Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

CODE / COURSE MPU24751/PISPA 2 MINI PROJEK

F2F (1 HOUR)
PROGRAM / CLASS DDT2B DURATION
NF2F (1.5 HOUR)

Menunjukkan kepimpinan dan kerja


STUDENT’S NAME MUHAMMAD SAIFUL AZWAR BIN TALIB CLO berpasukan berdasarkan penguasaan
kemahiran dan amalan positif

REG. NO. 32DDT20F2026 TOTAL


MARKS
LECTURER’S NAME (40%)

Jawab semua soalan

Pusat Pemimdahan Sementara (PPS) dibuka apabila mendapat arahan daripada Ketua Jawatankuasa
Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) di sesuatu daerah yang diwartakan dan Ketua JPBD adalah Pegawai
Daerah.

1. Huraikan cara susun atur di pusat pemindahan

Keadaan susun atur mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan boleh dibahagikan kepada dua
jenis.

Pertama, jenis tradisional iaitu menggunakan ruang dewan yang luas dengan memasukkan tilam
dan bantal mengikut bilangan anggota keluarga. Lebih ramai ahli keluarga, lebih banyak tilam dan
bantal diperlukan. Namun kebanyakan mangsa banjir perlu tidur dalam keadaan berhimpit-himpit.
Perkara lain ialah ruang seperti ini tidak disediakan pemisah antara lelaki dan wanita yang dibuat
secara sempurna. Biasanya pemisah ini hanya kain rentang dan menyukarkan golongan wanita
untuk menukar pakaian atau ibu yang menyusukan anaknya. Sempadan privasi telah diceroboh di
samping cenderung mendedahkan aurat kepada bukan muhrim.

Kedua, jenis moden iaitu ruang yang ada pemisah antara lelaki, wanita dan kanak-kanak. Kita
bersyukur kerana sudah ada pegawai dan kakitangan di pusat pemindahan ini yang sedar bahawa
menyediakan susun atur yang patuh syariah adalah satu tuntutan kepada mangsa-mangsa banjir.
Pegawai dan kakitangan ini sedaya upaya berikhtiar mewujudkan suasana selesa yang menurut
tuntutan agama. Melalui cara ini, privasi dan aurat setiap mangsa dapat dipelihara.

Peranan institusi kerajaan untuk menguruskan mangsa-mangsa di pusat pemindahan banjir


telah dikongsi bersama dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan yang prihatin.

Ada dalam kalangan pertubuhan ini yang mengambil cuti kecemasan dan cuti rehat mereka
untuk membantu meringankan beban mangsa banjir melalui khidmat cucian rumah, membersihkan
sampah hanyut, menyediakan makanan dan minuman, menguruskan pakaian dan menyediakan
aktiviti-aktiviti pembelajaran kepada kanak-kanak. Di samping itu mereka juga menyusun jadual
solat berjemaah, menyediakan tazkirah dan mengaji al-quran beramai-ramai.
2. Terangkan tugas-tugas di pusat pemindahan

Antara tugas yang perlu dilaksanakan oleh pertubuhan termasuklah APM adalah mengawal dan
mengatur mangsa-mangsa yang terlibat untuk mendaftar masuk ke dalam pusat pemindahan.
Hal ini bertujuan untuk mengenal pasti bilangan mangsa yang terlibat dalam bencana yang
sedang melanda. APM juga turut ditugaskan untuk menyelenggara pusat-pusat pemindahan dan
pangkalan hadapan. Selain itu, APM juga ditugaskan untuk mengedar bantuan makanan,
pakaian, selimut, tikar, dan lain-lain keperluan. Hal ini dilakukan bertujuan untuk membantu
mangsa yang terlibat meneruskan hidup dengan lebih selesa. Seterusnya, tugas yang dapat
dilakukan di pusat pemindahan adalah menggerakkan pasukan petugas dan sukarelawan
membantu dalam urusan pendaftaran, memasak dan sebagainya. Sementara itu, APM juga
merancang aktiviti untuk mangsa-mangsa di pusat pemindahan seperti sukaneka untuk kanak-
kanak, pertandingan melukis, ceramah agama, ceramah motivasi dan sebagainya (jika tempoh
pemindahan agak panjang). Hal ini dapat mengeratkan hubungan antara mangsa dan juga pihak
berkuasa selain dapat meringankan tekanan yang sedang dihadapi oleh mangsa. Akhir sekali,
APM juga ditugaskan untuk memberi nasihat, bimbingan dan kaunseling kepada mangsa-
mangsa yang mengalami tekanan (trauma).

You might also like