PEP PERCUBAAN 2 TUSZA Dan SKEMA

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 18

NAMA :- ………………………………………………………..

TINGKATAN :- …………………

900 /1 STPM 2022

PENGAJIAN AM
SEMESTER 1
( Dua jam )
PTE SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2
SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA
( MALAYSIA HIGHER SCHOOL CERTIFICATE )

Arahan kepada calon:


Untuk kegunaan pemeriksa
JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA
DIBENARKAN BERBUAT DEMIKIAN Bahagian A
 
Kertas ini mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian A,B dan C.
Calon dikehendaki menjawab semua soalan dalam bahagian A dan Bahagian B
Bahagian B, dan dua soalan dalam Bahagian C. 16  
Bahagian A : Tulis jawapan dalam ruang jadual yang telah
disediakan. 17
Bahagian B : Tulis jawapan pada ruang yang disediakan. 18  
Bahagian C :Tulis jawapan dalam kertas kajang anda. Mulakan
setiap jawapan anda pada helaian kertas yang baharu dan susun 19  
jawapan mengikut tertib berangka. Bahagian C
   
   
JUMLAH  

Kertas soalan ini terdiri daripada 9 halaman bercetak .

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh:

………………………. …………………….. ………………………..


(NORINI BINTI AHMARI) (NUR JANNAH BINTI KASIRU) (TN HJ MD ZAMRI BIN SAMAT)
Guru Pengajian Am Ketua Unit Pengajian Am GPK Tingkatan 6

1
Bahagian A [15 markah]
1. Yang manakah ciri-ciri negara berdaulat?
I Tidak dijajah oleh kuasa luar
II Mempunyai sempadan yang tetap
III Kerajaan yang teratur
IV Berupaya menjalin hubungan diplomatik dengan negara lain
A 1 dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

2. Apakah tujuan doktrin pengasingan kuasa diwujudkan?


A Mewujudkan kerjasama dalam pentadbiran
B Menentukan fungsi badan yang berbeza
C Mengelakkan pemusatan kuasa
D Mewujudkan pentadbiran yang berkesan

3. Yang manakah benar tentang Perlembagaan Persekutuan?

I Tidak boleh dibuat pindaan

II Asas kepada pembentukan kerajaan

III Merupakan undang-undang tertinggi

IV Diluluskan oleh Mahkamah Persekutuan

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

4. Yang manakah anggota penjawat awam


I Setiausaha Politik
II Setiausaha Kerajaan Negeri
III Setiausaha Parlimen
IV Ketua Setiausaha Negara

A. I dan II C. II dan IV
B. I dan III D. III dan IV

2
5.
 mempersetujui atau tidak mempersetujui perbuatan, amalan
atau upacara agama yang meliputi seluruh Persekutuan
 menimbang perkara-perkara yang ada kaitan dengan dasar-
dasar negara
Perkara di atas merujuk kepada bidang kuasa
A Parlimen
B Kabinet
C Majlis Raja-Raja
D Yang Dipertuan Agong

6 Antara berikut, yang manakah merupakan tugas Yang di-Pertuan Agong di Parlimen?
I Menggubal rang undang-undang
II Merasmikan persidangan Dewan Rakyat dan Dewan Negara
III Melantik senator
IV Mengambil bahagian dalam perbahasan di Parlimen
A I dan II C I dan IV
B II dan III D III dan IV

7. Yang manakah keanggotaannya bergantung kepada keputusan sesuatu pilihan raya


umum secara langsung?
I Ahli Dewan Rakyat
II Ahli Dewan Negara
III Ahli Dewan Undangan Negeri
IV Ahli Kabinet
A I dan II C II dan III
B I dan III D III dan IV

8 Pilih padanan yang betul bagi kes dan mahkamah yang mengadilinya.

Kes Mahkamah yang mengadili


I Seorang juvana yang dituduh Mahkamah Tinggi
membunuh
II Sepasang kekasih beragama Islam Mahkamah Syariah
ditangkap sedang berkhalwat
III Seorang askar yang dituduh mencuri Mahkamah Tentera
IV Seorang Yang diPertua Negeri yang Mahkamah Khas
berhutang dengan sebuah bank

3
A I dan II C I dan III
B II dan IV D III dan IV

9. Setelah Dewan Undangan Negeri dibubarkan, beberapa perkara tertentu hendaklah


dilaksanakan dalam tempoh 120 hari. Yang manakah perkara yang terakhir sekali
dilaksanakan?

A Penamaan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya


B Rakyat membuang undi dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri
C Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri
D Pelantikan Speaker Dewan Undangan Negeri

10. Yang manakah menunjukkan penglibatan rakyat Malaysia dalam sesebuah negara
demokrasi ?

I Rakyat yang memilih Ketua Negara

II Rakyat diwajibkan mengundi

III Rakyat memilih wakil ke Dewan Rakyat

IV Rakyat berhak memilih kerajaan melalui pilihan raya

A. I dan II C. II dan III


B. I dan IV D. III dan IV

11. Yang manakah benar tentang pelantikan ahli panel bagi badan pengadilan berikut

Pelantikan ahli panel Pihak yang terlibat


I Mahkamah Tentera Menteri Dalam Negeri

II Mahkamah Perusahaan Menteri Sumber Manusia

III Tribunal Tuntutan Pengguna Menteri Kewangan

IV Mahkamah Kanak – kanak (Juvenil) Menteri Pembangunan Wanita,


Keluarga dan Masyarakat

A. I dan II C. II dan III


B. I dan III D. III dan IV

4
12 Yang manakah antara padanan berikut adalah tepat mengenai Jadual Kesembilan
Perlembagaan Persekutuan?

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama


A Perpustakaan Pelancongan Kebudayaan dan sukan
B Kajian, siasatan dan Pertanian dan Perkhidmatan bomba
penyelidikan perhutanan
C Kutu rayau Agama Perancangan bandar
dan kampung
D Syarikat kerjasama Menangkap ikan di Perparitan dan
sungai pengairan

13.

Badan Berkanun Badan tidak Berkanun


I Ditubuhkan di bawah Akta Parlimen atau Di tubuhkan di bawah Akta
Enakmen DUN Syarikat
II Jabatan Perkhidmatan Awam mesti dirujuk Bebas mengambil kakitangan
sebelum mengubah bilangan pekerja
III Anggaran belanjawan tahunan tertakluk Anggaran belanjawan tahunan
kepada kawalan agensi pusat tertakluk kepada kawalan agensi
pusat
IV Dikawal oleh menteri secara tidak lansung Dikawal oleh menteri secara terus

Antara berikut, yang manakah benar tentang Badan Berkanun dan Badan Tidak
Berkanun ?
A I dan II C II dan IV
B I dan III. D III dan IV

14 Manakah antara pernyataan berikut benar mengenai kuasa Pihak Berkuasa Tempatan
I Menggubal undang-undang kecil tentang penggunaan tanah negeri
II Mengarahkan penutupan premis perniagaan yang kotor
III Mendaftarkan dan mengeluarkan lesen syarikat perniagaan
IV Mengenakan kompaun terhadap salah laku mengenai papan iklan perniagaan

5
A I dan II C I dan III
B II dan IV D III dan IV

15. Antara yang berikut merupakan prinsip utama tadbir urus terbaik kecuali
A Menerajui transformasi perkhidmatan
B Pengurusan Perubahan
C Fokus kepada pelanggan
D Akauntabiliti dan Integriti

TULIS JAWAPAN BAHAGIAN A DALAM RUANG YANG DISEDIAKAN DI BAWAH INI

1. 4. 7. 10. 13.

2. 5. 8. 11. 14.

3. 6. 9. 12. 15.

6
Bahagian B [15 markah]
16. Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi namun
Perlembagaan Persekutuan masih boleh dipinda. Jelaskan tiga cara pindaan perlembagaan
dibuat. [3]

i)………………………………………………………………………………………………..

ii)………………………………………………………………………………………………..

iii)……………………………………………………………………………………………….

17. Namakan empat kategori undang-undang bertulis di Malaysia . [4]

i)………………………………………………………………………………………………

ii)………………………………………………………………………………………………

iii)……………………………………………………………………………………………..

iv)………………………………………………………………………………………………

18. Nyatakan empat peranan kerajaan dalam sesebuah negara. [4]

i)……………………………………………………………………………………

ii)……………………………………………………………………………………….

iii)……………………………………………………………………………………

iv)………………………………………………………………………………………

7
19. Huraikan dua langkah yang perlu dilaksanakan dalam memantapkan sistem penyampaian
khidmat awam Malaysia. [4]

i)……………………………………………………………………………………

……………………………………………………………………………………….

ii)……………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………………………

8
Bahagian C: [ 50 markah]

Pilih dua daripada tajuk di bawah ini dan tulis karangan yang panjangnya antara 300
hingga 350 patah perkataan . Calon hendaklah mengemukakan lima isi atau idea sahaja
bagi karangan yang dihasilkan.

20. Kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini disebabkan oleh

pelbagai punca. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk

membendung kenaikan harga tersebut. Bincangkan.

21. Penggunaan dan pengintegrasian teknologi moden secara meluas dalam bidang
pertanian telah mendatangkan pelbagai kebaikan. Huraikan.

22. Pelaksanaan e-Kerajaan penting dalam pembangunan negara namun kerajaan tetap

menghadapi pelbagai halangan dalam pelaksanaan e-Kerajaan. Bincangkan.

9
SKEMA JAWAPAN PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2 TUSZA TAHUN 2022

BAHAGIAN A :-
1. B 4. C 7. B 10. D 13. A
2. C 5. C 8. A 11. C 14. B
3. C 6. B 9. C 12. D 15. A

BAHAGIAN B :-
16.Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi namun
Perlembagaan Persekutuan masih boleh dipinda. Jelaskan tiga cara pindaan perlembagaan
dibuat. [3]

i) mendapat pungutan suara majoriti mudah ahli hadir Majlis Parlimen

Ii) mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen


iii) mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen dan perkenan Majlis
Raja-Raja
iv) mendapat pungutan suara majoriti 2/3 keahlian Majlis Parlimen dan perkenan Yang
DiPertua Negeri Sabah atau Sarawak
(pilih mana-mana 3 jawapan berkenaan)

17. Namakan empat kategori undang-undang bertulis di Malaysia . [4]


i) Perlembagaan Persekutuan
ii) Perlembagaan Negeri
iii) Akta
iv) Enakmen
v) Ordinan
vI ) Undang-undang kecil / Perundangan kecil
vii) Undang-undang subsidiari

18. Nyatakan empat peranan kerajaan dalam sesebuah negara. [4]


i) Menentukan arah pentadbiran negara
ii) Menyediakan kemudahan ekonomi
iii) Menyediakan pelbagai perkhidmatan
iv) Menjaga ketertiban dan keamanan negara
v) Melindungi alam sekitar
vi) Menyediakan keperluan asas
vii) Menjaga kedaulatan negara
Viii) Memastikan keharmonian dan kesejahteraan rakyat

10
19. Huraikan dua langkah yang perlu dilaksanakan dalam memantapkan sistem penyampaian
khidmat awam Malaysia. [4]

i) Membudayakan kreativiti dan inovasi Penjawat awam harus berfikir luar dari
lingkungan kebiasaan iaitu
berfikiran kritis dan konstruktif dalam
menunaikan tanggungjawab yang
diamanahkan kepada mereka

ii) Mementingkan kecekapan bertindak dan Kepantasan bertindak akan menambah


membuat keputusan keyakinan rakyat terhadap kerajaan dan
meningkatkan had laju kitaran wang dalam
sistem ekonomi negara
iii ) Mengutamakan nilai untuk wang Pembaziran, penyelewengan, dan salah urus
harus dihapuskan dalam pengurusan
kewangan awam – setiap sen yang
dibelanjakan seharusnya mendapat pulangan
nilai paling maksimum kepada kerajaan dan
rakyat
iv) Membudayakan nilai integriti Transformasi bukan sahaja menuntut
perubahan fizikal semata-mata tetapi juga
melibatkan pembangunan sosial, budaya,
intelek, dan juga rohani –fokus turut
melibatkan pemantapan etika dan integriti
yang perlu menjadi budaya masyarakat

11
20. . Kenaikan harga barang yang semakin menjadi-jadi akhir-akhir ini disebabkan oleh
pelbagai punca. Oleh itu, kerajaan perlu mengambil pelbagai inisiatif untuk membendung
kenaikan harga tersebut. Bincangkan.

Bil Idea Huraian


Punca
1 Kenaikan harga  Harga minyak yang tidak stabil dengan sering meningkat di
minyak/petrol pasaran antarabangsa telah memberi kesan kepada harga
minyak tempatan.
 Kenaikan harga minyak menyebabkan kos pengeluaran
meningkat.
 Kenaikan ini menyumbang kepada kenaikan kos
pengangkutan, kos pengeluaran serta pemasaran meningkat
di semua peringkat.
 Peniaga memindahkan kenaikan kos kepada pembeli untuk
mengekalkan margin keuntungan.

2 Kelemahan  Jumlah penguatkuasa yang kurang menyukarkan kerja


penguatkuasaan pemantauan.
undang-undang.  Pemantauan dilakukan secara bermusim/jika hanya ada
aduan dibuat pengguna.
 Perbuatan menyorok barang dengan tujuan menaikkan
harga masih berlaku
 Ada segelintir penguatkuasa yang terlibat dengan rasuah
 Hukuman dan denda yang dikenakan tidak menakutkan
peniaga dan pemborong.

3 Sikap tamak peniaga  Ada segelintir peniaga yang mengambil kesempatan dengan
menaikkan harga barangan apabila permintaan meningkat.
 Terdapat juga peniaga yang memonopoli sesuatu barangan
dengan cara mengurangkan pengeluaran supaya harga
barangan dapat ditingkatkan.
 Segelintir peniaga menyimpan stok barangan untuk tujuan
menaikkan harga.
 Sikap tamak peniaga yang ingin mengekalkan keuntungan
dengan cara menaikkan harga apabila kos pengeluaran
meningkat.

4 Pengurangan  Subsidi diberi oleh kerajaan untuk membantu rakyat.


subsidi / kenaikan  Subsidi diselaraskan bagi mengurangkan perbelanjaan
cukai barangan kerajaan dan meningkatkan pengeluaran negara.
 Hal ini menyebabkan harga barangan tertentu yang
dikurangkan subsidinya meningkat.
 Sebagai contoh, pengurangan subsidi untuk barangan

12
keperluan asas seperti minyak, tepung dan gula.
 Kenaikan cukai terhadap sesetengah produk import dan
pengenalan cukai barangan juga menyumbang kepada
kenaikan harga barang.

5 Kebergantungan  Kenaikan harga barangan juga berpunca daripada terlalu


kepada barangan bergantung kepada barangan import.
import  Bahan makanan seperti sayur, buah-buahan, tepung, daging
dll terlalu bergantung dari luar.
 Kejatuhan nilai ringgit/kenaikan mata wang asing
menyebabkan harga barangan import meningkat.
 Jika berlaku bencana alam di negara pengeksport, akan
berlaku kenaikan harga barangan import dan pengguna
terpaka membayar lebih untuk mendapatkan baranga
tersebut.

6 Permintaan pasaran  Permintaan yang luar jangkaan iaitu permintaan pasaran


lebih tinggi lebih tinggi daripada pasaran.
 Pada musim perayaan / kenduri kahwin permintaan akan
meningkat dan menyebabkan kenaikan harga barang.

7 Bencana alam  Banjir dan kemarau yang berpanjangan


 Musim tengkujuh dan kemarau hasil tanaman sayuran dan
buahan berkurangan
 Hadkan export hasil ternakan , sayuran, buahan dan
makanan ke luar negara sehingga harga barangan
menjulang. .

Langkah Kerajaan
7 Memperkasakan  Kerajaan melalui agensi seperti KPDNKK membuat
penguatkuasaan pemantauan secara menyeluruh dan berterusan.
undang-undang  Peniaga yang menaikkan harga melebihi harga siling
hendaklah dikenakan hukuman.
 Melaksanakan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan untuk
mengekang kenaikan harga
 Lawatan mengejut ke premis perniagaan.
 Mengkaji semula hukuman dan denda yang ada supaya
hukuman dan denda yang lebih berat dikenakan kepada
peniaga yang engkar dengan peraturan.

8 Pendidikan  Pendidikan kepenggunaan diperluaskan ke semua peringkat


lapisan masyarakat dari peringkat sekolah.sehingga ke pusat
pengajian tinggi
 Pendidikan secara tidak formal oleh ibu bapa dan keluarga

13
dalam aspek perbelanjaan kewangan

9 Meningkatkan  Tahap kesedaran dan pengetahuan pengguna dapat


kesedaran awam / dipertingkatkan melalui program yang disediakan oleh
pengguna kerajaan.
 Pengguna dididik untuk mengetahui hak mereka sebagai
pengguna dan cara menjadi pengguna yang bijak
 Mesej kerajaan boleh disampaikan melalui pelbagai media
massa..

10 Memperkenalkan  Kerajaan menawarkan beberapa produk sebagai alternatif


jenama/produk kepada pengguna dengan harga yang berpatutan
1Malaysia sebagai  Kedai Rakyat 1Malaysia, Kedai Kain 1Malaysia dan Menu
alternative Rakyat 1Malaysia dapat mengurangkan beban rakyat kerana
harganya lebih murah
 Memperkukuh dan menggalakkan pembelian produk buatan
Malaysia bagi mengatasi kesan kenaikan harga produk
import.

11 Mengamalkan Dasar  Kerajaan menaikkan cukai dan mengurangkan perbelanjaan


Fiskal Menguncup dan kemampuan membeli masyarakat akan menurun.
 Akan mengurangkan perbelanjaan dan permintaan agregat.
 Menyebabkan harga menurun dan inflasi dapat diatasi.

12 Mengadakan  Mengawal kesatuan sekerja daripada menuntut kenaikan


kerjasama dengan upah semasa
Kesatuan Sekerja  Kerajaan dan kesatuan majikan boleh berunding dengan
kesatuan sekerja supaya tidak menuntut kenaikan upah yang
keterlaluan.

Kesimpulan
Diharapkan dengan tindakan dan langkah pencegahan oleh pihak kerajaan ini dapat
mengekang kenaikan harga barang.

Skema jawapan : 3 + 2 / 2 + 3

14
21. Penggunaan dan pengintegrasian teknologi moden secara meluas dalam bidang pertanian
telah mendatangkan pelbagai kebaikan. Huraikan .

Pengenalan

Sektor pertanian di negara ini harus bergerak ke arah penggunaan teknologi moden. Hal ini demikian
kerana pelbagai kebaikan dapat diperoleh menerusi penggunaan dan pengintegrasian teknologi moden
dalam bidang pertanian.

BIL IDEA HURAIAN

KEBAIKAN
1. Meningkatkan pengeluaran
hasil pertanian  Teknologi pertanian membantu para petani untuk
meningkatkan pengeluaran dalam jangka masa yang pendek
 Pelbagai jenis tanaman dapat dihasilkan tanpa mengira
musim ataupun masa
 Pengeluaran padi dapat dilakukan sebanyak lima kali dalam
masa dua tahun

2. Mempelbagai kaedah  Tapak pertanian yang moden dan tidak bergantung kepada
pertanian alternatif tanah
 Tanah yang tidak subur dapat dipulihkan dengan kaedah
moden
 Penanaman tidak bergantung kepada cuaca dan muka bumi

3. Menghasilkan baka berkualiti  Dengan menggunakan kemajuan bidang bioteknologi, baka


baru dalam bidang pertanian dihasilkan
 Penggunaan teknologi berasaskan nuklear mampu
menghasilkan baka tumbuh – tumbuhan yang baik dan
bermutu
 Baka baru ini mempunyai daya ketahanan yang tinggi, lebih
berkualiti dan berupaya mengeluarkan hasil dalam jangka
masa singkat
4 Meningkatkan penggunaan  Sistem pengairan dan pembajaan yang sistematik dan moden
kaedah pertanian moden  Sistem menghasilkan produktiviti yang tinggi dan berkualiti
 Aktiviti pertanian dapat dijalankan sepanjang tahun
 Masalah kualiti tanaman dan kekurangan air dapat
dikurangkan

5. Menghasilkan pengeluaran
tanaman yang berkualiti  Ciptaan sains seperti penggunaan peti sejuk dapat
memastikan hasil – hasil pertanian dapat disimpan dan tahan
lebih lama.
 Tempoh matang hasil pertanian dilambatkan dan
dipanjangkan untuk tujuan eksport
 Buah – buahan dan sayur- sayuran kekal segar untuk tempoh
yang lama

15
6 Memelihara alam sekitar  Penyelidikan dan pembangunan pertanian meransang
ekosistem yang baik
 Tanaman masih berkualiti walau tidak menggunakan bahan –
bahan kimia yang boleh menyebabkan pencemaran alam
sekitar
 Nutrien tanah masih dapat dikekalkan dengan menggunakan
kaedah pertanian moden

7 Mempelbagai jenis tanaman  Menanam tanaman yang tidak pernah ditanam di negara kita
pada masa dahulu
 Teknologi pertanian dapat mengubahsuai genetik dan mutu
tumbuhan
 Contoh : strawberi, anggur, rock melon

Kesimpulan:

Teknologi moden banyak mendatangkan kebaikan kepada bidang pertanian, khususnya membantu
meningkatkan pengeluaran produk pertanian yang berkualiti

Jawapan :- 5 + 0

16
22. Pelaksanaan e-Kerajaan penting dalam pembangunan negara , namun kerajaan tetap
menghadapi pelbagai halangan dalam pelaksanaan e-Kerajaan . Bincangkan .

Pengenalan

Kerajaan eletronik (e-Kerajaan) merupakan inisiatif pihak kerajaan pihak kerajaan memanfaatkan
perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk kepentingan masyarakat dan
negara.

BIL IDEA HURAIAN

KEPENTINGAN

1. Memudahkan perkhidmatan  Alat pencegahan rasuah yang sangat berkesan


 Menyediakan borang dan perkhidmatan pelesenan atas talian
untuk memudahkan orang ramai
 Urusan mudah, kos murah dan cepat
 Jimatkan penggunaan kertas

2. Meningkatkan mutu dan  Orang ramai menggunakan kemudahan untuk berurusan


kecekapan sektor awam dengan lebih cekap dan pantas melalui laman web
www.gov.my
 Tidak perlu ke kaunter pejabat perkhidmatan awam
 Boleh diakses di hujung jari
 Pembayaran bil utiliti, semakan saman traffic, pendartaran
perniagaan, penghantaran tender kerajaan dilakukan secara
terus dalam talian
 Kurang berlaku kesilapan pengiraan data

3. Kerajaan lebih terbuka dan  Pelbagai info berkaitan kerajaan dan pentadbiran dapat
telus dimuatkan dalam laman web
 Orang ramai boleh mengakses pada bila-bila masa
 Menerbitkan debat dalam parlimen dan minit mesyuarat
pentadbiran dalam laman web kerajaan

4. Menyebarluaskan dasar  Dasar, program, kempen dan buletin kerajaan dapat


kerajaan disebarkan dengan lebih meluas dan berkesan
 Mempercepat sistem penerangan dan penyampaian kerajaan
 Maklumat sampai ke seluruh pelusuk negara

17
HALANGAN

5. Menambah tenaga pakar ICT  Menempatkan seorang pakar sekurang-kurang seorang untuk
setiap jabatan
 Menyediakan kursus-kursus berasaskan ICT kepada
kakitangan awam
 Menambah bilangan kursus ICT di institusi pengajian tinggi
 Hasilkan aplikasi atas talian yang mesra pengguna

6. Meningkatkan infrastruktur  Kerajaan membina prasarana teknologi maklumat bertaraf


ICT dunia seperti jalur lebar
 Memastikan bekalan eletrik sisalurkan kepada rakyat di
seluruh negara
 Meluaskan liputan komunikasi dan jalur lebar
 Pemberian komputer 1 Malaysia, penubuhan makmal
komputer ICT, kampung tanpa wayar, mytv decoder,

7. Menyediakan peruntukan dana  Menambah perutukan kewangan bagi menjamin kemudahan


kerajaan
 Kemudahan ini dapat dinikmati oleh semua rakyat
 Kerajaan memperuntukkan yang tinggi bagi aplikasi
teknologi maklumat

8. Cabaran memberi galakkan dan  Memberi galakan dan pengiktirafan kepada agensi yang
insentif mengaplikasikan pengurusan atas talian
 Pengecualian cukai pendapatan keapda individu yang
membeli peralatan ICT

9. Meningkatkan kesedaran  Mendedahkan kepada orang ramai cara penggunaan aplikasi


melalui pendidikan e-Kerajaan
 Kempen dan promosi dalam kalangan masyarakat untuk
menerima sepenuhnya penggunaan teknologi dalam
penyampaian awam
 Penyampaian maklumat tentang kemudahan menggunakan e-
kerajaan menerusi media massa mahupun media eletronik

Kesimpulan:

e-Kerajaan dapat mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan pentadbiran kerajaan. e-Kerajaan


merupakan satu transformasi daripada pihak kerajaan kepada perkhidmtan awam

Jawapan : 2+3 / 3+2

18

You might also like