaf Bin Shahabudin
6. Muhammad Aizuddin bin Asmadi
Afandi
7. Muhammad Amjad bin Ahmad Shahir
1. Siti Nur Qayyum binti Sawal
6. AJK Kuiz 2. Shahmel Azrul bin Roslan
3. Nur Azyyati binti Ramzi
4. Nur Syahidah binti Anuar
5. Nur Hamizah Binti Sahril
6. Nur Amiera Syuhada Binti Ismaily
7. Nur Farhana Binti Abd Razak
8. Nur Nafizah Binti Abdul Wahab

35
1. Mohd Irfan bin Mustafa Kamal
7. AJK Jemputan 2. Muhammad 'Ammar Rusydi bin Muhd
Nadtzri
3. Mohd Farid bin Mohd Sayuti
4. Mohd Ali bin Mohd Aldiee
5. Ali bin Abd Aziz Zaki
6. Nur Izzati binti Jeperih
7. Nur Ayesha Asrin Binti Taib
8. Nur Shuhada Binti Mohd Shukri
9. Anis Kamilia Binti Rosdi
10. Amizatul Athirah Binti Seman
11. Amirah Solehah binti Lukman Hakim
12. Nur Nabilah binti Nayan

BIDANG TUGAS

 Bertanggungjawab dalam pengendalian dan


PENGERUSI
menentukan Program Santuni Alam Kita berjalan

dengan lancar.

 Memastikan semua ahli jawatankuasa menjalankan

tugas.

 Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap

mesyuarat dalam pelaksanaan program.

 Bertanggungjawab membantu Pengerusi di dalam


NAIB PENGERUSI
Jawatankuasa.

36
 Bertanggungjawab menguruskan mesyuarat

jawatankuasa dan penyediaan laporan program.

 Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap

mesyuarat dalam pelaksanaan program.

 Memanggil ahli jawatankuasa untuk mesyuarat.

 Mengumpul semua maklumat dan merekodkan semua


SETIAUSAHA DAN NAIB
fail-fail sebagai rujukan.
SETIAUSAHA
 Bertanggungjawab untuk hadir dalam setiap

mesyuarat dalam pelaksanaan program.

 Menguruskan urusan surat-menyurat kepada pihak

berkenaan.

 Menyediakan dan mengedarkan catatan minit

mesyuarat dan surat pekeliling kepada yang

berkenaan.

 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan.


BENDAHARI DAN NAIB
 Membuat bajet untuk persediaan program.
BENDAHARI
 Menyediakan laporan kewangan untuk diaudit dan

dibentangkan dalam Mesyuarat Agong.

AJK PELAKSANA
 Melaksanakan kesemua aktiviti dengan lancar

37
LAMPIRAN MEMO BERKAITAN DENGAN PROGRAM SANTUNI ALAM KITA

38

You might also like