Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/344648524

Pembangunan Dan Kemajuan Modal Insan Dalam Rancangan Malaysia


Kesembilan (RMK-9): Satu Penelitian

Chapter · October 2014

CITATION READS

1 3,013

1 author:

Amini Amir Abdullah


Universiti Putra Malaysia
57 PUBLICATIONS   115 CITATIONS   

SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

Integrity View project

COVID-19 View project

All content following this page was uploaded by Amini Amir Abdullah on 14 October 2020.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


BAB 7 – Amini Amir Abdullah.2014. Islam Yang Dinamik. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Pembangunan1 Dan Kemajuan Modal Insan2 Dalam Rancangan


Malaysia Kesembilan (RMK-9): Satu Penelitian.
Pendahuluan

Rancangan Malaysia ke-9 yang baru diumumkan oleh kerajaan mempunyai berbagai
matlamat dan sasaran. Di antara tumpuan yang diberikan juga ialah kepada
pembangunan dan kemantapan modal insan. Modal insan merupakan satu elemen
penting dalam sesebuah tamadun dan pembangunan negara. Kekuatan pengetahuan,
ekonomi dan kemahiran serta kepakaran merupakan salah satu asas penting dalam
kecemerlangan negara. Modal insan merupakan penggerak kepada kemajuan
masyarakat dan agama. Kertas ini akan menganalisa dan meneliti prospek
pembangunan dan kemajuan modal insan dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan
seperti yang dibentangkan di Parlimen oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pada 31 Mac 2006 baru-baru ini.

Dalam pembentangan RMK9 oleh YAB Perdana Menteri, tidak kurang 18 kali beliau
menggunakan kalimah keramat “insan”3 yang diasosiasikan dengan istilah modal,
pembangunan dan kemajuan. Ini mengingatkan kita betapa besarnya signifikan insan itu
sebagai pemacu dalam pembangunan negara.

1
Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Tamadun Islam Tentang Pembangunan Modal Insan Peringkat Kebangsaan
anjuran Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya bertempat di Dewan Seminar Utama, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
pada 26-27 Julai 2006.
2
Istilah Insan berasal daripada perkataan Arab. Secara literalnya insan dirujuk kepada makna manusia atau dalam bahasa
Inggerisnya human, man, mankind atau human being. Dalam bahasa Latin ia dirujuk kepada istilah homo dan homines. Kadang-
kadang dalam bidang sains dirujuk kepada istilah homo sapiens (wise man: manusia bijak). Banyak perkataan lain dalam bahasa
Arab yang digunakan secara literalnya seerti dengan makna insan seperti perkataan Adamiyyu, bashar dan shaks. Di da lam ilmu
mantiq, manusia itu dikategorikan sebagai “hayawan al-natiq” (haiwan yang bertutur). Di dalam ilmu psikologi, manusia dirujuk sebagai
jiwa yang mempunyai tabiat seperti binatang iaitu makan dan minum, bernafsu syahwat, sakit, mati dan sebagainya. Di dalam falsafah,
manusia dikatakan sebagai makhluk yang mempunyai roh dan maddah (benda) di dalam jiwa, roh dan jasad. Lihat Amini Amir
Abdullah, Pembangunan Insan Mengikut Perspektif Islam, kertas kerja yang dibentangkan dalam Bengkel Pembangunan Insan III
sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Pusat Islam, Kolej-kolej dan HEP UPM pada 17hb. (Ahad) Jun 2001. Lihat juga Amini
Amir Abdullah, kertas kerja “Kerajaan Malaysia, Islam Hadhari dan Pembangunan Insan” dalam Bengkel Pembangunan Insan, Dewan
Kolej Kelima, Universiti Putra Malaysia, anjuran Pusat Islam, UPM pada 23hb Julai 2005. Lihat juga Amini Amir Abdullah, kertas
edaran Ceramah Insan Cemerlang, Program Latihan Praktik Dalam Kampus, Semester Pertama 2005-2006, 2 Disember 2005, 8.30
pagi di DKFEM1, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
3
Fungsi-fungsi dan peranan insan itu juga telah ditekankan oleh Allah di dalam Al-Quran. Antaranya ialah sebagai Khalifah Allah di
atas mukabumi ini. [Al-Baqarah: 30] Insan-insan soleh itu mewarisi bumi ini dan memakmurkan serta mentadbir dunia menurut
piawaian Allah s.w.t.. [Al-Anbiya: 105] Mencari faedah duniawi dan ukhrawi moga bersyukur kepada Allah s.w.t.. [Al-Nahl: 14] dan
beribadah kepada Allah s.w.t..
Istilah Modal Insan.

Istilah ”Modal Insan” (Human Capital) dipopularkan semula oleh YAB Perdana Menteri
kita, Dato` Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi walaupun ia sudah lama wujud. Penekanan
YAB Perdana Menteri ialah modal insan sebagai penggerak kepada ekonomi,
pembangunan dan kemajuan negara. Faktor kemanusiaan (termasuk kerohanian) dan
kemasyarakatan merupakan dua perkara penting dalam pembangunan modal insan.
Istilah “Human Resource and Development” (Sumber Manusia dan Pembangunan)
memang sudah lama diketahui dalam setiap organisasi. Apa yang dihasratkan oleh YAB
Perdana Menteri ialah modal insan boleh menjadi pemacu kepada pembangunan dan
kemajuan negara dalam menuju Wawasan 2020.

YAB Perdana Menteri melihat modal insan sebagai satu elemen penting dalam
pembangunan. Insanlah merupakan faktor utama dalam semua strategi dan pelan
tindakan untuk menggerakkan aktiviti dan program pembangunan negara. Baik insan,
baiklah perancangan, pelaksanaan dan natijah kerja dalam pembangunan negara. Buruk
insan, buruklah natijahnya kepada kemajuan dan pembangunan negara.

Signifikan modal insan dalam RMK9 telah dikenalpasti mencakupi aspek-aspek berikut:

A. Keperluan kepada modal insan berkualiti


B. Pendekatan holistik dalam pembangunan modal insan
C. Strategi melahirkan modal insan kelas pertama
D. Perkaitan Misi Nasional, Wawasan 2020 dengan modal insan
E. Keselarian pembangunan modal insan dengan pendekatan Islam Hadhari
F. Modal insan dan aktiviti kebudayaan
G. Modal insan dan peranan golongan wanita
H. Modal insan dan perundangan
I. Modal insan dan pendidikan
J. Modal insan dan integriti

Kerajaan Malaysia telah memainkan fungsi dan peranan khilafah dalam memakmur dan
mengurus alam ini. Fungsi dan peranan khilafah terletak di bahu insan. Kata YAB
Perdana Menteri: “Rancangan Malaysia Kesembilan ini, dengan hasrat untuk membina
kemakmuran, merupakan antara Rancangan Malaysia yang penting dalam sejarah
negara, memandangkan negara kini berada pada titik pertengahan dalam perjalanan ke
arah tahun 2020. Kita telah melalui fasa lima belas tahun yang pertama Wawasan 2020.
Pelbagai rintangan serta cabaran telah kita hadapi.”4 Di antara fungsi khalifah ialah
mengurus dan memakmurkan alam ini. Firman Allah s.w.t.:

‫استَ ْع َمَرُك ْم فِّ َيها‬ ِّ ‫َنشأَ ُكم ِّم َن األ َْر‬


ْ ‫ض َو‬ َ ‫ُه َو أ‬

Bermaksud: “Dialah yang menjadikan kamu dari bahan-bahan bumi, serta menghendaki
kamu memakmurkannya“. (Surah Hud: 61)

Dalam firmanNya yang lain, Allah s.w.t. telah menegaskan:


ِّ ‫ََتعل فِّيها من ي ْف ِّس ُد فِّيها ويس ِّفك‬
‫الد َماء َوََْن ُن‬ ِّ ِّ ‫ال ربُّك لِّلمالَئِّ َك ِّة إِِّّن جاعِّل ِّف األَر‬ ِّ
ُ ْ ََ َ ُ َ َ ُ َ َْ ‫ض َخلي َفة قَالُواْ أ‬ ْ َ َ َ َ َ َ‫َوإ ْذ ق‬
‫ال إِِّّن أ َْعلَ ُم َما لَ تَ ْعلَ ُمو َن‬
َ َ‫ك ق‬ ِّ ِّ ِّ ِّ
َ َ‫س ل‬
ُ ‫نُ َسب ُح ِبَ ْمد َك َونُ َقد‬
Bermaksud:”Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: Sesungguhnya
Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi ini . Mereka berkata: Mengapa
Engkau (Allah) hendak menjadikan khalifah di bumi ini orang yang membuat kerosakan
padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji
Engkau dan mensucikan Engkau. Tuhan berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui apa
yang tidak kamu ketahui”. (Surah al-Baqarah: 30)

Signifikan Insan

Insan sebagai hamba Allah berfungsi untuk beribadah kepada Allah S.W.T. Insan juga
adalah khalifah Allah yang memakmurkan dunia berdasarkan kapasiti akal dan intelek
yang ada. Insan Muslim pula adalah “khair ummah” kerana mempunyai 3 kualiti iaitu
menyuruh kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah. Sungguhpun
dunia dan kenikmatannya dianggap sebagai cabaran kepada manusia, dunia sebenarnya
adalah “ladang” untuk mendapatkan hasil dalam menuju ke alam akhirat. Harta benda
dan anak-anak adalah ujian kepada insan (Al-Anfal: 28)

4
“Membina Tamadun Menjulang Martabat Negara”, Ucapan Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa
membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 Di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006.
Insan juga diperlengkapkan dengan nafsu syahwat dan akan menempuh dengan godaan
syaitan. Amalan perlu dilakukan dengan ikhlas (Al-Bayyinah:5) secara berterusan. Insan
perlu mengetahui apa tujuan kewujudan manusia, fungsi dan peranan manusia dilahirkan
di dunia dan hala tuju terakhir manusia.

Kemantapan ilmu diperlukan untuk mencapai hasil kerja. Pengaruh rakan sekerja juga
memberikan input kepada produktiviti kerja. Insan perlukan sikap berkorban dan tidak
pentingkan diri untuk maju kehadapan berhati tulus ikhlas serta mempunyai kemampuan
berfikir secara kritis dan kreatif. Insan yang produktif ialah mereka yang menghargai
masa, beriman dan beramal soleh, bersabar, tegur-menegur dan nasihat-menasihati
(Surah Al-’Asr).

Modal insan mempunyai fungsi sebagai tenaga penggerak dalam menghasilkan


barangan manakala perkhidmatan yang ditawarkan pula menepati ekspetasi pelanggan
dan kepuasan diri serta memenuhi harapan masyarakat dan negara ke arah sebuah
negara maju. Ia dilakukan secara berterusan dan dipertahankan tahap kemajuan dan
pembangunan itu.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan, kerajaan telah memainkan peranan yang


proaktif dengan mengambil tindakan segera menjalankan usaha pemantapan modal
insan, antaranya melalui Kementerian Sumber Manusia ditubuhkan 10 institut
perindustrian baru, pelaksanaan Taman Ilmu Terengganu (melibatkan kos RM250 juta),
pembinaan 2 buah Sekolah Seni (RM60 juta) dan mengwujudkan 1447 Taman
Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) Kemas bagi memastikan pembangunan insan
peringkat awalan tidak terbantut. Pihak Felcra Berhad telah memperuntukkan RM175 juta
untuk program pembangunan insannya manakala MARA telah memperuntukkan RM2.2
billion bagi melahirkan modal insan berkualiti.
Keperluan Kepada Modal Insan Berkualti

Kerajaan menyedari nilai berharga yang ada pada modal insan. Salah satu daripada
cabaran terbesar bagi memajukan modal insan ialah perubahan sikap dan minda.
Kerajaan percaya bahawa kualiti modal insan adalah perkara yang sangat penting dan
tidak boleh diabaikan begitu sahaja.

Ini telah ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri: ”Rakyat adalah aset negara paling
berharga. Pembangunan modal insan dan anjakan minda dan pemikiran warga
merupakan salah satu cabaran terbesar. Sekiranya kita ingin melangkah ke era ekonomi
berpaksikan pengetahuan, jika kita mahu menjadi negara maju dan kekal pada tahap
tersebut, pembangunan modal insan harus diutamakan. Dalam konteks dunia global,
modal insan bermutu tinggi adalah satu keperluan, bukan lagi satu kemewahan.” 5
Pembangunan insan haruslah bermula dengan pembangunan diri cemerlang dan
keluarga harmoni sebagai asas sebelum menjangkau kelompok komuniti dan
masyarakat. Modal insan perlu mempunyai jati diri dan kemampuan menghadapi cabaran
semasa. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang lebih dalam soal ini sebab proses
permulaan pendidikan bermula dengan ibu bapa. Industri pengasuhan dan taska boleh
memainkan peranan yang lebih signifikan dalam soal ini.

Pembangunan kerohanian, masyarakat bersopan santun, beradab dan berbudi bahasa


cukup penting. Rakyat perlu juga diberikan kemahiran IT agar menjadi celik IT yang
merupakan kemahiran penting dalam era pengantarabangsaan sekarang ini.

Pendekatan Pembangunan Modal Insan

Kerajaan bersungguh-sungguh dalam usaha melahirkan warga dan tenaga kerja


berkualiti. Penumpuan bukan sahaja diberikan kepada pembangunan modal insan
bahkan juga aspek kualiti modal insan itu sendiri.

5
Ibid.
Berkaitan perkara ini, YAB Perdana Menteri menegaskan: “Usaha membangunkan
modal insan berkualiti akan digiatkan. Pendekatan kepada pembangunan modal insan
haruslah secara holistik, menekankan pembangunan ilmu pengetahuan, kemahiran,
modal intelektual termasuk ilmu sains, teknologi dan keusahawanan, dan juga
pembudayaan sikap progresif serta nilai etika dan moral yang tinggi. Inilah yang
dikatakan modal insan berminda kelas pertama.”6 Penumpuan pembangunan insan
secara holistik berlandaskan ilmu dan kemahiran memang sepatutnya diberikan
tumpuan. Perkara ini tiadalah sebarang masalah dari segi pelaksanaan asal sahaja
agensi pelaksana dan kementerian yang terlibat memberikan iltizam. Namun, yang
menariknya di sini ialah aspek keusahawanan. Rata-ratanya, ilmu keusahawanan masih
kurang dipelajari oleh orang-orang Islam walaupun aspek ini amat-amat digalakkan oleh
Islam. Kalaupun ada semangat keusahawanan, ianya tidak diperkuatkan dengan
ilmunya. Ini seharusnya menjadi agenda Melayu, terutamanya kepada para graduan kita.

Semangat dan sikap keusahawanan perlulah dibina sewaktu pendidikan rendah dan
seterusnya di peringkat menengah dan pendidikan tinggi. Kemudahan pembiayaan
perniagaan perlulah diperbanyak dan diperluaskan. Para usahawan perlulah mempunyai
cita-cita untuk meningkatkan keupayaan mereka di samping mempertingkatkan jaringan
kerja dan kerjasama. Di samping itu, kekuatan dan semangat untuk berdikari, berinisatif
tinggi dan kerja berkualiti perlu diterapkan. Usahawan juga perlu ditanam sifat-sifat
kepemimpinan, kemahiran-kemahiran berorganisasi dan seterusnya ia akan menjadi nilai
tambah kepada diri usahawan untuk kelangsungan hidup mereka.

Pembudayaan sikap positif memang sukar untuk dilaksanakan. Barangkali yang


dimaksudkan oleh YAB Perdana Menteri ialah menjadikan sikap positif itu sebagai
sebahagian dari cara hidup yang mencakupi sikap positif terhadap kerja. Kita percaya,
melalui pelaksanaan pendekatan Islam Hadhari, kita akan dapat membangunkan
ekonomi orang Islam dengan lebih baik di samping mengubah sikap dan budaya kerja
orang-orang Islam. Kita juga percaya bahawa pembangunan ekonomi berasaskan ilmu

6
Ibid.
pengetahuan dan penggunaan sains dan teknologi serta lain-lain lagi dapat membantu
usaha bagi membasmi kemiskinan dan meningkatkan taraf hidup umat Islam. Orang
Islam mestilah sentiasa berusaha untuk mengangkat martabat bangsa, agama dan
negara yang kita cintai ini. Orang Islam mestilah membawa diri kepada kemajuan dan
kemodenan yang selari dengan ajaran Islam. Untuk tujuan itu, orang Islam perlu
membawa perubahan diri, komuniti dan masyarakat. Allah s.w.t. telah berfirman:

‫إِّ َّن اّللَ لَ يُغَِّّيُ َما بَِّق ْوٍم َح ََّّت يُغَِّّيُواْ َما ِِّبَنْ ُف ِّس ِّه ْم‬
Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak akan merubah keadaan sesuatu kaum sehingga
mereka merubahnya yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki
keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolaknya; dan sekali-
kali tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia. (Surah ar-Ra’d: 11)

Strategi Melahirkan Modal Insan Kelas Pertama

YAB Perdana Menteri mengidamkan modal insan kelas pertama. Justeru, beliau telah
menggariskan tiga strategi, jelasnya lagi: “Tiga strategi utama untuk melahirkan modal
insan kelas pertama akan dilaksanakan: pertama, meningkatkan keupayaan dan
penguasaan ilmu pengetahuan, kedua, memperkukuh keupayaan sains, R&D dan
inovasi; ketiga, memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.” 7

Proses pembangunan modal insan bermula dengan pengukuhan asas agama dan
kemudiannya diikuti oleh proses penerokaan ilmu pengetahuan. Hakikat ini akan
merealisasikan modal insan yang benar-benar utuh dari segi akidah dan iman serta
amalan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: “Bacalah dengan nama TuhanMu yang
menjadikan sekalian makhluk. Tuhan yang menjadikan manusia dari segumpal darah.
Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Pemurah. Tuhan yang mengajar manusia
menulis dengan kalam. Tuhan yang mengajar manusia apa yang manusia tidak
mengetahuinya. (Surah Al-`Alaq: 1-5)

7
Ibid.
Apa yang dimaksudkan sebagai modal insan kelas pertama menurut apa yang kita
fahami ialah insan yang mempunyai “towering personality”, bermentaliti kelas pertama,
mempunyai inisiatif, daya berfikir dan menggunakan otak, bersemangat tinggi dan
mengutamakan kualiti. Rajah 1 merupakan rumusan model modal insan kelas pertama
seperti yang telah dijelaskan dalam RMK9. Mengikut model ini, lima elemen terpenting
dalam melahirkan modal insan kelas pertama ialah pembangunan modal insan secara
holistik, pembudayaan sikap progresif, kemantapan ilmu pengetahuan, kemahiran, modal
intelektual dan nilai akhlak yang tinggi.

Rajah 1: MODEL MODAL INSAN


BERKELAS PERTAMA DALAM RMK9

Pembangunan Modal
Insan Holistik

MODAL INSAN BERMINDA


Nilai Etika dan
KELAS PERTAMA Pembudayaan Sikap
Moral Yang Tinggi
Progresif

Modal Intelektual: Ilmu Pengetahuan dan


Ilmu Sains, Teknologi Kemahiran
dan Keusahawanan

Misi Nasional Dan Modal Insan

Misi Nasional seperti yang terkandung dalam Bajet 2006 adalah satu batu loncatan ke
arah Wawasan 2020. Penumpuan diberikan kepada beberapa bidang utama seperti yang
telah dijelaskan oleh YAB Perdana Menteri: ”Misi Nasional akan menumpukan usaha
negara kepada bidang-bidang utama yang akan membawa kepada pencapaian
Wawasan 2020. Bidang-bidang utama ini meliputi keupayaan negara untuk bersaing di
peringkat global, pembangunan modal insan, integrasi nasional, hubungan antara kaum,
pengagihan pendapatan dan kekayaan, serta mutu hidup rakyat. Dengan menumpukan
usaha kepada bidang-bidang tersebut, kita dapat memperolehi hasil lebih baik dan impak
pembangunan lebih ketara.”8
Rajah 2 menjelaskan bidang-bidang utama dalam Misi Nasional ke arah pencapaian
Wawasan 2020. Keupayaan negara bersaing di persada antarabangsa sudahpun
bermula. PETRONAS misalnya mempunyai kekuatan bersaing dengan banyak syarikat
antarabangsa di persada global. Begitu juga Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

8
Ibid.
Rajah 2: BIDANG-BIDANG UTAMA DALAM MISI NASIONAL KE ARAH PENCAPAIAN
WAWASAN 2020

Keupayaan Bersaing Di Peringkat


Global

Pembangunan Modal Insan

Integrasi Nasional

Hubungan Antara Kaum

Pengagihan Pendapatan dan Kekayaan

Kualiti Kehidupan

Modal Insan dan Kemajuan Tamadun

Dalam kemajuan tamadun, modal insan adalah di antara elemen terpenting. Tamadun
negara Malaysia akan dibina berasaskan acuan sendiri selaras dengan Gagasan
1Malaysia. Halatuju tamadun negara adalah ke arah kemajuan yang akan dikecapi oleh
semua warganegara.

YAB Perdana Menteri telah menjelaskan: ”Kita kini memulakan langkah selanjutnya,
langkah fasa kedua ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020. Kita mahu negara
menjadi negara maju, dengan ciri-ciri tersendiri. Kita mahu kemajuan yang bersifat
holistik, merangkumi kesemua sembilan cabaran yang terkandung dalam Wawasan
2020. Kita mahu kemajuan yang dapat dinikmati semua, secara saksama tanpa mengira
agama atau kaum. Kita mahu membina tamadun negara, seiring dengan kecemerlangan
tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain, selaras dengan pendekatan Islam Hadhari.”9

Keadilan adalah teras pemerintahan tanpa sebarang diskriminasi ras, agama dan etnik.
Allah menyuruh kita supaya benar-benar berlaku adil. Firman Allah s.w.t.:

‫ني إِّن يَ ُك ْن‬ ِّ ‫ّلل ولَو علَى أَن ُف ِّس ُكم أ َِّو‬ ِّ ِّ ‫َي أَيُّها الَّ ِّذين آمنُواْ ُكونُواْ قَ َّو ِّامني ِِّب ِّلقس ِّط ُشه َداء‬
َ ِّ‫الوال َديْ ِّن َواألَقْ َرب‬
َ ْ َ َْ َ ْ َ َ َ َ َ
ِّ ِّ
‫ضواْ فَإِّ َّن اّللَ َكا َن ِِّبَا تَ ْع َملُو َن َخبِّّيا‬ُ ‫َغنِّيا أ َْو فَ َقّيا فَاّللُ أ َْوََل ِبِّ َما فَالَ تَتَّبِّعُواْ اهلََوى أَن تَ ْعدلُواْ َوإِّن تَ ُلوواْ أ َْو تُ ْع ِّر‬
Bermaksud :”Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar
penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu
bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin maka Allah lebih tahu
kemaslahatannya. Maka jangan kamu mengikut hawa nafsu kerana ingin menyimpang
dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbelitkan kenyataan/kata-kata atau enggan
menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala apa yang kamu
kerjakan.” (Surah an-Nisa’: ayat 135)

YAB Perdana Menteri juga telah menegaskan: “Kerajaan komited untuk melaksanakan
dasar dan program pengagihan dengan adil, baik lagi berkesan. Kerajaan akan
memastikan bahawa struktur serta proses pelaksanaan dan pemantauan diwujudkan
segera supaya impak daripada dasar dan program dapat dilihat dalam tempoh terdekat.
Merealisasikan pembangunan yang lebih seimbang dan bermakna adalah satu amanah
untuk menjamin keadilan sosial dan memupuk keharmonian rakyat.”10

Modal Insan Dan Aktiviti Kebudayaan

Islam adalah agama yang didasarkan atas fitrah manusia, dan salah satu fitrah itu adalah
mencintai hal-hal yang indah dan baik. Allah memberi potensi berseni kepada setiap

9
. Ibid.
47. Ibid.
manusia. Kesenian adalah salah satu ekspresi dari potensi yang ada dalam diri manusia
untuk meraih kebaikan dan keindahan.

Fungsi seni berkait dengan signifikan akal supaya insan menyedari perkaitan dengan
alam ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan
Tuhan dan keunikan penciptaan-Nya.

Mungkin kita tidak pernah terfikir bahawa program dan aktiviti kebudayaan akan
menyumbang kepada pembangunan modal insan. Kata YAB Perdana Menteri:
”Penglibatan langsung rakyat dalam aktiviti budaya, kesenian dan warisan akan turut
menyumbang kepada pembangunan insan yang holistik, di samping membantu
mengukuhkan perpaduan negara. Kerajaan akan berusaha meningkatkan kesedaran
rakyat mengenai peranan budaya, kesenian dan warisan dalam kehidupan harian, di
samping mempromosikan industri budaya dan kesenian negara.”11

Seni juga meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja menyeimbangkan emosi. Maka
kesenian, kebudayaan dan warisan negara adalah aset penting yang boleh menjana
kekayaan negara dan membantu peningkatan mutu modal insan.

Modal Insan Dan Peranan Golongan Wanita

Kita ingin melihat wanita di negara ini lebih kompetetif dan memberikan impak kepada
pembangunan dan kemajuan negara. Dasar-dasar kerajaan sedia ada akan
meningkatkan jati diri wanita dan melahirkan wanita dan masyarakat yang bermaruah
tinggi seterusnya memartabatkan dan menjulang nama negara di persada antarabangsa.
Wanita juga adalah modal insan yang signifikan dan seharusnya turut menyumbang
bersama golongan lelaki demi merealisasikan negara Malaysia yang cemerlang,
gemilang dan terbilang. Wanita juga adalah golongan yang boleh menyumbang kepada
masyarakat, agama dan negara berdasarkan rekod sejarah serta merupakan agen
perubahan penting.

48. Ibid.
YAB Perdana Menteri telah menjelaskan: ”Malaysia sentiasa menghormati prinsip
kesaksamaan gender. Wanita telah menunjukkan keupayaan cemerlang apabila
diberikan peluang yang saksama; sememangnya wanita tetap mempunyai tempat di
dalam semua arena pembangunan negara. Sumbangan wanita terhadap usaha
pembangunan hendaklah dilihat secara menyeluruh. Wanita yang tidak bekerja sepenuh
masa, wanita yang membantu urusniaga keluarga, wanita yang memilih menjadi suri
rumah sepenuh masa; mereka sebenarnya memberikan sumbangan besar dari sudut
ekonomi dan sosial, dari aspek pembangunan keluarga dan pembangunan insan.
Kerajaan akan terus memudahkan penyertaan lebih ramai wanita dalam tenaga kerja,
termasuklah menyediakan lebih banyak peluang latihan, menggalakkan waktu kerja
fleksibel dan juga mewujudkan ‘special window’ dalam program pembiayaan perniagaan
sedia ada. Kerajaan juga akan terus mengkaji semula undang-undang dan peraturan
sedia ada yang mempunyai potensi untuk mendiskriminasikan wanita.”12

Arus zaman telah mengubah peranan wanita masakini. Wanita tidak lagi duduk terperap
dalam rumah atau di dapur, menjaga anak-anak ataupun menjaga rumah. Wanita
masakini berperanan besar menyumbang secara konstruktif kepada kemajuan dan
pembangunan diri keluarga, komuniti, masyarakat dan juga negara. Zaman telah berubah
dengan arus kemodenan dan sosialisasi. Peranan wanita tidak harus dilihat dalam
konteks tradisional semata-mata. Sebuah pepatah Inggeris berbunyi ”The Hand That
Rocks The Cradle Rules The World” menampilkan peranan wanita dalam mendidik,
mengasuh dan membesarkan anak-anak yang mempunyai potensi besar sebagai
pewaris kepimpinan dan kemajuan negara.

Panduan untuk manusia menjalani kehidupan telah dikemukakan oleh Allah s.w.t..
Manusia akan selamat dan sejahtera di dunia dan Akhirat sekiranya manusia berpegang
teguh dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Begitu juga dalam aspek pembelaan hak wanita.
Islam telah menawarkan peruntukan yang mencukupi agar hak-hak mereka terpelihara
di mana tidak ada satupun ajaran yang sebegini komprehensif boleh kita temui di mana-
mana tempat di dunia.

49. Ibid.
Modal Insan Dan Undang-undang

Daripada beberapa segi, kerajaan telah berusaha memperkukuhkan delivering


mechanism jentera-jentera kerajaan dan mengurangkan kerenah birokrasi.
Penambahbaikan undang-undang dan peraturan untuk memantapkan jentera pelaksana
kerajaan amatlah dialu-alukan.

Aspek pemantauan dan penilaian adalah di antara langkah yang berkesan bagi
memastikan proses membangunkan modal insan terhasil dengan sempurna. Kata YAB
Perdana Menteri: “Maka menjadi tugas Kerajaan untuk menyusun jentera pelaksanaan,
pemantauan dan penilaian yang lebih efektif. Menjadi tanggungjawab Kerajaan
membinaupaya jentera tersebut dengan pembangunan modal insan kelas pertama.
Adalah menjadi hasrat Kerajaan untuk menambahbaik dan meminda peraturan serta
undang-undang sedia ada, agar dapat memudahkan pembangunan dan mengurangkan
halangan.”13

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak berkuasa agama negeri dilihat oleh
kerajaan boleh memainkan peranan yang lebih proaktif dalam memperkasa dan
memperkukuhkan pembangunan modal insan. YAB Perdana Menteri menegaskan:
“Pihak berkuasa agama Islam negeri perlulah mengambil tanggung jawab fardu kifayah,
berperanan aktif membangunkan ekonomi umat Islam dan membantu usaha
pembangunan insan.”14

Modal Insan Dan Pendidikan

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) diharap dapat melahirkan modal insan yang berpotensi
dan berkualiti dan dapat bersaing di dalam negara dan luar negara. Anjakan paradigma
peranan IPT dilihat satu petanda positif ke arah kemajuan dan pembangunan negara.

13
Ibid.
14
Ibid.
Pembentukan modal insan mestilah bermula pada peringkat awalan, rendah, menengah
dan menuju pendidikan tinggi (Lihat Rajah 3).

Mahasiswa merupakan pewaris kepimpinan negara. Puluhan ribu bergraduat pada setiap
tahun dan diharapkan dapat mengisi kekosongan jawatan. Persoalan asas dalam
perbincangan mengenai pewujudan modal insan dalam konteks pembangunan dan
kemajuan negara mencakupi perkara-perkara berikut:

i) Kualiti modal insan


ii) Kuantiti modal insan
iii) Keberkesanan modal insan
iv) Komitmen modal insan
v) Proses melahirkan modal insan

YAB Perdana Menteri menjelaskan: “…pembangunan modal insan dalam perkhidmatan


Kerajaan akan digiatkan lagi. Institusi dalam dan luar negara akan terlibat dalam usaha
pendidikan dan latihan.”15 Beliau menekankan keperluan latihan atau apa yang
disebutkan oleh beliau sebagai “learning organization”. YAB Perdana Menteri
menjelaskan: “Dari segi sub-sektor, pendidikan dan latihan akan diperuntukkan
peratusan terbesar, 20.6 peratus, selaras dengan keazaman Kerajaan untuk
meningkatkan kualiti modal insan.”16 Ilmu perlu diintegrasikan dengan amalan,
kemahiran, maklumat dan pengalaman. Para pekerja perlu berlumba-lumba mengisi
dada dengan ilmu dan kemahiran, bekerja dengan berkualiti dan komited serta sentiasa
memperbaiki diri untuk merealisasikan sebuah negara Malaysia yang cemerlang,
gemilang dan terbilang.

15
Ibid.
16
Ibid.
Rajah 3: Feeder kepada Modal
Tenaga mahir dan MODAL INSAN 1.Kerja Kerajaan
separuh mahir, pakar
dari Malaysia di luar 2.Bekerja Sendiri
negara? 3.Swasta
20 IPTA
Tinggi
Mahasiswa
324 IPTS
Luar Negara
27 Maktab Perguruan (Status Univ.)

20 Politeknik

34 Kolej Komuniti
Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Pendidikan
Teknik, Sekolah Pendidikan Agama, Sekolah Menengah
Pendidikan Vokasional, Sekolah Pendidikan Khas,
Sekolah Antarabangsa, Sekolah Wawasan dan
Sekolah Harian

Sekolah Kebangsaan

Sekolah Jenis Kebangsaan


Rendah
1925 Tabika KEMAS

4150 Tabika KEMAS

1447 Tabika akan dibuka


Insan

Modal Insan Dan Keutuhan Moral

Islam telah meletakkan insan sebagai sebaik-baik kejadian. Keperluan kebendaan dan
kerohanian manusia hendaklah dipenuhi dalam bentuk yang bersepadu. Pendekatan ini
memberi tempat yang utama kepada kesepaduan nilai etika dan moral dalam semua
keperluan dan tindak-tanduk manusia termasuklah dalam beraktiviti ekonomi. YAB
Perdana Menteri telah menjelaskan: ”Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu
modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar
dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem
pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke peringkat
tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana
lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama,
penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki
kekuatan moral.”17

Falsafah tauhid menganjurkan kesatuan dalam ilmu pengetahuan untuk mendidik


manusia bagi kebahagiaan hidup dan keredaan Allah s.w.t.. llmu ekonomi dan yang
berkaitan dengannya turut sama berperanan yang pada akhirnya mengangkat martabat
insan dan kemuliaan Islam.

Penumpuan pembangunan dalam negara adalah secara bersepadu dan komprehensif


dengan penekanan diberikan lebih kepada dimensi kerohanian di samping dimensi
kebendaan tidak disisihkan. Penghayatan akhlak Islam disertakan dalam semua urusan
dan operasi ekonomi. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

               

              

"Dan tuntutlah Dengan harta kekayaan Yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan
pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah Engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah)
sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya Yang
melimpah-limpah); dan janganlah Engkau melakukan kerosakan di muka bumi;
Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang Yang berbuat kerosakan ". [Surah
Al-Qasas: 77]

17
Ibid.
Allah menuntut kita mencari apa yang telah dianugerahkan Allah kepada insan iaitu
kebahagiaan di akhirat dan janganlah insan itu melupakan bahagiannya dari kenikmatan
duniawi dan Allah juga menyuruh berbuat baik kepada orang lain sebagaimana Allah
telah berbuat baik kepada insan dan Allah memperingatkan insan agar tidak berbuat
kerosakan di mukabumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berbuat
kerosakan.

Pembentukan disiplin, etika dan moral modal insan boleh direalisasikan melalui
pendidikan akhlak. Bahkan ilmu dan pengetahuan tidaklah menjadi bermanfaat sekiranya
insan yang membawanya tidak memanifestasikan praktik ilmu dan amalannya. Kemajuan
sains dan teknologi tidak akan bermakna seandainya insan yang mengendalikannya
“mundur” dan “terkebelakang” ataupun tidak berakhlak. Modal insan juga menentukan
pembawaan nilai kemanusiaan dan nilai Tauhid dan manfaat penggunaan sains dan
teknologi.

Memperkasa Modal Insan: Kesihatan Dan Keselamatan Pekerjaan

Modal insan kelas pertama tanpa persekitaran kerja yang kondusif dan kesejahteraan
organisasi akan membantutkan fungsi sebenar modal insan. Pengurusan tekanan kerja
di samping latihan dan bimbingan berterusan adalah penting untuk melahirkan tenaga
kerja berkualiti. Tanpa pengurusan tekanan kerja dan keganasan di tempat kerja yang
konsisten, ianya boleh menjejaskan dayasaing organisasi.18

Setiap majikan dan organisasi mestilah menyediakan persekitaran kerja yang selamat,
kondusif dan sihat untuk semua wargakerja dan pelanggan-pelanggan serta persekitaran
untuk kesenangan belajar dan mengembangkan ilmu pengetahuan. Di samping itu,
majikan dan organisasi juga bertanggungjawab tentang pengelolaan tempat bekerja dan
sistem kerja yang selamat dan sihat. Insiatif majikan juga diperlukan untuk mendedahkan
dan memahamkan pekerja tentang maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan

18
Untuk penjelasan lanjut mengenai pencegahan tekanan kerja dan keganasan di tempat kerja, lihat Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia (2001), Panduan Bagi Pencegahan dan Keganasan di Tempat
Kerja, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia Kuala Lumpur.
cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan.
Majikan juga bertanggungjawab mengelakkan pekerja daripada kemalangan, penyakit,
keracunan dan kejadian berbahaya. Majikan juga perlu mengusahakan penyediaan
kemudahan-kemudahan kebajikan dan rekreasi serta sukan untuk semua wargakerja. 19

Kerajaan juga amat prihatin tentang kesejahteraan dan keselamatan pekerja di tempat
terkurung. Semua majikan berkewajipan untuk mengadakan dan menyelenggara tempat
kerja dan sistem bekerja yang selamat dan tanpa risiko di tempat kerja. Ini akan
menyumbang kepada kesejahteraan dan keberkesanan golongan modal insan.20

Modal Insan Dan Integriti

YAB Perdana Menteri menegaskan betapa integriti itu penting dalam modal insan: ”Saya
menekankan sekali lagi bahawa jentera pelaksanaan negara perlu diasaskan kepada
sifat amanah dan integriti dalam meningkatkan akauntabiliti dan tahap urus tadbir di
dalam negara. Tanpa nilai integriti, negara tidak boleh dikatakan negara maju dalam erti
kata sebenar, meskipun maju dari segi ekonomi, sosial mahupun kualiti hidup.” 21

Rasuah adalah di antara pemusnah kedaulatan dan maruah negara. Kerajaan sentiasa
prihatin dengan tahap dan keupayaan penguatkuasaan undang-undang serta sentiasa
berusaha mempertingkatkannya. YAB. mantan Perdana Menteri berkata: “Kita kekal
tegas memerangi rasuah walaupun kita perlu menongkah arus. Patah sayap bertongkat
paruh, namun hasrat tidakkan luntur. Untuk menyokong usaha ini, keupayaan
penguatkuasaan akan ditingkatkan. Kerajaan bercadang meningkatkan kapasiti badan
penguat kuasa dengan menambah tenaga pekerja serta bilangan peralatan bagi
memenuhi keperluan.”22

19
Untuk penjelasan lanjut, lihat Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-peraturan (AKTA 514) Pindaan
sehingga bulan April 2006.
20
Untuk penjelasan lanjut, lihat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia (2001), Kod
Amalan Bekerja Selamat di Ruang Terkurung, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber
Manusia Kuala Lumpur.
21
“Membina Tamadun Menjulang Martabat Negara”, Ucapan Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa
membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 Di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006.
22
“Membina Tamadun Menjulang Martabat Negara”, Ucapan Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa
membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan, 2006-2010 Di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006.
Kita memerlukan kekuatan untuk menghapuskan semua gejala rasuah, penyelewengan
dan salahguna kuasa secara berkesan. Kekuatan rohani, spirituil, jatidiri, patriotisme dan
kesucian akidah tauhid serta nilai-nilai Islam membentuk nilai integriti sejati. Justeru
teguhkan dan tetapkanlah jiwa dan hati kepada Al-Quran dan Al-Sunnah yang sesuai
dipraktikkan pada sebilang masa, sebarang tempat dan zaman.

Cadangan

Pembangunan modal insan haruslah mengambilkira kemahiran berfikir dan


pembentukan kreativiti yang menyumbang kepada peningkatan produktiviti atau kualiti
perkhidmatan. Para pekerja perlu mempunyai inisiatif untuk berfikir bagi mendapat hasil
yang terbaik.

 Para pekerja perlulah sentiasa bersemangat tinggi dan mempunyai komitmen


serta keyakinan diri dalam menjalankan tugas dan melakukan pekerjaan.

 Modal insan perlu dicanai dengan kemahiran berkomunikasi berkesan agar mesej
tugas yang dipertanggungjawabkan tercapai.

 Organisasi mesti mengelakkan kerenah birokrasi agar delivering mechanism and


system (sistem dan mekanisme penyampaian) dalam agensi-agensi kerajaan dan
sektor swasta lebih berkesan.

 Kerjasama berkumpulan mestilah menjadi budaya dalam setiap jabatan. Ianya


perlu dipupuk dalam semua jenis latihan dan diamalkan secara berterusan dalam
organisasi.

 Sikap bertanggungjawab terhadap tugas mestilah sentiasa disemat di sanubari


setiap pekerja. Ianya perlu sentiasa diperingatkan. Begitu juga nilai integriti dan
amanah perlu disemai dan ditanam dalam jiwa pekerja dalam aktiviti-aktiviti
khusus organisasi misalnya seperti perhimpunan bulanan.
 Para pekerja juga perlu mempunyai sikap yang prihatin terhadap keluarga dan
masyarakat setempat walaupun dalam kesibukan tugas dan kerja masing-masing.

 Para pekerja perlulah menginginkan perubahan dan merebut setiap peluang yang
ada terutamanya berkaitan kenaikan pangkat dan peningkatan prestasi kerja dan
ilmu serta kemahiran dan kepakaran.

 Para pekerja mestilah secara konsisten meningkatan ilmu, maklumat dan


kemahiran demi keberkesanan pekerjaan.

 Para pekerja mestilah menjuruskan peningkatan fokus dan bidang tumpuan


pekerjaan masing-masing ke arah kecemerlangan.

Rajah 4: MODEL TUMPUAN KECEMERLANGAN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Kepatuhan dan Perancangan, pelaksanaan,


perundangan penilaian, pembaikan dan
pemantauan

Pembangunan
organisasi KECEMERLANGAN Latihan dan
PEMBANGUNAN MODAL INSAN pengambilan

Tadbir urus
Penjagaan/Peman
berkualiti
-tauan

Pembangunan penyelenggaraan
dan penjanaan
sumber
RAJAH 5: CIRI MODAL INSAN DALAM RMK9

Inovasi,
kreativiti,
kualiti dan
peningkatan
produktiviti
Aspirasi negara Kesukarelaan,
dan kerajaan, keusahawanan
kepuasan danberdikari

Soft skills,
kemahiran Berfikir dan
komunikasi MODAL merealisasi
dan bahasa
INSAN
BERTERAS
AGAMA

Bersaing dan
Ikhlas, jujur,
mampu
amanah,
menghadapi
akauntabiliti
cabaran

Pengurangan Menyelesai
kos dan kan masalah,
khidmat bakti pengurusan
dan strategi

Kesimpulan

Modal insan dan RMK9 mempunyai perkaitan yang sangat rapat ke arah pencapaian
Malaysia sebagai negara maju pada tahun 2020. YAB. Perdana Menteri mempunyai
harapan yang begitu tinggi dalam soal ini untuk melihat kejayaan negara, katanya: ”Semoga
akan tercapai hasrat membina negara yang lebih makmur – lebih maju; lebih progresif –
lebih dinamik; negara yang berupaya menyediakan kualiti hidup lebih baik kepada warga.
Semoga akan terbina tamadun agung yang dihormati di persada dunia. Semoga segala
keikhlasan dan kegigihan mendapat keberkatan Ilahi.” (Pembentangan RMK9 oleh YAB
Perdana Menteri pada 31 Mac 2006)

Rujukan

Al-Quran Al-Karim

Amini Amir Abdullah, “Pembangunan Insan Mengikut Perspektif Islam”, kertas kerja yang
dibentangkan dalam Bengkel Pembangunan Insan III sempena Sambutan Maulidur
Rasul anjuran Pusat Islam, Kolej-kolej dan HEP UPM pada 17hb. (Ahad) Jun 2001.

Amini Amir Abdullah, “Kerajaan Malaysia, Islam Hadhari dan Pembangunan Insan”,
kertas kerja Bengkel Pembangunan Insan, Dewan Kolej Kelima, Universiti Putra
Malaysia, anjuran Pusat Islam, UPM pada 23hb Julai 2005.

Amini Amir Abdullah, kertas edaran ceramah bertajuk “Insan Cemerlang”, Program
Latihan Praktik Dalam Kampus Semester Pertama 2005-2006, 2 Disember 2005, 8.30
pagi, DKFEM1, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.

“Membina Tamadun Menjulang Martabat Negara”, Ucapan Perdana Menteri YAB. Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa membentangkan usul mengenai Rancangan
Malaysia Kesembilan, 2006-2010 Di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia


(2001), Panduan Bagi Pencegahan dan Keganasan di Tempat Kerja, Jabatan
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia Kuala
Lumpur.

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Peraturan-peraturan (AKTA 514)


Pindaan sehingga bulan April 2006.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia


(2001), Kod Amalan Bekerja Selamat di Ruang Terkurung, Jabatan Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan Malaysia, Kementerian Sumber Manusia Kuala Lumpur.

View publication stats

You might also like