Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

BAB 5 : DASAR-DASAR KERAJAAN

PENGENALAN

Dasar ekonomi merujuk kepada usaha untuk mengubah masyarakat dan negara daripada keadaan
mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada kebendaan mahupun bukan
kebendaan.

Pembentukan dasar-dasar ini bukan sahaja bermotifkan perpaduan rakyat malah mencakupi semua
aspek kehidupan dan kemanusiaan dalam negara. Dasar-dasar ini dibentuk dengan mengambil kira
setiap peringkat umur, kaum, taraf sosial dan agama agar lahirkan sikap bertolak ansur,
berperikemanusiaan, bertanggung jawab dan nilai-nilai murni yang lain dalam kehidupan kita.

Definisi dan Kepentingan Dasar

Dasar atau kadang kala disebut polisi ialah suatu garis panduan pentadbiran atau pegangan
mengenai sesuatu idea atau gagasan yang tersusun rapi. Garis panduan pentadbiran ini merangkumi
segala arahan, peraturan dan pedoman sebagai landasan dalam melaksanakan cita-cita yang
terkandung di dalamnya demi mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang
gemilang dan maju.

LATAR BELAKANG DASAR-DASAR KERAJAAN

Pembangunan negara merangkumi beberapa bidang seperti ekonomi, sosial dan politik. Dalam
konteks masyarakat berbilang kaum, kerajaan telah menggubal pelbagai dasar pembangunan yang
bertujuan untuk mencapai perpaduan negara bagi mengatasi masalah ketidakseimbangan ekonomi
yang timbul akibat daripada dasar penjajahan British.

Dasar-Dasar Sebelum Merdeka

Penjajahan Inggeris di negara kita telah meninggalkan pelbagai kesan dan pengaruh yang besar
khususnya terhadap perkembangan ekonomi, pentadbiran, pendidikan dan hubungan kaum. Dari
perspektif ekonomi, pada dasarnya pihak Inggeris telah memperkenalkan dan mengembangkan
sistem ekonomi yang liberal dan menjalankan Dasar Pecah dan Perintah. Bagi mencapai matlamat
penjajahan, segala dasar dan rancangan ekonomi bertumpu kepada usaha-usaha mengeksploitasi
sumber-sumber galian dan pengeluaran bahan-bahan mentah pertanian bagi memenuhi permintaan
yang tinggi di England dan negara-negara Eropah berikutan dengan perkembangan Revolusi Industri.

Dasar ekonomi ekstraktif yang diamalkan oleh penjajah Inggeris menyebabkan mereka memberi
keutamaan kepada perlombongan hasil-hasil galian terutama bijih timah dan pembukaan ladang-
ladang getah seperti yang berlaku secara besar-besaran di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Bagi
mencapai matlamat dasar ekonomi ekstraktif ini, pihak Inggeris memberi galakan dan perhatian
terhadap kemasukan modal, institusi, teknologi dan kepakaran dari Eropah di samping membawa
masuk buruh-buruh Cina dan India secara besar-besaran di negara ini.

1
Perkembangan dan kegiatan-kegiatan ekonomi hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai
sumber-sumber kekayaan dan yang boleh mendatangkan hasil yang banyak terutama sekali di
sebelah barat Semenanjung. Ekonomi moden pesat di Pantai Barat Semenanjung seperti di ladang-
ladang, lombong-lombong dan dalam bidang perdagangan, sebaliknya ekonomi secukup hidup
tradisional terdapat di kawasan luar bandar khususnya di Pantai Timur yang kurang maju. 

Dasar-Dasar Selepas Merdeka

Selepas merdeka, kerajaan telah memulakan usaha untuk merancang dan melaksanakan
pembangunan negara dengan lebih tersusun. Usaha ini dilakukan untuk mengatasi berbagai-bagai
masalah sosioekonomi dan politik yang timbul ekoran kesan peninggalan dasar-dasar pembangunan
yang diamalkan oleh pihak penjajah. Tanggung jawab utama kerajaan ialah untuk membangunkan
negara agar hasilnya boleh dinikmati oleh seluruh lapisan masyarakat tidak kira keturunan atau
kaum tertentu.

Rancangan-rancangan pembangunan lima tahun telah menjadi strategi utama pembangunan negara
untuk dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Program pembangunan ini dibuat bagi
memastikan seluruh rakyat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran yang menjadi matlamat dan
hasrat negara merdeka. Rancangan tersebut adalah seperti berikut:

1.     1956-1960  Rancangan Malaya Pertama.


2.     1961-1965  Rancangan Malaya Kedua.
3.     1966-1970  Rancangan Malaysia Pertama.
4.     1971-1975  Rancangan Malaysia Kedua.
5.     1976-1980  Rancangan Malaysia Ketiga.
6.     1980-1985  Rancangan Malaysia Keempat.
7.     1986-1990  Rancangan Malaysia Kelima.
8.     1991-1995  Rancangan Malaysia Keenam.
9.     1996-2000  Rancangan Malaysia Ketujuh.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Dasar Ekonomi Baru adalah satu formula yang dirancangkan oleh kerajaan untuk tempoh dua puluh
tahun bermula pada tahun 1971 dalam Rancangan Malaysia Kedua sehingga tahun 1990 dalam
Rancangan Malaysia Kelima. Dasar ini adalah sebagai kesinambungan rancangan-rancangan
pembangunan yang lalu. Ia dibentuk untuk membetulkan ketidakseimbangan sosioekonomi yang
wujud antara kaum, wilayah dan kawasan di Malaysia. Pelan induk untuk dasar ini dikenali sebagai
Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP 1) 1971-1990. DEB dilaksanakan melalui strategi serampang
dua mata iaitu :-
i. Mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambahkan pendapatan dan
memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira keturunan dan
kaum.

2
ii. Mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia bagi membaiki
ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Usaha ini diharap dapat mengurang dan
seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

DEB bertujuan untuk mewujudkan satu susunan sosioekonomi yang adil bagi rakyat Malaysia
mencapai perpaduan negara. Dalam tempoh tersebut, kerajaan berharap dapat mengurangkan
ketidakseimbangan antara kaum Melayu dan Bumiputera dengan kaum bukan Bumiputera dalam
semua bidang. Bancian pada tahun 1970 menunjukkan bahawa sebanyak 49.3 peratus daripada
semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan.
Sejumlah 86 peratus daripada keluarga miskin tersebut berada di kawasan luar bandar, sementara
14 peratus lagi di kawasan bandar. Kebanyakan penduduk dari luar bandar terdiri daripada orang
Melayu. Mereka lebih bertumpu dalam sektor ekonomi yang paling mundur misalnya sebagai
penanam padi, pekebun kecil getah dan kelapa serta nelayan.

Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan merangkumi:

i. Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum
dan ini boleh mengurangkan kadar pengangguran.
ii. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan dan antara
wilayah.
iii. Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan kepada
semua golongan miskin di luar bandar mahupun di bandar melalui peluang-peluang
kemahiran, tanah, modal dan lain-lain.
iv. Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah produktivitinya ke sektor yang lebih
lumayan.
v. Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
infrastruktur dan lain-lain.
vi. Mewujudkan suasana pekerjaan yang menggambarkan komposisi kaum.
vii. Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan perdagangan Bumiputera.
viii. Memodenkan kehidupan di luar bandar.

Penyusunan semula masyarakat menjadi matlamat penting ekoran wujud ketidakseimbangan


pembahagian tempat tinggal, pekerjaan, pendapatan, pendidikan, kemudahan sosial, kesihatan,
pengangkutan, perhubungan dan pemilikan harta benda serta mutu dan taraf kehidupan pelbagai
kaum. Oleh itu, DEB menetapkan beberapa program di dalam beberapa sektor ekonomi seperti
perdagangan, perindustrian, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan, perumahan dan
pelajaran.

Adalah diharapkan menjelang tahun 1990, pemilikan saham dan ekonomi negara akan
melambangkan komposisi kepentingan kaum dengan kadar 40:30:30 iaitu penyertaan Bumiputera
sebanyak 30 peratus, bukan Bumiputera 40 peratus, manakala pelabur luar negara pula sebanyak 30
peratus. Antara strategi pentingnya ialah :-

3
i. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian dalam kalangan orang
Melayu dan golongan Bumiputera agar mereka mampu memiliki 30 peratus ekonomi
menjelang tahun 1990.
ii. Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank
Pembangunan dan Amanah Saham Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera
dalam bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah, agensi-agensi yang
ditubuhkan ialah seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.
iii. Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya supaya kedudukan tenaga buruh
menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990.
iv. Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui kegiatan-
Kegiatan pembangunan dan pemodenan kawasan luar bandar.
v. Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan modal pada stok syarikat dan
dalam pertumbuhan ekonomi.

Selama dua dekad, strategi pembangunan yang terdapat di dalam DEB cuba memberikan faedah
kepada rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat. Matlamat dasar ini untuk mencapai perpaduan
negara berdasarkan program pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didapati
hampir berjaya. Ekonomi negara telah mengalami perubahan pesat dan menghasilkan kedudukan
yang lebih seimbang antara sektor pertanian, perkhidmatan dan perindustrian. Manakala dari segi
kemajuan ekonomi pula, rakyat telah memperoleh kemajuan sosioekonomi dengan menikmati taraf
hidup yang lebih tinggi dan pengagihan pendapatan yang lebih baik.

DASAR PELAJARAN KEBANGSAAN (DPK)

Dasar Pelajaran Kebangsaan (DPK) yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961 adalah berasaskan
kepada Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib. Matlamat utama dasar ini ialah untuk mencapai
perpaduan negara yang merangkumi aspek-aspek sosioekonomi dan politik.

Pada zaman British tidak ada satu dasar pelajaran yang sejajar dengan tujuan dan matlamat yang
tetap, sekolah-sekolah berbilang bahasa dapat berkembang mengikut kehendak-kehendak
kumpulan etnik. Akibatnya wujud lima jenis sistem persekolahan yang sama sekali terasing antara
satu dengan yang lain iaitu sekolah Melayu, sekolah Inggeris, sekolah Cina, sekolah Tamil di samping
sekolah agama. 

Selepas merdeka, kerajaan memberikan perhatian utama terhadap bidang pendidikan dalam
membangunkan negara. Antara tujuan program pendidikan adalah untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan.

Sebelum Laporan Razak 1956 disyorkan terdapat beberapa laporan atau penyata utama yang
mengemukakan syor ke arah satu Sistem Pelajaran Kebangsaan.
 

4
Penyata Barnes 1950

Berdasarkan laporan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh L.J. Barnes, beberapa cadangan telah
dikemukakan iaitu :-

i. Penubuhan satu corak sekolah rendah - Sekolah Kebangsaan dibuka kepada murid daripada
semua bangsa dan diajar oleh guru-guru pelbagai bangsa dan keturunan.
ii. Memansuhkan sekolah rendah vernakular yang berbeza-beza mengikut kaum.
iii. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama manakala bahasa Inggeris sebagai
bahasa kedua. Tempoh persekolahan juga diseragamkan iaitu selama enam tahun.
Persekolahan percuma diberikan kepada semua murid.

Penyata Fenn-Wu 1951

Sehubungan dengan itu, dua orang pakar bahasa dan kebudayaan Cina, Dr. William Fenn iaitu ahli
akademik dari China dan Dr. Wu Teh Yao, seorang pegawai dari Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
telah diminta untuk mengkaji sistem dan pelaksanaan sekolah Cina. Penyata Fenn-Wu telah
mengemukakan cadangan pada asasnya:-

i. Menyokong konsep penggunaan tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa
Inggeris dijadikan bahasa pengantar dan persediaan buku-buku teks.
ii. Menyokong pembentukan sistem pendidikan kebangsaan, sekolah Cina diteruskan secara
berasingan dan haruslah berorientasikan Tanah Melayu.

Penyata ini kemudian dikaji dengan lebih mendalam dan akhirnya meluluskan Ordinan Pelajaran
1952 dengan menyediakan dua jenis sekolah kebangsaan, satu menggunakan bahasa pengantar
Melayu manakala satu lagi menggunakan bahasa pengantar Inggeris. Manakala sekolah Cina dan
Tamil tidak termasuk dalam Sistem Pelajaran Kebangsaan. Namun, ordinan ini tidak dapat
dilaksanakan berikutan kemelesetan ekonomi yang melanda negara ketika itu.

Penyata Razak 1956

Berikutan dengan kemenangan dalam pilihan raya tahun 1955, satu jawatankuasa telah dibentuk
oleh Kerajaan Perikatan yang dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Tujuan jawatankuasa ini
dibentuk ialah untuk mengkaji dan menilai sistem pendidikan yang sedia ada dan mengemukakan
syor-syor yang sesuai bagi mewujudkan satu dasar pelajaran yang boleh diterima oleh semua pihak.
Penyata Razak mencadangkan dua perkara utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan
iaitu :-

i. Setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran.


ii. Mewujudkan satu sistem pendidikan bagi membentuk masyarakat yang bersatu padu.

Penyata ini mengutamakan unsur-unsur dan nilai-nilai perpaduan negara sebagai satu matlamat
yang perlu dicapai untuk menjamin kesejahteraan dan kepentingan masyarakat majmuk di negara
ini. Penyata Razak telah menyatakan:

5
“Jelas bahawa Penyata Razak menandakan bermulanya usaha-usaha untuk menyatukan sistem
pendidikan di negara kita. Laporan ini juga telah mengesyorkan agar bahasa Melayu dijadikan
sebagai Bahasa Kebangsaan. Ini merupakan satu usaha yang baik untuk menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum dan juga membentuk identiti kebangsaan. Cadangan yang dikemukakan
oleh Penyata Razak diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957. Ordinan Pelajaran ini
mewajibkan kurikulum sekolah yang sama kandungannya dan bercorak kebangsaan”.

Pada tahun 1959, satu Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan untuk mengkaji semula
pelaksanaan sistem pelajaran yang dicadangkan oleh Laporan Razak. Ini memandangkan timbul
bantahan dan rasa tidak puas hati rakyat berbilang kaum di Tanah Melayu. Contohnya, dalam
kalangan guru sekolah Melayu yang tidak puas hati kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan
Bahasa Kebangsaan. Selain itu, Persatuan Guru-guru Sekolah Cina berpendapat bahawa sebahagian
daripada Penyata Razak mengabaikan kepentingan pendidikan, bahasa dan kebudayaan Cina. Abdul
Rahman Talib yang menjadi Menteri Pelajaran ketika itu telah mengetuai jawatankuasa yang
kemudiannya telah menghasilkan satu laporan yang dikenali sebagai Penyata Rahman Talib. 

Penyata Rahman Talib (1960)

Penyata Rahman Talib mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu :-

i. Pelaksanaan pelajaran rendah percuma selama sembilan tahun.


ii. Kenaikan darjah secara automatik dari darjah satu hingga tingkatan tiga.
iii. Peperiksaan penilaian sekolah rendah.
iv. Peluasan pelajaran teknik dan vokasional.
v. Pengalihan bahasa pengantar.

Secara umumnya, Penyata Razak dan Penyata Rahman Talib menitikberatkan aspek-aspek yang
berkaitan dengan perpaduan negara dan penghasilan tenaga rakyat. Oleh kerana masyarakat
Malaysia merupakan masyarakat majmuk, maka konsep perpaduan dalam konteks negara ini perlu
difahami sebagai satu proses yang mengutamakan perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Perpaduan yang diwujudkan mestilah berupaya menangkis gejala-gejala seperti perkauman,
keturunan, agama, bahasa, perasaan kedaerahan dan sebagainya.

Berdasarkan kajian tersebut, beberapa perubahan telah dibuat bagi memperkemaskan lagi Sistem
Pendidikan Kebangsaan selaras dengan keperluan pembangunan negara. Beberapa strategi telah
diambil untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan, iaitu :-

i. Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.


ii. Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah.
iii. Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua.
iv. Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan.
v. Meningkatkan mutu pendidikan keseluruhannya dengan menyediakan pendidikan yang
menyeluruh, seimbang dan bersepadu.
vi. Mengadakan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun.

6
vii. Mendemokrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan
secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik dan
kawasan luar bandar.
viii. Memperkenalkan pendidikan rendah mengikut Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang
berasaskan 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira.
ix. Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional.
x. Mempelbagaikan kemudahan pendidikan pada peringkat universiti, terutamanya dalam
bidang sastera gunaan dan sains gunaan.
xi. Mempertingkatkan pendidikan kerohanian, moral dan disiplin.
xii. Menjadikan Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib
diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempurna bagi pembelajaran bahasa-
bahasa lain seperti bahasa Cina dan bahasa Tamil.
xiii. Menggalakkan kegiatan ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin seperti pasukan kadet
tentera, polis, pengakap dan bomba.

DPK juga dilaksanakan dengan mengadakan dan memperkembangkan tenaga pengajar yang terlatih
di samping mendirikan sekolah-sekolah selaras dengan pertambahan kanak-kanak. Strategi-strategi
yang dikemukakan adalah bermatlamat untuk meningkatkan mutu pelajaran secara
keseluruhannya. 

DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN (DKK)

Kerajaan telah menggubal satu Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) dengan mengambil kira latar
belakang sejarah dan kedudukan negara ini sebagai pusat tamadun serta pertemuan dan
perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai pusat pertemuan telah
menyebabkan berlakunya proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur
budaya. Tambahan pula, dengan kedudukannya yang strategik, menjadi tumpuan dan penyerapan
pelbagai unsur kebudayaan yang sesuai dengan kebudayaan asal rantau ini. Kebudayaan kebangsaan
hendaklah mempunyai tiga sifat berikut:-

i. Unsur-unsur kebudayaan mestilah dapat diterima oleh semua komuniti.


ii. Apa juga asal-usulnya mestilah menggambarkan ciri-ciri yang mudah dikenali sebagai
sebahagian dari keadaan tempatan.
iii. Tidak boleh membawa kesan yang buruk dalam apa juga cara terhadap nilai-nilai asas yang
menjadi pendukung kepada unsur-unsur lain.

Berdasarkan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971, tiga prinsip telah dijadikan asas ke
arah pembentukan kebudayaan kebangsaan dan sebagai satu proses yang berterusan. Prinsip-
prinsip itu ialah :-
           
i. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Budaya Melayu merupakan cara
hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada hampir 200 juta umat manusia
yang mendiami rantau ini sejak berabad lamanya. Jadi wajarlah kebudayaan rakyat rantau ini
dijadikan teras kepada kebudayan kebangsaan Malaysia.

7
ii. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Prinsip ini bertepatan
dengan suasana masyarakat berbilang kaum dan mewarisi pelbagai budaya. Kebudayaan
sebagai sesuatu yang dinamik sifatnya, sentiasa berubah dan diwarisi dari satu generasi ke
generasi berikutnya melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Oleh
itu, unsur-unsur budaya Cina, India dan Arab dan lain-lain yang sesuai diterima dalam
pembentukan kebudayaan kebangsaan. Kesesuaian ini bergantung sekiranya ia tidak
bercanggah dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan asas-asas moral dan
kerohanian sejagat, serta Islam sebagai agama rasmi negara.
iii. Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Penerimaan
unsur-unsur Islam adalah sesuai dengan perkembangan sejarah negara ini yang menerima
kedatangan Islam sejak 600 tahun yang lampau dan menjadi agama anutan sebahagian
besar umat di rantau ini. Justeru itu, adalah wajar nilai-nilai Islam dijadikan unsur penting
dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Pada asasnya, pembentukan kebudayaan kebangsaan mempunyai tiga objektif berikut:-

i. Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan.


ii. Mempupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang lahir dari kebudayaan
kebangsaan.
iii. Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang
seimbang dengan aspek pembangunan sosioekonomi.

Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:-

i. Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas


kebudayaan kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan,
pengembangan dan perhubungan budaya.
ii. Meningkat dan memperkukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing
dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai
jentera pembangunan yang berkesan.
iii. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan
nasionalisme.
iv. Memenuhi keperluan sosiobudaya.
v. Meninggikan taraf dan mutu kesenian.

Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan merupakan pihak yang berkuasa dalam hal ini
dan usaha mereka tidak akan berjaya tanpa kerjasama daripada badan-badan lain termasuk
kementerian-kementerian dan jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-
badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kesenian.

8
WAWASAN 2020

Pada 28 Februari 1991, Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad telah
membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Malaysia: The Way Forward” di Majlis pelancaran
Malaysian Business Council. Kertas kerja ini mengandungi satu rangka kerja mengenai matlamat
menjadikan Malaysia sebuah negara maju pada tahun 2020 - dikenali sebagai “Wawasan 2020”.
Sebenarnya Wawasan 2020 bukanlah merupakan sebuah dasar khas, sebagaimana dasar-dasar lain
yang dibincangkan sebelum ini. Ia merupakan suatu tindak balas kepada perkembangan ekonomi,
sosial dan politik yang berlaku pada peringkat nasional dan antarabangsa yang telah memberi
cabaran hebat kepada negara.

Wawasan 2020 menekankan sembilan bentuk cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia iaitu
:-

i. Membentuk sebuah negara bangsa yang bersatu padu serta menyanjung masa hadapan
yang dikongsi bersama. Bangsa itu mestilah sejahtera, terintegrasi wilayah-wilayah dan
kelompok etniknya, menikmati kehidupan bersama yang sepenuhnya berasaskan persamaan
hak dan keadilan, membentuk sebuah “Bangsa Malaysia” dengan rasa taat setia dan
pengabdian yang tidak berbelah bagi terhadap bangsa tersebut.
ii. Melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang bebas, teguh dan terbentuk jiwanya, yakin
dengan dirinya sendiri, bangga dengan keadaannya kini dan segala sesuatu yang telah
dicapainya dan cukup tangkas untuk menghadapi segala macam rintangan. Masyarakat
Malaysia itu mestilah mempunyai sifat-sifat mengejar kecemerlangan, benar-benar
menyedari segala kemungkinan dirinya, tidak terkongkong jiwanya dan dihormati pula oleh
bangsa lain.
iii. Membentuk dan memperkembangkan sebuah masyarakat demokratis yang matang, yang
mengamalkan sesuatu bentuk demokrasi Malaysia yang unggul, berasaskan muafakat dan
musyawarah dan boleh dicontohi oleh negara-negara membangun lain.
iv. Membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para
warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi
pekerti yang luhur.
v. Membentuk sebuah masyarakat yang matang, yang bersifat toleran dengan setiap warga
bangsa Malaysia tanpa mengira keturunan mahupun kepercayaannya, bebas mengamalkan
dan melaksanakan adat resam, kebudayaan serta kepercayaan agamanya masing-masing
tanpa merasa tersisih daripada bangsa tersebut.
vi. Membentuk sebuah masyarakat yang bersifat sains serta progresif, berdaya cipta dan
berpandangan jauh ke hari muka iaitu sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat
memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi penyumbang terhadap pembentukan
peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
vii. Membentuk sebuah masyarakat berbudi dan berbudaya penyayang, sebuah sistem sosial
yang lebih mementingkan masyarakat daripada diri sendiri dengan kebajikan rakyat tidak
diasaskan pada negara mahupun individu tetapi pada sistem kekeluargaan yang kukuh lagi
mantap.

9
viii. Menjamin terbentuknya sebuah masyarakat yang adil ekonominya. Masyarakat itu akan
menjamin pengagihan kekayaan negara secara adil lagi saksama dengan kemajuan
ekonominya dinikmati bersama oleh setiap rakyat. Masyarakat yang demikian tidak akan
terbentuk tanpa penentuan fungsi ekonomi berdasarkan kaum dan pemusatan kemunduran
ekonomi kepada kelompok-kelompok kaum yang tertentu.
ix. Membentuk sebuah masyarakat yang makmur dengan ekonomi yang mampu menghadapi
persaingan, bersifat dinamis, tangkas dan mempunyai daya ketahanan.

Cabaran-cabaran di atas telah membangkitkan beberapa isu utama yang harus dihadapi bagi
membolehkan Malaysia mencapai taraf negara maju. Isu-isu berkenaan termasuklah:-

i. Pembentukan Satu Negara Bangsa Malaysia.


Rakyat di negara ini tidak lagi diidentifikasikan melalui kaum, keturunan atau warna kulit.
Bagi membentuk satu negara bangsa Malaysia, beberapa istilah tertentu seperti perpaduan
kaum, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan toleransi perlu difahami dan diamalkan.

ii. Negara Perindustrian.


Mengubah corak ekonomi dari negara pertanian kepada perindustrian bagi mencapai status
sebagai negara maju. Ini bermakna, rakyat harus bersedia bukan sahaja dalam proses
perubahan dari kehidupan bertani kepada perindustrian tetapi juga perubahan dalam
teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan.

iii. Moral dan Etika.


Berlainan dengan konsep negara maju yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala
Malaysia berpegang kepada falsafah moral dan etika yang berasaskan kepercayaan agama.
Tanpa nilai-nilai ini, kesejahteraan dan keharmonian yang wujud tidak akan berkekalan
sebaliknya membawa keburukan.

iv. Keadilan Ekonomi dan Sosial.


Aspek ini merupakan penegasan semula ke atas isu-isu yang menjadi perhatian utama
seperti pembasmian kemiskinan dan keseimbangan sosioekonomi antara kaum, di antara
wilayah, di antara negeri dan di antara bandar dan luar bandar. Wawasan 2020 meminta
semua rakyat Malaysia tidak membuat tafsiran salah terhadap bantuan yang diberi kepada
sesuatu kaum tertentu. Sebaliknya ia merupakan usaha bagi membaiki ketidakseimbangan
yang wujud dalam masyarakat.

v. Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.


Hakikat bahawa keluarga adalah asas pembentukan masyarakat dan masyarakat menjadi
asas pembinaan negara tidak dinafikan. Ini bermaksud kekuatan dan kemajuan sesebuah
negara terletak pada keluarga dan masyarakat. Dengan itu, nilai dan cara hidup (seperti
masyarakat penyayang) perlulah dibentuk pada peringkat awal lagi iaitu melalui institusi
keluarga.

10
KESIMPULAN

Dasar-dasar kerajaan digubal dan dilaksanakan selaras dengan nilai-nilai sosioekonomi dan politik
negara pada satu-satu masa. Oleh kerana sifatnya yang dinamik, maka dasar-dasar kerajaan sentiasa
berubah-ubah mengikut nilai-nilai masyarakat dan pucuk pimpinan dari semasa ke semasa. Selepas
tercetusnya Tragedi 13 Mei, segala dasar yang digubal khususnya pada awal tahun 1970-an adalah
berteraskan DEB sebagai dasar induk yang bertujuan untuk mencapai perpaduan negara. Pada masa
kini, dasar-dasar kerajaan adalah berteraskan Wawasan 2020 sebagai memenuhi hasrat untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

DASAR LUAR NEGARA


         
PENGENALAN

Dasar Luar Malaysia yang berhubung kait dengan hal-ehwal serantau dan antarabangsa berfokus
untuk mewujud keamanan dan keharmonian. Keamanan dan keharmonian sesebuah negara boleh
dicapai melalui aktiviti kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial dan politik. Hubungan luar atau
hubungan antarabangsa merupakan satu kajian berkenaan hubungan atau interaksi yang melampaui
sempadan negara.

SEJARAH HUBUNGAN LUAR MALAYSIA

Hubungan Malaysia dengan negara luar telah berlaku sejak zaman prakemerdekaan, iaitu pada era
Kesultanan Melayu Melaka apabila Melaka telah mengamalkan dasar luar secara aktif dengan
negara India, Siam, China, Parsi, Arab, Jepun dan negara-negara di sekitar Kepulauan Melayu.
Kepelbagaian faktor geografi, sejarah, sosial dan politik menyumbang kepada pembentukan dan hala
tuju hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Dasar luar Malaysia semasa
pemerintahan Tunku Abdul Rahman (1957-1970) lebih bercorak proBarat dan anti-komunis. Ketika
di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak Hussein (1970-1975), dasar luar Malaysia menitikberatkan
pembangunan dan integrasi sosial dengan mengadakan lebih banyak hubungan diplomatik dengan
semua negara tanpa mengira ideologi politik. Semasa era pemerintahan Tun Dr. Mahathir Mohamad
(1981-2003), dasar luar negara lebih mementingkan hubungan ekonomi dan mengekalkan dasar-
dasar sebelumnya. Selepas tahun 2003, negara dipimpin oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai
Perdana Menteri. Malaysia menjalin hubungan dengan negara luar melalui dua pendekatan, iaitu
secara bilateral dan multilateral.

OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA

i. Menjaga, mempertahan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa.


ii. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia.
iii. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar
tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman negara lain.
iv. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan, dan sosial pada
peringkat antarabangsa.
v. Mempertahankan dan memajukan hak, kepentingan dan aspirasi Malaysia dalam semua bidang.

11
vi. Memupuk hubungan baik serta meningkatkan kerjasama dengan negara-negara lain.

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ASIA


TENGGARA (ASEAN)

Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara atau lebih popular dengan sebutan Association of


Southeast Asian Nations (ASEAN) merupakan sebuah organisasi geo-politik dan ekonomi dari negara-
negara di kawasan Asia Tenggara, yang didirikan di Bangkok, 8 Agustus 1967 melalui Deklarasi
Bangkok oleh Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura, dan Thailand. Organisasi ini bertujuan untuk
meningkatkan pertumbuhan ekonomi, kemajuan sosial dan pengembangan kebudayaan negara-
negara anggotanya serta memajukan perdamaian. Negara-negara anggota ASEAN mengadakan
rapat umum pada setiap bulan November.

Matlamat Penubuhan ASEAN :-

i. Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara. 


ii. Membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
iii. Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian,
perdagangan dan perindustrian.
iv. Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidik.
v. Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Peranan dan Sumbangan Malaysia Sebagai Anggota ASEAN :-

• Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.


• Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN).
• Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
• Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
• Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
• Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang
mengangkut bahan atau senjata nuklear.
• Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
• Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
• Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan

12
kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
• Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
• Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri
Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
• Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
• Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival
kebudayaan dan kesenian.
• Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
• Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
• Menganjurkan Sukan SEA.
• Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.

 KOMANWEL

Negara-Negara Komanwel merupakan satu persatuan secara sukarela yang melibatkan negara-


negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Mozambique (bekas
jajahan Portugis) danRwanda (bekas jajahan Belgium). Bukan semua ahlinya mengiktiraf Ratu British,
Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara
dikenali sebagai Kerajaan Komanwel atau "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahlinya
adalah republik dan sebahagian yang lain mempunyai raja tersendiri. Contohnya, Malaysia, Brunei
dan Tonga yang mempunyai Raja/Monarki yang sendiri. Namun demikian, semua ahlinya
menganggap Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel.

Peranan dan Sumbangan Malaysia dalam Komanwel

• Mendapat bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel dalam menyekat perjuangan


Parti Komunis Malaya.
• Membuat perjanjian pertahanan dengan Britain, Australia dan New Zealand yang menjanjikan
bantuan sekiranya Malaysia diserang oleh mana-mana pihak semasa konfrontasi.
• Mengadakan kerjasama pertahanan dengan negara Komanwel.
• Mesyuarat CHOGM memberi ruang untuk Malaysia membincangkan hal-hal kepentingan bersama.
• Menganjurkan mesyuarat CHOGM.
• Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi yang bersepakat mengawal dan mengatasi pencemaran.
• Berpeluang menyuarakan penentangan terhadap dasar Apartheid.
• Eksport Malaysia ke negara Komanwel dikenakan cukai yang rendah.
• Rancangan Colombo menyediakan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan.
• Berjaya menganjurkan Sukan Komanwel 1998. 

13
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang dibentuk


di San Francisco,California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II. Keahliannya terbuka
kepada semua negara di seluruh dunia. Matlamat-matlamat utamanya sebagaimana yang ditetapkan
dalam piagam PBB adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat, menegaskan hak
asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa serta
memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
PBB telah ditubuhkan semata-mata untuk menggantikan Liga Bangsa-bangsa yang telah dibubarkan
setelah gagal menghalang Perang Dunia II. Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco tetapi PBB
kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.

Matlamat Penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 

• Menjamin keamanan dan keselamatan dunia.


• Menggalakkan hubungan baik dalam kalangan negara anggota.
• Bekerjasama menyelesaikan masalah antarabangsa.
• Melindungi hak asasi manusia.
• Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara-negara anggota.

Peranan Malaysia Dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 

• Membantu menyelesaikan konflik antarabangsa.


• Menyertai pasukan pendamai PBB di Congo.
• Mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai
kemerdekaan.
• Menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran – Iraq .
• Menghantar pasukan pemerhati ke Kampuchea.
• Menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
• Menentang dasar Aparteid.
• Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua negara.
• Menjadi ahli Bank Dunia.
• Lantang memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
• Dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB.
• Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
• Sebagai wakil PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
• Mendesak PBB menyelesaikan isu Palestin.

14
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BERKECUALI (NAM)

Perbezaan dan persaingan ideologi antara blok Barat (diketuai Amerika Syarikat) dengan blok Timur
(diketuai bekas Soviet Union) mencetuskan perang dingin pada 1950-an. Negara-negara baharu
merdeka seperti di Afrika, Asia, Amerika Latin dan Karibia ingin mengelak daripada berpihak kepada
mana-mana blok. Negara-negara tersebut mengamalkan dasar berkecuali untuk mengekalkan
kemerdekaan dan kedaulatan politik masing-masing.

Mesyuarat Pertama NAM


• Diadakan di Belgrade pada September 1961.
• Melibatkan penyertaan 25 ahli, 11 daripadanya datang dari Asia dan Afrika, bersama-sama
Yugoslavia, Cuba dan Cyprus.
• Berhasrat untuk menentang kolonisme, imperialisme dan neokolonialisme.

Mesyuarat Kedua
• Diadakan di Kaherah pada 1964.
• Disertai oleh 46 negara dengan kebanyakan ahli baharu datang dari negara-negara Afrika yang
baharu merdeka.
• Membincangkan konflik Arab-Israel dan Perang India-Pakistan.

Mesyuarat Ketiga
• Diadakan di Lusaka.
• Perhimpunan yang paling penting dalam sejarah NAM.
• Menubuhkan organisasi untuk membantu hubungan ekonomi dan politik.
• Kenneth Kaunda, Presiden Zambia memainkan peranan yang penting dalam perhimpunan ini.

15
Pertubuhan Kerjasama Islam

Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC (‫;منظمة المؤتمر اإلسالمي‬ Organisation of Islamic Cooperation)


ialah satu pertubuhan antarabangsa dalam kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi
tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57
negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan
utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah
membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung, bersatu
tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat
Islam di seluruh dunia. Bahasa rasmi organisasi berkenaan ialah Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28
Jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab: ‫)منظمة المؤتمر اإلسالمي‬
kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.

Matlamat Penubuhan OIC 

• Mengeratkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan negara anggota khususnya dalam bidang
ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan.
• Memperkukuh kerjasama bagi memelihara kehormatan, kemerdekaan dan hak bangsa.
• Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang melibatkan negara-negara Islam.
• Menghapus sebarang penindasan dan penjajahan bagi mewujud keamanan sarwajagat.

Peranan Malaysia dalam OIC 

• Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama.
• Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq.
• Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air.
• Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003.
• Menganjurkan persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara Islam pada 2002.
• Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIAM).
• Mengesyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan.

Faedah yang Dinikmati Oleh Malaysia Sebagai Anggota OIC 

• Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat.
• Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
• Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam memperjuangkan hak dan
kebajikan negara Islam.
• Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang mengutamakan keamanan

16
dan kesejahteraan.

ISU-ISU DALAM HUBUNGAN ANTARABANGSA

1. Globalisasi
 bermaksud dunia tanpa sempadan yang wujud akibat kemajuan teknologi komunikasi dan
kemudahan perhubungan.
 Malaysia mahukan globalisasi yang adil, seimbang dan memberi manfaat kepada semua
warga dunia kerana globalisasi tidak sepatutnya menggugat kedaulatan sesebuah negara.
 Rakyat perlu memiliki daya saing yang tinggi, bersedia menghadapi dan menangani segala
bentuk globalisasi.

2. Masalah Keganasan
 Peristiwa serangan 11 September 2001 ke atas Amerika Syarikat (AS) telah meninggalkan
kesan mendalam kepada seluruh dunia. Malaysia tidak menafikan bahawa banyak
ketidakadilan berlaku tetapi ianya perlu ditangani dengan sempurna agar pihak yang tidak
bersalah menjadi mangsa.
 Contohnya, kerakusan AS dengan agendanya tersendiri terhadap Iraq telah
menyemarakkan lagi sentiment dunia Islam.

3. Pencerobohan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya ke atas Iraq


 Malaysia menentang pencerobohan AS berpandukan prinsip-prinsip undang-undang
antarabangsa dan Piagam PBB.
 Pencerobohan AS ke atas Iraq menyebabkan berlakunya perpecahan dalam masyarakat
antarabangsa.

4. Konflik di Asia Barat dan beberapa Negara


 OIC dilihat kurang Berjaya dalam memainkan peranannya apabila gagal menyelesaikan
masalah seperti kemelut Syria, Palestin dan Rohingya.

Konflik Huraian
Konflik Palestin - Israel  Konflik ini seperti tiada penghujung. Israel ialah negara yang tidak
diiktiraf dunia tetapi Palestin menjadi mangsa dalam percaturan
Israel menubuhkan negara sendiri. Campur tangan AS yang
menyebelahi Israel telah memburukkan lagi keadaan.

Konflik di Syria  Berlaku akibat perang saudara sehingga mengorbankan rakyat


yang tidak berdosa seperti kanak-kanak dan wanita.

Konflik di Afghanistan  Konflik yang berterusan antara pemerintah dengan kumpulan


Taliban.

Konflik Korea Selatan –  Masing-masing ingin menunjukkan kekuatan melancarkan peluru


Korea Utara berpandu.

Konflik Rohingya  Masyarakat Rohingya yang beragama Islam menjadi mangsa

17
kepada pembersihan etnik oleh kerajaan tentera Myanmar.
Mereka telah membunuh etnik Rohingya dan memusnahkan
tempat tinggal mereka. Etnik Rohingya telah menjadi pelarian
politik terutamaya ke Malaysia.

Konflik di Iraq  Konflik timbul akibat perbalahan antara sesama Islam yang
mempunyai mashab yang berbeza seperti antara puak Sunni
dengan Syiah.

Konflik Iran - Iraq  Konflik timbul disebabkan persengketaan antara puak atau etnik
yang berbeza iaitu antara Arab dengan Persi. Mereka saling
bersengketa bagi menunjukkan siapa yang lebih berkuasa.

KESIMPULAN

Sebagai rakyat Malaysia kita hendaklah mengambil tahu perkara-perkara yang berlaku di negara
sendiri.Hal ini kerana, sesuatu yang berlaku di sekeliling kita akan memberi kesan kepada kehidupan
seharian masyarakat Malaysia pada masa ini atau pada masa yang akan datang.

18

You might also like