Poskj

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 1

Tajuk: Faedah memakan buah-buahan tempatan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan.


Antara contoh buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang,
betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada
dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-
buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya.
Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis,
rambai dan sebagainya.

Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan memakan buah-buahan
tempatan. Disamping rasanya yang enak, buah-buahan tempatan juga kaya dengan
pelbagai khasiat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam buah-buahan tempatan sangat
berguna untuk pertumbuhan fizikal dan tisu-tisu dalam badan, seterusnya dapat
mengekalkan bentuk tubuh yang ideal.

Selain itu, harganya yang murah berbanding dengan buah-buahan import seperti
anggur, epal dan strawberi dapat membantu kita menjimatkan wang. Buah-buahan
tempatan juga mudah didapati di mana-mana sahaja, baik di gerai-gerai tepi jalan, pasar
tani mahupun pasaraya. Secara tidak langsung hal ini dapat menjimatkan perbelanjaan
negara kerana kurang membeli buah-buahan yang diimport. Lantaran itu, demi
memajukan industri buah-buahan tempatan, kerajaan sedang mengatur pelbagai
rancangan untuk memperkenalkan buah-buahan tempatan ke peringkat global.

Sehubungan dengan itu, orang ramai juga diberikan penerangan tentang rasa,
nama dan khasiat buah-buahan tempatan melalui pelbagai kempen yang diadakan sama
ada di sekolah, pusat membeli belah dan pesta-pesta makanan yang dianjurkan. Pihak
swasta juga memainkan peranan penting dalam mempromosikan buah-buahan tempatan
terutamanya dari pihak hotel. Memandangkan banyak faedah yang boleh diperolehi
daripada buah-buahan tempatan, maka adalah wajar bagi kita menyambut seruan kerajaan
iaitu ‘Makanlah buah-buahan tempatan’. Sambutlah kempen ini dengan rela hati demi
meningkatkan kesihatan dan kemajuan ekonomi negara kita.

You might also like