Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

DLB 13223

PENGURUSAN MASYARAKAT DESA

TUGASAN KHAS

DISEDIAKAN OLEH:

MUHAMMAD AMIR RUSYAIDI BIN ABD GHANI (DM20100120)

DISEDIAKAN UNTUK:

MADAM ZAIDA

DIPLOMA PEMBANGUNAN LUAR BANDAR

SEMESTER TIGA 2020/2021


PENGURUSAN MASYARAKAT DESA (DLB 13223)
TUGASAN KHAS
SEM PERTAMA 2021/2022

[ 40 MARKAH]
Bahagian ini mengandungi EMPAT (4) soalan esei. Jawab semua soalan.

1. Bincangkan keperluan mengurus daya huni desa. (10 markah)


Keperluan mengurus daya huni desa ialah menegaskan bahawa tamadun bangsa bermula
dan berkembang di petempatan bandar. Konsep masyarakat madani menonjolkan ciri
ketamadunan berteraskan idealisme bandar. Tetapi ahli masyarakat tanpa kemahiran dan
kurang pengetahuan boleh menjadi mangsa dan kecewa apabila gagal menawan peluang yang
ada supaya bandar juga boleh menjadi lambang penyerlahan punca kekecewaan. Oleh sebab
kedua-dua peluang dengan kekecewaan berada dalam satu kawasan, maka kita dapat sihat
dualiti corak kehidupan dalam bandar. Bandar menjadi tempat himpunan pelbagai lapisan
pendidikan dan sumber ilmu pengetahuan, menyediakan pelbagai lapisan pekerjaan dan
perumahan, menjadi wadah untuk interaksi antara penduduk dalam bandar itu sendiri dan
dengan penduduk luaran sehingga ke peringkat global. Ia juga lambang bagi jati diri dan
kekuatan negara.
Penyediaan suasana bandar lestari dapat membina keadaan yang lebih baik untuk manfaat
warga bandar itu sendiri dan negara supaya kesan negatif pembangunan tidak menjejaskan
penghuni di desa seperti mengawal pertukaran guna tanah di kawasan desa iaitu menghadkan
tukar guna tanah perhutanan dan pertanian kepada pembangunan lain serta mengawal
pembangunan melalui Rancangan Struktur(RS), Rancangan Tempatan(RT), Rancangan
Kawasan Khas(RKK).Seterusnya memelihara kawasan zon penampan desa dengan
membentuk kawasan pertanian sebagai zon penampan desa dan menerima pakai konsep
Sempadan Pertumbuhan Bandar (UGB) dan Sempadan Pembendungan Bandar (UGB) untuk
memelihara kawasan pertanian dan desa di pinggir dan bersempadan dengan bandar.
Selain itu, meningkatkan kependudukan desa terutama golongan muda dan pesara dari
bandar iaitu menggalakkan proses kebangkitan semula desa‟ (rural rebound) dan penyediaan
perumahan baru berdensiti rendah yang mengekalkan ciri-ciri persekitaran kediaman desa.
Seterusnya ialah mengurus rumah usang bagi meningkatkan imej dan keindahan desa dengan
mengenal pasti rumah usang dan membuat inventori mengikut tahap keusangan. Kemudian
memulihara rumah melayu tradisional. Ia mewartakan rumah melayu tradisional terpilih di
bawah akta warisan kebangsaan 2005 atau enakmen negeri.
2. Bincangkan faktor-faktor kemunduran pendidikan luar bandar. (10 markah)

Faktor-faktor kemunduran pendidikan luar bandar terbahagi kepada 4 faktor. Yang


pertama ialah kemiskinan iaitu keluarga pelajar membataskan usaha pihak sekolah untuk
melibatkan ibu bapa dalam mencari formula yang berkesan ke arah meningkatkan pencapaian
anak dalam pelajaran. Yang kedua ialah kurang perhatian terhadap pendidikan iaitu
kedapatan ibu bapa yang kurang memberi perhatian terhadap pelajaran anak-anak. Ada yang
tidak menghantar anak-anak ke sekolah agama pada sesi pagi atau petang kerana berpendapat
sekolah agama mengganggu pelajaran anak-anak di sekolah kebangsaan, di samping
membebankan anak-anak mereka. Ini menyebabkan sekolah agama kurang mendapat
sambutan.
Seterusnya yang ketiga ialah tiada motivasi belajar kerana kebanyakan pelajar tidak
mempunyai minat untuk belajar kerana sekolah merupakan tempat yang menghalang
kebebasan bergerak mereka. Mereka tidak bebas mengikuti ibu bapa menjalankan pekerjaan
kampung, di samping kurangnya peralatan pembelajaran yang berkesan yang terdapat dalam
kelas. pembelajaran tanpa bahan bantu mengajar yang mencukupi menghalang guru memberi
pendidikan yang bermutu kepada pelajar. Peningkatan dalam pelajaran tidak mungkin akan
berlaku.
Yang terakhir iaitu yang keempat ialah kesukaran merubah persepsi iaitu pelajar-
pelajar sekolah luar bandar sukar untuk diubah persepsi mereka terhadap pelajaran selepas
peperiksaan. Pihak sekolah mengalami kesukaran untuk menyediakan aktiviti yang
bersesuaian dengan tahap kebolehan dan pencapaian mereka kerana kebanyakan mereka tidak
berminat untuk datang ke sekolah. Justeru itu, penguasaan ilmu pengetahuan dan tahap
pemikiran mereka masih berada pada takuk lama tanpa sebarang pembaharuan.

3. Jelaskan fasa proses pengurusan projek. (10 markah)

Fasa proses pengurusan projek mempunyai lima proses. Proses yang pertama ialah
permulaan. Ia adalah peringkat permulaan adalah peringkat kajian kemungkinan, cadangan
konsep, penentuan dan mendapatkan kelulusan terutama kos bagi melaksanakan sesuatu
projek. Proses yang kedua ialah perancangan. Ia adalah membuat perancangan teliti
berdasarkan keperluan projek dari segi sumber-sumber yang ada berdasarkan skop, masa,
kos, kualiti dan risiko yang bakal dihadapi serta perancangan yang tidak menitikberatkan
keseimbangan dalam aspek tersebut akan mengakibatkan kegagalan dalam pelaksanaan
projek.
Seterusnya proses yang ketiga ialah kawalan iaitu kawalan merupakan aspek yang
sangat penting dalam pelaksanaan projek yang mana perlu mematuhi segala perundangan dan
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan. Tanpa kawalan, projek adalah berisiko tinggi untuk
menemui kegagalan dan cara menyelamatkannya memerlukan kos yang tinggi dan
menjadikan projek tidak berjaya. Kemudian proses yang keempat ialah pelaksanaan iaitu
kejayaan pelaksanaan bergantung kepada perancangan dan kawalan yang teliti berpandukan
kepada proses-proses pengurusan projek yang seimbang dan bersepadu supaya pelaksanaan
projek dapat diuruskan dengan betul dan teratur.
Proses terakhir ialah penamatan iaitu pelaksanaan projek mempunyai tempoh tertentu
iaitu bermula dan tamat dan setiap projek yang diuruskan dengan betul dan dikawal dengan
baik akan dapat disiapkan dengan sempurna dan digunakan sebagaimana yang telah
dirancang.

4. Apakah yang berlaku sewaktu proses pembangunan sosial? (10 markah)

Yang berlaku sewaktu proses pembangunan sosial ialah belajar menerima tanggungjawab baru
iaitu tanggungjawab fizikal. Tanggungjawab fizikal terdiri daripada tiga contoh iaitu Senaman,
kecergasan dan rekreasi. Belajar menerima tanggungjawab baru Tanggungjawab fizikal iaitu
Senaman, kecergasan dan rekreasi, Mengambil makanan mengikut saranan piramid makanan,
Mengambil makanan ringan yang sihat, Tanggungjawab sosial (Contoh kerja berpasukan,
menyayangi rakan), Tanggungjawab pembelajaran (Contoh belajar berkumpulan), Tanggungjawab
terhadap keluarga Membentuk dan memahami peranan baru diri sendiri dan orang lain. Ini mungkin
akan menimbulkan kekeliruan tanggungjawab dan fungsi yang akan menyebabkan timbulnya konflik.
Membentuk perhubungan yang baru. Kemudian mengambil makanan mengikut saranan piramid
makanan dan mengambil makanan ringan yang sihat. Seterusnya, tanggungjawab sosial contohnya
kerja berpasukan dan menyayangi rakan. Selain itu tanggungjawab pembelajaran contohnya belajar
berkumpulan. Seterusnya ialah tanggungjawab terhadap keluarga Akhirnya ialah membentuk dan
memahami peranan baru diri sendiri dan orang lain. Ini mungkin akan menimbulkan kekeliruan
tanggungjawab dan fungsi yang akan menyebabkan timbulnya konflik. Membentuk perhubungan
yang baru.

You might also like