Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: PJMS3132 Semester/Tahun: Semester 2 Tahun 3


Ambilan : Jun 2019
Nama Kursus: Pendidikan Inklusif
Kumpulan: Pendidikan Jasmani
Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar
1. Penulisan Akademik (20%) 30 Nov 2021 07 DIS 2021

2. Penulisan Rancangan Pendidikan Individu (20%) 19 DIS 2021 26 DIS 2021

3. Pembinaan bahan bantu mengajar (20%) 19 DIS 2021 26 DIS 2021

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Menjelaskan konsep, matlamat dan dasar pendidikan inklusif. (C2, PLO1)


2. Menghuraikan secara kritis pelaksanaan dan faktor kritikal yang mempengaruhi kejayaan
program pendidikan inklusif di sekolah. (C4, PLO3, CTPS1)
3. Menganalisis peranan dan tanggungjawab pihak berkepentingan dalam pelaksanaan
pendidikan inklusif. (C4, PLO3, CTPS2)
4. Merangka aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran,
masalah penglihatan dan masalah pendengaran yang berada di dalam kelas aliran perdana
dengan membuat rujukan daripada pelbagai sumber. (C6, A2, PLO3 , PLO6, CTPS3, LL1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus:

Pelajar dapat:

1. Menganalisis pelaksanaan konsep, matlamat, dasar-dasar, pendekatan, faktor-faktor penentu


kejayaan dan peranan serta tanggungjawab pelbagai pihak dalam pelaksanaan program
pendidikan inklusif bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah.

2. Menghasilkan satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang bersesuaian dengan tahap
kebolehan murid sama ada untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran/masalah
penglihatan/masalah pendengaran yang mengikuti pembelajaran Pendidikan Jasmani di
dalam kelas aliran perdana di sekolah rendah.

3. Menghasilkan satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
murid, kreatif dan inovatif sama ada untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran/masalah
penglihatan/masalah pendengaran yang mengikuti pembelajaran Pendidikan Jasmani di
dalam
kelas aliran perdana di sekolah rendah.
Rangsangan/Stimulus

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif bagi mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah
rendah memberi cabaran baharu kepada guru Pendidikan Jasmani. Selain daripada perubahan
paradigma, guru Pendidikan Jasmani perlu menguasai pengetahuan asas tentang Pendidikan
Inklusif dan memiliki kemahiran tentang pedagogi inklusif bagi bidang Pendidikan Jasmani.
Dalam menjayakan pelaksanaan program ini, guru Pendidikan Jasmani juga perlu menguasai
pengetahuan dan kemahiran tentang Rancangan Pendidikan Individu (RPI) agar dapat
membantu Guru Pendidikan Khas untuk menghasilkan RPI bagi setiap Murid Berkeperluan
Khas(MBK) yang mengikuti kelas inklusif mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Pelajar
dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

TUGASAN 1 : PENULISAN AKADEMIK ( INDIVIDU 20% )

Buat analisis tentang pelaksanaan program pendidikan inklusif bagi mata pelajaran Pendidikan
Jasmani di sekolah rendah.

Spesifikasi Penghasilan Esei

1. Tugasan ini dijalankan secara individu.

2. Penulisan esei hendaklah dalam 600 patah perkataan

3. Pemilihan sumber dan rujukan perlu dinyatakan.

TUGASAN 2 : PENULISAN RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU ( 20% )

Hasilkan satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang bersesuaian dengan tahap kebolehan
murid sama ada untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran/masalah penglihatan/masalah
pendengaran yang mengikuti pembelajaran Pendidikan Jasmani di dalam kelas aliran perdana di
sekolah rendah.

Spesifikasi Penghasilan Rancangan Pendidikan Individu (RPI)

1. Tugasan ini dijalankan secara individu.

2. Pelajar perlu menyediakan satu Rancangan Pendidikan Individu (RPI) untuk seorang murid
sahaja iaitu sama ada untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran atau masalah penglihatan
atau masalah pendengaran yang mengikuti pembelajaran Pendidikan Jasmani di dalam kelas
aliran perdana di sekolah rendah

3. Tarikh mula dan hantar adalah seperti mana yang telah ditetapkan.
4. Aspek/Kriteria Penilaian melibatkan aspek-aspek format penulisan, keperluan kurikulum,
kesesuaian perancangan dan elemen kemahiran insaniah

TUGASAN 3 : PEMBINAAN BAHAN BANTU MENGAJAR ( INDIVIDU 20% )

Dengan merujuk kepada Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang disediakan, hasilkan satu
Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid, kreatif dan
inovatif sama ada untuk kanak-kanak bermasalah pembelajaran/masalah penglihatan/masalah
pendengaran yang mengikuti pembelajaran Pendidikan Jasmani di dalam kelas aliran perdana di
sekolah rendah.
Spesifikasi Penghasilan Bahan Bantu Mengajar

1. Tugasan ini dijalankan secara individu.

2. Pelajar perlu menghasilkan hanya satu Bahan Bantu Mengajar (BBM) berdasarkan Rancangan
Pendidikan Individu (RPI) yang disediakan dalam Tugasan 2
3. Tarikh mula dan hantar adalah seperti mana yang telah ditetapkan.
4. Buat laporan tentang Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang telah di hasilkan.
5. Aspek/Kriteria Penilaian melibatkan aspek-aspek keperluan kurikulum, kesesuaian bahan,
inovatif dan kreativiti serta elemen kemahiran insaniah

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Kerja kursus ini terdiri daripada tiga tugasan utama.


2. Markah keseluruhan kerja kursus ialah 60 %. Wajaran markah untuk Tugasan 1 adalah
20%, Tugasan 2 adalah 20% dan Tugasan 3 adalah 20 %.
3. Tugasan perlu menampakkan keaslian, bersifat ilmiah, kritis dan Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi(KBAT).
4. Amalan plagiat dilarang sama sekali.
5. Tugasan hendaklah disediakan dalam Bahasa Melayu.
6. Rujukan prosedur mengikut format dan gaya American Psychological Association(APA).
7. Bertaip menggunakan langkau 1.5,font Arial dan saiz 11
8. Format penulisan muka depan tugasan hendaklah dituliskan maklumat-maklumat yang
berikut:
 Nama Pelajar
 Angka Giliran
 No. Kad Pengenalan
 Kumpulan/Unit
 Kod dan Nama Kursus
 Tajuk Tugasan Projek
 Nama Pensyarah Akademik
 Tarikh Hantar

9. Borang Maklum Balas Tugasan perlu disertakan bersama-sama tugasan.


10. Tugasan hendaklah dihantar mengikut tarikh yang ditetapkan. Tugasan yang dihantar
lewat tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan markah tugasan.
Kriteria Pentaksiran

Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

_____________________________
(Nama: SALLEHUDIN IBRAHIM )
Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /
___________________________ Pensyarah Kanan
(Nama: BISSHUKRI MATROP )
Pensyarah / Penyelaras Kursus

Disahkan oleh:

______________________________________
(Nama: HISHAMUDDIN HASSAN )
Ketua Jabatan
Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan
IPG Kampus Temenggong Ibrahim

You might also like