Laporan DP - Kokurikulum & Sukan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN DIALOG PRESTASI

SEKOLAH KEBANGSAAN PULAU SIBU


KG. DUKU, PULAU SIBU, 86800 MERSING, JOHOR

Bulan 1 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan

 Pelantikan GPK Kokurikulum bagi sesi 2016 – Guru Besar bersama semua ahli mesyuarat telah bersepakat
untuk melantik Zainiq bin Zulnuraini sebagai GPK Kokurikulum yang baru.
 Pelantikan jawatankuasa – Pelantikan Jawatankuasa Induk Kokurikulum, Unit Beruniform, Kelab/Persatuan
dan Kelab Sukan & Permainan (1M1S) diagihkan mengikut pemberatan tugas guru-guru.
 Pendaftaran penubuhan kelab/persatuan yang baru – Kuasa Penganjur telah meluluskan pendaftaran
penubuhan bagi Kelab Pencinta Alam di bawah unit Kelab/Persatuan menggantikan Kelab Sukan dan
Rekreasi di atas beberapa masalah dan kekangan mengikut peruntukan perlembagaan dan undang-undang
pertubuhan dan pembubaran kelab/persatuan.
 Penetapan setiap unit – Jawatankuasa Induk Kokurikulum sekolah telah bersepakat menetapkan bagi setiap
unit iaitu:
o Unit Berunifom – Pengakap
o Kelab/Persatuan – Kelab Pencinta Alam
o Kelab Sukan & Permainan (1M1S) – Ping Pong
 Takwim kokurikulum & sukan – Hasil keputusan daripada mesyuarat jawatankuasa induk telah menetapkan
bagi aktiviti-aktiviti/program yang akan dijalankan di bawah unit kokurikulum dan sukan sepanjang tahun
2016.
 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan akan
diadakan pada setiap hari Selasa setiap minggu pada 1.00 hingga 2.00 petang melibatkan Unit Beruniform,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan & Permainan (1M1S).
 Pakaian – Bagi setiap perjumpaan aktiviti Unit Beruniform Pengakap, murid dikehendaki memakai pakaian
uniform Pengakap yang lengkap atau pakaian sukan dan skarf pengakap bagi yang tidak memiliki pakaian
lengkap mengikut kesesuaian perjumpaan. Bagi Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan & Permainan (1M1S),
murid dikehendaki memakai pakaian sukan lengkap.
 Penglibatan murid – Murid yang terlibat bagi perjumpaan dan aktiviti kokurikulum & sukan diwajibkan bagi
murid tahap 2 sahaja.
 Permohonan bantuan kokurikulum & sukan dari pihak Sea Gypsy Resort – Unit kokurikulum telah
berbincang dan bersepakat bagi menghantar surat permohonan sumbangan di bawah dana Kampung School
Fund (KSF) untuk kelengkapan kokurikulum dan sukan sekolah seperti pakaian Pengakap, pakaian sukan
rasmi sekolah, peralatan ping pong dan pembesar suara mudah alih (portable speaker).

Bulan 2 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan

 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan telah
diadakan pada setiap hari Selasa setiap minggu pada 1.00 hingga 2.00 petang melibatkan Unit Beruniform,
Kelab/Persatuan dan Kelab Sukan & Permainan (1M1S) mengikut takwim perjumpaan.
 Pematuhan kepada takwim – Setiap guru penasihat perlu mematuhi takwim perjumpaan dengan mengadakan
perjumpaan kokurikulum & sukan mengikut perancangan aktiviti tahunan melainkan jika terdapat sebarang
kekangan dan masalah yang tidak dapat dielakkan.
 Kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum & sukan – Setiap guru penasihat juga diminta memastikan
semua murid tahap 2 menghadiri setiap perjumpaan dan aktiviti kokurikulum & sukan.
 Melengkapkan buku laporan aktiviti – Gurupenasihat berperanan bagi memastikan buku laporan aktiviti
dilengkapkan setiap kali selepas perjumpaan aktiviti kokurikulum & sukan dan diserahkan kepada GPK
Kokurikulum untuk disemak dan disahkan.

Bulan 3 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan

 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan telah
diadakan seperti biasa mengikut jadual setiap minggu melibatkan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Kelab Sukan & Permainan (1M1S).
 Ujian Lencana Keahlian – Unit Berunifrom Pengakap telah melaksanakan Ujian Lencana Keahlian bagi
setiap ahli persatuan bagi mengesahkan keahlian mereka dalam Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM).
Pegawai penilai terdiri daripada guru-guru penasihat Pengakap selaku Pemimpin dan Pen. Pemimpin
Pengakap sekolah. Instrumen penilaian adalah mengikut garis panduan PPM. Kesemua 12 orang murid telah
berjaya melepasi penilaian tersebut dan layak dianugerahkan Lencana Keahlian Pengakap.
 Penerimaan bantuan sukan – Pihak Sea Gypsy Resort telah meluluskan permohonan pihak sekolah dengan
menyerahkan bantuan kelengkapan sukan. Bantuan yang diterima ialah peralatan ping pong dan pembesar
suara mudah alih (portable speaker).

Bulan 4 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan

 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan telah
diadakan seperti biasa mengikut jadual setiap minggu melibatkan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Kelab Sukan & Permainan (1M1S).
 Bengkel 1M1S – Bengkel 1M1S Ping Pong telah diadakan melibatkan semua ahli Kelab Sukan Ping Pong
yang dipengerusikan oleh penyelaras Kelab Sukan & Permainan (1M1S) selaku Ketua Guru Penasihat Ping
Pong, Encik Mohd Aliffizuddin bin Khairuddin dibantu dengan beberapa guru penasihat yang lain. Di dalam
bengkel tersebut, antara aktiviti yang diterangkan merangkumi teori asas, peraturan bermain, teknik servis
dan pukulan, dan perlawanan mini dalam kalangan ahli kelab.

Bulan 5 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan

 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan telah
diadakan seperti biasa mengikut jadual setiap minggu melibatkan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Kelab Sukan & Permainan (1M1S).
 Sukan Hari Guru – Unit Kokurikulum dengan kerjasama unit HEM telah menganjurkan sukan sempena
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah. Antara sukan yang dijalankan ialah sukaneka, memancing, ping
pong dan sepak takraw. Semua warga sekolah dan komuniti telah bersama-sama mengambil bahagian
dengan jayanya.
 Penerimaan bantuan kokurikulum – Pihak Sea Gypsy Resort telah meluluskan dan menyerahkan bantuan
kokurikulum kepada pihak sekolah. Bantuan diterima ialah pakaian lengkap uniform Pengakap.
 Ujian Lencana Wajib Berbasikal – Unit Berunifrom Pengakap telah melaksanakan Ujian Lencana Wajib
Berbasikal bagi setiap ahli persatuan bagi melayakkan mereka untuk mengambil Ujian Lencana Keris
Gangsa. Pegawai penilai terdiri daripada guru-guru penasihat Pengakap selaku Pemimpin dan Pen.
Pemimpin Pengakap sekolah. Instrumen penilaian adalah mengikut garis panduan PPM. Seramai 10 orang
murid telah berjaya melepasi penilaian tersebut dan layak dianugerahkan Lencana Wajib Berbasikal
Pengakap.

Bulan 6 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan

 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan ditangguhkan
bagi menghormati kemuliaan Bulan Ramadhan. Perjumpaan mingguan kokurikulum digantikan dengan
aktiviti kerohanian.

Bulan 7 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan

 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan telah
diadakan seperti biasa mengikut jadual setiap minggu melibatkan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Kelab Sukan & Permainan (1M1S).
 Pertandingan Catur MSSD Mersing 2016 – Unit kokurikulum telah bersetuju untuk menghantar wakil dalam
pertandingan tersebut pada 11 & 12 Julai 2016 (Isnin & Selasa). SMK Mersing telah dipilih sebagai venue
pertandingan pada kali ini. Pemilihan telah dibuat bagi semua murid tahap 2. Dua orang murid telah
melepasi kriteria pemilihan untuk mewakili sekolah iaitu Syarif Hidayatullah bin Kadri dan Muhammad
Hakime bin Akasah. Berikut merupakan keputusan pencapaian mereka dalam pertandingan tersebut:
o Syarif Hidayatullah : menang 3 daripada 6 pusingan (tempat ke-31~40)
o Muhammad Hakime : menang 2 daripada 6 pusingan (tempat ke-41~50)
 Pengecualian murid dalam aktiviti kokurikulum – Semua murid Tahun 6 telah dikecualikan menyertai
aktiviti dan perjumpaan kokurikulum bagi memberi laluan kepada persediaan menghadapi UPSR.

Bulan 8 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan


 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan telah
diadakan seperti biasa mengikut jadual setiap minggu melibatkan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Kelab Sukan & Permainan (1M1S).
 Lawatan Kunjung Bantu KS Pembangunan Kemanusiaan JPN Johor – Dalam sesi lawatan tersebut, terdapat
beberapa perkara yang dilihat antaranya ialah pengurusan fail kokurikulum & sukan, perlaksanaan dan
laporan aktiviti mingguan, dan fasiliti sukan di sekolah.

Bulan 9 : Pengurusan Kokurikulum & Sukan

 Perjumpaan mingguan kokurikulum & sukan – Perjumpaan mingguan kokurikulum dan sukan telah
diadakan seperti biasa mengikut jadual setiap minggu melibatkan Unit Beruniform, Kelab/Persatuan dan
Kelab Sukan & Permainan (1M1S).
 Kejohanan Merentas Desa – Unit Kokurikulum telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Peringkat
Sekolah pada 27 September 2016 (Selasa) dari pukul 7.30 sehingga 10.30 pagi. Terdapat 4 kategori telah
dipertandingkan iaitu; Lelaki (Tahap 1 & 2) dan Perempuan (Tahap 1 & 2). Semua murid bersama warga
sekolah telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini dengan jayanya. Kejohanan ini juga telah berjaya
dilaksanakan mengikut perancangan.

You might also like