Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 18

946/1 STPM

PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2022


PENGAJIAN PERNIAGAAN

KERTAS 1

(1 Jam 45 Minit)

SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN


BERBUAT DEMIKIAN.

Jawab semua soalan dalam Bahagian A


Jawab soalan 11 dalam Bahagian B
Jawab soalan 12 atau 13 dalam Bahagian B
Anda boleh menjawab kedua-dua soalan, iaitu12 dan 14 tetapi hanya satu jawapan yang pertama
akan diperiksa.

Kertas soalan ini terdiri daripada empat halaman bercetak

BAHAGIAN A ( 50 MARKAH )
1. Bezakan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan daripada
aspek yang berikut :

i. Matlamat penubuhan [2]


ii. Sumber kewangan [2]
[4]

2. Terangkan tiga aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran [6]


3. Huraikan langkah - langkah dalam proses pengeluaran
[6]
4. Terangkan dua jenis pengeluaran
[4]
5. Huraikan tiga strategi pemasaran.
[6]
6. Berikan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna.
[4]

7. Senaraikan empat pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan.


[4]
8. Berikut ialah beberapa maklumat Penyata Untung Rugi Syarikat Gemilang Sdn. Bhd.
pada 31 Disember 2020.
[6]

Jualan RM1500,000
Kos barang dijual RM1000,000
Untung Kasar X
Jumlah belanja operasi RM 170,000
Belanja faedah RM 30,000
Cukai (40%) RM 120,000
Untung bersih Y

Berdasarkan maklumat di atas hitungkan:


i. Nilai X dan Y
ii. Margin untung kasar
iii. Margin untung bersih

9. Huraikan tiga kepentingan latihan dan pembangunan kepada individu.


[6]
10. Nyatakan empat ciri penilaian prestasi yang berkesan.
[4]
BAHAGIAN B ( 50 MARKAH )

Jeruk Madu Pak Ali

Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya


11 Pak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang
terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama
“Pak Ali”. Rasanya yang enak dan bernutrisi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi
tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI). Walaubagaimanapun di seksyen pemotongan buah syarikat masih
menggunakan tenaga manusia sepenuhnya untuk memberi pekerjaan kepada penduduk
sekitar.

Sehingga kini syarikat telah mengeluarkan empat jenis produk yang sesuai dinikmati
oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. Jeruk Madu Pak Ali terdiri daripada 30 jenis jeruk
basah dan 50 jenis jeruk kering. Kuah Rojak Pak Ali mempunyai tiga perisa iaitu pedas, asli,
dan manis yang dibungkus dalam botol dan pek plastik. Produk berasaskan buah pala pula
antaranya adalah jus pala sedia diminum, kordial pala, halwa pala, minyak pala dan bam pala.
Kuih tradisionalnya iaitu Kuih Peneram dan Dodol Pak Ali kini terdapat di dalam lima jenis
perisa iaitu perisa kampung (asli), durian, betik, mangga dan pandan

Sebagai satu-satunya perusahaan jeruk di Pulau Pinang yang ada sijil halal JAKIM,
pihak syarikat berusaha mengawal kualiti Jeruk Pak Ali dengan melakukan beberapa
penambaikan terhadap proses pengeluarannya. Syarikat memastikan hanya buah-buahan
yang segar dan berkualiti tinggi digunakan untuk menghasilkan jeruk madu contohnya
mempelam sala di beli dari ladang di Perlis. Selain itu, semua pekerja dari setiap bahagian
akan melalui “Bilik Persalinan Pekerja” terlebih dahulu setiap kali sebelum memulakan
tugas. Mereka akan memakai kasut, apron, baju, sarung tangan, pelitup muka dan tudung
kepala yang disediakan khas. Pekerja wajib membasuh tangan (7 Langkah Mencuci) dengan
sempurna setiap kali sebelum masuk dan keluar dari tempat bertugas. Satu Manual Operasi
juga disediakan untuk dipatuhi oleh pekerja sepanjang proses pengeluaran termasuklah
aktiviti pemotongan buah, pembersihan, pemeraman dan pembungkusan jeruk.
Larutan gula dibuat dengan menggunakan air yang ditapis, di didihkan dan disejukkan
ke suhu 70 darjah celcius sebelum ianya digunakan. Kandungan gula disukat dengan
menggunakan mesin Agato Digital Refractometer. Bagi memastikan proses pencucian dapat
dijalankan dengan berkesan, buah-buahan tersebut dimasukkan ke dalam tong pencucian
yang dilabelkan. Pencucian dengan menggunakan air bersih yang ditapis dilakukan beberapa
kali sehingga rasa garam tersebut hilang. Ukuran kandungan garam kemudiannya di periksa
dengan menggunakan alat sukatan Agato Master Alpha Refractometer. Selepas itu, jeruk
yang sudah siap diproses akan dibawa ke bilik berhawa dingin untuk diperiksa tahap
kualitinya sebelum dibungkus. Setelah siap dibungkus jeruk akan disimpan di tempat khas
yang dikawal suhunya mengekalkan kesegaran dan kelazatannya sebelum di pasarkan.
[Disesuaikan daripada www.jerukpakali.com/profil.html dan http://usahawan .com/idea_bisness/kisah empayar jeruk pak
ali]

Berdasarkan kes di atas,

i. Terangkan peranan syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd kepada masyarakat [4]

ii. Jelaskan lini produk yang ditawarkan oleh Pak Ali Food Industries Sdn Bhd kepada
pengguna [10]

iii. Terangkan pendekatan kawalan kualiti yang digunakan dalam operasi pengeluaran
kilang Jeruk Pak Ali [16]

12. Jelaskan lima faktor yang perlu diambilkira dan boleh mempengaruhi pemilihan lokasi
kilang. [20]

ATAU

13. Jelaskan proses pembelian komputer riba oleh seseorang pelajar universiti. [20]

KERTAS SOALAN TAMAT


CADANGAN SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN A :

1. Bezakan antara organisasi perniagaan dengan organisasi bukan perniagaan daripada


aspek yang berikut :

i. Matlamat penubuhan [2]


ii. Sumber kewangan [2]
Aspek Organisasi perniagaan Organisasi bukan perniagaan
Matlamat memaksimum keuntungan menjaga kepentingan sosial / kebajikan
perniagaan (1) ahli anggota (1)
Penubuhan
Sumber Simpanan peribadi, pinjaman, Kutipan yuran ahli, tajaan (1)
kewangan pelaburan, jualan saham (1)
2. Terangkan tiga aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran [6]

1. Pemasangan (F)

- aktiviti pemasangan komponen sesuatu barang bagi hasilkan barang siap (H)

2. Ekstraktif (F)

- aktiviti pengeluaran bahan mentah daripada bumi tanpa ubah bentuk asal (H)

3. Barangan pengguna konsumer) (F)

- aktiviti menghasilkan barang untuk kegunaan pengguna akhir (H)

4. Pembinaan (F)

- aktiviti membina bangunan, jambatan / dilakukan dilokasi tetap. (H)

5. Pembuatan (F)

- aktiviti memproses bahan mentah utk dijadikan barang siap / pengeluaran dilakukan
secara besar-besaran dengan menggunakan mesin (H)

6. Barangan industri (F)

- aktiviti menghasilkan barang untuk keperluan industri / diguna kilang lain untuk
diproses menjadi barang siap (H)
Mana -mana tiga pertama [(1F + 1H = 2M) x 3 = 6M]
3. Huraikan langkah - langkah dalam proses pengeluaran
[6]

1.Input (F)

- sumber atau faktor pengeluaran yang diperlukan bagi mengeluarkan produk seperti
bahan mentah, sumber manusia, modal, teknologi, keusahawanan (H)

2.Proses transformasi (F)

- aktiviti/proses menukarkan input kepada output (H) /

- aktiviti/proses menambah nilai faktor pengeluaran untuk menghasilkan produk (H)

3. Output (F)

- Hasil daripada proses pengeluaran yang terdiri daripada barang siap/ separuh siap
(H)
[(1F + 1H = 2M) x 3 = 6M]

4. Terangkan dua jenis pengeluaran


[4]

1. Pengeluaran mengikut tempahan (F)

- pengeluaran produk unik mengikut spefikasi pelanggan / mengikut citarasa pelanggan /


- mengambil masa lama kerana ikut jadual khusus /

- kuantiti pengeluaran yang kecil /

- memerlukan modal yang besar dan kemahiran yang tinggi

- penggunaan teknologi yang canggih

- produk dibuat selepas mendapat tempahan daripada pelanggan

2. Pengeluaran secara massa (F)

- pengeluaran berterusan / berulang

- kuantiti pengeluaran yang besar /

- produk yang seragam dan piawaian yang tinggi /

- mengguna komputer sbg alat kawalan /


3. Pengeluaran secara berkelompok (F)

- pengeluaran ikut spefikasi produk ditetapkan oleh sekumpulan pengguna /

- kuantiti pengeluaran yang sederhana

- mengunakan peralatan khusus dan peralatan pelbagai guna /

- pengeluaran satu kelompok barang dan diikuti dengan kelompok barang yang lain
Mana-mana dua yang pertama[(1F + 1H = 2M) x 3 = 6M]

5.Huraikan tiga strategi pemasaran. [6]

1. Penembusan pasaran [F1=1]

● Strategi pemasaran untuk meningkatkan syer pasaran dengan memasarkan produk


sedia ada / tanpa mengubah produk kepada pelanggan/ pasaran sedia ada [H=1] /
● Strategi yang digunakan ialah menurunkan harga produk, meningkatkan
pengiklanan dan mengadakan pameran jualan [H=1] /

2. Pembangunan pasaran [F2=1]

● Strategi menjual produk sedia ada dalam pasaran kepada pasaran yang baharu
[H=1] /
● Meneroka pasaran baharu sama ada pasaran domestik atau pasaran antarabangsa
[H=1]/

3. Pembangunan produk [F3=1]

● Menawarkan produk baharu ke pasaran sedia ada [H=1] /


● Meneroka idea kreatif bagi menghasilkan produk baharu / mengubah suai produk
sedia ada menjadi produk yang baharu [H=1]

4. Pembelbagaian [F4=1]

● Strategi memperkenalkan produk baharu ke pasaran baharu / mengambil alih


perniagaan sedia ada dalam bidang yang lain [H=1]/
● Menjalankan aktiviti pembangunan dan penyelidikan bagi menghasilkan produk
baharu [H=1]

[3 pertama (1F + 1H = 2M) x 3 = 6M]


6.Berikan empat faktor yang mempengaruhi gelagat pengguna. [4]

● Budaya
● Sosial
● Individu
● Psikologi
● Situasi
● Demografi
● Campuran pemasaran

[ Empat pertama (1F=1M) x 4 = 4M]

7.Senaraikan empat pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan. [4]


Empat pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan ialah:
i. Pihak pengurusan syarikat atau pengurus syarikat
ii. Pelabur atau pemodal
iii. Pemilik syarikat atau pemegang saham
iv. Pembiaya atau bank
v. Pemiutang atau pembekal
vi. Kerajaan atau agensi kerajaan
vii. Pekerja atau Kesatuan Sekerja
viii. Pesaing
(1F x 4 =4M)
Pilih mana-mana 4 pertama
8.Berdasarkan maklumat Penyata Untung Rugi Syarikat Gemilang Sdn. Bhd.
i. X (Untung kasar) = Jualan - Kos barang dijual
= RM1500,000 - RM 100,000
= RM 500,000 [1]
Y(Untung bersih) = Untung kasar - (belanja + cukai)
= RM500,000 - (RM170,000 + RM30,000 + RM120,000)
= RM180,000 [1]

ii. Margin untung kasar (MUK)


MUK = Untung kasar X 100
Jualan bersih
= RM 500,000 X 100 [1]
RM1500,000
= 33.33% [1]
iii. Margin untung bersih (MUB)
MUB = Untung bersih X 100
Jualan bersih
= RM 180,000 X 100 [1]
RM1500,000
= 12% [1]
Nota : Jalan pengiraan mesti ditunjukkan
9. Huraikan tiga kepentingan latihan dan pembangunan kepada individu. [6]
Tiga kepentingan latihan dan pembangunan kepada individu.
i. Meningkatkan produktiviti pekerja
H: Pekerja akan menjadi lebih cekap, output juga akan meningkat dengan
penggunaan sumber secara optimum selepas latihan dan pembangunan / setara
ii. Meningkatkan kemahiran pekerja
H: Melalui pemberian latihan dan tunjuk ajar yang spesifik seperti kemahiran
komputer, kemahiran menggunakan mesin dan sebagainya / setara.
iii.Mengurangkan kesilapan pekerja
H: Kesilapan pekerja boleh dikurangkan ke tahap minimum kerana sebarang
kesilapan mendatangkan kos kepada organisasi /setara.
iv. Meningkatkan kepuasan pekerja
H: Pekerja yang boleh melakukan semua tugas yang diberikan merupakan tanda
pencapaian peribadi mereka / setara.

v. Meningkatkan motivasi pekerja


H: Program latihan yang diberikan kepada pekerja sebagai tanda penghargaan
dan boleh meningkatkan motivasi pekerja untuk mempraktikkan ilmu yang
diperolehi / setara.
(1F + 1H) x 3 = 6M
Pilih mana-mana 3 yang pertama
10.Nyatakan empat ciri penilaian prestasi yang berkesan. [4]
Empat ciri-ciri penilaian prestasi yang berkesan:
i. Penilaian dibuat berdasarkan penghuraian dan spesifikasi kerja iaitu
berdasarkan tugas atau kerja yang dipertanggungjawabkan supaya adil dan
berkesan.
ii. Mempunyai piawaian yang jelas dan selari dengan objektif organisasi.
iii. Mengetahui aspek yang dinilai dan teknik penilaian yang betul.
iv. Penilaian dilakukan secara berterusan iaitu sepanjang masa dan bukan hanya
pada akhir tahun.
v. Penilaian hendaklah bebas daripada sifat pilih kasih, dianggap adil dan
saksama.
vi. Menghasilkan perbandingan yang tepat di antara pekerja atau jabatan.
vii. Piawaian prestasi didedahkan kepada pekerja dan difahami oleh semua
pekerja.
Pilih mana-mana 4 ciri pertama = 4M
Bahagian B : [50 Markah]

Jeruk Madu Pak Ali


Baca kajian kes di bawah dan jawab soalan yang mengikutinya
11 Pak Ali Food Industries Sdn Bhd merupakan pengeluar jeruk buah-buahan yang
terulung di Malaysia dan terkenal dengan rasa dan aromanya yang istimewa dibawah jenama
“Pak Ali”. Rasanya yang enak dan bernutrisi tinggi ini dihasilkan melalui gabungan resipi
tradisional dan teknologi terkini dari pihak Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI). Walaubagaimanapun di seksyen pemotongan buah syarikat masih
menggunakan tenaga manusia sepenuhnya untuk memberi pekerjaan kepada penduduk
sekitar.

Sehingga kini syarikat telah mengeluarkan empat jenis produk yang sesuai dinikmati
oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. Jeruk Madu Pak Ali terdiri daripada 30 jenis jeruk
basah dan 50 jenis jeruk kering. Kuah Rojak Pak Ali mempunyai tiga perisa iaitu pedas, asli,
dan manis yang dibungkus dalam botol dan pek plastik. Produk berasaskan buah pala pula
antaranya adalah jus pala sedia diminum, kordial pala, halwa pala, minyak pala dan bam pala.
Kuih tradisionalnya iaitu Kuih Peneram dan Dodol Pak Ali kini terdapat di dalam lima jenis
perisa iaitu perisa kampung (asli), durian, betik, mangga dan pandan
Sebagai satu-satunya perusahaan jeruk di Pulau Pinang yang ada sijil halal JAKIM,
pihak syarikat berusaha mengawal kualiti Jeruk Pak Ali dengan melakukan beberapa
penambaikan terhadap proses pengeluarannya. Syarikat memastikan hanya buah-buahan
yang segar dan berkualiti tinggi digunakan untuk menghasilkan jeruk madu contohnya
mempelam sala di beli dari ladang di Perlis. Selain itu, semua pekerja dari setiap bahagian
akan melalui “Bilik Persalinan Pekerja” terlebih dahulu setiap kali sebelum memulakan
tugas. Mereka akan memakai kasut, apron, baju, sarung tangan, pelitup muka dan tudung
kepala yang disediakan khas. Pekerja wajib membasuh tangan (7 Langkah Mencuci) dengan
sempurna setiap kali sebelum masuk dan keluar dari tempat bertugas. Satu Manual Operasi
juga disediakan untuk dipatuhi oleh pekerja sepanjang proses pengeluaran termasuklah
aktiviti pemotongan buah, pembersihan, pemeraman dan pembungkusan jeruk.
Larutan gula dibuat dengan menggunakan air yang ditapis, di didihkan dan disejukkan
ke suhu 70 darjah celcius sebelum ianya digunakan. Kandungan gula disukat dengan
menggunakan mesin Agato Digital Refractometer. Bagi memastikan proses pencucian dapat
dijalankan dengan berkesan, buah-buahan tersebut dimasukkan ke dalam tong pencucian
yang dilabelkan. Pencucian dengan menggunakan air bersih yang ditapis dilakukan beberapa
kali sehingga rasa garam tersebut hilang. Ukuran kandungan garam kemudiannya  di periksa
dengan menggunakan alat sukatan Agato Master Alpha Refractometer. Selepas itu, jeruk
yang sudah siap diproses akan dibawa ke bilik berhawa dingin untuk diperiksa tahap
kualitinya sebelum dibungkus. Setelah siap dibungkus jeruk akan disimpan di tempat khas
yang dikawal suhunya mengekalkan kesegaran dan kelazatannya sebelum di pasarkan.
[Disesuaikan daripada www.jerukpakali.com/profil.html dan http://usahawan .com/idea_bisness/kisah empayar jeruk pak

ali]

Berdasarkan kes di atas,

i. Terangkan peranan syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd kepada masyarakat [4]

ii. Jelaskan lini produk yang ditawarkan oleh Pak Ali Food Industries Sdn Bhd kepada
pengguna [10]

iii. Terangkan pendekatan kawalan kualiti yang digunakan dalam operasi pengeluaran
kilang Jeruk Pak Ali [16]

Cadangan Jawapan :

I. Peranan syarikat Pak Ali Food Industries Sdn Bhd kepada masyarakat :

1. Mewujudkan peluang pekerjaan : [F1-1]


- di seksyen pemotongan buah syarikat masih menggunakan tenaga manusia
sepenuhnya untuk memberi pekerjaan kepada penduduk sekitar. [KK=1][
baris 5-7]

2. Memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat : [F2=1]


- Sehingga kini syarikat telah mengeluarkan empat jenis produk yang sesuai
dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia [KK=1][ b8-9]
[2F + 2KK]
Fakta betul, kaitan kes diterima

Ii) Lini produk yang ditawarkan oleh Pak Ali Food Industries Sdn Bhd kepada
pengguna:

1. Kelebaran produk : [F1=1]


- merujuk kepada bilangan barisan/lini produk yang ditawarkan kepada pengguna
[H=1]
- Sehingga kini syarikat telah mengeluarkan empat jenis produk [KK1=1]
- iaitu jeruk madu, kuah rojak, produk berasaskan buah pala dan kuih tradisional
[KK2=1]

2. Kedalaman produk : [F2=1]


- merujuk kepada bilangan item / kepelbagaian produk yang terdapat dalam sesuatu
barisan/lini produk yang ditawarkan kepada pengguna [H=1]
- Jeruk Madu Pak Ali terdiri daripada 30 jenis jeruk basah dan 50 jenis jeruk kering
antaranya mangga, kedondong, betik, jambu batu,  salak madu,  pala, cermai, kelubi,
anggur, dan  sengkuang. [KK1=1]
- Kuah Rojak Pak Ali mempunyai tiga perisa iaitu pedas, asli, dan manis yang
dibungkus dalam botol dan pek plastik. [KK2=1]
- Produk berasaskan buah pala pula antaranya adalah jus pala sedia diminum, kordial
pala, halwa pala, minyak pala dan bam pala. [KK3=1]
- Kuih tradisionalnya iaitu Kuih Peneram dan Dodol Pak Ali kini terdapat di dalam
lima jenis perisa iaitu perisa kampung (asli), durian, betik, mangga dan pandan sesuai
dinikmati oleh setiap lapisan masyarakat Malaysia. [KK4=1]

[2F + 2H + 6KK]

Iii) Pendekatan kawalan kualiti yang digunakan dalam operasi pengeluaran kilang Jeruk
Pak Ali :

1. Kawalan Input [ F1=1 ]


- Kawalan yang dilaksanakan di peringkat awal sebelum bermula proses
pengeluaran [H1=1] /
- Kawalan ini difokuskan ke atas faktor – faktor pengeluaran seperti modal insan,
modal, bahan mentah dan teknologi [H2=1]
- Syarikat memastikan hanya buah-buahan yang segar dan berkualiti tinggi
digunakan untuk menghasilkan jeruknya contohnya mempelam sala di beli dari
ladang di Perlis [KK1=1]
- Satu Manual Operasi disediakan untuk dipatuhi oleh pekerja sepanjang proses
pengeluaran termasuklah aktiviti pemotongan buah, pembersihan, pemeraman dan
pembungkusan jeruk. [KK2=1]
- Semua pekerja dari setiap bahagian akan melalui “Bilik Persalinan Pekerja”
terlebih dahulu setiap kali sebelum memulakan tugas [KK3=1]
- Mereka akan memakai kasut, apron, baju, sarung tangan, pelitup muka dan tudung
kepala yang disediakan khas [KK4=1]
- Pekerja wajib membasuh tangan (7 Langkah Mencuci) dengan sempurna setiap
kali sebelum masuk dan keluar dari tempat bertugas. [KK5=1]
[ 1F + 1H + 4KK]

2. Kawalan Proses [F2=1]


- Merupakan kawalan yang dilakukan untuk memantau aktiviti-aktiviti dalam
proses pengeluaran yang sedang dilakukan agar mematuhi standard/prosedur yang
ditetapkan. [H1=1]/
- Kawalan ini berbentuk pemantauan, pemeriksaan, pembaikian yang dilaksanakan
ketika proses pengeluaran sedang berjalan agar tindakan pembetulan dapat
diambil segera sekiranya berlaku sebarang kesilapan/pemesongan/timbul masalah
[H2=1]
- Larutan gula dibuat dengan menggunakan air yang ditapis, dididihkan dan
disejukkan ke suhu 70 darjah celcius sebelum ianya digunakan. [KK1=1]
- Kandungan gula disukat dengan menggunakan mesin Agato Digital
Refractometer. [KK2=1]
- Bagi memastikan proses pencucian dapat dijalankan dengan berkesan,
buah-buahan tersebut dimasukkan ke dalam tong pencucian yang dilabelkan.
[KK3=1]
- Pencucian dengan menggunakan air bersih yang ditapis dilakukan beberapa kali
sehingga rasa garam tersebut hilang. [KK4=1]
- Ukuran kandungan garam ini  di periksa dengan menggunakan alat sukatan Agato
Master Alpha Refractometer. [KK5=1]
[1F + 1H + 4KK]

3. Kawalan Output [F3=1]


- Merupakan kawalan terhadap output yang dihasilkan selepas proses pengeluaran
tamat. [H1=1] /
- Kawalan ini dilakukan untuk memastikan output yang dihasilkan memenuhi
standard yang telah ditetapkan oleh organisasi sebelum dipasarkan. [H2=1] /
- Bertujuan untuk membuat tindakan pembetulan / penambahbaikan terhadap proses
pengeluaran [H3=1]
- Jeruk yang sudah siap diproses akan dibawa ke bilik berhawa dingin untuk
diperiksa tahap kualitinya sebelum dibungkus [KK1=1]
- Setelah siap dibungkus jeruk akan disimpan di tempat khas yang dikawal suhunya
mengekalkan kesegaran dan kelazatannya sebelum di pasarkan [KK2=1]

[ 1F + 1H + 2KK]

12. Jelaskan lima faktor yang perlu diambilkira dan boleh mempengaruhi pemilihan lokasi
kilang.
[20]

Faktor yang perlu diambilkira dalam pemilihan lokasi kilang ialah :

1. Bekalan tenaga buruh [1]

- Pengeluar harus memastikan lokasi kilang yang hendak dibina memenuhi pertimbangan
berikut iaitu kos buruh/ kadar upah buruh, kuantiti penawaran buruh [H1=1] /
- Pengeluar perlu memilih lokasi yang mempunyai tenaga buruh yang berkualiti dan mahir.
untuk menjalankan proses pengeluaran. [H2=1]

- contohnya, jika kilang pengeluaran pakaian adalah berintensifkan buruh, maka kilang
tersebut akan beroperasi di kawasan yang kadar upahnya adalah rendah / menawarkan buruh
yang ramai / buruh yang mahir [C=1]

2. Sistem pengangkutan dan logistik [1]

- kemudahan pengangkutan yang baik seperti lebuhraya, keretapi dan laut juga perlu
diambilkira bagi memastikan bahan mentah dan produk yang siap dihantar dengan
segera.[H1=1]

- lokasi kilang yang dilengkapi dengan sistem pengangkutan dan logistik yang baik akan
menjimatkan kos logistik dan mengurangkan kos menyimpan inventori.[H2= 1]

- Contohnya, industri yang menjalankan kegiatan eksport adalah sesuai ditempatkan


berdekatan dengan pelabuhan/lapangan terbang [C=1]

3. Pengguna sasaran [1]

- pengeluar perlu memastikan kedudukan kilang yang berhampiran dengan pengguna bagi
meningkatkan permintaan terhadap produk.[H1=1]

- lokasi yang dipilih haruslah berdekatan dengan pelanggan utama supaya dapat mengedarkan
produk kepada pelanggan dengan cepat bagi memenuhi permintaan mereka.[H2=1]

- Contohnya kilang roti perlu berada di kawasan yang ramai penduduk iaitu hampir dengan
taman perumahan dan kawasan pejabat [C=1]

4. Pembekal dan sumber bahan mentah [1]

- pengeluar juga harus memastikan kilang yang akan dibina adalah berdekatan dengan
pembekal bahan mentah bagi memastikan proses pengeluaran adalah sentiasa lancar/ tidak
tergendala [H1=1]

- kedapatan bahan mentah dan jaraknya dengan kilang menjadi asas pertimbangan pemilihan
kawasan kilang untuk mendapatkan bekalan yang berterusan pada harga yang murah supaya
dapat menjimatkan kos pengeluaran [H2=1]/

- lokasi yang berdekatan dengan pembekal yang bertolak ansur, cekap, jujur dan menawarkan
bahan mentah yang murah dan berkualiti harus dipertimbangkan sebelum pembinaan
sesebuah kilang.[H3=1]
- contohnya kilang memproses kelapa sawit sesuai ditempatkan berhampiran dengan ladang
kelapa sawit agar kos dapat dikurangkan.[C=1]

5. Iklim [1]

- firma perlu mengambil kira jenis iklim yang sesuai dengan operasi pengeluaran kilang [1]

- lokasi yang dipilih mesti bebas dari ancaman bencana alam seperti banjir, gempa bumi
membolehkan pengeluaran berjalan dengan lancar/tidak menyebabkan kerugian [1]

- Kilang keropok sesuai di bina di tepi pantai yang mempunyai cuaca yg panas [C=1]

6. Peraturan dan kawalan undang-undang [1]

- pengeluar perlu mengambilkira peraturan yang dikenakan kerajaan ke atas industri yang
diceburi sama ada membantu atau menyukarkan perkembangan operasi perniagaan [H1=1]

- pengeluar harus memilih kawasan dimana kerajaan mengenakan cukai yang tidak
membebankan, perlindungan tariff, perlindungan hak milik bagi membantu perkembangan
operasi perniagaan.[H2=1]

- Kilang memproses susu getah tidak boleh dibina di kawasan perumahan kerana menyalahi
peraturan pihak berkuasa tempatan [PBT] [C=1]

7. Saiz dan kos tanah [1]

- firma perlu memilih lokasi perniagaan yang strategik dan menjadi tumpuan ramai walaupun
kos tanah yang tinggi.[H1=1]/

- kos tanah yang terlalu tinggi membuatkan pemilik perniagaan membuat keputusan membeli
atau menyewa sesuatu premis tersebut [H2 =1]

- pengeluar perlu membina kilang di lokasi yang menawarkan kos tanah yang murah /
berpatutan untuk menjimatkan kos [H3=1]

- Kilang memproses makanan sejuk beku dibuka di kawasan pinggir bandar yang mempunyai
kos tanah yg berpatutan [C=1]

8. Kemudahan infrastruktur [1]

- kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik dan infrastruktur haruslah disediakan di lokasi
yang dipilih bagi memastikan pengeluaran berjalan dengan lancar.[H1=1]

- kos utiliti seperti tariff air, elektrik dan gas yang berpatutan mengurangkan kos
pengeluaran.[H2=1] /
- jarak lokasi dengan kemudahan seperti institusi kewangan, pembekal, pemasar
memudahkan urusan pembayaran dan penerimaan wang, bekalan dan pemasaran produk.
[H3=1]

- Kilang air minuman perlu dibina di kawasan yang dilengkapi dengan kemudahan air bersih
dan eletrik yang berterusan untuk menggerakkan mesin menapis dan membotolkan air [C=1]

9. Faktor persekitaran [1]

- firma perlu memilih lokasi kilang yang sesuai dengan persekitaran agar tidak berlaku
pencemaran alam sekitar [H1=1]

- firma perlu mengutamakan keselamatan penduduk semasa memilih lokasi kilang. [H2=1]

- contohnya, industri petrokimia mestilah ditempatkan jauh dari kawasan perumahan kerana
mengancam keselamatan penduduk dan berpotensi mencemarkan udara[C=1]

10. Insentif pelaburan [1]

- sesetengah kawasan yang didirikan oleh pihak kerajaan khas untuk mengembangkan sektor
perindustrian.[H1=1]

- hal ini membolehkan sesebuah kilang yang didirikan di kawasan tersebut dapat menikmati
pelbagai insentif, hal ini dapat mengurangkan kos operasi kilang.[H2=1]

- contohnya, kilang eletronik dibina di kawasan MSC dan Cyber Jaya di mana kerajaan
menawarkan pelbagai insentif seperti taraf perintis, elaun cukai pelaburan, kemudahan kredit
dan lain-lain.[C=1]

{ [1F=1m, 2H=2m, 1C=1m]; 1F+2H+1C=4m x 5=20m]}

13. Jelaskan proses keputusan pembelian komputer riba oleh pelajar universiti. [20]

1) Mengenal pasti keperluan [1]

- Pada peringkat awal sebelum membeli sesuatu barang, pengguna menyedari terdapatnya
keperluan barang yang hendak dibeli dapat memenuhi keperluan atau mengatasi
masalahnya.[H1=1]

- Keperluan ini mungkin dirangsang oleh faktor dalaman ( keperluan kepada komputer riba)
atau faktor luaran ( iklan komputer riba yang diiklankan di dalam akhbar) [H2=1]

- Contohnya, pelajar IPT ingin membeli komputer riba untuk membuat tugasannya. [C=1]
2) Mencari maklumat [1]

- Pengguna akan mendapatkan maklumat lengkap secara aktif atau mengumpul seberapa
banyak maklumat berkenaan produk yang ingin dibeli [H1=1

- pengguna mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber seperti sumber peribadi (ahli
keluarga), rakan dan jiran, sumber komersial (jurujual dan pameran) dan sumber awam
(media sosial).[H2=1] /

- Sejauh mana pengguna dapat mengumpulkan maklumat yang cukup tentang produk yang
hendak dibeli, bergantung kepada masa yang diperuntukkan untuk membuat keputusan
pembelian. [H3=1]

- cthnya pelajar IPT akan mengumpul maklumat tentang komputer riba seperti jenama, harga,
rekabentuk dan ciri - ciri istimewa daripada internet dan iklan di surat khabar [C=1]

3) Menilai alternatif [1]

- Setelah memperoleh maklumat yang cukup atau segala maklumat yang dikehendaki
mengenai produk, pengguna akan menilai alternatif yang ada dalam set pilihan berdasarkan
situasi pembelian yang dihadapi, budi bicara sendiri dan nasihat daripada jurujual atau
rakan.[H1=1]

- Pengguna akan menilai kelebihan dan kelemahan setiap pilihan produk yang ada di pasaran
berdasarkan maklumat yang diperolehi [H2=1]

- Contohnya, pelajar IPT membandingkan model komputer riba jenama Acer dengan jenama
Lenovo dan Asus dari aspek harga, rekabentuk dan ciri - ciri istimewa [C=1]

4) Membuat keputusan pembelian [1]

- Pengguna akan membuat keputusan produk manakah yang akan dibeli [H1=1]

- Pengguna akan memilih alternatif yang terbaik iaitu produk yang mempunyai kelebihan
yang terbanyak dan paling memenuhi keperluan mereka[1]

- Contohnya pelajar IPT memilih komputer riba jenama Acer kerana paling murah dan
mempunyai reka bentuk yang menarik [C=1]

5) Gelagat selepas pembelian [1]

- Pengguna akan bertindak balas selepas pembelian produk sama ada penggunaan barang
yang dibeli memberikan kepuasan atau sebaliknya.[H1=1]

- Jika berpuas hati, maka pengguna akan mempunyai gelagat yang positif terhadap barang
tersebut dan mungkin akan membeli barang itu semula [H2=1]
- Pelajar IPT berpuashati dengan komputer riba Acer yg dibeli dan akan terus memilih
jenama tersebut jika diperlukan lagi pada masa akan datang [C=1]

{[ 1F=1m, 2H=2m, 1C=1m]; 1F+2H+1C=4m x 5= 20m]}

You might also like