Agama Asabiyah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1.

Bincangkan sistem agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat


Arab sebelum kedatangan Islam.
A. Pendahuluan:

Kepercayaan merujuk kepada pegangan atau keyakinan terhadap kewujudan kuasa ghaib
yang mampu memberi perlindungan atau manfaat kepada seluruh kehidupan manusia. Pada zaman
Jahiliyah atau sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan dua jenis
kepercayaan iaitu kepercayaan agama dan adat. Kepercayaan agama dikaitkan dengan unsur suci,
upacara-upacara keagamaan, penyembahan dan mempunyai Tuhan masing-masing. Kepercayaan adat
pula merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama masyarakat yang diwarisi sejak turun temurun
daripada nenek moyang mereka.
Masyarakat arab Jahiliyah mempunyai dua bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan agama
Samawi (Langit) yang diturun Allah melalui nabi-nabi tertentu dan mempunyai kitab dan agama
Ardhi (agama ciptaan) yang direka sendiri oleh manusia.
B. Isi-isi penting:

1. Agama Hanif

Agama peninggalan nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s. Ia diturunkan di kota
Makkah dan penganutnya di gelar Hunafa. Tidak disertakan kitab tetapi Suhuf. Penekanan agama ini
kepada mengesakan Tuhan yang satu. Agama ini mengambil kaedah aT-Thahannuth iaitu amalan-
amalan kegamaan menurut peraturannya. Antara amalannya bersembayang, berpuasa dan tawaf
mengelilingi kaabah.
Agama ini mengalami proses penyelewengan dari sumber asalnya setelah sekian lama kewafatan nabi
Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s. Zaman ini dicampur adukkan dengan penyembahan berhala sehingga
terdapat segelintir sahaja yang mengekalkan agama asalnya seperti Waraqah Bin Naufal, Usman Bin
Huarith, Abdullah bin Jahsy, Zaid Bin Amru dan Umayyah Abis Salt.
2. Agama Nasrani

Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui
kitab Injil. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani
Qadaah dan Bani Rabiah.
Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan
Malkani di Maghribi dan Andalusia. Tidak popular dikalangan masyarakat arab kerana persaingan
sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.
3. Agama Yahudi

Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah,
Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir, Bani al-
Harith dan Bani Kandah.
Berbaur sentimen perkauman. Anti kepada penganut agama lain. Terseleweng kerana beranggapan
diri mereka sebagai anak Tuhan dan manusia paling mulia di dunia.
4. Agama Wathani atau Penyembahan Berhala
MODUL SEJARAH STPM PENGGAL 2 2020

Diamalkan majoriti masyarakat Arab. Mereka menyembah pelbagai patung pelbagai saiz
daripada kayu, batu dan tepung. Mereka jadikan berhala-berhala ini sebagai pengantara mendekatkan
diri dengan tuhan. Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan manfaat dan mudarat.
Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal. Di Makkah ketika itu
terdapat 360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah. Berhala-berhala ini dimiliki setiap kabilah
misalnya suku Kinanah memiliki berhala Saad yang terletak di tepi pantai Jeddah. Suku Maznah
memiliki berhala Nuhum dan suku Hawazin memiliki berhala Zulkhalasah.
5. Agama Majusi.

Agama penyembahan alam persekitaraan khususnya matahari dan api. Agama ini agak lama
dan kabur. Para pendetanya wajib menyembah matahari sebanyak 4 kali sehari termasuk menyembah
bulan, air dan api.
Tuhan mereka dua iaitu Tuhan baik (Cahaya) dan Tuhan jahat (gelita). Agama ini mengizinkan
perkahwinan antara ibu dengan anak atau adik dengan kakak sendiri.
6. Agama Penyembahan Cakerawala.

Mereka percaya bahawa cakerawala di langit adalah sumber segala tenaga dan
kekuatan.Penganutnya terdapat di Utara dan Selatan Tanah Arab. Mereka beranggapan bahawa
matahari sebangsa dengan malaikat, bulan dan bintang bergantung kepada belas kasihan matahari
sebagai Tuhan lelaki dan bulan sebagai Tuhan perempuan.
7. Kepercayaan Aninisme

Mempercayai bahawa setiap objek disekeliling manusia mempunyai kuasa tertentu yang
boleh mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan ini diamalkan oleh masyarakat Badwi.
Mereka menyembah objek-objek ganjil seperti pokok-pokok, batu-batu besar, Wadi, kawasan bekas
memerah susu kambing dan sebagainya.
Objek sembahan mereka adalah objek-objek mati dan bukan ciptaan manusia.
8. Kepercayaan Adat

Ia merupakan warisan tradisi masyarakat arab Jahiliyah yang kekal dalam sistem
sosiobudaya. Menghalang perbuatan membunuh ular kerana kebimbangan ular membalas dendam.
Meyakini pemakaian azimat boleh menguatkan pemakainya. Roh si mati boleh menjadi seekor burung
Hammah.
Contoh kepercayaan adat seperti mempercayai alamat yang ditunjukkan oleh burung sebelum keluar
dari rumah.

C.Kesimpulan

Sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab mengamalkan kepercayaan polytheisme. Namun, selepas
kedatangan Islam khususnya zaman Rasulullah, ajaran Islam berjaya menghapuskan kejahilan
tersebut dan mengarahkan masyarakat Arab kepada meyakini akidah Tauhid iaitu mengesakan Allah.
Agama berhala dapat ditamatkan. Bagaimanapun agama-agama lain masih di amalkan seperti agama
Yahudi dan Nasrani atas sifat keterbukaan dan kebebasan beragama. Antara penekanan dalam ajaran
Islam yang di bawa oleh Rasululah ialah aspek Akidah, Akhlak, Ibadah dan Syariah.
MODUL SEJARAH STPM PENGGAL 2 2020

You might also like