Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

PERSATUAN SUKAN BOKSING DAERAH PASIR PUTEH,

NEGERI KELANTAN.
PT 1498, Taman Harmoni, Sungai Petai, 16800 Pasir Puteh, Kelantan.

Tarikh : 27.12.2021.

YABhg. Dato Sri Mohd Fared Bin Hj. Ab. Ghani


Presiden
Persatuan Sukan Boksing Negeri Kelantan (PSBNK)
Lot 484A, Batu 2, JalanPengkalanChepa
15400 Kota Bharu.
Kelantan.

YABhg. Dato' Sri Presiden,

USUL PERLAKSANAAN PROSIDING JAWATANKUASA TATATERTIB


PERSATUAN SUKAN BOKSING NEGERI KELANTAN (PSBNK)

Dengan segala hormatnya saya merujuk YABhg. Dato' Sri kepada perkara tersebut di
atas.

2. Dengan hormatnnya seperti yang tersedia maklum, bahawa beberapa hari ini
PSBNK telah melalui krisis kemelut perebutan kuasa yang melibatkan ahli-ahli
Jawatankuasa Induk dan ahli-ahli gabungan hingga berlaku pelanggaran tatacara dan
aturan Perlembagaan.
Kemelut ini telah memuncak pada hari Mesyuarat Agung Tahunan PSBNK Kali Ke-9
Tahun 2021 (AGM 2021) yang telah diadakan pada 11.12.2021 lepas dimana
perwakilan-perwakilan yang telah hilang kelayakannya cuba bertanding bagi Pemilihan
Jawatankuasa Induk PSBNK sesi 2021-2023.

3. Tindakan perwakilan-perwakilan khususnya daripada Persatuan Sukan Boksing


Daerah Bachok (PSBDB) dan Persatuan Sukan Boksing Daerah Rantau Panjang
(PSBDRP) yang cuba untuk bertanding semasa pemilihan telah mengakibatkan
kekecohan sehingga campurtangan PDRM diperlukan untuk meredakan keadaan.

4. Tidak berpuas hati dengan situasi yang berlaku, perwakilan-perwakilan tersebut


cuba sekali lagi mengadakan AGM 2021 yang tidak sah berikutan ketidakhadiran
pemegang-pemegang Jawatankuasa Induk PSBNK dengan pertolongan Setiausaha
PSBNK, En. Mohd Kamil Bin Ismail pada 26.12.2021 semalam.

5. Seperti mana YABhg. Dato' Sri Presiden sedia maklum, beberapa ahli gabungan
telah menyuarakan aduan mereka samaada secara lisan mahupun bertulis kepada
Jawatankuasa Induk PSBNK bagi melaporkan salah laku oleh ahli-ahli gabungan
terbabit yang cuba melanggar aturan dan tatacara Perlembagaan. Ini termasuk
laporan berkenaan majlis AGM 2021 diadakan pada 26.12.2021 semalam
5. Saya telah difahamkan bahawa Setiausaha PSBNK dan Timbalan Presiden
PSBNK, Rizalman Bin Yunus telah menyalahgunakan kedudukan mereka untuk
mengadakan AGM 2021 dengan terdapat pemilihan ahli-ahli Jawatankuasa Induk
PSBNK sesi 2021-2023 dibuat tanpa notis resmi dan tanpa kehadiran perwakilan-
perwakilan yang sah dan yang berkenaan.

5. Saya selaku Pengerusi Persatuan Sukan Boksing Daerah Pasir Puteh dan Ahli
Jawatankuasa PSBNK dengan ini menzahirkan kerisauan saya terhadap situasi terkini
memandangkan hasil aduan yang diterima daripada ahli-ahli gabungan yang lain
melaporkan penglibatan perwakilan-perwakilan berkenaan di dalam sindiket Ah Long
yang berpengaruh di negeri Kelantan.
Perkara ini sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menyebabkan program
perkembangan sukan boksing negeri Kelantan oleh PSBNK tergendala.
Malahan,pengaruh-pengaruh yang dibawa oleh perwakilan-perwakilan yang terlibat
akan menyebabkan kebejatan sosial dikalangan masyarakat negeri Kelantan turut
terkesan.

6. Sehubungan itu, saya menggesa YABhg. Dato' Sri Presiden sebagai pucuk
pimpinan PSBNK untuk melaksanakan suatu prosiding Tatatertib melalui Jawatankuasa
Tatatertib yang dilantik bagi memastikan perwakilan-perwakilan berkenaan dihukum
dan diadili sejajar dengan peruntukkan Perlembagaan.
Saya berharap keseluruhan pihak Jawatankuasa Induk PSBNK dapat memberikan
perhatian penuh terhadap situasi yang berlaku dan seterusnya memenuhi tugas-tugas
fidusinya dengan melindungi institusi PSBNK daripada sebarang anasir-anasir luar
yang cuba mengancam kestabilan dan keharmoniannya.

Sekian, terimakasih.

(MOHD ALI BIN MOHD YASIN)


Pengerusi
Persatuan Sukan Boksing Daerah Pasir Puteh
dan
Ahli Jawatankuasa PSBNK

You might also like