Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

REKA BENTUK PENGAJARAN

PENGENALAN

Dalam merancang pengajaran dan pembelajaran berbagai elemen


dan aspek yang perlu difikirkan oleh pendidik dan mereka yang
terlibat dengan pengajaran. Harus diingat bahawa elemen yang
mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja wujud
di dalam kelas malahan terdapat juga di luar bilik darjah.
Memandangkan elemen yang perlu difikirkan terlalu banyak dan
meluas, pendidik perlu memikirkan satu reka yang terbaik untuk
membina dan merancang pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan dan bersesuaian.

Reka bentuk pengajaran merupakan mekanisma yang digunakan


oleh perancang bagi membina dan merancang dalam segala aspek
pengajaran dan pembelajaran. Tanggapan yang menyatakan reka
bentuk pengajaran hanya perlu difikirkan oleh pentadbiran
pendidikan sahaja adalah tidak tepat. Menurut Hunter (1987),
kandungan dan corak pembelajaran mestilah dengan kualiti
pengajaran dan pembelajaran yang baik. Seorangpendidik akan
merancang pengajaran dan pembelajaran sebelum memasuki bilik
darjah. Justeru itu, setiap pendidik seharusnya dapat menguasai
reka bentuk pengajaran bagi menjamin kualiti pembelajaran dan
pengajaran yang baik dan berkualiti.

REKA BENTUK PENGAJARAN

Richey (1986) mendefinisikan reka bentuk pengajaran sebagai


proses sains bagi membina spesifikasi pengajaran dengan
terperinci bagi menilai, mengembangkan dan menyenggara
sesuatu keadaan yang boleh memudahkan pembelajaran tanpa
mengira unit. Reka bentuk pengajaran seharusnya mencakupi
keseluruhan proses pengajaran iaitu mereka bentuk,membina dan
seterusnya menguruskan pembelajaran.

Seels dan Glasgow 1990 menyatakan reka bentuk pengajaran


boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu displin ilmu dan proses.
Sebagai displin ilmu, reka bentukpengajaranadalah berkaitan
dengan proses pengajaran, penyelidikan dan teori tertentu.Proses
rekabentuk pengajaran adalah pembangunan spesifikasi
pengajaran berdasarkan teori pengajaran dan
pembelajaran.Morrison et.al. (2001) menyatakan dalam mereka
bentuk pengajaran, perspektif utama yang perlu dilihat ialah gaya
pelajar bukan lagi perspektif isi kandungan atau pun daripada
pendekatan tradisonal. Menurut Mohd Arif (2004), pendekatan reka
bentuk akan memberi penekanan kepada pelbagai faktor yang
mepengaruhi hasil pembelajaran.

Faktor yang perlu dipertimbangkan ialah:


i. Menentukan pencapaian objektif
ii. Tahap kesediaan pelajar untuk membolehkan objektif tercapai
iii. Strategi pengajaran yang dapat menenuhi kehendak objektif dan
pelajar
iv. Media dan bahan yang sesuai dengan peringkat umur pelajar
v. Sokongan yang diperlukan untuk membentuk pembelajaran yang
sesuaidengan kehendak pengajaran
vi. Penyemak semula progam yang tidak mencapai kehendak
Gropper (1997) menyatakan proses reka bentuk pengajaran akan
dapat membaiki aspek berikut:
i. Pendekatan yang sistematik dapat memandu pengguna dalam
proses pengajaran dan pembelajaran
ii. Reka bentuk pengajaran dapat memantau dan mengawal fungsi
sistem pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik 
iii. Dapat menilai komponen dan urutan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. 

MODEL REKABENTUK PENGAJARAN


Model reka bentuk pengajaran bersistem ditakrifkan sebagai
kerangka kerja yang dapat membantu pengaturcara atau
pembangunan perisian dalam melaksanakan pembentukan
perisian. Secara umumnya, model yang digunakan dalam
membangunkan perisian berasal adalah daripada kejuruteraan
perisian. Dewasa ini, terdapat berbagai model diperkenalkan,
walaubagaimanapun secara umumnya proses yang dicadangkan
hampir sama.

Komponen penting yang terdapat dalam reka bentuk pengajaran


bersistem ialah merancang, mereka bentuk, melaksana dan
menilai. Di antara model reka bentuknpengajaran bersistem yang
terkenal ialah:
i.   Model ADDIE
ii.  Model ASSURE
iii. Model Hanaffin and Peck
iv. Model Robert Glasea
v.  Model Branson
vi. Model Resier and Dick
vii. Model Van Patten
viii. Model Gentry
ix.  Model Dick and Carey
x.   Model Air Terjun
xi.  Model Prototyping
xii.  Model Smith and Ragan
xiii. Model Jerold Kemp
xiv. Model Gerlach and Ely
xv.  Model Diamon

Model reka bentuk terbahagi kepada empat kategori iaitu:


i. Model berorentasikan bilik darjah
ii. Model orentasi produk
iii. Model orentasi sistem
iv. Model orentasi teknologi

Model berorentasi bilik darjah lebih memberi tumpuan kepada


keadaan pembelajaran dalam bilik darjah serta tertumpu kepada
elemen yang wujud dalam bilik darjah seperti guru,
pelajar,kurikulum dan kemudahan. Antara model-model reka bentuk
pengajaran berorentasikan bilik darjah ini ialah Model ASSURE
(1982), Model Gerlach and Ely(1980), Model Kemp (1985) dan
Model Hanafin and Peck.

Model reka bentuk pengajaran berfokuskan produk membuat


andaian bahawa bahan sesuatu produk pengajaran sentiasa
diperlukan, bahan yang dihasilkan tidak memerlukan proses
pengubahsuaian, produk yang dihasilkan boleh digunakan oleh
pelbagai pihak dan penekanan diberikan kepada percubaan. Antara
model reka bentuk produk ialah VaPatten (1989), Lesih, Pollock
dan Reigeluth (1990).

Model reka bentuk berasaskan sistem melibatkan pembangunan


bahan pengajaran besar bagi sesuatu kursus atau satu kurikulum.
Model ini lazimnya dibangunkan oleh satu pasukan yang besar.
Pembangunan perisian memerlukan sumber tenaga, bahan
sokongan, analisis, percubaan dan ujian yang banyak. Antara
model yang terdapat dalam kategori ini ialah Branson (1975),
Diamon (1989) dan Dick and Carey (1996).

Memandangkan semakin banyak corak pengajaran dan


pembelajaran berasaskan teknologi digunakan dalam dekad
ini, model reka bentuk berasaskan teknologimula mendapat
tumpuan. Model ini memberi tumpuan khas terhadap pembinaan
perisian berasaskan teknologi. Antara model reka bentuk
pengajaran dalam kumpulan ini ialah Model Air Terjun (1997) dan
Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

MODEL ADDIE

Rajah 4.1. Aliran kerja berdasarkan model ADDIE


Rossett (1987) telah memperkenalkan model reka bentuk bersistem
ADDIE, model ini diwakili oleh aliran kerja di bawah:
Analisis
Dalam langkah ini, pembangunan perisian perlu mengenal pasti
masalah yang dihadapi dan cara menyelesaikannya. Masalah boleh
dikenal pasti melalui temu bual, pemerhatian, tinjauan, soal-selidik
dan sebagainya. Setelah mengenal pasti masalah yang dihadapi,
pembangunan perisian perlu mencari punca atau faktor yang
menimbulkan masalah tersebut. Dalam fasa analisis ini juga, aspek
persekitaran pembelajaran, analisis terhadap pengguna dan objektif
pembelajaran dikenalpasti. Pembangunan perisian perlu membuat
penilaian terhadap perkara-perkara berikut:
 Analisa(Analysis)
 Reka Bentuk(Design)
 Pembangunan(Development
 Perlaksanaan(Implementation)
 Penilaian(Evaluation)

1. Matlamat perisian
2. Objektif perisian
3. Kumpulan sasaran
4. Kandungan perisian
5. Pendekatan pedagogi
6. Strategi penggunaan perisian

Kesemua analisis ini, dilakukan bagi memastikan reka bentuk


pengajaran bersistem yang dihasilkan menepati atau memenuhi
keperluan pengguna yang sebenarnya.

Reka Bentuk Perisian

Fasa reka bentuk ialah proses memindahkan maklumat daripada


fasa analisis kepada satu lakaran fizikal yang akan digunakan
semasa proses pembinaan. Kesemua maklumatkeperluan dalam
proses reka bentuk ini diambil dari fasa analisis permulaan. Dalam
mereka bentuk perisian multimedia, perkara-perkara berikut perlu
diberi perhatian:
i) Menentukan kandungan perisian berlandaskan kandungan yang
telah dirangka dalam fasa analisis.
ii) Menentukan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersesuaian
dengan objektif pembinaan perisian.
iii) Menentukan kaedah penyampaian maklumat mudah difahami
dan bersesuaian dengan pengguna.
iv) Menentukan reka bentuk paparan bersesuaian dengan teori
pembelajaran dan strategi pembelajaran yang telah dirancang.

Pembangunan Perisian
Pembangunan perisian melibatkan proses membangunkan atau
menghasilkan perisian dengan mengunakan aplikasi multimedia
dan alat pengarangan. Pembangunan perisian perlu dibangunkan
berdasarkan reka bentuk yang telah ditetapkan dalam fasa
rekabentuk. Proses membangun perisian ini melibatkan pakar-
pakar perisian dan memakan masa yang lama.
Perlaksanaan Perisian

Fasa ini digunakan oleh pembangun perisian untuk membangunkan


dan melaksanakan perisian multimedia. Kesemua elemen utama
yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah
digarapkan ke dalam perisian dengan bantuan alat pengarangan.
Proses kerja dalam fasa ini ialah
i) Membangunkan perisian
ii) Menilai perisian mengikut aspek-aspek yang ditetapkan
iii) Menguji kestabilan perisian
iv) Pengubahsuaian dan membaik pulih perisian bagi membaiki dan
meningkatkan
lagi kualiti perisian.

Fasa Penilaian

Fasa ini merujuk kepada proses pengujian dan penilaian perisian


yang dibangunkan bagi memastikan isi kandungan, grafik, audio,
video dan antara muka perisian bersesuaian.Fasa ini juga menguji
adakah objektif perisian tercapai ataupun tidak. Menurut Cozby,P.C
(2001), bagi menjamin satu sistem berjalan dengan lancar dan
mencapai objektif,penilaian harus dilakukan. Jenis penilaian yang
digunakan dalam menilai perisian ialah penilaian formatif dan
sumatif.

Model ASSURE

Model ASSURE diperkenalkan oleh Heinich et al pada tahun 1996.


Enam langkah dalam
model ini ialah:
A- Menganalisis Pengguna (Analyze Learners)
S- Menyatakan Objektif (State Objectives)
S- Memilih kaedah, media dan bahan (Select Methods, Media &
Materials)
U- Menggunakan media dan bahan (Utilize Media & Materials)
R- Memerlukan penglibatan pelajar (Require Learner Participation)
E- Melakukan penilaian dan pengubahsuaian (Evaluate & Revise)

Menganalisis Pengguna
Golongan sasaran pengguna perisian serta sifatnya perlu
dipastikan terlebih dahulu sebelum mereka bentuk perisian.
Pembangun perisian perlu memastikan kandungan perisian yang
dipersembahkan bersesuaian dengan golongan sasaran.
Pembangunperisian perlu melihat pengalaman lepas, kecekapan
pengguna, sikap pengguna dan cara interaksi pengguna sebelum
merancang reka bentuk perisian. Pembangun perisian juga perlu
membuat analisis media yang sesuai digunakan mengikut
pengguna. Contohnya animasi dalam bentuk kartun amat sesuai
digunakan bagi pelajar sekolah rendah.

Secara ringkas terdapat 3 perkara yang perlu difikirkan oleh


pembangun perisian:

i) Menganalisis ciri-ciri umum pengguna seperti jantina, umur, tahap


dan cara pembelajaran, taraf sosial dan bakat. Dengan mengetahui
ciri-ciri ini,pengguna perisian dapat menjadikanya sebagai asas
dalam pemilihan media dan bahan. Terdapat dua cara untuk
mendapat maklumat tentang ciri-ciri umum ini iaitu melalui
penelitian rekod dan interaksi. Interaksi membolehkan pembangun
perisian menganalisis sikap dan latar belakang mereka.

ii) Menganalisis pengetahuan pengguna terhadap isi kandungan


iaitu dari segi pengetahuan sedia ada, sikap dan kemahiran.
Maklumat ini diperolehi daripada ujian kemasukan dan juga
interaksi dengan pelajar. Guru tidak seharusnya mengandaikan
semua pelajar mepunyai pengetahuan sedia ada yang sama.
iii) Menganalisis stail pembelajaran yang perlu digunakan
bersesuaian dengan pengguna. Stail pembelajaran merujuk kepada
bagaimana cara seseorang itu berinteraksi dan bertindak balas
dengan persekitaran yang akan memberi kesan kepada pelajar
ketika mereka belajar. Salah satu instrumen yang digunakan ialah
gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1992).

Menyatakan objektif pembelajaran

Pembangun perisian perlu menetapkan terlebih dahulu objektif


pelajaran yang hendak di capai. Objektif ialah perubahan tingkah
laku yang akan dicapai setelah pengguna menggunakan perisian
ini. Menurut (Jamaludin et al 2001), objektif merupakan tahap
minima apa yang sepatutnya dipelajari oleh pelajar hasil daripada
proses pengajaran dan pembelajaran. Objektif perlu dinyatakan
secara jelas, bagi memastikan aplikasi perisian yang dibina
mempunyai hala tuju yang jelas. Dalam membina objektif
pembelajaran pembangun perisian akan merujuk kepada sumber-
sumber berikut:
i) Dokumen seperti sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku
teks atau ulasan pakar.
ii) Harapan pembangunan perisian terhadap perubahan tingkah
laku pengguna yang ingin dicapai hasil daripada proses
menggunakan perisian pembelajaran.

Pemilihan kaedah, media dan bahan

Dalam langkah ini pembangun perisian harus memastikan


kandungan yang dirancang bersesuaian dengan pengguna, objektif
dan kurikulum. Bagi perisian pengajaran di peringkat sekolah,
pembangun perisian seharusnya merujuk kepada dokumen seperti
sukatan pelajaran, ringkasan kurikulum, buku teks atau lain-lain
dokumen sebagai panduan, supaya perisian yang dibina tidak
tersasar. Pembangun perisian seharusnya merancang bahan serta
kaedah penyampaian yang sesuai. Pemilihan kaedah serta bahan
yang bersesuaian dengan pengguna penting bagi mencapai objektif
pembelajaran dan menanam minat pengguna. Selain daripada itu,
faktor kebolehan pengguna, sumber yang sesuai dan kemudahan
yang ada perlu diambil kira.

i. Memilih kaedah
Kaedah dalam konteks ini bermaksud cara yang digunakan untuk
mempersembahkan maklumat. Pembangun perisian perlu memilih
kaedah yang sesuai dalam membentuk corak pengajaran perisian
multimedia. Disebabkan terdapat pelbagai peringkat dalam
pengajaran, pembangun perisian perlu memilih kaedah yang
bersesuaian dengan peringkat pengajaran. Untuk memilih kaedah,
pembangun perisian perlu mengkaji perkara-perkara seperti
objektif, kandungan pelajaran dan kumpulan sasaran.

ii. Memilih media


Media adalah perantara. Media merujuk kepada apa sahaja bahan
yang menjadi perantaraan antara penyampai dan penerima. Contoh
media ialah filem, surat khabar, radio dan televisyen. Dalam
memilih media, terdapat dua jenis bentuk media yang perlu
difikirkan iaitu:
a) Media sedia ada
Media sedia ada bermaksud media yang telah terbina dan hanya
perlu dimanipulasikan sahaja.
b) Media dibina
Media yang perlu dibina oleh pembangun perisian. Media yang
dipilih perlulah:
a) Sesuai dan sepadan dengan kurikulum
b) Menggunakan perkataan sesuai dan tiada kesalahan bahasa
c) Dapat memotivasi pelajar serta menggalakkan penglibatan
pelajar
d) Mempunyai maklumat yang tepat berkualiti dan terkini
e) Mempunyai aspek tenikal yang berkualiti
f) Mempunyai aspek nilai murni
g) Dapat merangsangkan daya pemikiran

Menggunakan media dan bahan pembelajaran


Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah fasa yang
cukup penting. Jika media gagal digunakan dengan baik, impaknya
negatif terhadap persembahan. Media yang digunakan seperti teks,
animasi, grafik, video dan audio perlulah dirancang agar ia
bersesuaian dengan kehendak pengguna dan kandungan pelajaran
yang dipersembahkan. Media yang digunakan seharusnya memberi
kesan yang positif terhadap motivasi serta minat pengguna dan
kesesuaian kepada persembahan.

Penglibatan pelajar
Penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pengajaran dan
pembelajaran amat penting bagi menjamin proses pemindahan ilmu
berlaku secara sempurna. Perisian pembelajaran seharusnya dapat
membentuk keadaan yang sesuai dengan pengguna, efektif serta
dapat menarik minat pengguna. Pembangun perisian perlu
memerhati, berbincang serta mendapat maklum balas terhadap
keupayaan perisian dalam merangsang penglibatan pelajar yang
aktif.

Melakukan penilaian dan pengubahsuaian


Untuk menentukan keberkesanan perisian pembelajaran, perisian
perlulah dinilai. Proses penilaian juga membolehkan pembangun
perisian membuat pengubahsuai perisian bagi membaiki
kelemahan dan kecacatan yang terdapat dalam perisian supaya
memenuhi kehendak pengguna. Secara keseluruhan penilaian
melibatkan aspek:
i. Menilai kepuasan pengguna
ii. Menilai aspek pembelajaran dan pengajaran
iii. Menilai media dan kaedah yang digunakan

Model Reka Bentuk Rapid Protyping (1998)

Rajah 4.2. Model Rapid Prototyping (1998)

Model reka bentuk Rapid Protyping (1998) merupakan salah satu


bentuk model pengajaran berorentasikan teknologi. Model ini
mengandungi tujuh peringkat (Rajah 4.2). Model Rapid Protyping
melibatkan aspek pembelajaran dan penggunaan teknologi.
Prototaip yang dibina merupakan produk percubaan. Oleh itu
terdapat sedikit perbezaan antara prototaip dengan produk akhir.
Prototaip mempunyai keupayaan yang lebih rendah daripada
perisian yang sebenar.
Rapid Prototyping lebih menekankan penggunaan teknologi serta
melibatkan maklum balas daripada pengguna pada satu atau dua
peringkat. Masalah masih wujud dalam perisian prototaip.
Pengguna tidak dapat menilai keberkesanan keseluruhan
pembelajaran dalam perisian prototaip. Perisian prototaip selalu
digunakan bagi membangun perisian komersial. Reka bentuk skrin
dalam perisian komresial sudah cukup untuk meramal dan menilai
perisian keseluruhan yang akan siap. Dalam perisian pendidikan,
walaupun prototaip dapat digunakan oleh pelajar, pembangun
perisian tidak dapat menyatakan keberkesanan sehingga dilakukan
ujian ke atas perisian sebenar.

  
4.3.4. Model Reka Bentuk Air Terjun (1997)

Model Air Terjun mengandungi enam fasa yang berurutan. Model


Air Terjun terdiri daripada enam fasa iaitu analisis, rekabentuk,
implementasi, pembangunan intergrasi, pengujian atau penilaian
dan penyelenggaraan (Rajah 4.3). Model Air Terjun mengutamakan
reka bentuk penggunaan teknologi. Kelemahan model ini ialah
proses pembangunannya terlalu terikat dengan satu fasa sehingga
sukar untuk ianya diubahsuai atau mengikut kesesuaian suasana.
Adalah mustahil untuk mengikut langkah secara terperinci tanpa
wujud masalah.
Analisis feasibiliti
Analisis keperluan
Implement perisian
Penilaian dan pengujian
Kitaran prototaip
Pembangunan perisian
Mereka bentuk perisian
Rajah 4.3. Aliran Kerja Berdasarkan Model Air Terjun (1997)

Model Reka Bentuk Pengajaran Dick Dan Carey (1996)

Model reka bentuk ini beorentasikan sistem. Model reka bentuk


Dick Dan Carey (1996) melibatkan komponen pelajar, pengajar,
bahan pengajaran dan persekitaran pembelajaran. Rajah 4.4
menunjukkan model reka bentuk pengajaran Dick dan Carey.
Setiap langkah dalam model ini menerima input daripada langkah
sebelumnya dan memberi output kepada langkah berikutnya.
Analisis
Reka bentuk
Penyelenggaraan
Implementasi
Pengujian
Pembangunan

 Rajah 4.4 Model Reka Bentuk Dick dan Carey (1996)

Setiap komponen dalam model ini saling berkaitan, berinteraksi dan


berkerjasama untuk menghasilkan pengajaran yang berkesan.
Komponen pengajaran dalam model ini membantu guru membaiki
model yang sedia ada sekiranya terdapat sebarang kelemahan.
Model Dick dan Carey memerlukan penglibatan pembangunan
bahan pengajaran, analisis, percubaan, ujian dengan kadar yang
banyak. Oleh itu model ini sesuai digunakan untuk pengajaran bagi
keseluruhan kursus atau kurikulum.
Kenal pasti matlamat pengajaran
Kenal pasti ciri dan perlakuan peringkat
Penilaian formatif
Bina atau pilih bahan pengajaran
Bina strategi pengajaran
Bina item ujian rujukan kriteria
Tulis objektif prestasi
Penilaian sumatif
Buat analisis pengajaran

RAJAH 4.5. Model Reka Bentuk Hannafin Dan Peck (1988)


Model Hannafin Dan Peck (1988)
Model reka bentuk Hannafin dan Peck (1988) (Rajah 4.5)
melibatkan tiga fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk dan fasa
perlaksanaan. Setiap fasa dinilai, diuji dan disemak secara
berasingan untuk melihat keberkesanan secara berterusan.

Fasa analisis keperluan digunakan untuk mengenal pasti keperluan


pembinaan perisian multimedia. Peringkat analisis adalah peringkat
yang paling kritikal kerana peringkat ini menentukan keupayaan
keseluruhan perisian yang dibina. Analisis terhadap pengguna,
analisis terhadap persekitaran pembelajaran serta kandungan dan
matlamat perlu ditentukan terlebih dahulu sebelum fasa reka bentuk
dan perancangan dilaksanakan.

Fasa ini terbahagi kepada dua iaitu fasa analisis keperluan tafsiran
dan fasa analisis keperluan perisian. Fasa reka bentuk digunakan
untuk memindahkan maklumat yang terdapat di fasa analisis
keperluan kepada satu lakaran fizikal yang digunakan semasa
proses pembinaan. Kesemua maklumat keperluan yang digunakan
dalam proses reka bentuk boleh didapati dari analisis yang
dilakukan dalam fasa analisis permulaan. Kesemua elemen utama
yang telah direka bentuk dalam fasa sebelum ini perlulah
digarapkan ke dalam perisian dengan berbantukan alat
pengarangan. Fasa Penilaian merujuk kepada proses pengujian
dan penilaian perisian yang dibangunkan. Fasa ini secara tidak
langsung menguji keseluruhan fasa. Jenis penilaian yang terlibat
dalam fasa ini ialah penilaian formatif dan sumatif.
Fasa 1
Analisis
keperluan
Fasa 2
Reka bentuk
Fasa3
Pembangunan dan perlaksanaan
Penilaian dan pengulangan

Model Hanifin dan Peck (1988) memberi penekanan kepada


keupayaan kelas untuk menerima pengajaran dan pembelajaran
berasaskan media. Model ini juga sesuai digunakan untuk skop
pengajaran dan pembelajaran yang tidak luas serta dalam
kumpulan sasaran yang terhad.

Model Robert Glasea


Model Robert Glasea mempunyai empat komponen utama iaitu
objektif pengajaran, pengetahuan sedia, kaedah mengajar dan
penilaian.

i. Objektif pengajaran
Objektif pengajaran adalah hasil pengajaran yang melibatkan
perubahan tingkah laku yang spesifik dan boleh diukur setelah
mengikuti pelajaran. Objektif pengajaran adalah tahap jangkaan
minima bagi prestasi yang dicapai oleh pelajar. Pembangun
perisian boleh mendapat maklumat tentang objektif pengajaran
daripada sukatan dan huraian kurikulum.
ii. Pengetahuan sedia ada
Pengetahuan sedia ada adalah pengalaman yang telah dimiliki atau
dikuasai oleh pelajar sebelum proses pembelajaran. Dengan
mengetahui pengalaman, Objektif Pengajaran, Pengetahuan sedia
ada, Kaedah Mengajar, Penilaian dan Maklum balas lepas
pembangun perisian boleh memilih kaedah, tahap dan strategi yang
bersesuaian dengan golongan sasarannya.
iii. Kaedah mengajar
Setelah menetapkan objektif yang hendak dicapai dan mengetahui
pengalaman sedia ada padapelajar, barulah pengatur cara atau
pembangun perisian memilih kaedah mengajar yang sesuai dengan
golongan sasaran.Kaedah mengajar penting bagi memastikan
pengajaran yang hendak disampaikan dapat digunakan dan
diaplikasikan.
iv. Penilaian
Bagi memastikan perisian ini menepati spesifikasi yang ditetapkan,
perisian yang dibina perlu diuji. Penilaian yang melibatkan pelbagai
pihak bertujuan untuk mendapatkan maklum balas dan komen.
Laporan penilaian akan dapatmembaiki kesilapan dan kelemahan
dalam perisian. Dengan adanya maklumbalas dari proses penilaian,
seorang pembangun perisian atau pengaturcaraan boleh
mengesan pencapaian dan penerimaan pelajar.

RUJUKAN
Baharuddin Aris, Rio Sumarini Shariffudin & Manimegalai
Subramaniam. 2002. Reka
bentuk perisian multimedia. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.
Beattie, E.D. & Preson, N.R. 1990. Selecting micro computer
courseware. Review of
Education Research 49(3): 70-71.
Benjamin, L.T., Hopkin, J.R. & Nation. J.R. 1994. Psychology. Ed.
ke-3. New York:
Macmillan Publishing.
19
Bigge, M. L. 1982. Learning theories for teachers. New York :
Harper & Row
Publishers, Inc.
Boyle, T. 1997. Design for multimedia learning. London: Prentice-
Hall International.
Brown, J.S. Collins, A. & Duguid, P. 1989. Situated cognition and
the culture of
learning. Educational Researcher.
Carrol, J. M. 1990. The Nurnberg funnel : designing Minimalist
Instruction for practical
computer skill. MIT Press.
Cates, W. M. 1992. 1992 Fifteen Principles For Design More
Effective Instructional
hypermedia/ multimedia product. Education Technology,
December: 5-11.
Checkley, Kathy. 1997. The first seven..and the eighth: A
conversation with Howard
Gardner. Educational leadership (atas talian)
.
Chua Siwe Geok. 2002. Pembinaan PBBK perkakasan komputer
bagi subjek pendidikan
komputer. Projek Sarjana Pendidikan. Universiti Kebangsaan
Malaysia, Bangi.
Chung Hang Tek. 2001 Perlaksanaan Program Latihan Sekolah
Bestari. Kerta kerja
Krusus Peningkatan Profesinalisme Orentasi Pensyarah Baru
Maktab Perguruan
Malaysia. Hotel Pearl International Kuala Lumpur , 21-27 Oktober
Floyd, S. 1991. The IBM Multimedia Handbook. New York: Brady
Publishing.
Gagne R.M. & Briggs L. J. 1979. Principles of instructional design.
Holt Rinehart and
Winston.
Gagne, R.1985. The condition of learning and theory of instruction.
Ed. ke-4. NewYork:
Holt.
Goh Kek Seng. 1990. Aktiviti Mengenal Komputer. Kuala Lumpur :
Federal
Publication.
Hamidah Baba. 1999. Pemikiran dan hala tuju pembangunan
perisian kursus multimedia
pendidikan interaktif. Kertas kerja Kursus Penilaian Grafik Adobe
Photoshop.
Bahagian Teknologi Pendidikan, Kuching, 6-10 September.
Hannafin, M.J. & Peck 1988. The design, development and
evulation of instructional
software. New York: Macmillan Publishing Company.
Harold, F., O'Neil, J.R. & Paris, J. 1981. Introduction and overview
of computer-based
instruction. Computer-based instruction. hlm 1-21.
20
Harwood, W.S. & Mc Mahon, M.M. 1997. Effect of integrated video
media on student
achievement and attitudes in high school chemistry. Journal of
Research in Science
Teaching 34(6): 17-63.
Hasselbring, T.S. & Goin. 1993. Strategies for teaching learners
with special needs. New
York: Merill-Prentice Hall.
Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D. & Smalindino, S.E. 1996.
Instructional media
and technologies for learning. Ed. ke-5. New Jersey: Prentice Hall.
01. Pembangunan perisian multimedia satu pendekatan sistematik.
Kuala Lumpur:
Venton Publishing.
Jamaludin Haron & Dr Zaidatun Tasir, 2004. Multimedia Dalam
Pendikan. PTS
Pubication.
Jonassen, D. 1988. Designing structured hypertext and structuring
access to hypertext.
Education Technology, November: 13-16.
Jonassen D. H. 1996. Computers as Mindtools for Schools. New
Jersey : Prentice Hall
Jones, T. & Berger, C. 1995. Student use of multimedia science
instruction: Designing
generation. Journal of Education Multimedia, Hypermedia 4(4): 305-
320.
Jones, D. 1997. Designing instruction: enter the constructivism.
http://www.cabrillo.cc.ca.us/thinking/constructivism.html (9 Julai
2001).
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1998. Sukatan Pelajaran
Teknologi Maklumat KBSM
Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
http//kdp.ppk.kpm.my
Kementerian Pendidikan Malaysia 1997. Pasukan petugas sekolah
bestari. sekolah
bestari di Malaysia.
Kozma, R.B. 1993. Learning with media. Review of Education
Research 61(2): 179-211.
Krish, D. 1997. Interactivity and multimedia interfaces. Instructional
Science 25: 79-96.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum
Ku Hussin & Zubier
Hassan. 1998. Kajian penilaian dan perlaksanaan kursus dalam
perkhidmatan 14
minggu sekolah bestari. Kertas kerja Seminar Bahagian Pendidikan
Guru. Institusi
Perguruan Darul Aman, 6 - 8 October.
Lee Lai Guan, Abdul Shukur, A Shaghir, Jusni Nasiron, Ku Bahrum
Ku Hussin & Zubier
Hassan. 2000. Pengendalian pengajaran dan pembelajaran di
sekolah bestari
perintis Negeri Kedah dan Perlis. Kertas Kerja Seminar Teknologi
Pendidikan.
Alor Star, 25 -28 Jun.
21
Lee Shok Mee. 1997. Psikologi pendidikan 2: Teori dan aplikasi
psikologi dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman
Sdn Bhd.
Levin, T. & Gordon. 1989. Effect of and Computer Experience On
Attitude Towards
Computers. Journal of Educational Computing Research. (1), 69-88
Lim Sea Kiaw . 1995. Kajian status pelaksanaan Literasi Komputer
di Sarawak. Tesis
Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia
Lockard, J., Abrams, H. & Mary, M. 1997. The first decade of
microcomputer in
education: from computer literacy to curriculum integration.
Proceeding The
International Symposium of Education Computin, hlm 1-13.
Malone,T.W.1981.Towards A Theory Of Instrinsically Motivating
Instruction.New
Jersey:
Mc Keown P,G. 1986. Living with computer. USA : Harcourt Brace
Jovanovich
Publisher
Merrill, P.F., Hammons, K., Vincent, B.R., Reynolds, P.L.,
Christensen, L. & Tolman,
M.N. 1996. Computer’s in education. Ed. ke-2. New York: Ally and
Bacon.
Mohamad Izzat Ridwan . 2002. Merebut Bantuan Kewangan dalam
pernigaan ICT .
Majalah PC September: 56-57
Mohamad Izzat Ridwan. 2002. Medefinisi dan merapatkan jurang
digital. Majalah PC,
September: 58-59
Mohamad Sabri Idris. 2002. Kerajaan di minta elak ICT jadi indutri
monopoli. Surat.
Berita Harian, 23 Ogos: ms 11
Mohammed Sani Ibrahim. 1998. Perancangan Dan Strategi
Pelaksanaan Latihan Guru-
Guru Sekolah Bestari. Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan
Negara. Universiti
Kebangsaan Malaysia.November .26-27
Mohd Ariff Hj Ismail. 2004. Model Reka Bentuk Instrksional Dalam
Pengajaran dan
pemelajaran. Rekabentuk Pengajaran Dan ICT:Aplikasi Dalam
Aliran Pendidikan
Era Globlisasi, hlm 1-11.
Mohd Dzulkifli A. Jalil. 2002. Kajian keberkesanan persekitaran
pembelajaran
multimedia interaktif dalam mata pelajaran biologi. Tesis Sarjana
Pendidikan.
Universiti Teknologi Malaysia,Skudai.
22
Mohd Ishak Othman. 2002. pembinaan pembelajaran dan
pembelajaran berbantukan
komputer: Belajar mengenai storan skunder. Projek Sarjana
Pendidikan. Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Newby, T.J., Stepich, D.A., Lehman, J.D. & Russell, J.D. 2000.
Instructional technology
for teaching
Norhashim Abu Samah, Mazlan Youp & Rosalinda Alias. 1996.
Pengajaran
berbantukan komputer. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Nor Liza Ahmad, 2001. Profesional IT Meningkat 11 peratus
setahun. Berita Harian 3 Disember:
16
Norikma llias & Hjh Siti Fatimah Mohd.Yassin .1993 Pengujian dan
Penilaian Perisian . Media
ComiL.
Nurain Hafiza. 2002. Benarkah Melayu Sukar menguasi ICT.
Majalah PC Oktober: ms 18 – 19
Orr, K.L., Golas, K.D & Yao, K 1994. Storyboard development for
interactive multimedia
traninig. Journal of Interactive Instruction Development
Palmer W. Agnen, Anne S.Kellerman, Jeanine M.Meyer, 1996,
Multimedia in The Classroom,
Allym & Bacon, Boston, London, Toronto
Park, L., & Hannafin, M.J. 1993. Empirically-based guideline for the
design of interactive
multimedia. Education Technology Research and Development
Pavlov, I. P. 1962. Essay in psychology and psychiatry including a
section on sleep and
hypnosis. New York: Citadel Press
Perzylo, L. 1993. The application of multimedia in schools. British
Journal of Education
Technology 24(3): 191-197.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia. 2001. Falsafah
pendidikan kebangsaan matlamat dan misi.
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia. 2001. Teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Rashidi Azizan dan Abdul Razak Habib. 1996. Pengajaran dalam
bilik darjah: Kaedah
dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Reader, W. & Hammond, N. 1994. Computer bases microword: A
bridge between
constructivism and direct instruction. Education Technology
Research and
Development 40(1): 93-106.
Rivilin, E., Botagogo, R. & Shneiderman, B. 1994. Navigating in
hyperspace: Designing
a structure-based toolbox. Communication of the ACM 37(2): 87-96.
23
Robiah Sidin. 1992. Keberkesanan program penyediaan guru-guru
KBSR satu tinjauan
literature. Jurnal Pendidikan Guru 4(3): 248-259.
Rohani Abdul Hamid. 1998. Keperluan pendidikan abad ke-21:
Projek Sekolah Bestari.
Proseding Seminar Isu-isu Pendidikan Negara. Universiti
Kebangsaan
Malaysia.November 26-27.
Rozinah Jamaludin. 2000. Multimedia dalam pendidikan. Kuala
Lumpur: Utusan
Publication & Distributor Sdn Bhd.
Rusdina Abdul Rahim.1993. Kearah pengkomputeran pengajaran
bahasa: Cereka atau
fakta. Majalah Dewan, Jan:16-30.
.
Salleh Hassan. 1997. Kecermelangan penggunaan teknologi
pendidikan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Kertas Kerja Seminar Bahagian
Teknologi
Pendidikan. Kuala Lumpur, 27 November.
See Kin Hai. 1997. Kesan pembelajaran berbantukan komputer
terhadap daya kreativiti
pelajar dalam matematik. Jurnal Persatuan Kebangsaan Pengetua-
Pengetua
Sekolah Malaysia 2: 61-66.
Selwyn, N. 1997. Students' Attitudes Toward Computers: Validation
of a Computer
Attitude Scale for 16-19 Education. Computers Education. 28 (1),
35-41
Shaharudin Salleh 1986. Pengenalan Kepada Komputer. Petaling
Jaya : Federal
Publications.
Sharifah Alwiah Alsagoff. 1987. Teknologi pengajaran. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Shaifol Bahary Sulaiman 2002. Asas Permainan Bola Sepak
(Perisian Interaktif)
Shaifol Bahary Sulaiman. 2003. Latihan dalam perkhidmatan 12
minggu sekolah bestari.
Prosiding Seminar Aliran Terkini Teknologi Maklumat dan
Komunikasi, hlm 29-
38.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pembangunan Dan Penilaian
Perisian Multimedia Bagi
Kursus Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Dalam Pengajaran
Dan
Pembelajaran Kursus Sekolah Bestari. Tesis Sarjana Pendidikan.
Universiti
Kebangsaan Malaysia,Bangi.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Sains perpustakaan untuk institusi
perguruan. Kuala
Lumpur: Federal Publication.
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Teknologi maklumat untuk institusi
perguruan. Kuala
Lumpur: Federal Publication.
24
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Get Logik. (atas talian)
www.geocites.com/shaifol6900
Shaifol Bahary Sulaiman. 2004. Pratikum Berpasangan Fasa 1,
MPBP (Perisian
Interaktif)
Sim Ah Hock, Siti Ropiah Abu Bakar, Mohammad Saat dan Md Din
Hassan. 2000.
Kemahiran teknologi maklumat dan sikap terhadap komputer
selepas kursus latihan
guru sekolah bestari. Kertas Kerja Seminar Teknologi Pendidikan.
Alor Star, 25 -28
Jun.
Siti Fatimah Mohd. Yassin. 1998. Pengajaran penggunaan
teknologi maklumat bagi
mengasah kemahiran berfikir. Inovasi dalam perkaedahan
pengajaran Bahasa,
Sains sosial dan Teknologi Maklumat. Bangi : Penerbitan UKM.
Siti Hawa Ahmad. 1997. Sekolah bestari di Malaysia: Mereka
semula sistem pendidikan
di Malaysia. (atas talian) http//www.eprd.kpm.my (17 April 2003).
Skinner, B. F. 1968. The technology of teaching. New York :
Appleton-Century-Crofts.
Slavin, R. E. (1990). Cooperative learning : Teory, research and
practice. New Jersey:
Merril/Prentice Hall.
Smart School Task Force. 1997. The Malaysian smart school-an
MSC flagship
aplication : A conceptual blueprint. Kuala Lumpur: Kementerian
Pendidikan
Malaysia.
Sorotan akhir tahun: Komitmen Kerajan terus rangsang sector ICT.
2002. Utusan
Malaysia 25 Disember: Ekonomi ms 24
Squires, D. 1997. Providing computer-base experince for learning
physics. Physic
Educatio, 22: 39-24.
Stewart, L. and Michale, T. 1989. Parent’s guide to education
software and computer.
San Diego: Computer Publishing Enterprise.
Sulaiman Ngah Razali. 1997. Pedagogi : Teori dan praktik. Kuala
Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Supyan Hussin. 2000. Pembangunan perisian pembelajaran
bahasa berbantukan
komputer. Jurnal Bahasa, Mac:3-5.
Syuhada Choo Abdullah Sekolah Bestari Kelolan TSS mula
beroperasi. 2003. berita
harian 7 Januari : Pendidikan ms 8
25
Woolfolk, A.E. 1992. Educational psychology. Boston: Ally and
Bacon.
Yong Soe Han (1993). Literasi Komputer. Kuala Lumpur : Penerbit
Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Yusof Hashim . 1993. Buletin UNESCO Malaysia. Jilid 5, Nov. 1993
Yusup Hashim. 1998. Rekabentuk pengajaran bersistem dalam
pembinaan pengajaran
berbantu komputer (PBK). Jurnal Pendidikan. 18: 1-14.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. 1990. pentadbiran pendidikan,
K.Lumpur: Fajar Bakti
Zorani Wati Abas. 1993. Komputer dalam pendidikan. Kuala
Lumpur: Fajar Bakti.
Zorani Wati Abas. 1994. Pengenalan kepada komputer. Kuala
Lumpur: Federal
Publications.

You might also like