Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

NAMA:............................................................................ TINGKATAN :..................

1103/1
BAHASA MELAYU
Kertas 1
2 jam

MODUL ULANG KAJI BERFOKUS BM 1 SPM 2021 (SET 2)

BAHASA MELAYU
Kertas 1
Dua jam

JANGAN BUKA KERTAS PEPERIKSAAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

1. Kertas peperiksaan ini mengandungi dua bahagian: Bahagian A dan Bahagian B.

2. Jawab soalan Bahagian A dan satu soalan daripada Bahagian B.

3. Jawapan anda hendaklah ditulis dalam buku jawapan yang disediakan. Sekiranya
buku jawapan tidak mencukupi, sila dapatkan helaian tambahan daripada
pengawas peperiksaan.

4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Kertas peperiksaan ini mengandungi 4 halaman bercetak


2

BAHAGIAN A
[30 markah]
[Masa dicadangkan : 30 minit]

Maklumat di bawah berkaitan dengan bangunan bersejarah.


Huraikan pendapat anda tentang kepentingan memelihara bangunan bersejarah.
Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.

Setiap negara mempunyai bangunan bersejarah


yang memiliki keunikan tersendiri. Malaysia
memiliki banyak monumen mengikut era yang
mempunyai nilai komersial yang dapat memacu
industri pelancongan negara.

Dari utara, Stesen Keretapi Padang Besar (Perlis),


Lembah Bujang (Kedah), Kota Cornwallis (Pulau
Pinang), Istana Kellie's dan Menara Jam Condong
Teluk Intan (Perak).

Rantaian selatan pula tidak kurang hebat dengan


Muzium Tentera Darat (Negeri Sembilan), Kota A
Famosa (Melaka) dan Masjid Sultan Abu Bakar
(Johor).
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada
Sinar Harian, 9 September 2021


diperbuat daripada kayu • Balairong Seri, Balai Beradu Diraja dan

tidak mempunyai sebatang paku balai-balai
kerana digantikan dengan pasak • melambangkan ketamadunan masyarakat
daripada kayu Melayu
Wwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww\wwwwwwwwwwwwwwwwwww
wwwwwwwwwwwww

mempamerkan reka bentuk seni bina masyarakat Melayu

Sumber : Laman Web Rasmi Lembaga Muzium Negeri Sembilan


dan BH Online, 9 September 2018
3

KARANGAN BAHAGIAN B
[70 markah]
[Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit]

Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya antara
350 hingga 500 patah perkataan.

Soalan 1

Bulan Bahasa Kebangsaan merupakan program berkaitan dengan kempen cintai bahasa
Melayu yang dipelopori penganjurannya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Tujuan utama
pelaksanaan program ini adalah untuk mendidik masyarakat berbilang bangsa
di Malaysia agar menyemarakkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai
bidang seterusnya memacu ke arah kelestarian bahasa Melayu sebagai bahasa kelas dunia
yang praktikal dan realistik.
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada
Laman Web DBP, 17 Ogos 2017

Petikan di atas menyatakan maklumat berkaitan dengan kempen cintai bahasa Melayu yang
bertujuan untuk menyemarakkan dan memartabatkan bahasa kebangsaan dalam pelbagai
bidang.
Jelaskan peranan-peranan pelbagai pihak dalam memartabatkan bahasa kebangsaan.

Soalan 2

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
(JSPT) Bukit Aman, sebanyak 5,083 kematian direkodkan daripada 400,788 kes
kemalangan jalan raya di seluruh negara dalam tempoh Januari hingga September tahun
2017. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,077 kematian akibat kemalangan jalan raya
direkodkan melibatkan murid sekolah berusia di antara 6 hingga 20 tahun dengan jumlah
golongan tersebut yang cedera parah seramai 1,150 orang dan 1,675 orang cedera ringan.
Berdasarkan statistik tersebut, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui JSPT giat
menganjurkan kempen keselamatan jalan raya bagi meningkatkan kesedaran tentang
keselamatan jalan raya dalam kalangan generasi muda.

Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada


Bernama, 11 November 2017

Petikan berita di atas menunjukkan statistik kes kemalangan jalan raya yang melibatkan
murid sekolah dan usaha yang dilakukan oleh PDRM bagi mengatasi masalah tersebut. Oleh
itu, sebagai pengerusi Kelab Keselamatan Jalan Raya sekolah, anda diminta untuk memberi
ceramah dalam perhimpunan sekolah. Tajuk ceramah ialah “Langkah-langkah Murid
Mengelakkan Kemalangan Jalan Raya.”
Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.
4

Soalan 3

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) merangkumi dua aspek iaitu teknologi
maklumat dan teknologi komunikasi. Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013 - 2025, salah satu anjakan adalah dengan memanfaatkan TMK bagi meningkatkan
kualiti pengajaran dan pembelajaran semua sekolah di Malaysia. Hal ini dikatakan demikian
kerana penggunaan TMK dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat
memberikan impak yang baik kepada guru dan murid-murid sama ada di sekolah rendah atau
di sekolah menengah.
Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada artikel
Kepentingan Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran,
DigiLearn, 11 Februari 2020.

Petikan di atas berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) yang telah
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Terdapat pelbagai
kebaikan yang diperoleh sama ada oleh guru atau murid dengan penggunaan teknologi
tersebut.

Bincangkan kebaikan-kebaikan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)


dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Soalan 4

Bidang sukan telah diberikan penekanan yang tinggi oleh kebanyakan negara kerana memberi
peluang kepada atlet-atlet mencipta nama, mengharumkan nama negara, dan mempunyai
pendapatan tetap sebagai seorang yang bekerjaya dalam bidang sukan. Nama seperti Datuk
Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk Azizulhasni Awang dan Datuk Misbun
Sidek antara ikon besar sukan di Malaysia. Mereka telah berjaya membawa nama Malaysia di
mata dunia seterusnya menjadikan bidang sukan sebagai kerjaya sepenuh masa.

Sumber : Dipetik dan diubah suai daripada artikel


Bolehkah Saya Membina Kerjaya dalam Bidang Sukan?,
Oleh Namri Sidek, 23 Ogos 2017.

Berdasarkan petikan di atas, Datuk Lee Chong Wei, Datuk Nicol Ann David, Datuk
Azizulhasni Awang dan Datuk Misbun Sidek merupakan atlet yang berjaya kerana dapat
mencipta nama, mengharumkan negara dan menjanakan sumber pendapatan. Kejayaan
mereka telah menjadi inspirasi setiap atlet di negara kita. Namun, kejayaan ini memerlukan
persediaan yang rapi seperti peribahasa yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih takkan
datang melayang. Oleh itu, terdapat persediaan-persediaan yang perlu dilakukan untuk
menjadi seorang atlet yang berjaya.

Ulas pernyataan di atas.

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT

You might also like