Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

3.

0 Analisis nisbah keberuntungan yang relevan

Berdasarkan kepada pengiraan nisbah keberuntungan yang dilakukan terhadap tiga


buah syarikat yang berada di Pasaran Utama Bursa Malaysia iaitunya dua buah syarikat
melibatkan sektor telekomunikasi iaitunya DIGI Berhad dan Axiata Group Berhad dan
sebuah syarikat lagi yang melibatkan sektor media iaitu Media Prima Berhad bagi tahun
2017.

Jika dirujuk nisbah keberuntungan syarikat Digi Berhad, syarikat ini mampu menjana
keuntungan daripada setiap yang dilaburkan. Margin keuntungan kasar sebanyak 72.21%
selepas syarikat membayar semua kos barang. Dengan kata lain, daripada setiap ringgit jualan
syarikat memperolehi untung kasar sebanyak 72.21 sen. Semakin tinggi margin keuntungan
kasar, semakin baik kedudukan syarikat kerana ia adalah satu nilai yang tinggi dan menjadi
petanda yang baik kepada syarikat Digi. Bagi margin keuntungan bersih daripada jualan
selepas ditolak semua perbelanjaan yang terlibat ialah 23.29%. Syarikat Digi telah berjaya
menjana 23.29 sen keuntungan bersih untuk setiap ringgit jualan. Lebih tinggi margin
keuntungan bersih syarikat Digi lebih baiklah kedudukan syarikat sebab ia menunjukkan
pengurusan pembelian yang cekap dengan kos pembelian yang rendah. Margin keuntungan
operasi syarikat Digi adalah 31.31% ini menunjukkan bahawa syarikat Digi lebih cekap
dalam operasi dan kawalan bagi perbelanjaan operasi dalam menjana pendapatan yang lebih
tinggi sebelum cukai. Berdasarkan pengiraan pulangan atas aset tersebut, ia menunjukkan
kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset perniagaan ialah 25.31% dan ia
merupakan syarikat lebih baik dalam menguruskan aset untuk menjana keuntungan
berbanding dengan syarikat-syarikat lain. Pulangan atas ekuiti syarikat adalah 284.68% iaitu
bagi setiap ringgit yang dilaburkan akan menghasilkan pulangan sebanyak RM 284.68.
Akhirnya, syarikat Digi peroleham sesaham sebanyak RM19 untuk setiap unit terbitan
saham. Semakin besar nilai nisbah, maka lebih baik kedudukan pemegang sahamnya.

Manakala bagi nisbah keberuntungan syarikat Axiata Group berhad pula, syarikat ini
mampu menjana keuntungan daripada setiap yang dilaburkan. Margin keuntungan kasar
sebanyak 64.45% selepas syarikat membayar semua kos barang. Dengan kata lain, daripada
setiap ringgit jualan syarikat memperolehi untung kasar sebanyak 64.45 sen. Semakin tinggi
margin keuntungan kasar, semakin baik kedudukan syarikat kerana ia adalah satu nilai yang
tinggi dan menjadi petanda yang baik kepada syarikat Axiata. Bagi margin keuntungan bersih
daripada jualan selepas ditolak semua perbelanjaan yang terlibat ialah 4.76%. Syarikat Axiata
telah berjaya menjana 4.76 sen keuntungan bersih untuk setiap ringgit jualan. Lebih tinggi
margin keuntungan bersih syarikat Axiata lebih baiklah kedudukan syarikat sebab ia
menunjukkan pengurusan pembelian yang cekap dengan kos pembelian yang rendah. Margin
keuntungan operasi syarikat Axiata adalah 12.29% ini menunjukkan bahawa syarikat Axiata
lebih cekap dalam operasi dan kawalan bagi perbelanjaan operasi dalam menjana pendapatan
yang lebih tinggi sebelum cukai. Berdasarkan pengiraan pulangan atas aset tersebut, ia
menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset perniagaan ialah
1.66% dan ia merupakan syarikat lebih baik dalam menguruskan aset untuk menjana
keuntungan. Pulangan atas ekuiti syarikat adalah 3.81% iaitu bagi setiap ringgit yang
dilaburkan akan menghasilkan pulangan sebanyak RM 3.81. Akhirnya, syarikat Axiata
peroleham sesaham sebanyak RM10.10 untuk setiap unit terbitan saham. Semakin besar nilai
nisbah, maka lebih baik kedudukan pemegang sahamnya.

Seterusnya, bagi nisbah keberuntungan syarikat Media Prima Berhad, syarikat ini
mampu menjana keuntungan daripada setiap yang dilaburkan. Margin keuntungan kasar
sebanyak 92.42% selepas syarikat membayar semua kos barang. Dengan kata lain, daripada
setiap ringgit jualan syarikat memperolehi untung kasar sebanyak 92.42 sen. Semakin tinggi
margin keuntungan kasar, semakin baik kedudukan syarikat kerana ia adalah satu nilai yang
tinggi dan menjadi petanda yang baik kepada syarikat Media Prima. Bagi margin keuntungan
bersih daripada jualan selepas ditolak semua perbelanjaan yang terlibat ialah -56%. Syarikat
Media Prima tidak berjaya menjana RM 56 keuntungan bersih untuk setiap ringgit jualan.
Kemerosotan margin keuntungan bersih syarikat Media Prima tidak stabil kedudukan syarikat
sebab ia menunjukkan pengurusan pembelian yang tidak cekap dengan kos pembelian.
Margin keuntungan operasi syarikat Media Prima adalah -49% ini menunjukkan bahawa
syarikat ini tidak cekap dalam operasi dan kawalan bagi perbelanjaan operasi dalam menjana
pendapatan yang lebih tinggi sebelum cukai. Berdasarkan pengiraan pulangan atas aset
tersebut, ia menunjukkan kadar keuntungan yang diperolehi daripada penggunaan aset
perniagaan ialah 42.32% dan ia merupakan syarikat lebih baik dalam menguruskan aset untuk
menjana keuntungan. Pulangan atas ekuiti syarikat adalah -86.72% iaitu bagi setiap ringgit
yang dilaburkan akan menghasilkan pulangan sebanyak RM -86.72. Akhirnya, syarikat
Media Prima peroleham sesaham sebanyak RM58.66untuk setiap unit terbitan saham.
Semakin besar nilai nisbah, maka lebih baik kedudukan pemegang sahamnya.

You might also like