Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

BORANG PENYERTAAN

KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS DUN RHU


RENDANG
YURAN: RM 70.00

HARI PERTANDINGAN : JUMAAT & SABTU


TARIKH : 17-18 DIS 2021
TEMPAT : DEWAN FUTSAL KESRA
FORMAT PERTANDINGAN : LIGA & KALAH MATI

NAMA PASUKAN : _______________________________________________


PENGURUS : ______________________ NO. TEL : __________________

BI SENARAI NAMA PEMAIN NO K/P NO TEL


L
1
2
3
4
5
6
7
8

Kami adalah bersetuju dengan syarat-syarat kejohanan yang telah ditetapkan. Kami juga tidak akan
membuat sebarang tuntutan ganti rugi kepada pihak penganjur di atas kecederaan, kemalangan
mahupun kematian sebelum, semasa mahupun selepas pertandingan dijalankan. Sebarang
Keterangan Lanjut / BORANG BOLEH SERAHKAN KEPADA : Hubungi : Sky Joe : 018-3882839 Azfar :
014-5083717

Tandatangan Pengurus

.…………………………………………… Tarikh ; ……………………………………


TARIKH TUTUP : 14 DISEMBER 2021 (HANTAR BORANG)

TARIKH MENGUNDI KUMPULAN : 15 DISEMBER 2021 (RABU) : 9.00 MALAM : DEWAN FUTSAL KESRA
SALINAN KAD PENGENALAN PEMAIN2 WAJIB DIHANTAR BERSAMA
BORANG

PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG


KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP PIALA KETUA PEMUDA PAS DUN RHU
RENDANG

1. PENGANJUR KEJOHANAN
Kejohanan ini dianjurkan oleh Pemuda Pas Dun Rhu Rendang dan dekelolai oleh DACS Dun Rhu Rendang.

2. UNDANG-UNDANG PERMAINAN
Pertandingan ini dijalankan mengikut undang-undang (FIFA) LFK, dan mengikut Perubahan Daripada Penganjur.

3. PEMBENTUKAN PASUKAN & PENYERTAAN


- Tiap-tiap pasukan mestilah mengandungi dan mendaftar tidak lebih daripada 8 orang pemain iaitu 5 orang
pemain utama dan 3 orang pemain simpanan serta seorang pengurus pasukan.

- Pemain yang berdaftar mestilah pengundi berdaftar di Dun Rhu Rendang sahaja dan yang belum layak mengundi
mestilah beralamat di Dun Ru Rendang sahaja termasuk pemain berstatus profesional (Fifa, FAM, Kelab ) ”
DIBENARKAN BERMAIN”.

- Setiap pasukan mesti WAJIB menyediakan satu set baju jersi yang bernombor.

4. SISTEM PERTANDINGAN (FORMAT)


- Sistem Pertandingan dijalankan secara liga dan kalah mati.

- Johan dan naib johan kumpulan layak ke pusingan seterusnya (pusingan kedua). Sekiranya kedudukan dalam
kumpulan berada dalam mata yang sama selepas berakhirnya peringkat liga, kaedah PERTAMA jumlah jaringan
akan dikira ,jika masih lagi sama, kaedah KEDUA gol bolos akan dikira, dan sekiranya masih sama juga, 3 sepakan
penalti akan dijalankan untuk memilih 2 pasukan yang akan layak dari setiap kumpulan.

- Sekiranya keputusan seri diperingkat pusingan kedua, suku akhir, separuh akhir dan akhir, tiga (5) tendangan
Penalti perlu diambil setiap pasukan. Sekiranya masih berada dalam keputusan seri selepas 5 sepakan penalti,
balingan siling akan dilaksanakan oleh pihak pengadil.Seterusnya akan diberi pilihan kepada yang pasukan yang
terpilih dalam proses balingan siling samaada hendak membuat tendagan atau memilih untuk menjaga gol.

5. TEMPOH@MASA PERLAWANAN

- Tempoh masa ialah 5 minit bagi setiap separuh masa perlawanan (10 minit perlawanan).

- Tiada masa rehat diperuntukkan ketika pertukaran separuh masa.

6. PAKAIAN
- Semua pemain dimestikan memakai Pakaian (jersi) yang lengkap dan jersi mestilah bernombor.

- Setiap pemain di ”WAJIBKAN ” menutup aurat sepenuhnya ketika bermain (Seluar bawah paras lutut). Dan Kalau
boleh berstokin panjang (seluar tight) atau stokin pendek (pakai seluar track suit).
7. KELEWATAN@GAGAL BERMAIN
- Tiap-tiap pasukan mestilah berada di padang permainan 15 minit lebih awal sebelum masa yang ditetapkan bagi
perlawanan tersebut.

- Hanya 5 minit masa diberikan kepada pasukan yang lewat . Selepas tamat masa yang diberikan, pasukan itu dikira
kalah dengan jaringan 2-0.

- Tidak boleh kurang daripada 4 orang pemain di dalam padang. Jika kurang, pasukan itu dikira kalah dengan
jaringan 2-0.

8. KETENTERAMAN PEMAIN,PASUKAN & PENYOKONG @ PERKARA AM


- Tiap-tiap pasukan yang ramai penyokong hendaklah menjaga ketenteraman penyokong mereka. Jika didapati
sama ada pengurus, pemain dan penyokong mereka menimbulkan pergaduhan, maka secara automatik pasukan
berkenaan disingkirkan dari pertandingan.

- Pihak Penganjur tidak bertanggungjawab di atas sebarang kecederaan, kemalangan atau kematian sama ada
sebelum, semasa atau selepas pertandingan@kejohanan ini.

9. PERATURAN KAD KUNING DAN KAD MERAH

- 2 KAD KUNING DALAM PERLAWANAN LIGA (TERKUMPUL) : GANTUNG 1 PERLAWANAN.

- 1 KAD MERAH DALAM SATU PERLAWANAN : GANTUNG 2 PERLAWANAN.

- 2 KAD KUNING DAN SETERUSNYA KAD MERAH DALAM SATU PERLAWANAN : GANTUNG 1
PERLAWANAN.

10. PERUBAHAN TARIKH PERLAWANAN

- Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah dan membatalkan tarikh perlawanan yang telah ditetapkan
sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan.

11. PERKARA-PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


- Bagi perkara yang tidak dinyatakan pihak penganjur berhak untuk membuat keputusan dan keputusan adalah
muktamad (Penganjur dan Pengadil).
- Segala bantahan hendalah dikemukakan kepada penganjur dalam tempoh 10 minit selepas perlawanan tamat
dan bantahan hendaklah dibuat secara bertulis.

- Sebarang bantahan hendaklah membayar RM300.00 dan jika bantahan tidak munasabah wang tidak akan
dikembalikan.

You might also like