Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal

kejayaan pendidikan inklusif

1.1 Pengenalan

Pengenalan kepada program pendidikan inklusif PPI adalah pendidikan untuk MBK seperti
murid yang mempunyai masalah pendengaran, masalah penglihatan, masalah tahap
kebolehtuturan, keterancat akal serta fizikal.

1.1.1 Konsep:

Konsep Menurut Norliah Mohd. Amin dan Mohd Hanafi Mohd Yasin (2016), PPI
merupakan satu program yang ditawarkan kepada MBK untuk belajar bersama-sama
rakan mereka yang tipikal di dalam bilik darjah yang sama dan sekolah yang sama untuk
menikmati semua kemudahan belajar dalam keadaan normal tanpa mengira kaum, latar
belakang, status ekonomi dan ketidakupayaan.

1.1.2 Matlamat

Matlamat Bahagian Pendidikan Khas (2013), PPI adalah bertujuan untuk meningkatkan
penyertaan dan memberi peluang kepada MBK untuk mengikuti program akademik dan
bukan akademik bersama-sama murid di arus perdana. Murnie Bte Hassan (2013) pula
menyatakan bahawa PPI bertujuan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di antara
ahli masyarakat.

1.1.3 Dasar
Dasar pendidikan inklusif Dalam dasar kebangsaan, melalui Akta 685 di bawah seksyen
28 (1), kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan
atas alasan ketidakupayaan. Dasar di peringkat antarabangsa dapat dilihat melalui
pernyataan Salamanca (1994) di mana telah disarankan agar peruntukan kewangan
diberikan dalam sistem pendidikan agar sistem pendidikan dapat diperbaiki bagi
membolehkan kanak-kanak bekeperluan khas diserap dalam sistem pendidikan tanpa
mengira perbezaan individu dan masalah ketidakupayaan mereka (Lee Keok Cheong et.al,
2018).
1.2 Peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan
Guru besar berperanan dan bertanggungjawab untuk mewujudkan iklim yang
mesra pendidikan seperti tidak memberi tekanan kepada guru inklusif dan menambah baik
pdp PPI seperti memantau kerja guru dalam bilik darjah melalui penilaian berbentuk
interaksi seperti soal jawab. Guru penolong kanan pentadbiran pula berperanan dan
bertanggungjawab untuk merancang dan menyelaras keperluan bahan bantu belajar dan
kebajikan MBK. Contohnya, memastikan keperluan asas seperti kerusi dan meja
mencukupi untuk MBK.

Guru arus perdana seperti guru mata pelajaran, guru resos dan guru pendidikan
khas pula harus berupaya untuk menjalin kerjasama. Contohnya, bersedia dan terbuka
untuk berbincang dan berkolaborasi dalam membuat keputusan dan bekongsi maklumat
untuk pdp MBK. Begitu juga dengan murid aliran perdana dan ibu bapa. Misalnya, mereka
harus memberi sokongan kepada PPI dengan menerima MBK tanpa sebarang persepsi
yang negatif.

1.3 Isu dan cabaran serta langkah-langkah dalam menangganinya


dalam pelaksanaan pendidikan inklusif
Ada guru besar yang tidak memberi sokongan kepada PPI seperti memberi
persepsi negatif dan beranggapan bahawa PPI hanya membebankan pihak sekolah.
Dalam kalangan guru aliran perdana pula, mereka tidak mahu menerima MBK. Misalnya,
mereka kurang bersedia dan menganggap MBK melambatkan pdp murid biasa. Dalam
menanggani isu persepsi negatif pihak pentadbir dan aspek kesediaan guru aliran perdana
mengenai PPI, mereka perlu diberi latihan perkhidmatan pendidikan inklusif seperti kursus
kemahiran pengurusan murid inklusif.
Dari segi ibu bapa dan masyarakat pula, mereka kurang kefahaman dan keyakinan
terhadap guru biasa dalam mengajar MBK. Contohnya, mereka mempertikaikan
kemampuan guru kelas biasa dalam mengajar MBK. Isu ini dapat diatasi dengan memberi
pendedahan kepada ibu bapa mengenai kemahiran guru biasa dalam pdp MBK. Murid
biasa juga menjadi cabaran kepada PPI. Misalnya, mereka tidak faham keadaan MBK dan
sering membuli mereka dalam kelas aliran perdana. Perkara ini boleh diatasi dengan cara
mewujudkan peraturan agar murid biasa tidak membuli MBK.
Begitu juga dengan keadaan prasarana dan kemudahan yang kurang. Contohnya,
kurangnya kemudahan asas seperti meja, kerusi serta susunan prasarana dan kemudahan
yang merumitkan pergerakan MBK dalam kelas. Kurangnya kemudahan dan prasarana
boleh diatasi dengan mendapat bantuan daripada agensi-agensi kerajaan dan badan
bukan kerajaan seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, Yayasan Kiwanis Sindrom Down
serta Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM). Dari aspek susun atur
prasarana pula, guru harus memastikan setiap susun atur kemudahan dalam kelas adalah
sesuai dan berada dalam keadaan yang tidak mengancam keselamatan dan
mengehadkan pergerakan MBK dalam kelas.

1.3.1 Faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan program pendidikan inklusif

Khidmat sokongan dari aspek peralatan dapat menjamin keberkesanan PPI.


Contohnya, penyediaan mesin braille dan kanta pembesar membantu dalam pelaksanaan
aktiviti pdp murid bermasalah penglihatan. Begitu juga dengan faktor infrastruktur dan
prasarana di mana adanya kemudahan asas seperti kerusi, rak buku, almari dan meja
yang mencukupi serta susun atur yang memudahkan pergerakan MBK. Kejayaan PPI juga
dipengaruhi sokongan daripada ibu bapa dan masyarakat dengan penerimaan dan
pandangan yang positif terhadap pelaksanaannya.
Sokongan personal juga mempengaruhi kejayaan PPI. Contohnya kolaboratif
antara pelbagai personal mewujudkan perkongsian maklumat, pengetahuan dan
kemahiran mengenai MBK. Begitu juga dengan kolaboratif antara agensi kerajaan dan
agensi bukan kerajaan. Kerjasama yang wujud membolehkan keperluan dan kebajikan
MBK terjamin.

1.4 Penutup
Secara keseluruhannya, semua pihak perlu bersifat positif serta faham mengapa
program pendidikan inklusif ini dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh. Hal ini kerana
sokongan daripada semua pihak khususnya pihak pentadbir, guru, masyarakat, ibu bapa
dan murid memainkan peranan penting dalam kejayaan pelaksanaan program pendidikan
inklusif di sekolah.

4 BIBLIOGRAFI
Bahagian Pendidikan Khas. (2013). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Putrajaya : Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Lee, K.C & Sailajah Nair Sukumaran. (2018). Pendidikan Inlusif. Selangor Darul Ehsan:
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Murnie Bte Hassan. (2013). Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif Bagi Pelajar
Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Di Program Intergrasi, 1, 1.
Mohd Suhaimin Isnen. (2017). Garis Panduan Program Pendidikan Inklusif Murid
Berkeperluan Khas. Dimuat turun pada 17 Februari 2018, daripada
https://www.sistemguruonline.my/2018/01/garis-panduan-program-pendidikan-inklusif-
murid-berkeperluan-khas.html

Nordin Tahir. (2013). Pendidikan Inklusif. Dimuat turun pada 17 Februari 2018, daripada
http://amaljaya.com/guru/Pendidikan%20Khas/Pendidikan%20Inklusif.pdf

Norliah Mohd. Amin & Mohd Hanafi Mohd Yasin. (2016). Pelaksanaan Program
Pendidikan Inklusif Murid Berkeperluan Khas Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2015. kertas Kerja dibentangkan di Seminar Antarabangsa Pendidikan
Khas Rantau Asia Tenggara Siri ke-6, 2016 di National Universiti of Malaysia.

You might also like