Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN

PERTANDINGAN SOFBOL

1. Undang-undang Permainan

Pertandingan dijalankan mengikut undang-undang Persatuan Sofbol Antarabangsa (ISF- Past


Pitch). Dan Peraturan Am MSSM/MSSMK.

2. Jenis Pertandingan

Pertandingan dijalankan secara berpasukan antara sekolah di bawah umur 12 tahun, 15 tahun dan 18
tahun dan ke bawah dalam kategori lelaki dan perempuan.

3. Pendaftaran Pemain/Pembentukan pasukan

3.1 Tiap pasukan mesti tidak lebih daripada 15 orang pemain. 9 orang pemain utama dan 6 orang
pemain simpanan.

3.2 Tiap pasukan mesti disertai oleh PENGURUS PASUKAN / JURULATIH-JURULATIH pada
MASA PERLAWANAN diadakan.

3.3 Tiap pasukan mesti mempunyai jurulatih yang memegang jawatan sebagai seorang pegawai
Pendidikan atau berkaitan dengan pendidikan.

3.4 Kelayakan pemain

3.4.1 Semua pemain mesti berumur 12 tahun, 15 tahun dan 18 tahun dan kebawah pada 1
Januari tahun pertandingan.
3.4.2 Semua pemain mesti membawa surat beranak / kad pengenalan yang disahkan.

3.4.3 Semua pemain mesti melengkapkan borang R01 dan M01 dan dibawa semasa
pertandingan.

4. Sistem Pertandingan

4.1 Sistem pertandinagn dijalankan secara liga dan atau cara kalah mati seperti berikut:

4.2 Cara Tiga Kumpulan ( A, B dan C)

4.2.1 Pusingan Awal

a) Sekiranya sembilan pasukan atau lebih mengambil bahagian, mereka hendaklah


dibahagikan kepada tiga kumpulan A, B dan C dan pertandingan dijalankan secara
liga.

b) Johan, Naib Johan dan tempat ketiga dalam pertandingan dalam pertandingan
tahun lalu akan ditempatkan ( Seeded) dalam kumpulan berikut:

Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B
empat ketiga - Kumpulan C

Pasukan-pasukan lain akan ditempatkan dalam tiga kumpulan tersebut dengan cabutan
undi.

4.3 Dua Kumpulan ( A dan B )

4.3.1 Pusingan Awal

a. Sekirannya lapan pasukan dan kurang mengambil bahagian, mereka hendaklah


dibahagikan kepada dua kumpulan A dan B dan pertandingan hendaklah dijalankan
secara liga.

b. Johan dan Naib Johan dalam pertandingan tahun lalu ( Seeded ) akan ditempatkan
dalam kumpulan seperti berikut:
Johan - Kumpulan A
Naib Johan - Kumpulan B

Pasukan lain akan ditempatkan di dalam dua kumpulan tersebut dengan cabutan
undi.
c. Sekirannya pasukan yang diutamakan (Pilihan) tidak mengambil bahagian, pasukan
terbaik berikutnya hendaklah dipertimbangkan kedudukannya.

4.4 Pusingan Separuh Akhir/Akhir

a. Johan Kumpulan X akan melawan johan kumpulan Y untuk menentukan Johan


dan Naib Johan

b. Naib Johan Kumpulan X akan melawan Naib Johan kumpulan Y untuk menentukan
Tempat Ke tiga dan Ke empat ( Per: 4.2 untuk cara tiga kumpulan )

c. Johan kumpulan A akan melawan naib Johan Kumpulan B untuk menentukan


pasukan Ke pertandingan akhir.

d. Pasukan yang kalah dalam perlawanan separuh akhir akan menentukan tempat ketiga
dan keempat .

4.5 Semua perlawanan kecuali perlawanan akhir dijalankan selama 1 jam 20 minit atau 5
inning untuk kategori umur 15 tahun dan 18 tahun manakala 1 jam atau 5 inning untuk
kategori 12 tahun atau mana-mana yang terdahulu tamat.

4.6 Manakala perlawanan akhir adalah selama 2 jam atau 7 inning untuk kategori 15 tahun
dan 18 tahun dan 1 jam 20 minit untuk kategori 12 tahun atau 7 inning atau mana-mana
yang terdahulu.

4.7 “Tie-Breaker" akan dikuatkuasakan.

4.8 Aturan Pengundian dan Perlawanan

Giliran perlawanan adalah mengikut nombor perlawanan telah ditetapkan.

Kumpulan 3 pasukan ( P1, P2 dan P3 ) Kumpulan 5 pasukan ( P1, P2, P3, P4, dan P5 )

Perlawanan No Perlawanan Perlawanan No Perlawanan

P2 VS P3 1 P4 VS P5 1
P1 VS P2 2 P2 VS P3 2
P1 VS P3 3 P1 VS P4 3
P3 VS P5 4
Kumpulan 4 pasukan (P1, P2, P3 dan P4 ) P2 VS P4 5
P1 VS P3 6
Perlawanan No Perlawanan P2 VS P5 7
P1 VS P5 8
P3 VS P4 1 P3 VS P4 9
P1 VS P2 2 PIVSP2 10
P2 VS P4 3
P1 VS P3 4
P2 VS P3 5
P1 VS P4 6

5. Cara Menentukan Keputusan


5.1 Secara Liga

5.1.1 Cara memberi mata Menang - 2 mata


Kalah - 1 mata
Kalah Tanpa bertanding - 0 mata
5.1.2 Jika 2 atau lebih pasukan yang mendapat jumlah mata yang sama, pemenang-
pemenang kumpulan akan ditentukan seperti berikut:

5.1.2.1 Pasukan yang mendapat 'kena larian ' minima dikira pemenang,
5.1.2.2 Jika seri lagi pasukan yang mendapat jumlah larian yang maksima, dan

5.1.3 Jika masih seri, cabutan duit syiling terpaksa dilakukan.

6. Pakaian

6.1 Sila rujuk Undang-undang MSSM/Antarabangsa

6.2 Pakaian Seragam

Semua pemain, jurulatih dan Pengurus pasukan mesti memakai pakaian seragam pasukan.
Nombor pemain mesti disematkan di belakang pakaian. Dua pasukan tidak boleh memakai
pakaian seragam yang sama warna ( Pasukan yang disebut akhir dalam jadual hendaklah
menukarkan pakaiannya ).

6.3 “ Face Mask" / "Catcher Helmet", Penghadang Kerongkong dan Topi Pemukul adalah wajib
dipakai semasa pertandingan.

6.5 " Face Mask" untuk Penangkap Belakang ( Catcher) wajib dipakai semasa latihan picing.

7. Gelanggang / alatan

7.1 Gelanggang hendaklah mengikut ukuran MSSM / ISF (lampiran A)


7.2 Alatan yang digunakan mestilah sah dan mengikut undang-undang ISF
7.3 'Back Stop' hendaklah digunakan apabila 'fast picth' digunakan.

8. Alatan

8.1 Bola saiz ukur lilit 12" (bergantung kepada jawatankuasa pengelola)
8.2 Bat yang disahkan oleh ISF (bergantung kepada jawatankuasa pengelola)

9. Kelewatan

Hanya 10 minit akan diberikan kepada pasukan yang lewat dan selepas itu pihak lawannya akan
diberi kemenangan percuma dengan 2 mata dan 7-0 larian

10. Menarik Diri dan Menyerah Kalah

Pasukan yang membuat atau memberi kemenangan percuma atau tidak mahu meneruskan
perlawanan atau tidak hadir semasa perlawanan, maka segala kesan perlawanan sebelumnya
tidak akan diambilkira.

11. Bantahan

Sila rujuk PERATURAN AM MSSMK

12. Juri Rayuan

Sila rujuk PERATURAN AM MSSMK

13. Lembaga Tatatertib

Sila rujuk PERATURAN AM MSSMK

14. Perkara yang tidak dinyatakan

Sila rujuk PERATURAN AM MSSMK


LAMPIRAN A

UKURAN GELANGGANG

12 TAHUN 15 TAHUN 18 TAHUN


ITEM
L P L P L P

A Jarak antara bes 50ft 50ft 60ft 60ft 60ft 60ft


/ 15.24m / 15.24m / 18.28m /18.28m /18.28m 18.28m

B Jarak 'pic plate' 35-38 ft 33-35ft 46ft 40ft 46ft 40ft


dengan 'home plate’ / 10.66- / 10.05- /14.02 /12.19m /14.02m /12.19m
11.58m 10.66m /

C Jarak home plate ke 70.71ft 70.71ft 84.85ft 84.85ft 84.85ft 84.85ft


2nd bes ( Pepenjuru ) / 21.55m / 21.55m / 25.86m / 25.86m 25.86m / 25.86m

D Jarak kawasan bola 27-30ft 27-30ft 27-30ft 27-30ft 27-30ft 27-30ft


mati ( Foul Tritory ) / 8.23-9.14m / 8.23-9.14m / 8.23-9.14m / 8.23-9.14m / 8.23-9.14m / 8.23-9.14m

C A

D
B

GAMBARAJAH GELANGGANG SOFBOL


4’

Kotal 5’ 11” 7’
Home Plate
Pemukul

3’

3’ 2’ 5” 3’

Kotak Kecer 10’

17”

8.5”

2.44 m/8’

12”
Pitcher Plate
Home Plate

24”

6”

Bulatan Picer
Picer Plate

You might also like