5.0 Dapatan Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

5.

0 DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian merupakan sesuatu yang didapati atau diketahui hasil daripada kajian,

penyelidikan dan sebagainya. Dapatan kajian juga merupakan suatu penemuan daripada

kajian yang telah dijalankan.

5.1 Ciri-ciri usahawan

Individu yang bergelar usahawan mempunyai sifat-sifat peribadi yang berbeza dengan

individu lain. Sifat peribadi yang dipunyai oleh usahawan menjadikan mereka berjaya dalam

usaha teroka yang diceburinya. Selain itu,usahawan juga mempunyai ciri-ciri orang yang efektif

seperti yang disarankan oleh Stephen Covey. Keseimbangan dari aspek jasmani, emosi, rohani

dan intelek (JERI) juga diperlukan oleh setiap usahawan bagi memperoleh kejayaan yang

seimbang. Usahawan merupakan peneraju kepada ekonomi sesebuah negara, usahawan

memainkan peranan penting terhadap pembangunan sosioekonomi masyarakat dan kemajuan

ekonomi negara bagi melahirkan masyarakat dan negara yang makmur, maju dan sejahtera.

Usahawan berperanan membantu menjana idea-idea baharu, mencari peluang-peluang

perniagaan baharu dan menangung risiko yang mungkin dihadapi oleh perniagaannya. Ciri-

ciri usahawan adalah seperti berkebolehan, berkemampuan dan cenderung untuk mencari,

mengesan dan merebut peluang perniagaan, mengusahakan perniagaan tersebut dan

melakukan pembaharuan serta pengubahsuaian yang produktif.


5.1.1 Sifat-sifat peribadi usahawan Berjaya.

5.1.1.1 Berani Mengambil risiko

Sifat-sifat peribadi usahawan yang terdapat pada beliau ialah sifat berani

mengambil risiko. Sifat berani mengambil risiko merupakan seseorang usahawan perlu

berani mengambil risiko dalam setiap tindakan yang diambil oleh mereka untuk

memajukan perniagaan masing-masing seperti risiko kerugian . Menurut temu bual, beliau

menyatakan bahawa beliau sentiasa berani apabila berhadapan dengan pelbagai risiko

dalam perniagaanya. Walaupun dunia diancam dengan wabak Covid-19, bilangan pelanggan

yang datang ke restoran beliau semakin berkurangan semasa Perintah Kawalan Pergerakan

yang telah dilakukan. Beliau terpaksa beroperasi hanya 12 jam setiap hari kerana pandemik ini

berbanding sebelum ini yang beroperasi selama sebanyak 18 jam. Hal ini telah menyebabkan

kerugian yang besar kepada usahawan ini iaitu sebanyak RM20,000 dalam masa seminggu

tersebut. Beliau sanggup menanggung semua risiko tersebut seorang diri tanpa sebarang

bantuan daripada pihak lain. Hal ini telah membantu usahawan ini untuk tidak berputus

asa dan mendorongnya untuk lebih bekerja keras.

5.1.2 Tabii orang yang berjaya.

5.1.2.1 Bersikap Proaktif

Usahawan yang berjaya juga merupakan seorang yang mempunyai ciri-ciri orang

yang efektif. Menurut Stephen Covey, terdapat tujuh ciri-ciri orang yang efektif bagi
memastikan seseorang usahawan itu berjaya. Daripada hasil temubual, pengkaji mendapati

bahawa usahawan ini mempunyai ciri proaktif. Beliau tidak akan menangguh untuk melakukan

sesuatu kerja. Sebaliknya, beliau berusaha mencari idea-idea baharu yang bernas untuk

membaiki keadaan sedia ada dengan memperbetul sebarang masalah atau kekurangan yang

timbul. Sebagai contoh, beliau yakin akan keupayaannya untuk menangani segala perubahan

yang berlaku di sekelilingnya. Beliau juga percaya bahawa kegigihan beliau akan membawa

kepada kejayaan dalam perniagaan beliau. Pada pandangan pengkaji, kegigihan beliau boleh

dijadikan teladan oleh para usahawan pada masa depan.

5.1.2.2 Tajamkan Gergaji

Selain itu, usahawan ini juga memiliki ciri tajamkan gergaji. Orang yang

mempunyai sifat ini akan berusaha untuk memajukan diri dalam semua aspek kehidupan dan

sentiasa bersedia untuk mencuba benda baharu dan akan cepat berasa bosan terhadap kerja atau

rutin. Sebagai contoh, beliau sentiasa memikirkan cara atau kaedah yang lebih tepat, cepat,

mudah dan selesa untuk melakukan sesuatu kerja dan bukan sekadar melakukan kerja yang

bersifat rutin. Beliau sentiasa memberikan ruang keadaan dirinya untuk menghasilkan kerja yang

boleh membawa kepada pembentukan kejayaan seimbang seperti mencuba memasak masakan

yang baru untuk menghasilkan menu yang boleh menarik minat pelanggan.

You might also like