Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

MINISTRY OF HIGHER EDUCATION ENTREPRENEURIAL AWARDS (MEA)

COFFEE TABLE BOOK

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

Pengukuhan ekosistem keusahawanan di kolej komuniti dapat dilihat menerusi


penyertaan dalam tiga (3) kategori penganugerahan dalam MEA 2015 iaitu Best
Student Enterprise/ Start-Up Award, Best Entrepreneurship Mentor/Coach dan Best
Entrepreneurship Project Award. Sebanyak 15 penyertaan telah dihantar melibatkan
13 buah kolej komuniti.

Sebanyak 4 penyertaan telah terpilih ke peringkat akhir seperti berikut:


1) Kategori : Best Student Enterprise/Start-Up Award
Nama perniagaan : SPB SERVICES
Kolej Komuniti : KK BANDAR PENAWAR

2) Kategori : Best Entrepreneurship Project Award


Nama projek : PATIN PAHANG CRUNCHY SNACK
Kolej Komuniti : KK JERANTUT

3) Kategori : Best Entrepreneurship Mentor/Coach Awards


Nama Mentor : PUAN RAHANITA ABDUL RAHMAN
Kolej Komuniti : KK BANDAR DARUL AMAN

4) Kategori : Best Entrepreneurship Mentor/Coach Awards


Nama Mentor : PUAN SUHAILA BINTI SHAHHALIM
Kolej Komuniti : KK ARAU

Kolej Komuniti Arau telah dianugerahkan Best


Entrepreneurship Mentor - Industry Awards
menerusi Pan Shuhailla binti Shahalim.
Beliau merupakan alumni Kolej Komuniti Arau
pada tahun 2008 dalam bidang Sijil Fesyen
dan Pakaian. Menjalankan perniagaan
pembuatan dan pemasaran produk fesyen
iaitu tudung dan pakaian wanita memberikan
ruang yang luas untuk berkolaborasi dalam
melatih graduan dan pelajar Kolej Komuniti
Arau.

Mentor diangkat menjadi duta Kolej Komuniti


Arau sebagai alumni usahawan yang berjaya
sebagai penjana pekerjaan. Selain itu, beliau
turut menjadi perantis yang melatih pelajar
dan graduan serta menyediakan latihan yang
menjurus kepada keperluan industri.
Mentor melaksanakan projek yang diberi nama From Zero to Hero dimana beliau
melatih dan membimbing seramai 10 orang graduan Sijil Fesyen dan Pakaian yang
ingin menjadi usahawan.
Proses latihan melibatkan pembentukan pasukan agen jualan, peningkatan
kemahiran dalam jahitan dan reka bentuk pakaian serta pelaksanaan perniagaan
yang dirancang.

Projek ini menggunakan modal sebanyak RM 500 sebagai permulaan kepada 10


orang graduan yang dipilih dan mereka berjaya menjana pendapatan bulanan
sehingga RM 10,000.00 sebulan.

Pada tahun 2016, Kolej Komuniti telah dijemput untuk menyertai lima (5) kategori
penganugerahan dimana penyertaan pertama bagi Kategori A: Anugerah Institusi.

MINISTRY OF HIGHER EDUCATION ENTREPRENEURIAL


AWARDS 2017
“Learn, Unlearn, Relearn Entrepreneurship & Innovation”

Category A: Category B: Category C:


Outstanding Student Outstanding Graduate
Institutional Awards
Enterprise Award Enterprise Award

Category D: Category E:
Outstanding
Entrepreneurship Outstanding Student Social
Mentor Award Entrepreneurship Award

Peluang yang diberikan membuka ruang kepada 94 kolej komuniti untuk


menonjolkan perspektif dan ekosistem keusahawanan yang telah dilaksanakan di
institusi masing-masing. Penilaian awal dibuat diperingkat jabatan melibatkan 54
penyertaan yang diterima dan 17 kolej komuniti telah berjaya untuk ke sesi
pembentangan. Sebanyak 5 kolej komuniti telah dipilih bagi mewakili jabatan untuk
Kategori A: Anugerah Industri iaitu Kolej Komuniti Kuala Langat, Kolej Komuniti Arau,
Kolej Komuniti Pasir Salak, Kolej Komuniti Bandar Darul Aman dan Kolej Komuniti
Selayang.

Terdapat 20 penyertaan lain yang telah dihantar ke KPT bagi empat (4) kategori lain
yang dipertandingkan. Kolej Komuniti telah terpilih ke peringkat akhir bagi Kategori
B- Outstanding Student Enterprise Award, Kategori D- Outstanding Entrepreneurship
Mentor Award dan Kategori E- Outstanding Student Social Entrepreneurship Award.

Bagi Kategori B- Outstanding Student


Enterprise Award sebanyak 2 kolej komuniti
telah tercalon ke peringkat akhir iaitu Kolej
Komuniti Klang dan Kolej Komuniti Tampin.
Seterusnya, 3 kolej komuniti yang tercalon ke
peringkat akhir bagi Kategori D- Outstanding
Entrepreneurship Mentor Award adalah Kolej
Komuniti Kuching, Kolej Komuniti Sandakan
dan Kolej Komuniti Bandar Darul Aman
manakala Kolej Komuniti Kota Marudu dan
Kolej Komuniti Bukit Mertajam tercalon dalam
Kategori E- Outstanding Student Social
Entrepreneurship Award.

Pada tahun 2016, Kolej Komuniti Kuala Langat


telah dianugerahkan sebagai Most
Entrepreneurial Community College dan Kolej Komuniti Kota Marudu dianugerahkan
sebagai Best Outstanding Student Social Entrepreneurship Award menerusi Pitas
Social Entrepreneurship Project.

You might also like