Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PERSATUAN KHAIRAT KEMATIAN

TAMAN SAMUDRA MITRA & DELPHINA


D/A Surau Al-‘Izzah, Jln Samudra Selatan 10, Tmn Samudra, 68100 Bt Caves, S elangor
DE Emel: pkktsmd@yahoo.com | Laman web: http://pkktsmd.surau-alizzah. com

........................................................................................................ ..........................................

KERTAS KERJA PERMOHONAN

VAN JENAZAH
................................................................................................................................ .................

DIPOHON OLEH:

JAWATANKUASA PERSATUAN
KHAIRAT KEMATIAN
TAMAN SAMUDRA MITRA DAN DELPHINA
No Pendaftaran PPM/SEL940/95 dan PPP/SEL72/95
&
BIRO KEBAJIKAN
SURAU AL-‘IZZAH TAMAN SAMUDRA
No Pendaftaran JAIS: JAI.SEL.BPM/01/035/227

MEMOHON SUMBANGAN DARIPADA:

PLUS MALAYSIA BERHAD


U.P: EN MOHD NIZAM ISMAIL
KETUA KOMUNIKASI KORPORAT
KERTAS KERJA PERMOHONAN VAN 1

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Kertas kerja ini bertujuan untuk membuat permohonan bagi mendapatkan sebuah van
jenazah daripada PLUS Malaysia Berhad sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial
Korporat (CSR) untuk kemaslahatan ummah.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberikan perkhidmatan pengurusan jenazah yang lengkap hingga selesai kepada
ahli-ahli qariah surau dan masyarakat sekitarnya bermula dengan memandi,
mengapan, menyembahyang, membawa jenazah ke kubur dan mengkebumikannya.

2.2. Menjaga kebajikan ahli qariah dan masyarakat sekitarnya apabila ada kematian
dengan memberikan bantuan segera kepada mereka tanpa mengira tempat dan masa
kematian berlaku sama ada di rumah atau di hospital, siang atau malam. Mereka
hanya perlu memaklumkan kepada pihak persatuan atau surau dan segala urusan
pengurusan jenazah selepas itu akan diuruskan oleh pihak persatuan dan surau
sehingga selesai.

2.3. Memperluaskan peranan surau kepada masyarakat, bukan hanya sebagai sebuah
pusat ibadat khusus sahaja, tetapi juga memberi perkhidmatan asas yang lain.

2.4 Program ini akan mengeratkan lagi hubungan antara pihak surau dengan ahli qariah
khasnya dan masyarakat sekitar amnya.

3.0 LATARBELAKANG

3.1 Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra dan Delphina (PKKTSMD)
beroperasi di Surau Al-‘Izzah Taman Samudra dan berkerjasama dengan Biro
Kebajikan Surau Al-‘Izzah dalam menguruskan hal-ehwal kematian dan pengurusan
jenazah bagi ahli qariah Surau Al-‘Izzah (Taman Samudra Selatan dan Timur).

3.2 Kedudukan Surau Al-‘Izzah yang berhampiran dengan Surau Al-Ikhwan (Taman
Samudra Utara) dan Surau Darul Muhajirin (Taman Selaseh Fasa 1) memudahkan
kami berkongsi sumber dan kemudahan dalam pengurusan jenazah.

3.3 Satu Jawatankuasa Bersama Pengurusan Jenazah akan dibentuk bagi ketiga-tiga
surau dalam (3.2) di atas untuk pengurusan jenazah. Kehadiran van jenazah ini
sangat-sangat membantu kerana sebelum ini terpaksa berkongsi van jenazah dengan
Masjid Rahimah yang juga diperlukan oleh surau-surau lain di bawah mereka.

3.4 Ahli qariah Surau Al-‘Izzah berjumlah 700 orang, jika dicampur dengan ahli qariah
Surau Al-Ikhwan dan Surau Darul Muhajirin, jumlah mencecah 2,500 orang.
KERTAS KERJA PERMOHONAN VAN 2

3.5 Surau Al-‘Izzah dikenali sebagai surau yang sangat aktif dalam melaksanakan
pelbagai aktiviti untuk masyarakat di semua peringkat sesuai dengan visinya iaitu:
“Menjadikan Surau Al-‘Izzah sebagai institusi masyarakat yang berperanan sebagai
pusat ibadah, tarbiyah, ilmu, kebajikan dan aktiviti komuniti yang kondusif dengan
memanfaatkan teknologi semasa dan kerjasama pintar dengan institusi masyarakat
yang lain.” Aktiviti surau Al-‘Izzah boleh dilihat di laman web www.surau-alizzah.com
dan FB www.facebook.com/surau.alizzah.

3.6 Perhubungan dan Ahli Jawatankuasa PKKTSMD

Jawatan Nama No Tel


YDP Tn Hj Wan Mohd Zukri bin Che Mat Zin 012-3203434

TYDP En Zaidi bin Sulaiman 019-3677671

Setiausaha Tn Hj Mohamed Isa bin Ali 019-7279790

Bendahari En Mohammad Rizal bin Kamaldin 019-3383147

Pen Setiausaha Tn Hj Roslee bin Abd Manaf 017-2751020


AJK Tn Hj Zabarani bin Hashim
012-2830596
Merangkap Ketua Biro Kebajikan Surau Al-‘Izzah

En Muhammad Tauhid bin Salimin 012-9201039

Tn Hj Burhan bin Abu Bakar 016-2218986

Tn Hj Md Sukri bin Harun 013-3605335

Tn Hj Zainol bin Md Noor 019-3144906

En Abdul Aziz bin Abdullah 019-3993811

Pn Norisah binti Jaafar 019-3072902

Hjh Robitah Hanum binti Md Anim 019-3348799

En Ahmad Fahmi bin Abdul Hadi 012-2787247

4.0 KEPERLUAN VAN SEBAGAI KEMUDAHAN PENGURUSAN JENAZAH

4.1 Seperti yang disebut dalam Perkara 3.3, Jawatankuasa Bersama Pengurusan
Jenazah yang dianggotai oleh Badan Khairat Surau Al-‘Izzah, Surau Ikhwan dan
Surau Darul Muhajirin akan berperanan untuk memberi perkhidmatan pengurusan
jenazah bermula memandikan jenazah hingga pengkebumian.

4.2 Buat masa ini apabila berlaku kematian, ahli qariah ketiga-tiga surau ini berkongsi
kemudahan van jenazah Masjid Ar-Rahimah yang kadangkala bertembung dengan
kes kematian di tempat lain menyebabkan timbul rasa kurang senang pada waris
simati. Kehadiran van jenazah sumbangan pihak PLUS ini sangat-sangat membantu
kami memberi perkhidmatan terbaik kepada ahli qariah dan juga masyarakat sekitar.
KERTAS KERJA PERMOHONAN VAN 3

5.0 SPESIFIKASI VAN

5.1 Sebuah van (Jenama /model terpulang kepada pihak PLUS Malaysia Berhad) yang
telah diubah suai dalamannya (tempat duduk untuk pengiring, tempat meletakkan
jenazah, keranda dan pengusung).

5.2 Cat beserta dengan tulisan pada badan van sesuai dengan sebuah van jenazah
(nama pihak penderma, nama van jenazah dan ayat–ayat al-Quran).

6.0 RANCANGAN OPERASI

6.1 Pengurusan dan penyelenggaraan van jenazah ini akan diuruskan bersama oleh
Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra Delphina dan Biro Kebajikan
Surau Al-‘Izzah.

6.2 Tugas memandu van akan dilaksanakan oleh dua orang ahli qariah yang akan dilantik
berdasarkan kelayakan serta kesesuaian mereka melaksanakan tugas tersebut.

6.3 Perhidmatan van jenazah ini akan dikenakan sedikit bayaran hanya untuk saguhati
kepada pemandu van manakala bayaran paling minima akan dikenakan jika
masyarakat luar qariah memerlukan perkhidmatan ini.

7.0 PENUTUP

7.1 Kami Jawatankuasa Persatuan Khairat Kematian Taman Samudra Mitra Delphina dan
Biro Kebajikan Surau Al-‘Izzah sangat-sangat mengharapkan pihak PLUS Malaysia
Berhad meluluskan permohonan van jenazah ini bagi membantu kami memberikan
khidmat terbaik kepada masyarakat sesuai dengan saranan Allah SWT dalam surah
al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:

“Dan hendaklah kamu tolong-menolong untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan
janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan
permusuhan.”

Semoga segala usaha ini diberkati diberkati Allah SWT.

Disediakan oleh:
Setiausaha
Persatuan Khairat Kematian
Taman Samudra Mitra dan Delphina
6 November 2014

You might also like