Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MALAYSIA

SURAT AKUAN

Saya AHMAD FAISAL BIN MOHD YUNOS, Nombor Kad Pengenalan 670717-04-5429, yang beralamat
di NO. J9, KOMPLEKS PERUMAHAN POLIS SERI TEMENGGONG, JALAN SENTOSA, 75460 BUKIT
BERUANG, MELAKA, dengan sesungguhnya dan sebenarnya mengaku bahawa:

(1) Saya adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bernombor keahlian 00125292
Bahagian Kota Melaka;
(2) Saya adalah Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bahagian Kota Melaka yang
dilantik oleh Jawatakuasa Pemilihan Parti (JPP) Pusat bagi pemilihan Parti Pribumi Bersatu
Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Melaka pada 15 Mac 2020;
(3) Saya juga merupakan Ketua Strategi Pemilihan bagi Pasukan dan Calon Ketua Bahagian
Bersatu Kota Melaka iaitu Hishamuddin bin Abdul Karim;
(4) Saya mengakui bahawa saya telah melakukan kesalahan dengan mengubah beberapa data
dan senarai nama yang disediakan oleh Jawatakuasa Pemilihan Parti (JPP) Pusat bagi
memberi kemenangan kepada Hishamuddin Abdul Karim;
(5) Saya juga mengaku bahawa Mantan Setiausaha Agung Bersatu YB Senator Datuk Wira Haji
Marzuki bin Yahya juga terlibat dengan berkonspirasi ini;
(6) Saya mengaku bahawa Mantan Setiausaha Agung Bersatu YB Senator Datuk Wira Haji
Marzuki bin Yahya telah membantu kami dengan memberi ID Pengguna serta kata laluan
sistem keahlian agar kami boleh mengakses dan mengubah serta menambah keahlian di
dalam Bahagian Bersatu Kota Melaka;
(7) Saya menyaksikan sendiri perkara ini dibuat oleh Roslan bin Hashim iaitu pembantu kepada
Hishamuddin bin Abdul Karim yang bertanggungjawab dalam memasukkan, memindahkan
dan mengubah data keahlian bahagian Kota Melaka bagi tujuan memenangkan pasukan
Hishamuddin bin Abdul Karim;
(8) Saya mengaku bahawa Mantan Setiausaha Agung Bersatu YB Senator Datuk Wira Haji
Marzuki bin Yahya membenarkan kami menggunakan cop getah tandatangan beliau dan cop
getah nama beliau untuk mengecop salinan nama yang telah dimanipulasi tersebut;
(9) Saya mengaku bahawa saya telah memanipulasi senarai nama keahlian Bersatu Kota Melaka
dengan meletakkan satu nama di beberapa cawangan supaya melayakkan satu penama ke
beberapa persidangan cawangan agar layak mengundi di cawangan tersebut bagi memberi
kemenangan kepada Hishamuddin bin Abdul Karim;
(10)Saya mengaku bahawa saya menggunakan senarai nama yang telah dimanipulasi dan tidak
menggunakan senarai nama yang diterima oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Negeri
ketika persidangan cawangan Bahagian Kota Melaka bagi memberi kemenangan kepada
Hishamuddin bin Abdul Karim;
(11)Saya ditawarkan elaun sebanyak RM2,000.00 (Ringgit Malaysia Dua Ribu) sebulan bagi
membantu Hishamuddin Bin Abdul Karim memenangi pemilihan Bersatu Kota Melaka;
(12)Saya mengaku bahawa Hishamuddin bin Abdul Karim mengarahkan ahli-ahli parti yang
menyokong pasukan Hishamuddin bin Abdul Karim ke sebanyak persidangan cawangan yang
boleh disertai supaya undian kepada saya dan Hishamuddin bin Abdul Karim bertambah dan
perkara ini diketahui oleh saya sendiri selaku Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan Parti (JPP)
Kota Melaka;
(13) Saya mengetahui status insolvensi Hishamuddin bin Abdul Karim yang mana beliau adalah
seorang yang bankrap;
(14) Segala pengakuan yang saya nyatakan adalah benar serta tepat dan tidak dipengaruhi oleh
mana-mana pihak atau ditawarkan sebagai ganjaran;
(15) Segala pengakuan yang saya nyatakan adalah dengan rela hati saya selepas berasa salah
dengan segala kesilapan yang saya lakukan dan tidak mahu lagi bersubahat dengan
konspirasi jahat ini;
(16) Saya mengakui kesilapan yang telah saya lakukan dan ingin menebus kesilapan tersebut;
(17) Jika kenyataan saya ini bercanggah atau berunsur fitnah, saya rela diambil Tindakan;
(18) Saya rela dipanggil untuk disoal siasat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau
ditawarkan sebagai ganjaran;
(19) Saya rela membuat pengakuan secara terbuka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak
atau ditawarkan sebagai ganjaran;
Dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa tersebut di dalam perakuan
ini adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat oleh )
AHMAD FAISAL BIN MOHD YUNOS )
(No. K/P: 670717-04-5429) )
di dalam negeri MELAKA )

di hadapan )
)
)
)

You might also like