Teks Khutbah 4 Mac 2022-Iktibar Dari Perjalanan Agong (Versi Rumi)

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

JADUAL KHUTBAH JUMAAT SIRI 3/ 2022

(Bulan Mac 2022)

Bil. Tajuk Tarikh Muka


Surat

1. IKTIBAR DARI PERJALANAN AGONG 4.3.2022M/ 3


1 Sya’ban 1443H
(SEMPENA ISRAK DAN MIKRAJ)

2. WAHAI SUAMI, ISTERIMU TIKET KE SYURGA 11.3.2022M/ 10


8 Sya’ban 1443H

3. 27 KALI GANDA 18.3.2022M/ 13


15 Sya’ban 1443H

4. BERJIRAN HINGGA KE SYURGA 25.3.2022M/ 18


22 Sya’ban 1443H

KHUTBAH KEDUA 24

Percetakan dibiayai:

‫زكاة ڤوالو ڤينڠ‬


No Telefon: 04-549 8088
Jawatankuasa Panel Semakan Teks Khutbah
Negeri Pulau Pinang

1. SS Dato' Seri Dr. Haji Wan Salim bin Wan Mohd Noor
(Pengerusi)
Mufti Kerajaan Negeri Pulau Pinang

2. Prof. Madya Dr. Atikullah bin Abdullah


Pensyarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan,
Universiti Sains Malaysia

3. Ustaz Rosli bin Othman


Ketua Sektor Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang

4. Ustaz Ahmad bin Hashim


Ketua Pusat Pengajian Tahfiz Al-Quran,
Kolej Islam Teknologi Antarabangsa Pulau Pinang (KITAB)

5. Ustazah Rohayati binti Daud


Penyelaras Program Intervensi Kaunseling,
Universiti Sains Malaysia

6. Ustaz Mohd Salmi bin Shaimi


Guru, Madrasah Irshad Al-Ashraf Al-Wataniah, SPS

7. Ustaz Subki bin Mohamed


Pensyarah, IPG Kampus Tuanku Bainun

8. Ustaz Mohd Hanif bin Omar @ Wahab


(Setiausaha)
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Dakwah
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP)

2|Mukasurat
٢٠٢٢ ‫خطبة بولن مچ‬
IKTIBAR DARI PERJALANAN AGONG
(4 Mac 2022M/ 1 Syaaban 1443H)

َ ْ ْ َ َْ ً َ ْ َ ُ ْ َ ْ ُ َ َ ْ َ ً َْ َ ْ َ ‫ْ َ ْ ُ ه ه‬
،‫وث رحمة َللعال َمي‬ َ ‫ول َه المبع‬ َ ‫ّلِل ال َذي أْسى ليال َبعب َد َه ورس‬ َ َ ‫الحمد‬
ُ ْ َ ْ َ ََْ ُ َ ْ ُ ََْ َ َ ْ ُ ََ َ
،‫اْليمان ويقوى َب َه الي َقي‬ َ ‫وأراه َمن اي َات َه ما يزداد َب َه‬
ُ ْ ُ ْ ُّ َ ْ ُ َ ْ َ َ ْ ََ َ َ ْ َ ُ ‫َ َّ ه‬ َْ ُ َ ْ ََ
،‫ْسيك له الم َلك الحق الم َبي‬ ِ ‫وأشهد أن آل َإله إال اّلِل وحده َل‬
َْ ‫اْل ْنب َياء َو ْال ُم ْر َسل‬ َْ َ َ َ ً َّ َ ُ َ َّ َ َ َّ َ ‫ه‬
.‫ي‬ َ َ َ ‫يع‬ ِ ‫ال َذي فضل ن َبينا محمدا عَل ج َم‬
َ ْ ْ َ ْ َ ْ َ ْ ُ َ ْ َ ُ ُ ُ َ َ ُ ُ ْ َ ً َّ َ ُ َ َّ َ َّ َ ُ َ ْ َ َ
،‫وأشهد أن ن َبينا محمدا عبده ورسوله أفضل الخل َق أجم َعي‬
ْ ْ َ َّ َ ُ ِّ ََ َ‫َ ه هُ َ َ ه‬
،‫ي‬ ِ ‫صَل اّلِل وسلم عَل سي َدنا محمد َن اْل َم‬
َ ْ َّ َْ ْ ِّ َّ ْ َ َ ‫ى‬ ََ َ
،‫اه ِرين‬ َ ‫الط‬ ‫ي‬ ‫ب‬
َ ‫ي‬‫الط‬ ‫ه‬ ‫ب‬
ََ ‫ح‬ ‫ص‬ ‫و‬ ‫ه‬ ‫ل‬َ ‫وع‬
‫ا‬ ‫َل‬
َ َ‫ه‬ َْ ْ َ ْ ُ ْ ُ ْ ِّ ْ ‫ي َل ُه ْم بإ ْح َسان إ ََل َي‬ َْ ‫التابع‬ َّ َ َ َ
‫اّلِل ت َع ى‬
،‫اَل‬ ‫س َبتق َوى‬ ‫َ ي‬ ‫ف‬ ‫ون‬ ‫م‬ ‫ك‬‫ي‬ ‫وص‬ َ ‫أ‬ .‫ن‬ ‫ي‬‫الد‬ ‫م‬ َ ‫و‬ َ ٍ َ َ ‫وعَل‬
ِ ََ
‫س ماذ‬ ُ ‫ُ ْ ذُ ْ ذ ت‬
ٞ ‫نظ تر ن تف‬ ‫َ َ ْ َ َ َ َ َ َ ىَٰٓ َ ُّ َ ذ‬ ُ َّ َ َ ‫َّ ُ ْ ه‬
‫ ي أيها ٱَّلِين ءامنوا ٱتقوا ٱّلل وۡل‬: ‫ فقد قال تعاَل‬،‫قات َه‬ َ ‫َإتقوا اّلِل حق‬
‫ت‬
ُ
١٨ ‫ي ُۢ بِما ت تعملون‬ ُ ‫ت ل ِغد وٱ ذت ُقوا ْ ٱ ذّلل إ ذن ٱ ذّلل خب‬ ‫ق ذدم ت‬
ِ ِ ‫ه‬ ٖۖ
SIDANG JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH,

Di hari yang penuh kemuliaan ini, khatib berpesan kepada diri sendiri
serta para jemaah sekalian, bertakwalah sekalian kamu kepada Allah
dengan sebenar-benar takwa. Dan janganlah kamu mati melainkan dalam
keadaan Islam. Khatib juga menyeru diri sendiri dan sidang Jumaat
sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kepada Allah
dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang
ditegah-Nya. Mudah-mudahan asbab ketaatan dan ketakwaan kita kepada
Allah , segala bala dan ujian segera diangkat oleh Allah.
3|Mukasurat
٢٠٢٢ ‫خطبة بولن مچ‬
Sebelum melanjutkan bicara, suka khatib memberi peringatan.
Marilah kita berikan sepenuh tumpuan kepada isi kandungan khutbah hari
ini. Sedarlah bahawasanya perbuatan berbual-bual, bermain telefon bimbit
atau tidur dengan sengaja adalah perbuatan sia-sia yang boleh
menjejaskan kesempurnaan meraih ganjaran pahala. Mimbar pada hari ini
akan membicarakan khutbah bertajuk: “Iktibar Dari Perjalanan Agong”.

HADIRIN SEKALIAN,

Allah berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 1:


‫ت‬ ‫ذ‬ ‫ت ت‬ ‫ت‬
‫ۡلر ِام إَل ٱلتم ت‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫تا‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫ذ‬
‫ج ِد ٱۡلقصا ٱَّلِي بَٰركنا‬
ِ ‫س‬ ِ ‫ٱ‬ ‫د‬ ‫ج‬
ِ ِ ‫س‬ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫ِن‬‫م‬ ‫ٗل‬ ‫َل‬ ‫ۦ‬ِ ‫ه‬ ‫د‬
ِ ِ‫ب‬ ‫ع‬ ‫ب‬ َٰ
‫ى‬ ‫ۡس‬ ‫أ‬ ‫ِي‬ ‫َّل‬ ‫ُس تبحَٰن ٱ‬
١‫ي‬ ُ ‫يع ٱ تۡل ِص‬
ُ ‫لس ِم‬ ‫ح تو ُلۥ ل ُُِني ُهۥ م تِن ءايَٰتِنا ه إنذ ُهۥ ُهو ٱ ذ‬
ِ ِ
Maksudnya: “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya
(Muhammad) pada malam hari dari Masjid al-Haram (di Mekah) ke Masjid
al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk
memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran)
Kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha
Mengetahui”.

Israk dan Mikraj merupakan suatu peristiwa Agong yang


memperlihatkan kebesaran Allah . Di samping menunjukkan
ketinggian martabat Baginda melalui peristiwa tersebut, Baginda Nabi
Muhammad  diperjalankan dari Masjid al-Haram di Mekah ke
Masjid al-Aqsa di Palestin. Baginda dibawa sehingga ke Sidratulmuntaha
ُ ُ ُ
(‫المنته‬ ‫(سدرة‬ seterusnya ke suatu tempat bernama Mustawa )‫(مستوى‬
untuk bertemu Allah  dan menerima satu kewajipan yang
penting iaitu kewajipan menunaikan ibadah solat.

Di dalam peristiwa Agong ini terdapat pelbagai hikmah Allah


 yang tersurat dan tersirat. Antaranya memberi ketenangan jiwa
kepada Baginda Nabi  setelah mengalami pelbagai halangan
dan rintangan dalam perjuangan dakwah di peringkat yang disebut

4|Mukasurat
٢٠٢٢ ‫خطبة بولن مچ‬
sebagai tahun kesedihan. Baginda diusir dan seruan dakwah Baginda
ditolak oleh penduduk Taif. Selain itu, pada tahun yang sama Rasulullah
 telah kehilangan dua insan yang sangat disayangi dan sangat
penting dalam hidupnya iaitu isteri kesayangan Baginda Saidatina
Khadijah  serta bapa saudaranya Abu Talib.

MUSLIMIN YANG DIMULIAKAN ALLAH,

Terdapat beberapa pengajaran dan hikmah yang dapat kita ambil daripada
peristiwa luar biasa ini.

Pertama ialah kepentingan memelihara solat lima waktu. Dalam sebuah


hadis yang diriwayatkan oleh Saidina Anas bin Malik , pada
awalnya Baginda menerima perintah agar diwajibkan untuk solat lima
puluh kali sehari semalam untuk umatnya. Namun apabila Baginda
bertemu Nabi Musa , Baginda dinasihatkan agar memohon
kepada Allah  supaya dikurangkan jumlah bilangan waktu solat
itu sehingga akhirnya berbaki lima waktu sahaja sehari semalam.

Begitulah tinggi dan pentingnya kedudukan solat dalam Islam


sehingga perintah kewajipan diterima secara langsung oleh Rasulullah
 daripada Allah . Sedangkan ibadat-ibadat lain
disampaikan dengan perantaraan Jibril . Dalam sebuah hadis
riwayat at-Tirmizi, daripada Muaz bin Jabal , bahawa Nabi
 bersabda:
ُ َ ْ َ َ ُ َ ْ َ ُ َ َّ ُ ُ ْ ُ َ َ ُ َ ْ ْ َ ُ َْ
‫ و َذروة سن َام َه ال َجهاد‬،‫ وعموده الصالة‬،‫رأس اْلم ِر َاْلسالم‬
Maksudnya: “Pokok segala urusan adalah Islam, tiangnya adalah
solat dan kemuncaknya adalah bermujahadah.”

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

5|Mukasurat
٢٠٢٢ ‫خطبة بولن مچ‬
Pengajaran yang kedua daripada peristiwa Agong ini adalah
bersabar dengan ujian daripada Allah . Pastinya
dalam kehidupan seseorang manusia tidak dapat lari daripada
menerima sebarang ujian dan masalah. Melalui peristiwa Israk,
Nabi Muhammad  sentiasa cekal dan tabah
menghadapi ujian yang pelbagai dalam kehidupan Baginda
sebelum daripada peristiwa Agong ini. Antaranya penentangan
berterusan daripada pihak musuh sehingga ingin membunuh
Baginda serta kehilangan dua insan yang tersayang dalam
kehidupan Baginda.

Oleh itu, sebagai seorang Muslim yang beriman, kita


hendaklah sentiasa bersangka baik kepada Allah  dan
bersabar atas setiap ujian yang diterima ketika hidup di dunia ini.
Sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 153:

َٰ ‫ذ‬ ‫ذ َٰ ِ ذ ذ‬ ‫ت‬ ‫ذ‬ ْ ُ ‫ُ ْ ت‬ ‫َٰٓ َ ُّ ذ‬


١٥٣ ‫بين‬
ِ ِ ‫ب وٱلصلوة إِن ٱّلل مع ٱلص‬
ِ ‫ي أيها ٱَّلِين ءامنوا ٱستعِينوا ب ِٱلص‬
Maksudnya: “Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah
pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan
sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan)
solat; kerana sesungguhnya Allah bersama (menolong) orang-orang yang
sabar.”

SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Hikmah yang ketiga pula ialah beriman kepada perkara ghaib


yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Sebuah hadis yang
diriwayatkn oleh at-Tabrani dan al-Bazzar menyebut bahawa, ketika
peristiwa Mikraj berlaku Baginda  telah melalui penempatan
beberapa kaum yang hidup mereka penuh dengan kemaksiatan.

Antaranya mereka yang malas mendirikan solat, enggan


menunaikan zakat, bergelumang dengan wang riba, suka mengumpat,
menyebar fitnah, berzina, bersikap sombong dan mengkhianati janji. Ini
menggambarkan betapa besarnya azab seksa yang akan menimpa umat
6|Mukasurat
٢٠٢٢ ‫خطبة بولن مچ‬
Nabi Muhammad  sekiranya melakukan maksiat dan derhaka
kepada Allah .

Seterusnya, Nabi  telah diperlihatkan syurga dengan


pelbagai nikmat yang disediakan untuk hamba-hambanya yang beriman.
Baginda juga diperlihatkan neraka dengan pelbagai seksaannya yang
dahsyat. Juga dibawa melihat ke suatu lembah yang nyaman dan dingin,
anginnya membawa bauan wangi harum semerbak bagai kasturi. Apabila
Rasulullah  bertanya, Jibril lantas menjawab itulah suara
syurga yang merayu memohon agar Allah membalas apa-apa yang
dijanjikan, walaupun mereka sedang menikmati berbagai-bagai nikmat
syurga, namun syurga masih memohon lagi nikmat yang lebih besar
sebagai ganjaran kepada orang yang beriman dan beramal soleh.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Marilah kita bersama-sama menghayati intipati daripada khutbah yang


dibacakan tadi:

1. Ibadah solat merupakan hadiah unggul yang diberikan secara langsung


kepada Nabi Muhammad  sewaktu peristiwa Israk dan
Mikraj.
2. Manusia yang beriman akan sentiasa bersabar dan bersangka baik
kepada Allah  dalam menghadapi apa jua ujian dan musibah.
3. Beriman kepada perkara ghaib akan menambahkan keyakinan kita
kepada Allah dalam setiap amal ibadah yang dikerjakan di dunia ini.

Firman Allah dalam Surah Qaf ayat 1-3:


ُ ْ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫ق ه وٱ ل ت ُق ت‬
‫ م ِنت ُه تم ف ق ال‬ٞ ‫ج بُ و ا أ ن ج ا ء ه م ُّم ن ِذ ر‬ ِ ‫ع‬ ‫ل‬ ‫ب‬ ١ ‫د‬
ِ ‫ي‬ ‫ج‬
ِ ‫م‬ ‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫ن‬
ِ ‫ا‬ ‫ء‬‫ر‬
ٞ ‫ أ ء ِذ ا م ِتت ن ا و ُك نذ ا ت ُر ابا ا ۖ ذ َٰل ِك ر ت‬٢ ‫يب‬
٣ ‫ج ُع ُۢ ب ع ِ يد‬ ٌ ‫َش ءٌ ع ج‬ ‫ٱ ل ت ك َٰف ِ ُر ون ه َٰذ ا ت‬
ِ

7|Mukasurat
٢٠٢٢ ‫خطبة بولن مچ‬
Maksudnya: “Qaaf. Demi Al-Quran yang melimpah-limpah kemuliaan dan
kebaikannya (bahawa sesungguhnya Muhammad adalah Rasul yang
diutus memberi peringatan dan amaran). (Kaum musyrik Mekah bukan
sahaja mengingkari kerasulannya) bahkan mereka merasa hairan
kerana datang kepada mereka, dari kalangan mereka sendiri,
seorang Rasul pemberi peringatan dan amaran (mengenai perkara
hidup semula sesudah mati); lalu orang-orang yang kafir itu
berkata: Ini adalah satu perkara yang menakjubkan! Adakah (kita
akan kembali hidup) sesudah kita mati dan menjadi tanah? Itu
adalah cara kembali yang jauh (dari kemungkinan, kerana jasad
yang telah hancur tidak dapat diketahui lagi).”

َ َ ْ ْ َ َ َّ ْ ِّ َ َ َ َ ْ ُ َ ْ ُ َّ َ ْ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ َ ْ ْ ْ ْ ُ َ َ ُ ‫َب َار َك ه‬
‫ َوتق َّب َل‬،‫ي‬ ِ ‫ل‬‫ق‬‫ث‬ ‫ال‬ ‫د‬َ ‫ي‬ ‫س‬ ‫َل‬ ‫ع‬ ‫ل‬ ‫ز‬ ِ ‫ن‬ ‫ا‬ ‫ا‬ ‫م‬ ‫ب‬
ََ ‫م‬ ‫اك‬ ‫ي‬‫ا‬ ‫و‬
َ ‫ي‬ ‫ن‬ َ ‫ع‬ ‫ف‬ ‫ن‬‫و‬ ،‫ي‬ ِ ‫ي‬ ‫ح‬ ‫و‬ ‫ال‬ ‫ف‬ َ ‫م‬ ‫ك‬ ‫ل‬‫و‬ ‫َل‬ ‫َي‬ ‫اّلِل‬
َ‫اّلِل ْال َعظيم‬ َ ‫ َو َا ْس َت ْغف ُر ه‬،‫ي‬ ْ ْ ‫لن ْال َحن‬ ْ ْ ُ ُ َ ْ َ َّ ْ َ َ َ ُ َ َ َ ْ ُ ْ َ ِّْ
َ
ْ
َ
ْ َ ََِْ ‫ أقول َم ْن ق ْ َ ي‬،‫َم ين َو َ ُمنك َم طاعته َلسعاد َة الد ْاري ِن‬
،‫ي‬ َْ ْ ‫ اْل ْح َٰٓياء من ُه ْم َوال َم ِّيت‬،‫ي‬ َْ ْ ‫ي َوال ُمؤمن‬ َْ ْ ‫ َول َسائر ال ُم ْسلم‬،‫ي‬ َْ ْ ‫َل َولك ْم ا ْج َمع‬
َ َ َ َ َ َ ََ ِ َ َ َ ‫ََي‬
َ ْ
ْ ‫اح َم‬ َّ ْ ُ َ ْ َ َ ْ َ َ ْ ْ َ ْ ُ ْ َ ْ َ َ ُ ُ ْ َ ْ
.‫ي‬ َ ‫ وأنت ارحم الر‬،‫فاستغ َفروه يا فوز المستغ َف ِرين‬

8|Mukasurat
٢٠٢٢ ‫خطبة بولن مچ‬
‫‪Khutbah Kedua Bulan Mac‬‬
‫‪2022M/ 1443H‬‬
‫َ‬ ‫َ ُّ ْ ُ َ َ َ َ‬ ‫َل ا ََٰٓلئه َوإ ْح َ‬ ‫َ ْ ُ ه ََ‬
‫يقه َو ْام َتن َانه‪،‬‬ ‫وف‬ ‫ت‬ ‫َل‬ ‫ع‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫ر‬‫ك‬ ‫الش‬ ‫و‬ ‫‪،‬‬ ‫ه‬ ‫ان‬‫س‬ ‫ى‬ ‫ّلِل ع‬
‫الحمد َ َ َ‬
‫َ َ َّ ه َُ َ ْ َ َ َ ََ ْ َ َ َ ْ ْ ً َ ََ ْ‬ ‫ََ ْ َ ُ ْ‬
‫ْسيك له تع َظيما َلشأ َنه‪،‬‬ ‫ِ‬ ‫ال‬ ‫ه‬ ‫د‬ ‫ح‬ ‫و‬ ‫اّلِل‬ ‫إال‬ ‫ه‬ ‫ل‬ ‫إ‬‫َ‬ ‫آل‬ ‫ن‬ ‫وأشهد أ‬
‫َ َ ْ َ ُ َّ ُ َ َّ ً َ ْ ُ َ َ ُ ْ َ ً َ ْ‬
‫ُ‬
‫وانه‪.‬‬‫وأشهد أن محمدا عبده ورسوله د َاعيا إَل ِرض َ‬
‫َ َ َ َ ْ َ َ َْ‬ ‫ْ‬ ‫ََ‬ ‫َ َ‬ ‫ه ََ‬ ‫َص هَل ه ُ‬
‫اّلِل َو َسل َم عَل َس ِّي َدنا ُمح َّم ٍد َوعَل َآله َو َصح َبه‪ ،‬عدد خل َقه و ِرضا نف َسه‪،‬‬
‫َ َ‬
‫ومد َاد ك َل َم َاته‪.‬‬ ‫ه‬ ‫ش‬ ‫ر‬ ‫َوزَن َة َع ْ‬
‫َ‬
‫َ َّ ِ َ ْ ُ َ َ َ َ َ ه َّ ُ ْ ه َ َ َ َ ى َ َّ ُ ْ َ َّ ُ َ‬
‫اّلِل‪َ ،‬اتقوا اّلِل تعاَل ربكم حق تق َاته‪،‬‬ ‫أما بعد‪ ،‬فيا َعباد َ‬
‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬
‫اعل ُم ْوا أن ه َ‬ ‫َ‬ ‫َّ ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ َ‬ ‫ْ ُ‬
‫اّلِل ‪ ‬أ َم َركم َبأ ْم ٍر بدأ َف ْي َه‬ ‫َواع َمل ْوا َبطاع َته َو َم ْرض َاته‪ ،‬ثم‬
‫ال ‪َ -‬ع َل ْي ًما َح َك ْي ًما‪:‬‬ ‫ب َن ْفسه؛ َف َق َ‬
‫َ َ‬
‫يما ‪٥٦‬‬ ‫ٱّلل ومل َٰٓ ئ َكت ُهۥ يُص ُّلون لَع ٱنلذب ي َٰٓ أ ُّيها ذٱَّلِين ءام ُنوا ْ ص ُّلوا ْ عل تيهِ وسل ِ ُموا ْ ت تسل ِ ً‬
‫َ‬ ‫ذ ذ‬
‫إِن‬
‫ِ ِه‬
‫[األحزاب‪]56 :‬‬

‫الم َن ْ ِي‪،‬‬
‫الِّساج ُ‬ ‫الن َذ ْير‪َ ،‬و ِّ َ‬ ‫َ ْ َّ‬
‫ي‬ ‫ش‬ ‫الب‬ ‫‪،‬‬ ‫د‬ ‫الل ُه ّم َص ِّل َو َس هل َم َع ََل َع ْبد َك َو َر ُس ْول َك ُم َح َّ‬
‫م‬
‫ه‬
‫ِْ‬ ‫ِ‬ ‫َ ِ‬ ‫ٍ‬ ‫َ َ‬ ‫َ‬
‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َّ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫َ َ َ‬ ‫َ ْ َ ه ُ َّ َ ْ‬
‫ان إَل‬ ‫وارض اللهم عن َآله وصحاب َته أجم َعي‪ ،‬وع ِن الت َاب َع َي‪ ،‬ومن ت َبعهم َبإحس ٍ‬
‫ي‪.‬‬ ‫الراحم ْ َْ‬ ‫الد ْين‪َ ،‬و َع َّنا َم َع ُه ْم ب َع ْفو َك َو َك َرم َك َوإ ْح َسان َك َيا أ ْر َح َم َّ‬ ‫ِّ‬
‫م‬ ‫و‬ ‫َي ْ‬
‫َ َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ‬ ‫َ ِ‬ ‫ِ‬ ‫َ‬
‫اْل ْح َياء م ْن ُهمْ‬ ‫َْ‬ ‫َ ْ ُ ْ ْ َْ َ ْ ُ ْ َ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ُ‬ ‫ه ُ َّ ْ ْ ْ ُ ْ ْ َْ َ ْ‬
‫َ َ‬ ‫ات‬
‫ات والمؤ َم َني والمؤ َمن َ‬ ‫الل َهم اغ َفر َللمس َل َمي والمس َلم َ‬
‫ات‪،‬‬ ‫َو ْاْل ْم َ‬
‫و‬
‫َ‬
‫ه ُ َّ َّ ْ َ ْ َ َ َ َ ْ ْ َ ْ َ ْ َ َّ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َ َ َ َ ُ َ َ ُ ُ ْ َ‬
‫آمنا يف أوط َاننا‪ ،‬وأص َلح واحفظ أ َئمتنا وعلماءنا ووزراءنا ووالة أمو ِرنا‪.‬‬ ‫اللهم َ‬
‫ه ُ َّ ْ َ ْ ُ ْ ُ َ ً ُ َ ْ َ‬ ‫َ َ َ ْ ُ ََ ْ َ َ‬ ‫ُّ‬ ‫ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ‬ ‫ه ُ َّ َ ِّ ْ ُ‬
‫ْسيع َتك‪ ،‬اللهم اجعلهم هداة مهت َدين‬ ‫اللهم وفقهم لما فيه عز دينك ونْص‬
‫َ ََ ْ‬ ‫َ‬ ‫ْ َْ ُ ْ َ ْ َْ َ َ َ ْ َ َ َ هَ ُ َّ َ َ َ ِ َ َ ْ ْ َ َ َ‬ ‫َ‬
‫اح َب الجاللة‪،‬‬ ‫ص َال َحي مص َل َحي واشم َل اللهم َب َعناي َتك وتو َفي َقك عَل ص َ‬
‫‪Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan‬‬
‫‪Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni‬‬

‫‪9|Mukasurat‬‬
‫خطبة بولن مچ ‪٢٠٢٢‬‬
Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong,
Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-
Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj;
ْ َ َ َ َ َ ‫َ َى‬
،‫اح َب الفخامة‬
َ ‫وکذ َلك ص‬
Tuan Yang Terutama, Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi Bin Haji Abdul
Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang.
ِّ َ َ ِّ َ َ َ ِّ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َ َّ َ ْ َ ْ َّ ُ ‫ه‬
َ‫الزَنا َو ْال َزََلز َل َو ْالم َح َن َو ُس ْوء‬
َ ِ ‫ والربا و‬،‫اللهم ادفع عنا البَلء والوباء والغَلء والرياء‬
‫ي‬ ُ ‫ َو َع ْن َسائر بَلد‬،‫اص ًة‬
َْ ْ ‫الم ْسلم‬ َ َّ ‫ي َما َظ َه َر م ْن َها َو َما َب َط َن َع ْن َب َلد َنا َه َذا َخ‬ ْ َ
ََ َ َ َِ َ
َ
َ ًِ ‫الف‬ َ
.‫ي‬َ ْ ‫َعامة يا رب العال َم‬
ْ ‫ى‬ َّ َ َ َّ
َ َ َ َ َ ِّ َ ‫والج َذام َوم ْن‬ ُ ُ ُ َ َ َ ‫الل ُه َّم إ ِّنا َن ُع ُو ُذ ب َك م َن ْال‬ ‫ه‬
‫ يا أ ْرح َم‬،‫س َء اْل ْسق َام‬ ‫ي‬ َ َ ‫ون‬
َ ‫ن‬ ‫الج‬ ‫و‬ ‫ص‬ِ ‫ي‬ َ َ َ
َ ْ
.‫اح َمي‬ َّ
َ ‫الر‬
Ya Allah! Dengan sifat-Mu yang Maha Pemurah dan Maha
Mendengar, jadikanlah kami dan keturunan kami orang-orang yang
istiqamah mendirikan solat secara berjemaah serta mengeluarkan
zakat dan melaksanakan waqaf.
Ya Allah! Berilah petunjuk-Mu kepada kami, pemuda-pemuda
kami, pemimpin-pemimpin kami untuk memberikan khidmat bakti
yang terbaik kepada agama, bangsa dan negara.
Ya Allah! Kau hindarilah kami daripada perbuatan-perbuatan
khianat dan durjana yang merosakkan kepentingan agama,
masyarakat dan negara.

‫ت‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ُ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ‫ت‬ ُ ‫ذ ذ ت‬


َٰ ‫َب وين‬
ِ‫َه ع ِن ٱلفحشاء‬ ‫ت‬
َٰ ‫س ِن ِإَويتا ِٕي ذِي ٱلقر‬ َٰ ‫ٱۡلح‬ ‫و‬ ‫ل‬ ‫د‬ ‫ع‬ ‫ٱل‬ ‫ب‬ ُ
‫ر‬ ‫م‬ ‫أ‬ ‫ي‬ ‫ٱّلل‬ ‫ن‬ ‫إ‬
‫َ َ ه‬
ِ ِ ِ ِ ! ‫اّلِل‬ ‫َعباد‬
ُ ‫ُ ُ ت ذ ُ ت ذ‬ ‫ت ت‬ ُ ‫ت‬
٩٠ ‫غ يعِظكم لعلكم تذكرون‬ ِ ‫َوٱلمنك ِر وٱۡل‬
ُْ َ َ َ ُ ُ ْ ُ ُ ْ َ َ َ‫ه‬ ُ ْ
،‫ َواشك ُروه عَل َن َع َم َه ي ِزدك ْم‬،‫اّلِل الج َل ْيل يذك ْرك ْم‬ ‫فاذك ُروا‬
ُ ‫ب ُۗ و ذ‬ ‫ت‬ ‫ت ذ‬
٤٥ ‫ٱّلل ي تعل ُم ما ت تصن ُعون‬ ُ ‫ك‬ ‫وَّلِك ُر ٱّللِ أ‬

10 | M u k a s u r a t
٢٠٢٢ ‫خطبة بولن مچ‬

You might also like