DBF 2123.obj (RAHIM)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ARAHAN

JAWAB SEMUA SOALAN BAHAGIAN A

1. Berikut adalah benar mengenai kod etika KECUALI _________________.

A. mewujudkan kumpulan penyokong

B. penggunaan asset sumber organisasi

C. ketepatan dan penyimpanan rekod kewangaan

D. pendedahan, ketulusan dan akses kepada maklumat

C2

2. Manakah antara berikut merupakan elemen penting dalam program etika rasmi?

i. Etika semasa

ii. Manual pematuhan

iii. Pernyataan nilai teras

iv. Pegawai etika dan pegawai pematuhan

C1

A. i, ii dan iii

B. i, iii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. Semua di atas

3. Apakah yang dimaksudkan “menetapkan nada yang betul dari atas”? C1

A. Masalah tadbir urus korporat sebahagian besar timbul akibat tingkah laku

pengurus korporat yang tidak beretika

B. Pemegang saham syarikat awam bergantung pada lembaga pengarah untuk

mengarahkan perbadanan itu bagi pihak mereka

C. Usaha yang dilakukan oleh pemimpin korporat termasuk Lembaga Pengarah

untuk mewujudkan suasana etika di tempat kerja

D. Latihan etika boleh membantu membentuk tingkah laku dan persepsi majikan

terhadap amalan yang boleh diterima dalam organisasi


4. Diberi pernyataan berikut:

“Sesetengah firma telah menyediakan proses atau berterusan untuk mengesahkan dan

mengakseskan keberkesanan perlindungan etika mereka dengan menjalankan audit

terhadap program dan piawaian etika mereka.”

Pernyataan 1

Pernyataan 1 di atas merujuk kepada elemen dalam program etika rasmi iaitu

____________________.

C2

A. nilai teras

B. audit etika

C. manual pematuhan

D. program latihan etika

5. Manakah antara kelakuan berikut yang BETUL tentang individu yang bermoral?

i. Moral peribadi

ii. Bersikap terbuka

iii. Membuat perkara yang benar

iv. Mengambil berat terhadap orang lain

C2

A. i, ii dan iii

B. i, iii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. Semua di atas

6. Budaya korporat telah menyatakan dengan jelas bahawa _______________. C1

A. satu set piawai moral yang digunakan untuk mencapai kesimpulan dan

membuat keputusan.

B. kaedah membuat keputusan yang membantu orang untuk benar-benar

berfikir tentang kesan tindakan mereka.


C. sistem dimana ahlinya mempunyai pegangan yang sama yang membezakan

sebuah organisasi dengan organisasi lain.

D. istilah yang digunakan untuk menggambarkan tahap kejujuran, komitmen

moral, dan kesanggupan untuk melakukan apa yang betul.

7. Menurut tadbir urus koporat, sesebuah syarikat mempunyai pihak

berkepentingan untuk dimaksimumkan merujuk kepada ________________.

C1

A. pentadbir

B. pemegang saham

C. masyarakat sekeliling

D. pekerja bawahan dalam syarikat

8. Budaya korporat penting dalam sesebuah organisasi perniagaan KECUALI

_________________.

C2

A. budaya menentukan cara pekerja berinteraksi di tempat kerja

B. budaya bekerja seiring dalam membentuk imej jenama organisasi

C. budaya organisasi menyediakan para pekerja dengan platform luar biasa

D. budaya juga seiring dalam mempromosikan persaingan sihat di tempat kerja

9. Pihak berkuasa Malaysia menguruskan Tadbir Urus Korporat di Malaysia

(MCCG) dengan menggunakan beberapa pendekatan perlaksanaan KECUALI

__________________.

C1

A. hibrid

B. kualitatif
C. perskriptif

D. bukan preskriptif

10. Terdapat dua kategori mekanisme tadbir urus korporat iaitu mekanisme dalaman

dan mekanisme luaran. Di antara berikut yang manakah yang termasuk dalam

kategori mekanisme dalaman tadbir urus koporat?

i. Latihan pengarah

ii. Sistem perundangan

iii. Aktivis pemegang saham

iv. Amalan pampasan lembaga pengarah

C2

A. i, ii dan iii

B. i, ii dan iv

C. i, iii dan iv

D. Semua di atas

11. • Merujuk kepada kawalan dalaman dan perhubungan juruaudit

• Kod meliputi pelantikan, fromaliti dan ketelusan pengarah

• Kod menekankan maklumat untuk keputusan pelaburan dan mesyuarat

tahunan.

Pernyataan 2

Berdasarkan Pernyataan 2 di atas, nyatakan pihak yang terlibat dalam Kod

Tadbir Urus Korporat.

i. Pengarah

ii. Pemegang saham

iii. Pihak berkepentingan

iv. Akauntabiliti dan audit


C2

A. i, ii dan iii

B. i, ii dan iv

C. i, iii dan iv

D. Semua di atas

12. Prinsip luas dan komponen Kod Tadbir Urus Korporat di Malaysia (MCCG 2017)

termasuk _____________________.

i. pekerja mengikuti Akta Buruh 1997

ii. kepimpinan dan keberkesanan lembaga

iii. pengurusan audit dan pengurusan risiko yang berkesan

iv. integriti dalam pelaporan korporat dan hubungan bermakna dengan

pihak berkepentingan

C2

A. i, ii dan iii

B. i, ii dan iv

C. ii, iii dan iv

D. Semua di atas

13. Isu dalam tadbir urus korporat kebanyakannya berkaitan dengan konflik

kepentingan pihak tertentu dalam sesebuah organisasi. Pilih isu yang paling

sesuai dengan konflik tersebut.

C2

A. Kecurian

B. Keselamatan

C. Pecah amanah

D. Kehadiran pekerja
14. • Memberi maklumat yang diperlukan oleh pihak pembiaya dengan jujur

• Membayar balik pinjaman yang diberikan mengikut tempoh masa dan

jumlah yang telah ditetapkan dalam kontrak

Pernyataan 3

Pemegang taruh yang ditafsirkan dala Pernyataan 3 di atas ialah

_____________.

C1

A. pelabur

B. pembiaya

C. pembekal

D. pelanggan

15. Manakah antara berikut membawa maksud legitimasi dengan tepat? C1

A. Merujuk kepada keupayaan untuk memberi pengaruh terhadap

keputusan tertentu.

B. Merujuk kepada sejauh mana kesahihan atau kesesuaian tuntutan

pemegang taruh.

C. Merujuk kepada sejauh mana permintaan atau tuntutan pemegang taruh

diberi perhatian segera oleh firma.

D. Merujuk kepada kewajipan untuk mengambil tindakan yang melindungi dan

meningkatkan kesejahteraan pemegang taruh.

DBF 2123©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

16. Pilih pernyataan yang BENAR tentang pihak berkepentingan sekunder.

i. Mempunyai kepentingan yang langsung dalam organisasi.

ii. Mempunyai kepentingan yang tidak langsung dalam organisasi.

iii. Kepentingan ini kurang dipengaruhi oleh tindakan dan keputusan

organisasi tersebut.
iv. Kepentingan ini amat mempengaruhi atau dipengaruhi oleh aktiviti dan

prestasi organisasi itu.

C2

A. i dan ii

B. i dan iv

C. ii dan iii

D. iii dan iv

17. • Teori ini cuba menerangkan motivasi bagi sesebuah firma untuk mengambil

kira pandangan pemegang taruh dalam membuat keputusan.

• Perlu diketahui bahawa firma mempunyai moral atau tanggungjawab etika

untuk menjaga bukan sahaja kebajikan pemegang saham malah kebajikan

pemegang taruh.

Pernyataan 4

Berdasarkan Pernyataan 4 di atas, manakah perspektif Teori Pihak

Berkepentingan yang betul?

C2

A. Normatif

B. Deskriptif

C. Deontologi

D. Instrumental

DBF 2123©2020 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD

18.

Rajah 1

Rajah 1 menunjukan tanggungjawab sosial Piramid Carroll. Apakah

tanggungjawab yang bertanda X dalam piramid tersebut?


C2

A. Kerajaan

B. Persaingan

C. Masyarakat

D. Undang-undang

19. • Berkeupayaan untuk memberi pemegang taruh terhadap keputusan tertentu.

• Pihak berkepentingan utama mempunyai kuasa tahap tertinggi yang boleh

digunakan di dalam sebuah firma.

Pernyataan 5

Pernyataan 5 di atas merujuk kepada salah satu sifat pemegang taruh iaitu

_____________________.

C2

A. kuasa

B. urgensi

C. urbaninasi

D. legistimasi

20. Anda adalah seorang pengurus di sebuah syarikat. Secara ringkasnya,

tanggungjawab sosial korporat (CSR) memerlukan firma untuk menjana

keuntungan, mematuhi undang-undang, beretika dan memulangkan kembali

kepada masyarakat. Di antara aktiviti berikut, manakah aktiviti yang

“memulangkan kembali” kepada rakyat.

i. Memberi biasiswa kepada pelajar.

ii. Menderma kepada mangsa bencana alam.

iii. Menderma kepada badan-badan kebajikan.

iv. Menawarkan barang selamat dan berkualiti.

C3

A. i, ii dan iii
B. i, ii dan iv

C. ii,iii dan iv

D. Semua di atas

BAHAGIAN A (JAWAPAN)

1. B. penggunaan asset sumber organisasi


2. C. ii, iii dan iv
3. B. Pemegang saham syarikat awam bergantung pada lembaga pengarah untuk mengarahkan
perbadanan itu bagi pihak mereka
4. B. audit etika
5. D. Semua di atas
6. C. sistem dimana ahlinya mempunyai pegangan yang sama yang membezakan sebuah
organisasi dengan organisasi lain.
7. A. pentadbir
8. B. budaya bekerja seiring dalam membentuk imej jenama organisasi
9. B. kualitatif
10. B. i, ii dan iv
11. B. i, ii dan iv
12. C. ii, iii dan iv
13. C. Pecah amanah
14. D. pelanggan
15. C. Merujuk kepada sejauh mana permintaan atau tuntutan pemegang taruh diberi perhatian
segera oleh firma.
16. C. ii dan iii
17. A. Normatif
18. D. Undang-undang
19. A. kuasa
20. A. i, ii dan iii

You might also like