02 - Pitching Apakah DPB

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

KOPERASI DAPUR BERPUSAT KELANTAN BERHAD

APAKAH DISPLIN PERAKAUNAN BERHIKMAH ( DPB ) ?


Displin Perakaunan Bersyariat Islam

Displin Perakaunan Berhikmah ( DPB ) adalah aturan gerak kerja terpimpin bagi
memenuhi desakan mereka yang masih tercari-cari. Atau telah mendapat kesedaran tentang
bahana Riba, tetapi tidak mampu membuat rumusan dan formulasi tersendiri, dalam
menyelesaikan pelbagai tekanan kewangan yang berpunca dari penyakit Sindrom Kitaran
Maut Kewangan (Sindrom KMK) yang membelit kehidupan.

DPB memanfaatkan kelebihan ICT dalam menganalisa tahap tanggungan dan ketirisan
bajet pelanggan akhir, selaku pelaksana amanah Aturan Profile Displin Perakaunan
Berhikmah (DPB) hasilan koperasi. Bagi mempastikan apa jua sasaran yang ditetapkan,
mampu di atasi secara terampil dan tuntas. TANPA melibatkan pertambahan kos pelaksanaan.

DPB menyedia jalan keluar unik dari tanggungan ansuran keterhutangan bulanan.
Sehinggakan, jika dihajati, mampu menutup sebahagian besar tanggungan Kos Perbelanjaan
Operasi. Agar tidak berlaku sebarang penyusutan dalam nisbah untung bersih pendapatan.
Disamping, menyempurnakan proses lindung nilai keuntungan pendapatan yang dijana.

Kaedah DPB amat mudah dilaras, disemak, ditentusah, dikawalselia serta dilipatganda
bagi memberi kesan impak yang berbeda terhadap pelbagai beban kewangan. DPB
memiliki keupayaan merangsang pemasaran kreatif dengan menjolak jualan, tanpa
bergantung kepada bajet pemasaran yang tinggi, demi melestari hayat perniagaan.

Impak DPB mudah diolah, bergantung kepada KEPERLUAN yang dihadapi serta
KEMAMPUAN pelanggan bagi membantu meningkat tabungan simpanan, aset Emas dan
agihan infak berkualiti, TANPA pergantungan kepada perolehan sumber pendapatan sahaja.

Gandingan penerapan Budaya Penjimatan dan Budaya Infak yang disepadukan


secara mampan mampu jadi penawar berkesan dalam menghalang kecederungan amalan
Riba Dalam Jual Beli (Riba al-Buyu) bagi janaan keuntungan. Serta meluntur sebarang
desakan perlakuan Pecah Amanah dan budaya Rasuah yang sering membarahi para
usahawan dan masayarakat.

In’sha Allah, wallahu’alam bishawab.

SALLEHUDDIN SA'AD

You might also like