Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

5.

2 KAEDAH USAHAWAN MEMULA DAN MENJALANKAN PERNIAGAAN

5.2.1 KAEDAH YANG DIGUNAKAN OLEH USAHAWAN DALAM MEMULAKAN

PERNIAGAAN

Secara umumnya, terdapat tiga kaedah yang digunakan oleh usahawan dalam memulakan

perniagaan. Antara kaedahnya ialah perniagaan secara fizikal serta perniagaan secara maya dan

fizikal.

5.2.1.1 PERNIAGAAN SECARA FIZIKAL

Perniagaan yang dijalankan di NS Nasi Kandar adalah perniagaan secara fizikal.

Perniagaan secara fizikal bermaksud sesuatu perniagaan yang hadir secara fizikal di

lokasi geografi yang telah ditetapkan oleh usahawan. Perniagaan ini dijalankan di

beberapa tempat di Pulau Pinang iaitu di Bukit Jambul, Bayan Lepas dan Georgetown.

Tempat tersebut digunakan untuk menjual makanan-makanan yang disediakan di tempat

masak. Usahawan ini memilih untuk menjalankan perniagaannya secara fizikal kerana

skop perniagaan adalah besar. Hal ini demikian kerana ramai yang sering datang ke

restoran NS Nasi Kandar. Keadaan akan bertambah sibuk lagi apabila tibanya hujung

minggu. Perniagaan ini harus dijalankan dengan fizikal. Lebih-lebih lagi jumlah

pelanggan dalam era maya adalah sedikit dan tidak berpotensi untuk membeli makanan

sebanyak pelanggan yang dating ke restoraan. Selain itu, restoran memerlukan tempat

masak yang luas dan kondusif supaya pekerja-pekerja dapat melakukan pekerjaan dengan

senang. Tambahan pula, makanan dapat dihidangkan kepada pelanggan dengan segar

yang lebih disukai oleh mereka. Jelaslah bahawa Restoran NS Nasi Kandar lebih sesuai

dijalankan secara fizikal kerana ia memerlukan tempat masakan yang luas


memandangkan skop pelanggannya adalah besar. Pada pendapat pengkaji, perniagaan ini

sesuai dijalankan secara fizikal kerana mempunyai tempat duduk yang selesa untuk

menjamu serta mempunyai tempat masak yang luas untuk memasak dan melakukan

perniagaan. Restoran NS Nasi Kandar merupakan perniagaan yang berskop besar maka

perniagaan secara maya tidak sesuai dijalankan kerana kadar keuntungan yang diterima

adalah lebih kecil jika dibandingkan perniagaan secara fizikal.

5.2.1.2 MENGAMBIL ALIH PERNIAGAAN SEDIA ADA

Usahawan yang menjalankan perniagaan perlu menentukan kaedah memulakan

perniagaan. Usahawan yang dikaji iaitu Encik Prem Kumar mengambil alih perniagaan sedia

ada. Encik Paramasivam iaitu pengasas Sivam Catering Sdn. Bhd telah memulakan perniagaan

sendiri dan kemudiannya telah diambil alih oleh anaknya iaitu Encik Prem pada tahun 2009.

Mengambil alih perniagaan sedia ada bermaksud membeli perniagaan orang lain, mengganti atau

mewarisi perniagaan keluarga yang telah sedia wujud dengan mengambil alih pengurusannya

(Rafidah Manap & Mokhtar Pet, 2019). Menurut temubual yang telah dijalankan oleh pengkaji,

Encik Prem telah mengambil kira beberapa faktor sebelum mengambil alih perniagaan ayahnya.

Antara faktor yang telah dipertimbangkan olehnya adalah keadaan pasaran. Katering makanan

merupakan sebuah perniagaan yang memberi keuntungan yang amat lumayan. Beliau telah

meneliti serta menganalisis keadaan pasaran semasa dalam sektor katering sebelum mengambil

alih perniagaannya. Beliau telah bekerja dengan ayah untuk tempoh setahun iaitu pada tahun

2008 untuk membelajar selok-belok dalam perniagaan katering makanan. Beliau telah

memastikan Sivam Catering Sdn. Bhd. mempunyai potensi dan menjadi pilihan rakyat

berbanding dengan pesaing supaya perniagaannya dapat diperkembangkan apabilah diambil alih

olehnya. Di samping itu, persaingan merupakan salah satu faktor yang telah diambil kira oleh
Encik Prem sebelum mengambil alih Sivam Catering Sdn. Bhd. Pada tahun 2009-an sektor

katering tidak memiliki banyak pesaing. Walaupun sektor ini amat kompetitif dalam pasaran,

Encik Prem mampu berhadapan dengan pesaing dengan mengemukakan idea-idea baru supaya

terus berada dalam pasaran. Seterusnya, Encik Prem turut memberi fokus kepada harga keluaran

sebelum mengambil alih perniagaan ini. Beliau mengkaji dan membandingkan segala harga yang

ditawarkan oleh para pembekal supaya dapat membelikan barang-barang dengan harga yang

lumayan.

Kebaikan yang diperoleh daripada mengambil alih perniagaan sedia ada adalah memiliki

pelanggnan sedia ada. Hubungan yang baik antara pemilik terdahulu iaitu Encik Paramasivam

dan para pelanggan dapat diteruskan oleh pemilik baharu iaitu Encik Prem. Hal ini secara tidak

langsung membolehkan Encik Prem mempunyai pelanggan tetap dan setia secara automatik

apabila mengambil alih perniagaan ayahnya. Kebaikan seterusnya adalah Encik Prem tidak perlu

mencari pekerja baharu dan mengeluarkan kos latihan yang tinggi kerana perniagaan yang

diambil alih telah mempunyai pekerja sedia ada yang terlatih serta berkebolehan menjalankan

tugas dengan cekap. Walaupun terdapat kebaikan yang amat memberangsangkan namun terdapat

beberapa kelemahan dalam mengambil alih perniagaan sedia ada. Imej dan reputasi perniagaan

telah terjejas untuk tempoh masa pendek dalam kalangan rakyat. Hal ini demikian kerana

pelanggan tidak mempunyai keyakinan terhadap pemilik baharu dan mereka beranggapan

bahawa usahawan ini tidak mempunyai potensi untuk mengembangkan perniagaan ayahnya.

Oleh kerana penilaian ke atas perniagaan tidak dibuat dengan tepat, maka usahawan yang dikaji

terpaksa menanggung kerugian. Bajet bagi setiap tempahan makanan tidak dibuat dengan betul

dan ia memberi kesan terhadap jumlah keuntungan yang diterima. Beliau juga terpaksa

menanggung sewa tanah yang tinggi kerana ayahnya tidak membeli tempat masakan tersebut.
Perkara-perkara seperti ini telah mewujudkan kelemahan dalam perniagaan yang telah diambil

alih oleh Encik Prem. Walau bagaimanapun, perniagaan katering makanan yang telah diambil

alih oleh usahawan telah berkembang dengan maju dan pesat sehingga menjadi pilihan

kebanyakan pelanggan untuk majlis-majlis istimewa. Pada pendapat pengkaji, kaedah yang

digunakan oleh Encik Prem iaitu mengambil alih perniagaan adalah lebih strategik berbanding

dengan memulakan perniagaan sendiri. Hal ini demikian kerana beliau dapat mengembangkan

perniagaan dengan lebih mudah kerana perniagaannya dikenali oleh orang ramai. Tambahan lagi,

hubungan luar sedia terjalin dengan pihak bank, kerajaan dan pembekal. Beliau tidak perlu

mencari pembekal baharu dan kepercayaan yang dimiliki oleh pihak bank terhadap Sivam

Catering Sdn. Bhd tetap berkekalan apabila perniagaan diambil alih oleh Encik Prem.

5.2.2 PEMBIAYAAN SERTA KEMUDAHAN DAN BANTUAN YANG DITERIMA BAGI

MEMULAKAN PERNIAGAAN

Sumber modal merupakan punca untuk mendapatkan modal atau dana bagi membiayai

perniagaan yang akan dijalankan. Usahawan perlu mengenal pasti sumber modal yang paling

baik dan boleh mendatangkan keuntungan yang maksimum kepada perniagaannya. Jenis sumber

modal dibahagikan kepada dua kategori iaitu sumber modal formal dan sumber modal tidak

formal (Rafidah Manap & Mokthar Pet, 2019).

5.2.2.1 PEMBIAYAAN SUMBER MODAL FORMAL

Sumber modal formal melibatkan proses pendokumentasian yang rumit untuk mendapatkan

kelulusan pinjaman. Prosedur mendapatkan sumber modal formal memerlukan perikatan


perjanjian secara rasmi antara pihak pembiaya dengan pihak peminjam. Selain itu, cagaran dan

syarat permohonan perlu dipatuhi oleh pihak peminjam. Sumber modal formal yang digunakan

oleh Encik Prem adalah kredit perdagangan daripada pembekal. Kredit perdagangan daripada

pembekal adalah pembayaran tertangguh atas belian yang diberikan oleh pembekal kepada

usahawan (Rafidah Manap & Mokthar Pet, 2019). Kredit perdagangan biasanya ditawarkan

selama 7, 30, 60, 90 atau 120 hari tetapi sebilangan perniagaan seperti tukang emas dan

perhiasan boleh memberikan kredit untuk jangka masa yang lebih lama (Living Economy

Advisors, 2020). Menurut tembual yang diajalankan oleh pengkaji, Encik Prem mendapatkan

bahan mentah iaitu bahan masakan daripada pembekal secara kredit. Kredit perdagangannya

ditawarkan selama 15 hari atau 30 hari iaitu bergantung kepada pembekal. Sivam Catering Sdn.

Bhd menjalankan uruskan perniagaan dengan beberapa pembekal yang mempunyai keyakinan

tinggi terhadap usahawan yang dikaji iaitu Encik Prem. Beliau membayar kredit dagangang

mengikut masa dan jumlah yang ditetapkan oleh pembekal tanpa melenggahkan masa. Kejujuran

dan komitmen yang diberikan oleh beliau memudahkan pembekal yang terlibat memberi kredit

dagangan secara berterusan kepadanya. Encik Prem juga menyatakan bahawa beliau mendapat

diskaun sebanyak 25% daripada pembekal semasa pandemik COVID-19 apabila membeli bahan

mentah daripada pembekalnya. Kredit perdagangan daripada pembekal memudahakan Encik

Prem untuk menguruskan perniagaan dengan cekap kerana beliau tidak perlu tergesa-gesa untuk

membayar pembekal-pembekal dengan segera. Para pembekal turut memahami Encik Prem jika

perniagaan beliau menhadapi kesusahan. Keyakinan dan kepercayaan yang dimiliki oleh

pembekal terhadap Encik Prem menunjukkan bahawa beliau merupakan seorang yang komited

dalam menguruskan Sivam Catering Sdn. Bhd.


5.2.2.2 PEMBIAYAAN MODAL TIDAK FORMAL

Sivam Catering Sdn. Bhd. telah ditubuhkan menggunakan sumber modal tidak formal. Sumber

modal tidak formal tidak memerlukan proses pendokumentasian yang rumit berbanding untuk

mendapatkan sumber modal formal. Tambahan lagi, sumber modal tidak formal tidak

memerlukan perikatan perjanjian secara rasmi antara pihak pembiaya dengan pihak peminjam.

Sumber modal tidak formal yang telah digunakan oleh Encik Paramasivam iaitu ayah usahawan

yang dikaji ialah simpanan sendiri. Simpanan sendiri bermaksud modal sendiri diperoleh

daripada simpanan atau tabungan sendiri atau menjual aset peribadinya seperti kereta atau rumah

untuk membiayai perniagaan (Rafidah Manap & Mokthar Pet, 2019). Menurut tembual yang

dijalankan dengan usahawan yang dikaji, Encik Paramasivam telah menggunakan wang

simpanan peribadi sebanyak RM10,000 untuk memulakan perniagaan katering makanan ini.

Sebelum Sivam katering ditubuhkan secara rasminya, beliau telah mengendalikan katering

makanan ini secara sambilan. Segala keuntungan yang beliau dapat dari tahun 1980 hingga tahun

1987 telah disimpan dan akhirnya pada tahun 1988 Sivam Catering Sdn. Bhd telah ditubuhkan.

Encik Paramasivam telah menggunakan RM300 daripada RM10,000 untuk menyewa sebuah

tempat masakan yang terletak di Kampung Pisang, Pulau Pinang untuk memulakan perniagaan.

Selepas itu, segala alat-alat dapur seperti kuali, piring makanan, dapur, peti sejuk dan

sebagainya. Pada awalnya sebuah van sewa telah digunakan untuk menghantar makanan dan

selepas satu tahun beliau memiliki sebuah van sendirian. Encik Paramasivam telah menggunakan

simpanan sendiri untuk memulakan perniagaan tanpa bergantung kepada pihak-pihak lain seperti

bank. Sumber modal tidak formal yang digunakan telah memberi impak positif yang amat besar

dalam kalangan masyarakat kerana Sivam Catering Sdn. Bhd merupakan salah satu katering

makanan yang sangat popular. Perniagaan yang dimulakan oleh ayah Encik Prem telah memberi
kesan yang positif kerana apabila Sivam Catering Sdn. Bhd telah diambil alih, masyarakat

memberi sokongan yang sama kepadanya. Beliau dapat mengekalkan kuasa dan kawalan penuh

ke atas perjalanan perniagaannya dengan mengeluarkan simpanan sendiri.

5.2.2.2 KEMUDAHAN DAN BANTUAN YANG DITERIMA

Bantuan kewangan boleh diberi dalam bentuk subsidi, pinjaman dan lain-lain. Badan berkanun

yang menawarkan bantuan kewangan kepada Encik Prem adalah pihak swasta. Pihak swasta juga

merupakan salah satu sektor yang terlibat secara langsung dalam membiaya usahawan untuk

memulakan atau memajukan perniagaan yang dijalankan. Antara pihak swasta yang menawarkan

bantuan kewangan kepada golongan usahawan adalah bank perdagangan. Bantuan kewangan

yang ditawarkan oleh bank perdagangan adalah dalam bentuk pinjam. Pembayaran pinjaman dan

faedah atas pinjaman akan dibayar oleh usahawan atau syarikat mengikut tempoh masa tertentu

(Rafidah Manap & Mokthar Pet, 2019). Bank perdagangan yang menawarkan pinjaman kepada

Encik Prem adalah Maybank Berhad. Encik Prem menerima bantuan kewangan daripada

Maybank Berhad untuk membeli aset tetap iaitu lori dan van. Encik Prem mengambil pinjaman

jangka panjang untuk membeli aset-aset. Pinjaman jangka panjang merupakan pinjaman yang

mempunyai tempoh bayar balik melebihi setahun. Pada tahun 2011, beliau telah membeli dua

buah lori dengan bantuan kewangan yang diterima daripada Maybank. Beliau telah

mengeluarkan wang simpanan sendiri sebanyak 25% sebagai wang deposit dan lebihannya telah

ditanggung menggunakan pinjaman yang diterima daripada pihak bank. Beliau telah membayar

balik pinjaman yang diterima dalam tempoh tiga tahun. Selepas itu, pada tahun 2015 beliau telah

mengambil keputusan untuk membeli van penumpang supaya ia memudahkan perjalanan para

pekerja. Beliau mendapat pinjaman yang sama daripada pihak bank dengan mudah kerana
karakternya yang menyakinkan memberi kepercayaan yang tinggi kepada pihak bank. Ayah

beliau turut menerima bantuan kewangan daripada Maybank Berhad untuk membeli dua lori dan

sebuah van pada tahun 1990-an. Kini, Sivam Catering Sdn. Bhd memiliki 4 lori dan 2 van untuk

menjalankan perniagaan katering makanan. Pada pendapat pengkaji, masalah kewangan

merupakan masalah utama yang sering dihadapi kebanyakan usahawan yang ingin memulakan

atau mengembangkan sesebuah perniagaan. Oleh itu, kemudahan dan bantuan yang ditawarkan

oleh pihak swasta membantu Encik Prem untuk menguruskan perniagaan dengan lebih proaktif.

Beliau tidak boleh menjalankan perniagaan katering makanan tanpa kemudahan pengangkutan

maka bantuan kewangan yang ditawarkan oleh pihak bank membantu beliau untuk membeli

lebih banyak aset.

Usahawan yang menjalankan perniagaan perlu membuat persediaaan rapi dari segi pengetahuan

dan kemahiran berkaitan perniagaan berkenaan bagi memastikan kejayaan entiti perniagaan

tersebut. Jenis kemudahan dan bantuan yang diterima oleh Encik Prem adalah pembangunan

usahawan. Program Pembangunan Usahawan islah satu kursus yang ditawarkan selaras dengan

dasar kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera di

Malaysia (Rafidah Manap & Mokthar Pet, 2019). Beliau telah mengambil kursus dalam

“Strategic Management” iaitu Pengurusan Strategik selama 4 bulan pada tahun 2014 di bawah

Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). INSKEN merupakan sebuah agensi di bawah

naungan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) yang menawarkan

inisiatif pembangunan kapasiti usahawan melalui program-program latihan dan bimbingan.

Pengurusan strategik ialah perancangan, pemantauan, analisis dan penilaian berterusan bagi

semua keperluan yang diperlukan oleh organisasi untuk mencapai matlamat dan objektifnya.

Selepas mengambil alih Sivam Catering Sdn. Bhd daripada ayahnya, Encik Prem telah
menyedari bahawa perniagaannya memerlukan banyak perubahan. Lebih-lebih lagi, kursus

dalam pengurusan strategik telah membantu beliau untuk menguruskan perniagaan dengan lebih

cekap dan efektif. beliau menyatakan bahawa melalui program pembangunan yang dihadiri,

beliau telah menggunakan kaedah perancangan strategik iaitu dengan menilai kekuatan,

kelemahan, peluang dan ancaman yang ada dalam perniagaannya. Beliau telah menggubal dan

menyusun semula perniagaannya supaya dapat bersaing dalam pasaran. Antara perkara yang

telah dilakukan olehnya adalah dengan menyusun semula menu makanan. Beliau telah menukar

menu daripada makanan tipikal kepada menu yang mengandungi pelbagai jenis pilihan. Pada

awalnya, Sivam Catering Sdn. Bhd hanya menawarkan 15 jenis makanan kepada pelanggan.

Encik Prem telah menggunakan strategik yang cekap untuk bersaing dalam pasaran dengan

meluaskan menu kepada 45 jenis variasi makanan. Kini, Sivam Catering Sdn. Bhd menawar

makanan India, makanan orang Barat, “Asian food”, pencuci mulut dan lain-lain lagi. Tambahan

lagi, beliau juga menawarkan pilihan kepada pelanggan dengan menyediakan gerai makanan

segera. Pelanggan yang memilih katering makanan Sivam Catering Sdn. Bhd. boleh memilih

pakej tersebut dimana makanan akan disediakan dengan segera di tempat majlis dijalankan.

Perubahan-perubahan yang telah dilakukan oleh Encik Prem jelas menunjukkan bahawa beliau

mendapat manfaat yang amat efektif dan proaktif daripada kursus yang telah dijalankan oleh

agensi INSKEN. Dengan memiliki pengetahuan yang dipelajari, beliau dapat merealisasikan idea

dan cara untuk memenuhi cita rasa pelanggan serta dapat bersaing dalam pasaran katering

makanan ini. Dari pandangan pengkaji, program pembangunan yang telah diambil oleh Encik

Prem telah memberi impak yang positif kepada perniagaanya. Program tersebut telah

mempersiapkan beliau ke arah menjadi pemangkin dan peneraju trend serta pasaran kini. Dengan

ini, beliau dapat bersaing dengan katering makanan lain serta Sivam Catering Sdn. Bhd dapat
menjadi pilihan para pelanggan. Program pembangunan ini juga meningkatkan kebolehupayaan

beliau agar berdaya tahan dan berdaya saing serta meningkatkan kualiti perniagaan.

You might also like