Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

SMK TEBONG 76460 TEBONG MELAKA

Tel / Fax :064486587 | E-mail : 1govuc\MEA0102.moe.edu.my


https://mea0102.wixsite.com/smktebong
_________________________________________________________________________
_______

Rujukan Kami : SMKT/HEM/700.4.1/2021(1)

Tarikh : 20 Januari 2021

Kepada

PUAN ANAWATI BINTI ABDUL RAHMAN


GKMP SAINS DAN MATEMATIK SMK TEBONG

Tuan/Puan,

PENURUNAN KUASA MELAKSANAKAN HUKUMAN ROTAN

Merujuk perkara di atas, dengan ini saya menurunkan kuasa melaksanakan hukuman rotan yang
diperuntukkan kepada saya selaku Pengetua SMK Tebong Melaka, sejajar dengan PERATURAN 6,
PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN
1957 kepada Tuan/Puan mulai 20 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021.

2. Walau bagaimanapun Tuan/Puan diperingatkan agar dapat mematuhi PERATURAN 5(1)(b),


PERATURAN-PERATURAN PELAJARAN (DISIPLIN SEKOLAH) 1959, di bawah ORDINAN PELAJARAN
1957 berhubung dengan syarat pelaksanaan hukuman rotan yang dinyatakan seperti berikut :

Peraturan 5(1) (b)

Hukuman dera kepada murid-murid lelaki oleh seseorang guru atau lain-lain kakitangan
sekolah adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau
pun di punggung yang berlapik dengan pakaian dan hendaklah dijalankan hanya oleh
Pengetua ataupun dengan kuasa nyata yang diberi olehnya kepada guru lain, dalam hal yang
tertentu.

3. Adalah diharapkan hukuman rotan ini hanya dilaksanakan sebagai langkah terakhir dalam usaha
mengawal disiplin di kalangan murid-murid.

Sekian, terima kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

................................................

You might also like