2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

2.

0 PERNYATAAN MASALAH

Tajuk kajian yang dibuat oleh pengkaji ialah “Menganalisis arah aliran eksport Malaysia

dan peratus sumbangan eksport kepada KDNK di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018”.

Objektif untuk kajian ini adalah untuk mengkaji arah aliran eksport Malaysia dari tahun 2009

hingga tahun 2018. Arah aliran eksport sentiasa meningkat atau menurun dari tahun 2009 hingga

tahun 2018. Imbangan akaun perkhidmatan di Malaysia yang meningkat bermaksud data akaun

perkhidmatan pada tahun semasa melebihi data akaun perkhidmatan pada tahun sebelumnya. Ini

akan memberi kesan positif terhadap imbangan akaun perkhidmatan. Ekonomi sesebuah negara

dapat ditingkatkan jika arah aliran meningkat serta taraf hidup masayarkat turut meningkat.

Sebaliknya, arah aliran imbangan akaun perkhidmatan di Malaysia yang menurun bermaksud

data akaun perkhidmatan pada tahun semasa kurang daripada data akaun perkhidmatan pada

tahun sebelumnya. Hal ini mungkin akan menyebabkan ekonomi mengalami defisit yang

menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan

perlu mengalakkan pengunaan perkhidmatan pengangkutan tempatan untuk urus niaga

antarabangsa dan mengurangkan penggunaan perkhidmatan pengangkutan asing. Dengan cara

meningkatkan kecekapan dan kualiti perkhidmatan pengangkutan tempatan, akaun perkhidmatan

dan akaun semasa akan dibaiki.

Objektif kedua kajian ini ialah “Membandingkan imbangan akaun dagangan dengan

imbangan akaun perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018”. Ini adalah untuk

mengenalpasti peratus sumbangan akaun dagangan terhadap imbangan akaun perkhidmatan

sama ada sumbangannya besar atau kecil dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Sekiranya peratus

sumbangan akaun dagangan terhadap imbangan akaun perkhidmatan di Malaysia dari tahun

2009 hingga tahun 2018 adalah besar maka ia akan menguntungkan ekonomi sesebuah negara.
Kesannya, aliran masuk pelaburan langsung asing dan aliran keluar pelaburan langsung ke luar

negara meningkat. Sebaliknya, jika peratus sumbangan akaun dagangan terhadap imbangan

akaun perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018 adalah kecil, maka ia

mungkin akan menyebabkan defisit dalam imbangan pembayaran. Kesannya, mengurangkan

kegiatan ekonomi dalam negara. Kajian ini penting bagi mengetahui keadaan akaun

perkhidmatan di Malaysia dari tahun 2009 hingga tahun 2018. Hasil kajian ini dapat membantu

pihak kerajaan seperti Jabatan Perangkaan Malaysia, Kementerian Pelancongan, dan

Kementerian Kewangan Malaysia dalam menggubal dasar supaya dapat mengekalkan imbangan

akaun perkhidmatan yang positif. Kerajaan juga dapat memperbaiki defisit dalam imbangan

akaun perkhidmatan dengan merangka dasar yang efektif

You might also like