Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

MALAYSIA

SURAT AKUAN

Saya NORAZMAN BIN NAIM, Nombor Kad Pengenalan 631019-04-6297, yang beralamat di NO.111-
D, JALAN SIDANG SALEH, PADANG TEMU, 75050 MELAKA, dengan sesungguhnya dan sebenarnya
mengaku bahawa:

(1) Saya adalah ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bernombor keahlian 00244536
Cawangan Padang Temu Bahagian Kota Melaka;
(2) Saya adalah Pengerusi Tetap Bersatu Kota Melaka yang mendapat undian tertinggi dalam
pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Kota Melaka pada 15 Mac
2020;
(3) Saya merupakan antara penggerak utama bagi Calon Ketua Bahagian Bersatu Kota Melaka
iaitu Hishamuddin bin Abdul Karim semasa pemilihan Parti Pribumi Bersatu Malaysia
(Bersatu);
(4) Saya mengaku bahawa saya telah melakukan kesalahan dengan mengubah beberapa data
dan senarai nama yang disediakan oleh Jawatakuasa Pemilihan Parti (JPP) Pusat bagi
memberi kemenangan kepada Hishamuddin Abdul Karim;
(5) Saya mengaku bahawa Mantan Setiausaha Agung Bersatu YB Senator Datuk Wira Haji
Marzuki bin Yahya dan Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan Parti (JPP) Kota Melaka Ahmad
Faisal bin Mohd Yunos terlibat dengan berkonspirasi ini;
(6) Mantan Setiausaha Agung Bersatu YB Senator Datuk Wira Haji Marzuki bin Yahya membantu
pihak Hishamuddin bin Abdul Karim dengan memberi ID Pengguna serta kata laluan sistem
keahlian agar kami boleh mengakses dan mengubah serta menambah keahlian di dalam
Bahagian Bersatu Kota Melaka;
(7) Saya mengaku bahawa Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan Parti (JPP) Kota Melaka Ahmad
Faisal bin Mohd Yunos telah dilantik sebagai Ketua Strategi Pemilihan bagi pasukan
Hishamuddin bin Abdul Karim;
(8) Saya mengaku bahawa saya telah membantu Hishamuddin bin Abdul Karim memanipulasi
senarai nama keahlian Bersatu Kota Melaka dengan meletakkan satu nama di beberapa
cawangan supaya melayakkan satu penama ke beberapa persidangan cawangan agar layak
mengundi di cawangan tersebut bagi memberi kemenangan kepada Hishamuddin bin Abdul
Karim;
(9) Saya mengaku bahawa Mantan Setiausaha Agung Bersatu YB Senator Datuk Wira Haji
Marzuki bin Yahya membenarkan Hishamuddin bin Abdul Karim menggunakan cop getah
tandatangan beliau dan cop getah nama beliau untuk mengecop salinan nama yang telah
dimanipulasi tersebut bagi digunakan semasa pemilihan diperingkat cawangan;
(10) Saya mengaku bahawa kami mendapat maklumat bahawa Jawatankuasa Pemilihan Parti
(JPP) Negeri menggunakan salinan nama yang asal dan bukan yang telah dimanipulasi oleh
pihak kami dan kami membuat bantahan ketika persidangan hendak dimulakan;
(11) Saya mengaku bahawa saya dan Hishamuddin bin Abdul Karim bertegas dan memaksa
Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) di Persidangan Cawangan Padang Temu untuk
menggunakan senarai nama yang dibawa oleh pihak saya dan Hishamuddin bin Abdul Karim
dan seterusnya salinan nama yang dimanipulasi tersebut digunakan di semua Persidangan
Cawangan Bahagian Kota Melaka bagi memberi kemenangan kepada Hishamuddin bin Abdul
Karim;
(12) Saya mengaku bahawa ada ahli di dalam cawangan saya iaitu Cawangan Padang Temu telah
hadir ke beberapa cawangan yang lain untuk mengundi di peringkat bahagian;
(13) Saya mengaku bahawa saya dan Hishamuddin bin Abdul Karim mengarahkan ahli-ahli parti
yang menyokong pasukan Hishamuddin bin Abdul Karim ke sebanyak persidangan cawangan
yang boleh disertai supaya undian kepada saya dan Hishamuddin bin Abdul Karim
bertambah dan perkara ini diketahui oleh Pengerusi Jawatakuasa Pemilihan Parti (JPP) Kota
Melaka Ahmad Faisal bin Mohd Yunos;
(14) Saya mengetahui status insolvensi Hishamuddin bin Abdul Karim yang mana beliau adalah
seorang yang bankrap;
(15) Segala pengakuan yang saya nyatakan adalah benar serta tepat dan tidak dipengaruhi oleh
mana-mana pihak atau ditawarkan sebagai ganjaran;
(16) Segala pengakuan yang saya nyatakan adalah dengan rela hati saya selepas berasa salah
dengan segala kesilapan yang saya lakukan dan tidak mahu lagi bersubahat dengan
konspirasi jahat ini;
(17) Saya mengakui kesilapan yang telah saya lakukan dan ingin menebus kesilapan tersebut;
(18) Jika kenyataan saya ini bercanggah atau berunsur fitnah, saya rela diambil Tindakan;
(19) Saya rela dipanggil untuk disoal siasat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak atau
ditawarkan sebagai ganjaran;
(20) Saya rela membuat pengakuan secara terbuka tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak
atau ditawarkan sebagai ganjaran;
Dan saya membuat akuan ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa tersebut di dalam perakuan
ini adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.

Diperbuat oleh )
NORAZMAN BIN NAIM )
(No. K/P: 631019-04-6297) )
di dalam negeri MELAKA )

di hadapan )
)
)
)

You might also like