Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 11

INFORMATION SHEET

TOPIC : SKR 1303 PEMERIKSAAN ELEKTRIK KENDERAAN


03.03 MEMERIKSA KOMPONEN AKSESORI ELEKTRIK KENDERAAN
LNP
Pelajar-pelajar mesti boleh:

LEARNING 1. Terangkan fungsi tingkap kuasa


OUTCOME : 2. Nyatakan komponen-komponen tingkap kuasa
3. Jelaskan operasi tingkap kuasa.

TAJUK : TINGKAP KUASA (POWER WINDOW)

TUJUAN

Tingkap kuasa merupakan salah satu sistem elektrik yang terdapat pada sesebuah
kenderaan. Sistem ini membolehkan cermin kenderaan diturunkan dan dinaikkan dengan
mudah. Kertas penerangan ini akan menerangkan maksud tersebut.

PENERANGAN

Tingkap kuasa menggunakan motor elektrik, penggerak mekanikal, suis dan wayar untuk
menggerakkan tingkap. Tingkap kuasa menggunakan motor arus terus yang kecil untuk
menaikkan dan menurunkan cermin tingkap. Tingkap kuasa yang dipasang pada
sesebuah kenderaan boleh dinaikkan dan diturunkan hanya dengan butang atau suis yang
sebelum ini hanya menggunakan pemutar tangan. Dalam pemasangan tingkap kuasa,
setiap tingkap mempunyai suisnya sendiri dan hanya bahagian pemandu sahaja yang
mempunyai keempat-empat suis untuk menggerakkan tingkap. Tingkap kuasa hanya akan
boleh beroperasi apabila suis penyalaan dihidupkan.

1
FUNGSI

Tingkap kuasa direkabentuk untuk memudahkan penumpang untuk membuka dan


menutup tingkap kenderaan dengan hanya menekan butang sahaja dan dipusatkan
kendaliannya pada tempat pemandu bagi semua tingkap. Kebanyakkan kenderaan
sekarang menggunakan sistem automatik untuk menurunkan tingkap dibahagian
pemandu, di mana dengan hanya sekali tekan tingkap akan turun sehingga habis.

KOMPONEN TINGKAP KUASA

Tingkap kuasa menggunakan motor arus terus yang kecil untuk menaikkan dan menurunkan
cermin tingkap. Bahagian-bahagian tingkap kuasa adalah seperti berikut :

1. WINDOW SWITCH (spring-loaded, normally-off switch that controls current flow to window
motors).

Gambarfoto 4.1 Suis tingkap kuasa

2. WINDOW MOTOR (reversible electric motor that drives gearbox).

Gambarfoto 4.2 Motor arus terus tingkap kuasa

3. WINDOW MOTOR GEARBOX (gear mechanism mounted on window motor for increasing
torque applied to window regulator gear).

2
Gambarfoto 4.3 Kotak gear motor arus terus untuk tingkap kuasa

4. WINDOW REGULATOR (gear and lever mechanism for sliding window up and down in its
track). Look at Fig. 19-2. It shows a window regulator.

Gambarfoto 4.4 Regulator tingkap kuasa

5. WINDOW MOTOR HARNESS (wiring that connects switches to window motors).

Gambarfoto 4.5 Gumpulan wayar bagi tingkap kuasa

6. BREAKER POINTS (small points in window motors that protect motor from damage if switch is
held too long after full glass travel).

3
Gambarajah 4.6 Motor dan regulator power window

KENDALIAN TINGKAP KUASA

Motor elektrik digunakan untuk menaikkan dan menurunkan cermin pintu, mengganti cara
mekanikal ( diputar dengan tangan ). Dalam sistem ini, menggunakan empat unit motor
AT magnet kekal, pemutus litar, geganti dan suis pengawal. Suis jumpelang dengan tiga
kedudukan supaya pengutuban boleh ditukar untuk menaikkan dan menurunkan cermin
pintu. Pada pemandu terdapat empat suis utama, satu suis untuk setiap pintu dan satu
suis berasingan untuk memutuskan bekalan arus pada pintu belakang. Pada setiap pintu
dipasang dengan motor elektrik untuk memutar mekanisme menaik dan menurun cermin
pintu. Motor boleh memacu pada dua arah yang bertentangan. Apabila motor berputar,
rangkaian yang disambung ke cermin pintu akan mengatur menaik atau menurun. Dalam
litar yang terlibat untuk mekanisme menaikkan dan menurunkan cermin pintu, apabila suis
pintu ditekan pada arah yang dikehendaki, gegelung dalam geganti akan bergerak dan
motor akan beroperasi dan seterusnya akan menaikkan dan menurunkan cermin. Arus
dibekalkan ke geganti melalui solenoid pada litar pemula. Motor jenis siri yang biasa

4
digunakan dengan menggunakan arus 40A dan laju putaran 2500 putaran per minit.

Arus melalui suis dan kabel berkaitan dikurangkan dengan memasang dua geganti untuk
mengawal arus pada setiap motor, geganti ini dibekalkan dengan sumber yang sama.
Arus yang mengalir dalam geganti biasanya rendah, boleh menggunakan saiz kabel kecil,
berbanding dengan saiz kabel yang digunakan pada sumber bekalan daripada bateri.
Pemacu antara motor dan cermin pintu menggunakan kotak gear untuk menghasilkan kilas
yang sesuai terutama ketika menaikkan cermin pintu dibandingkan menurunkan cermin.
Keluaran gear pemacu kotak gear sama ada melalui rak boleh lentur atau secara terus
pada pemutar cermin pintu sama seperti sistem pemutar dengan tangan. Suis pemutus
jenis terma dipasang dalam litar dan dalam motor, untuk menghadkan arus yang mengalir
dalam litar jika berlaku beban lebih. Suis pemutus akan terbuka apabila cermin pintu telah
sampai ke atas atau ke bawah atau apabila terdapat halangan pada perjalanan cermin
tersebut.Dalam litar untuk operasi cermin pintu belakang, motor yang digunakan
dibekalkan terus melalui suis pencucuh. Suis pintu belakang tambahan dipasang
membolehkan penumpang melaras pintu tetapi hanya boleh beroperasi apabila pemandu
menekan atau menutup suis pemisah. Cermin pintu boleh naik atau turun dengan suis
berkaitan supaya arus mengalir ke dalam motor pada arah tertentu. Suis itu digunakan
untuk memutar motor pada arah yang dikehendaki.

5
Gambarajah 4.7 Tingkap dinaikkan secara mekanikal dengan menggunakan motor dan
pergerakkan gear

Dalam sistem ini, kuasa akan dihantar ke pintu pemandu melalui pemutus litar berarus 20-
amp. Kuasa akan memasuki suis tingkap yang terdapat pada papan kendalian dan
diagihkan kepada penyentuh yang terdapat ditengah-tengah suis tingkap keempat-empat
pintu. Dua penyentuh, satu pada sebelah penyentuh kuasa akan dibumikan dan satu ke
motor. Arus juga akan mengalir melalui suis pengunci kepada suis yang sama pada setiap
pintu. Apabila pemandu menekan salah satu suis, satu daripada penyentuh akan akan
terputus dari dibumikan dan akan bersambung dengan penyentuh kuasa, sementara itu
satu lagi penyentuh kekal dibumikan. Ini kan membekalkan arus kepada motor. Jika suis
ditekan pada sebelah lain, arus akan melalui motor pada arah yang bertentangan.

6
Gambarajah 4.8 Tingkap kuasa menggunakan motor elektrik ulang alik yang kecil. Suis mengawal
pengaliran arus ke motor. Sistem ini juga menggunakan unit pengawal dan
pemutus litar.

LITAR TINGKAP KUASA

Sistem Asas

Dalam sistem ini, kuasa akan dihantar ke pintu pemandu melalui pemutus litar berarus 20-amp.
Kuasa akan memasuki suis tingkap yang terdapat pada papan kendalian dan diagihkan kepada
penyentuh yang terdapat ditengah-tengah suis tingkap keempat-empat pintu. Dua penyentuh, satu
pada sebelah penyentuh kuasa akan dibumikan dan satu ke motor. Arus juga akan mengalir
melalui suis pengunci kepada suis yang sama pada setiap pintu. Apabila pemandu menekan salah
satu suis, satu daripada penyentuh akan akan terputus dari dibumikan dan akan bersambung
dengan penyentuh kuasa, sementara itu satu lagi penyentuh kekal dibumikan. Ini kan
membekalkan arus kepada motor. Jika suis ditekan pada sebelah lain, arus akan melalui motor
pada arah yang bertentangan.

7
A simple power-window circuit

Gambarajah 4.9 Litar power window

8
Gambarajah 4.10 Pergerakan power window

9
Litar Tingkap Kuasa

Suis untuk menaik cermin pintu

Dari geganti auto


pencucuh

Ke motor menaik sebelah


Ke Motor menaik sebelah kiri depan
kanan depan

Suis pintu belakang


Suis ke pintu belakang
sebelah kanan
Suis pintu

Geganti

Motor
Motor pintu belakang
sebelah kiri

Bumi

Pemutus Litar ke Solenoid Litar tingkap kuasa

A - Angker, B – Bateri, C – Suis, F - Medan

Gambarajah 4.11 Litar power window

10
KESIMPULAN

Tingkap kuasa direka bagi tujuan untuk memudahkan penumpang sesebuah kenderaan membuka
dan menutup tingkap. Selain itu juga ia merupakan aksesori yang membolehkan sesebuah
kenderaan itu nampak mewah dan mengikuti perkembangan serta pembangunan sesebuah
kenderaan.

EXERCISE

1. Apakah tujuan tingkap kuasa digunakan.

2. Nyatakan 6 bahagian tingkap kuasa.

3. Terangkan kendalian tingkap kuasa secara ringkas.

REFERENCE

1. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Information Sheet, Shah Alam, Selangor:
Edaran Otomobil Nasional Berhad.
2. Akademi Saga, Basic Electrical & electronic System Work Sheet, Shah Alam, Selangor: Edaran
Otomobil Nasional Berhad.
3. Tom Denton, Automobile Electrical & Electronic Systems
4. DTAF IKM Jasin, Information Sheet Auto-Electric
5. Toyota Service Training 1989, Fundamentals of Electricity, Vol 14(Step 2), Toyota Motor
Corporation.
6. V.A.W. Hillier1986, Fundamentals of Automotive Electronics, Croydon College: Stanley Thornes
Ltd. System
7. Automotif Electrical/electronic System
8. James E.Duffy 1998, Auto Electricity and Electronics Technology : The Goodheart-Willcox
Company, Inc

11

You might also like