Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 6
[BU PEJABAT ue ABRTAN PENGANGKUTAN JALAN MALAYSIA Pais @ AAS 3S NO. 2OMLAK TUN HOSSENL, PEASIARAN PERDANA PaSIN 4 acm. | ave mnosnin PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN. Telefaks +03 8881 0253 62100 PUTRAJAYA Laman Web : wip. gov.my Ruj.Kami : JPJ.BK.100-1/5/1 JLD.5(4) Tarikh: Nf Januari 2022 “SEGERA DENGAN EMAIL” Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri YBhg. Dato'/Tuan/Puan, ARAHAN PENGUATKUASAAN BIL. 1 TAHUN 2022 OPERAS! PENGUATKUASAAN PERAYAAN SEMPENA TAHUN BARU CINA (TBC) 2022 4. TUJUAN 1.1 Surat Pekeliling ini bertujuan menetapkan arahan kepada JPJ Negeri bagi pelaksanaan tindakan penguatkuasaan yang akan dijalankan sempena Perayaan Tahun Baru Cina (TBC) 2022. 1.2. Arahan Penguatkuasaan ini akan bermula pada 25 Januari hingga 8 Februari 2022, serentak dengan tarikh Ops Selamat Polis DiRaja Malaysia (PRM). 2. OBJEKTIF PENGUATKUASAAN 2.1 Memastikan kelancaran pergerakan perjalanan pengguna jalan raya dengan lebih selamat berteraskan slogan “Pandu Cermat dan Sentiasa Selamat Sampai ke Destinasi”. 2.2 Memastikan pengurusan aktiviti penguatkuasaan TBC 2022 dilaksanakan dengan lebih efektif bagi mencapai sasaran pengurangan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan jalan raya 2.3 Memastikan kecekapan operasi perkhidmatan pengangkutan awam bagi peningkatan keselamatan, kualiti dan keboleharapan perkhidmatan kepada Pengguna 2.4 Menguatkuasakan dengan tegas bagi pematuhan perundangan dan peraturan Sembilan (9) Kesalahan Utama dan Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan untuk memastikan keselamatan pengguna jalan raya ke arah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan dalam tempoh perayaan TBC 2022 yang dijalankan, SASARAN HASIL. 3.1 Penguatkuasaan di semua lokasi strategik (termasuk black spot) meliputi laluan utama negeri dan di lebuh raya bagi mengurangkan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan di musim perayaan. 3.2 Mencapai (50% - 75%) Perception of Being Caught (POBC) dan kebolehlihatan penguatkuasaan bagi peningkatan pematuhan tingkah laku pemanduan selamat melalui pengurangan melakukan kesalahan_trafik berulang di jalan raya. 3.3 Penguatkuasaan yang lebih tegas ke atas Sembilan (9) Kesalahan Utama bagi penurunan kadar kemalangan dan kematian akibat kemalangan khususnya melibatkan pengguna motosikal (mencapai 30% notis JPJ P22 — rujukan statistik kes Ops TBC 2019). 3.4 Memastikan undang-undang, peraturan dan SOP operasi kenderaan Perkhidmatan awam dan barangan mencapai (90% - 100% pemeriksaan) untuk keselamatan pengguna pengangkutan jalan. 441 Pemeriksaan Bas di Depoh akan bermula 20 hingga 24 Januari 2022 sebagai Pra-Ops TBC 2020. <) clempon-penauatkuasaan-18C-2022-adalatyselama dua minggu taiti-can 2ixiomuanishingganieieimmaris®O20 tidak termasuk dua (2) hari cut umum perayaan Tahun Baru Cina pada 1 & 2 Februari 2022 ____TARIKH PENGUATKUASAAN Sebelum Perayaan " 25=31 Januari 2022 Selepas Perayaan 3-8 Februari 2022 4.3 Tarikh Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2022 adalah seperti berikut : TARIKH LARANGAN Sebelum Perayaan 30 & 31 Januari 2022 Selepas Perayaan 3 & 4 Februari 2022 Jadual Larangan Pemanduan Kenderaan Barangan musim perayaan seperti di Lampiran (ii). 5. KEANGGOTAAN 5.1 Keanggotaan bagi Ops TBC 2022 melibatkan anggota penguatkuasa dari semua Bahagian JPJ Negeri termasuk di JPJ Cawangan dan Stesen Penguatkuasa / Stesen Kawalan Sempadan 5.2 Anggota dari Bahagian Kejuruteraan Automotif dan Unit JISA Negeri serta Pemeriksa Kereta Motor (PKM) adalah bertanggungjawab membuat pemeriksaan teknikal kenderaan khususnya bagi pemeriksaan bas di depoh dan pemeriksaan bas di lokasi pemeriksaan yang ditetapkan oleh JPJ Negeri sebelum bas tersebut memulakan perjalanan dengan memberi fokus kepada aspek-aspek berikut:- 5.2.1 Penggunaan tayar mengikut piawaian yang ditetapkan; 5.2.2 Kondisi Sistem Brek kenderaan; 5.2.3 Keadaan kenderaan seperti Lampu, Cermin, Pembalik Cahaya (Reflector) dan lain-lain; 5.2.4 Semakan terhadap Sistem GPS pada bas; dan 5.2.5 Semakan saman tertunggak serta pematuhan terhadap Audit Keselamatan (ICOP) 5.3, Pengarah JPJ Negeri hendaklah mengetuai operasi dan perlu memastikan penyelarasan dan perancangan tugasan anggota tidak menganggu tugas- tugas semasa yang sedia ada. 5.4, Bahagian Teknologi Digital (JPJ-TD) dan Urusetia Statistik hendaklah menyediakan maklumat statistik secara harian sebelum jam 10.00 pagi sepanjang tempoh operasi atau pada bila-bila masa apabila diperiukan. 5.5. Cuti anggota penguatkuasa di semua Bahagian JPJ Negeri termasuk di JPJ Cawangan dan Stesen Penguatkuasa / Stesen Kawalan Sempadan adalah dibekukan sepanjang tempoh operasi dijalankan. STRATEGI PENGUATKUASAAN 6.1 Strategi penguatkuasaan hendaklah dirujuk seperti di LAMPIRAN (i). TINDAKAN LAIN 7.1 Semua kesalahan yang diambil tindakan secara manual hendaklah didaftarkan di dalam Sistem mySIKAP dalam tempoh masa 24 jam dari tarikh notis itu dikeluarkan. Rujuk Surat Pekeliling Bahagian Penguatkuasaan Bil.5 Tahun 2014 — Pendaftaran Kes Penguatkuasaan Melalui Sistem mySIKAP bertarikh 20 Februari 2014. 7.2 Penggunaan Handhelds Device atau Smart Enforcement Device (SmED) adalah WAJIB digunakan secara optima termasuk dalam Operasi TBC 2022 ini sama ada secara dalam mod online atau offline. 7.3 JPJ Negeri diminta untuk mengemukakan jadual aktiviti penguatkuasaan kepada Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat selewat-lewatnya pada / atau sebelum 20 Januari 2022 (Isnin) melalui e-mel urusetia_khq@jpj.gov.my. 7.4 — Statistik Penguatkuasaan TBC 2022 hendaklah menggunakan format seperti di Lampiran a hingga i dan dihantar melalui e-mel urusetia_khq@jpj.gov.my sebelum jam 10.00 pagi setiap hari 7.5 Unit JISA JPJ Negeri hendaklah menyediakan laporan awal bagi setiap kemalangan maut yang melibatkan kenderaan perdagangan yang beriaku dan dihantar kepada Bahagian Penguatkuasa Ibu Pejabat dalam tempoh 24 jam berdasarkan surat Pekeliing Bahagian Penguatkuasa Bil. 2 Tahun 2017 bertarikh 20 Januari 2017 Prosedur Penyediaan Laporan Awal Kemalangan Jalan Raya. (Rujukan: JPJ.BK.100-1/8/3 (07) melalui emel 7.6 Buku Pelawat hendaklah disediakan di semua lokasi Terminal Bas, Stesen Penguatkuasa Lebuhraya, lokasi Enforcement Based Station (EBS) dan Bilik Kawalan untuk memudahkan Pasukan Pemantau dari Ibu Pejabat dan JPJ Negeri menandatangani buku tersebut. 7.7 JPJ Negeri hendaklah menghebahkan pengaduan awam boleh dibuat melalui kaedah berikut:- 7.7.1 Talian hotline (Bilik Kawalan JPJ Negeri) dan menyalurkan kepada Unit Aduan JPJ Negeri berkenaan; atau 7.7.2 Aduan awam boleh disalurkan melalui. alamat_emel aduantrafik@jpj.gov.my dan Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA). 7.8 Pengarah dan Timbalan Pengarah JPJ Negeri dikehendaki membuat hebahan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang operasi kepada media selepas perasmian oleh YB Menteri Pengangkutan. Aktiviti siaran media yang diadakan hendaklah berkaitan OPS TBC sahaja dan disalurkan kepada Bahagian Korporat dan Perancangan Strategik Ibu Pejabat untuk makluman. 7.9 Semua anggota penguatkuasa dikehendaki memakai Pakaian Operasi Lengkap sepertimana yang telah ditetapkan di dalam Arahan Jabatan Tatacara Pemakaian Pakaian Seragam Bil. 1/2015. Etika profesionalisme, kekemasan penampilan, kesopanan tingkah laku dan INTEGRITI peru diberi keutamaan semasa menjalankan tugas penguatkuasaan di lapangan. PENUTUP 8.1 Pengarah, Timbalan Pengarah dan Ketua Bahagian Penguatkuasa (KBK) JPJ Negeri hendaklah memastikan semua anggota penguatkuasa, Unit JISA dan anggota Bahagian Kejuruteraan Automotif (J) diberi taklimat dan maklumat yang jelas berhubung dengan pelaksanaan operasi TBC 2022 supaya objektif operasi dapat mencapai matlamatnya. 82 Pengarah JPJ Negeri, Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Bahagian (J, M dan L), Ketua Seksyen Operasi serta Ketua-Ketua Unit hendaklah membuat pemantauan untuk memastikan anggota penguatkuasa di lapangan mematuhi semua SOP dan peraturan yang telah ditetapkan semasa menjalankan tugas penguatkuasaan 83 Segala _kemusykilan berhubung dengan surat arahan ini boleh menghubungi Pegawai Penyelaras Operasi Bahagian Penguatkuasa, Ibu Pejabat JPJ Malaysia seperti berikut:- () Nama : Mohd Alifarihan Bin Abdullah No. Telefon : 03-8892 8981 (i) Nama : Norazman Bin Nordin No. Telefon : 03-8892 8196 Sekian, terima kasih “WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” “MESRA CEKAP TELUS” Saya yang menjalankan amaneh, (OXSO" ZAILANT HU. HASHIM) Ketua Péngarah Pengangkutan Jalan MALAYSIA sk YBrs. Tuan TKP(O) YBhg. Datuk P(K) ‘Semua Pengarah Bahagian / Akademi

You might also like