Lapoaran GHSS

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

KANDUNGAN

1.0 Pengenalan ................................................................................................................................... 1


2.0 Butiran Program .......................................................................................................................... 1
3.0 Objektif Program Jom Sihat ..................................................................................................... 1
4.0 Rasional Program Jom Sihat.................................................................................................... 2
5.0 Matlamat Program Jom Sihat ................................................................................................... 2
6.0 Pengisian Program Jom Sihat ................................................................................................. 2
7.0 Impak Program Jom Sihat Terhadap Gaya Hidup Sihat Warga Sekolah dan
Masyarakat ........................................................................................................................................... 3
8.0 Cadangan Penambahbaikan..................................................................................................... 3
9.0 Penutup .......................................................................................................................................... 4
1.0 Pengenalan
Kesihatan merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya
dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara.
Menelusuri Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Pendidikan Kesihatan, kemahiran
berkaitan gaya hidup sihat ini perlu diajar seawal tahun 1 lagi. Justeru itu, Panitia Pendidikan
Kesihatan SK Gudon, Kota Kinabalu dengan kerjasama 5 orang Guru Pelatih Pendidikan
Kesihatan IPG Gaya telah menganjurkan satu program kesihatan pada 20 hingga 24
September 2021. Program yang diberi nama “Program Jom Sihat” merupakan satu platform
bagi menyebarkan informasi perihal gaya hidup sihat khususnya untuk meningkatkan
kefahaman dan kesedaran dalam kalangan murid dan warga SK Gudon serta masyarakat
keseluruhannya.

2.0 Butiran Program


a. Nama program : Program Jom Sihat
b. Lokasi : Rumah masing-masing
c. Tarikh : 20 hingga 24 September 2021
d. Peserta : Semua murid SK Gudon
e. Platform : Google Meet

3.0 Objektif Program Jom Sihat


Ahli Jawatankuasa Program Jom Sihat SK Gudon telah menetapkan beberapa objektif yang
perlu dicapai sepanjang program ini dijalankan. Objektif tersebut adalah seperti berikut:

a. memelihara serta meningkatkan tahap kesihatan warga sekolah dan masyarakat


dalam menjalani wabak pandemik pada hari ini.
b. Membina satu persekitaran sosial yang menggalakkan amalan gaya hidup sihat yang
optimum dalam atmosfera pembelajaran warga sekolah.
c. Meningkatkan pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan gaya hidup
sihat terhadap warga sekolah dan masyarakat umumnya.

1
4.0 Rasional Program Jom Sihat
a. Sebuah usaha yang teratur dan berfokus kearah amalan kesihatan perlu yang
perlu diamalkan oleh masyarakat serta generasi hari ini.
b. Hasrat dan matlamat bagi mewujudkan sebuah program kesihatan yang mampu
melahirkan rasa kekitaan dan komitmen dalam melazimi gaya hidup sihat dalam
kalangan warga sekolah dan masyarakat.
c. Satu usaha bagi meningkatkan kesedaran dan kesefahaman diwujudkan antara
alma mater dan masyarakat dalam menangani isu kesihatan.
d. Mewujudkan sebuah mekanisme kawalan kesihatan yang fleksibel, inovatif dan
kreatif sekaligus menjurus kepada keperluan kesihatan semasa.
e. Sebuah usaha yang teratur dan berfokus ke arah amalan gaya hidup sihat yang
perlu diamalkan melalui program yang sistem dan efektif

5.0 Matlamat Program Jom Sihat


Pihak penganjur khasnya Panitia Pendidikan Kesihatan Sk Gudon dan Guru Pelatih IPG Gaya
berharap dengan penganjuran program ini, ia dapat melahirkan murid-murid yang sihat,
cerdas dan cergas yang meliputi aspek fizikal, mental dan rohani.

6.0 Pengisian Program Jom Sihat


Bagi mencapai objektif yang di tetapkan, terdapat beberapa aktiviti utama yang telah dirangka
dan dilaksanakan. Program Jom Sihat ini sebenarnya diadakan sempena minggu kesihatan
SK Gudon. Program ini berlangsung selama 5 hari iaitu bermula 20 September hingga 24
September 2021. Antara program yang dijalankan ialah Senamrobik Maya melalui platform
Google Meet yang melibatkan semua warga sekolah. Senaman ini diadakan sebanyak 2 sesi
iaitu pada hari Isnin dan Sabtu. Selain itu, terdapat juga aktiviti kuiz yang berkaitan kesihatan
bagi murid-murid dari tahun 1 hingga 6. Pemenang tempat pertama hingga ketiga akan
mendapat hadiah. Melalui aktiviti ini, pihak sekolah dengan ibu bapa mampu berinteraksi
dengan baik sekaligus mengeratkan hubungan silaturahim disamping meningkatkan
kesedaran mengenai gaya hidup sihat.

2
7.0 Impak Program Jom Sihat Terhadap Gaya Hidup Sihat Warga Sekolah dan
Masyarakat

Program Jom Sihat yang dianjurkan ini mendapat sambutan yang amat baik daripada para
peserta serta ibu bapa. Maka, tidak hairanlah dengan penganjuran program ini terhasilkan
pelbagai impak positif. Antaranya ialah meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai
kesihatan dalam kalangan warga sekolah khususnya murid-murid serta ibu bapa. Secara tidak
lansung, dengan adanya pengetahuan tentang kesihatan ia dapat menanam kesedaran
mengenai amalan gaya hidup sihat di kalangan pelajar walau di mana mereka berada. Selain
itu, program ini juga mampu membimbing murid-murid serta masyarakat ke arah cintakan
kehidupan yang bebas dari anasir-anasir buruk seperti penyalahgunaan dadah dan tabiat
merokok. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud,
mendidik biarlah dari usia muda. Akhir sekali ialah mewujudkan kesedaran dalam kalangan
ibu bapa mengenai gaya hidup sihat. Hal ini amat penting bagi memastikan amalan gaya
hidup sihat dapat dimanfaatkan bermula dari rumah.

8.0 Cadangan Penambahbaikan


Sudah menjadi lumrah, setiap program yang dianjurkan sudah semestinya mempunyai
kekuatan dan kekurangan. Justeru itu, sebagai pihak penganjur, kita perlulah mengambil
inisiatif untuk membuat penambahbaikan bagi penganjuran program yang akan datang.
Berikut merupakan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan :

a. Menjalinkan kerjasama dengan agensi kerajaan atau badan-badan berautoriti seperti


pejabat kesihatan supaya mendapat sokongan dari segi penyediaan bahan yang lebih
sesuai dan spesifik untuk pelaksaan program.
b. Mempelbagaikan lagi aktiviti yang dijalankan sepanjang program bagi menambah
pengetahuan dan input kepada peserta yang terlibat.
c. Mengurangkan tempoh pelaksaan program bagi mengelakkan peserta berasa bosan.
Contohnya, Program Jom Sihat ini dijalankan selama 5 hari dan boleh dikurangkan
menjadi 3 hari sahaja.

3
9.0 Penutup
Konklusinya, Program Jom Sihat ini sewajarnya dilaksanakan lagi pada masa hadapan
kerana mendatangkan banyak manfaat dan kesan baik kepada warga sekolah dan
masyarakat. Program ini dapat memberikan kesedaran kepada warga sekolah khususnya
murid-murid betapa perlunya mengamalkan gaya hidup sihat. Semoga pihak penganjur
dapat mengadakan lebih banyak lagi program berkaitan kesihatan dan gaya hidup sihat
lagi pada masa akan datang dan terus mendapat sokongan yang menggalakkan daripada
warga sekolah khususnya murid-murid agar dapat membentuk warga sekolah yang sihat.

4
LAMPIRAN

5
6
7
8
9

You might also like