Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 17

TEKS UCAPAN

YDH KOMISIONER POLIS


DATO’ RAZARUDIN BIN HUSAIN
PENGARAH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK PDRM
SEMPENA MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS
JAWATAN KETUA POLIS PERAK DAN
PENGERUSI PERKEP KONTINJEN PERAK

PADA : 25 November 2020 (Rabu)


MASA : 10.30 pagi
TEMPAT : Mes Pegawai Kanan PDRM Perak
Assalamualaikum Warahmatullahi Ta’ala Wabarakatuh
dan Salam Sejahtera (.)

Yang Berusaha Saudara/Saudari Pengacara Majlis

Yang Berbahagia
Datin Zainah binti Othman
Pengerusi PERKEP Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik
Bukit Aman

2
Yang Dihormati
CP Dato’ Pahlawan Mior Faridalathrash Bin Wahid
Ketua Polis Perak yang baharu dan Isteri Yang
Berbahagia Datin Nor Qhadhijah binti Abdul Wahab
Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak baharu

Yang Dihormati
P/DCP Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj. Santarai
Timbalan Ketua Polis Perak dan Isteri
Yang Berbahagia Datin Rosiah Timah binti Jamiyor
Naib Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak
3
Yang Dihormati
SAC Anuar bin Othman
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Kontinjen Perak
dan isteri Yang Berbahagia Puan Zalehah binti Alang
Mat Shah

Yang Dihormati
SAC Suresh Kumar A/L G. Suppiah
Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan
Komuniti PDRM Kontinjen Perak dan isteri Yang
Berbahagia Puan Shailaja A/P Krishnan
4
Yang Dihormati Ketua-Ketua Jabatan PDRM Perak dan
isteri, Ketua-ketua Polis Daerah, Pegawai-Pegawai
Kanan, rakan-rakan media, seterusnya tuan-tuan dan
puan-puan hadirin sekalian.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah


S.W.T., kerana atas keizinan-Nya, upacara Majlis Serah
Terima Tugas Ketua Polis Perak dan Pengerusi
PERKEP Kontinjen Perak telah dapat disempurnakan
dengan lancarnya sebentar tadi.
5
Syabas dan tahniah kepada seluruh ahli jawatankuasa
atas dedikasi dan komitmen yang dipamerkan dalam
menjayakan majlis ini.

Hadirin yang saya hormati dan kasihi sekalian,

Dengan kepercayaan dan amanah yang telah diberikan


oleh Pucuk Pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pagi
ini sekali lagi peristiwa bersejarah, peralihan kepimpinan
PDRM Perak dapat kita sama-sama saksikan.

6
Terlebih dahulu saya mewakili seluruh Warga PDRM
mengucapkan tahniah dan syabas kepada Yang
Dihormati Komisioner Polis Dato’ Pahlawan Mior
Faridalathrash Bin Wahid yang telah dilantik sebagai
Ketua Polis Perak yang baharu.

Secara peribadi, saya amat kagum dengan prinsip,


kesungguhan dan komitmen yang telah dicurahkan oleh
Yang Dihormati Dato’ Pahlawan Mior dalam
menjalankan tugas dan tanggungjawab, sebelum ini.

7
Saya percaya dengan perlantikan ini, Kontinjen Perak
dapat meneruskan usaha bagi memastikan pencapaian
perkhidmatan sentiasa berada pada tahap yang
disasarkan, Insya-Allah.

Berdasarkan sejarah perkhidmatan beliau, Yang


Dihormati Dato’ Pahlawan Mior banyak berkhidmat di
Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil di samping mempunyai pengalaman sebagai
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

8
Dengan latar belakang tersebut, maka tidak hairanlah
apabila beliau sekali lagi dilantik menjadi Timbalan
Pengarah Siasatan/ Perundangan Jabatan Siasatan
Jenayah Bukit Aman.

Dengan pencapaian yang cemerlang tersebut, maka


Pucuk Pimpinan PDRM amat yakin, Yang Dihormati
Dato’ Pahlawan Mior mampu menggalas tugas sebagai
Ketua Polis Perak pada hari ini.

9
Sepertimana yang hadirin sedia maklum juga, sebelum ini
saya turut pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Polis
Perak dan Ketua Polis Perak sebelum dilantik menjadi
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM.

Justeru, saya turut berasa bangga dan yakin bahawa


Warga PDRM Kontinjen Perak dapat memberikan
kerjasama yang baik kepada Yang Dihormati Dato’
Pahlawan Mior sepertimana yang pernah diberikan
kepada saya sebelum ini.

10
Hadirin yang saya hormati dan kasihi sekalian,

Mengambil kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan


syabas dan tahniah kepada Yang Dihormati Deputi
Komisioner Polis Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan bin Hj.
Santarai, Timbalan Ketua Polis Perak yang baharu.

Sepertimana yang hadirin sedia maklum, Yang Dihormati


Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan pernah memangku Jawatan
Timbalan Ketua Polis Perak beberapa kali sebelum ini.

11
Malahan, beliau pernah memangku jawatan tersebut
setelah saya mengosongkan jawatan Timbalan Ketua
Polis Perak dan dilantik menjadi Ketua Polis Perak pada
26 Mac 2019, tahun lalu.

Maka, pelantikan beliau pada 20 November 2020 yang


lalu adalah pilihan yang tepat oleh Pucuk Pimpinan
PDRM, Insya Allah.

12
Untuk makluman hadiri sekalian juga, Yang Dihormati
Dato’ Pahlawan Hj. Mazlan juga pernah bertugas di
beberapa kontinjen sebelum ini seperti di Kontinjen
Sabah, Selangor dan Bukit Aman.

Beliau juga pernah beberapa kali kembali bertugas di


Kontinjen Perak sebagai Ketua Cawangan Khas Daerah,
Pegawai Turus E4 Cawangan Khas, Timbalan Ketua
Cawangan Khas (Risikan/ Operasi) dan Ketua Cawangan
Khas Kontinjen Perak.

13
Diharapkan pengalaman tugas di Cawangan Khas yang
beliau miliki sebelum ini dapat dimanfaatkan bagi
membantu Ketua Polis Perak mengemudi PDRM
Kontinjen Perak dengan lebih baik dan mencapai visi dan
misi yang ditetapkan.

Turut diadakan pada pagi ini ialah Majlis Serah Terima


Tugas Jawatan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak.

14
Saya dan isteri ingin mengucapkan tahniah dan syabas
kepada Yang Berbahagia Datin Nor Qhadhijah binti
Abdul Wahab, Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak yang
baharu di atas pelantikan tersebut.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada Yang


Berbahagia Datin Rosiah Timah binti Jamiyor, Naib
Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak kerana banyak
membantu isteri saya semasa beliau memegang jawatan
Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak dan PERKEP
Kontinjen Perak hingga ke hari ini.
15
Apa yang boleh saya sifatkan, perlantikan Jawatan Ketua
Polis Perak dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Perak
serta Timbalan Ketua Polis Perak dan Naib Pengerusi
PERKEP Kontinjen Perak pada hari ini merupakan
gandingan yang mantap serta dilihat mampu membawa
kegemilangan PDRM Kontinjen Perak, Insya Allah.

Hadirin yang saya hormati dan kasihi sekalian,

Akhir kalam, marilah kita sama-sama berdoa ke hadrat


Ilahi agar jihad dan perjuangan kita menjaga keselamatan
agama, bangsa dan negara diberkati dan dirahmati.
16
Semoga dipermudahkan segala urusan dan diletakkan
kita di bawah payung rahmat dan kasih sayang-Nya jua.
Insya-Allah.

Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah,


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Terima Kasih(.)

17

You might also like