Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PAGE 1

INTI EPOK-EPOK KENTANG

BAHAN-BAHAN

Kentang 3 kg dipotong dadu (jgn terlalu


besar size dadunya)
Rebus kentang yg dah dipotong
dadu.
Paras air nya sama rata dgn
kentang. Rebus tak terlalu lama.
Sehingga air mendidih biarkan
selama 5 minit.
Kemudian tus kan air.

3 biji bawang besar Dipotong dadu


(size sederhana)

9 sudu makan rata Serbuk kari daging jenama housebrand


(Kalau jenama Faiza 12 sudu makan rata)

9 tangkai daun kari

21 sudu teh gula

9 sudu teh garam

3 sudu teh secukup rasa

9 sudip minyak utk tumis

CARA MASAK

● Panaskan minyak
● Tumis bawang besar dgn daun kari, hingga wangi
● Masukkan rempah kari dgn sedikit air, pastikan api dikecilkan supaya kari tak
hangit
● Kemudian masukkan gula, garam dan secukup rasa,
● Kemudian masukkan kentang yg dah ditus air td dgn sedikit air, kacau hingga kering

# Jangan Ubah Resepi Walaupun Sedikit Tanpa Merujuk. Jika Ada Apa-Apq Yang Nak
Diubah Rujuk Dulu.
PAGE 2

INTI EPOK-EPOK SADIN

BAHAN-BAHAN

Bahan Tumis
10 biji bawang besar Dihiris halus betul

14 ulas bawang putih Ditumbuk dgn halia

Satu inci halis Ditumbuk dgn


bawang putih

14 sudu makan cili blend

** bahan-bahan diatas utk tumis

8 tin sadin (jenama Statue) 6 tin ditapis sosnya,


dan dihancurkan
ikannya.
2 tin sahaja diambil
sosnya. Tapi
dibuang sedikit
sosnya
sehingga paras
ikan sahaja.

20 sudu makan bawang besar Dipotong dadu


(10 senduk kecil hijau)

14 biji cili hijau Dihiris halus

10 biji limau kasturi/limau sambal

2 sudu teh secukup rasa

4 sudu teh garam

6 sudip minyak utk tumis

CARA MASAK

● Panaskan minyak
● Tumis bawang besar yang dihiris halus dgn bawang putih dan halia yang ditumbuk
hingga wangi
● Masukkan cili blend. Masak sehingga naik minyak dgn api kecil jgn sampai hangit
cili
● Masukkan 2 tin sadin yang ada sos dgn sedikit air
● Masukkan garam dan secukup rasa
● Masukkan sadin yg telah ditapis sosnya dan dihancurkan ikannya
● Kacau hingga rata
● Masukkan bawang dadu
● Masukkan cili hijau
● Dan perah limau dgn penapis
● Kacau hingga rata dan pastikan cukup rasa

# Jangan Ubah Resepi Walaupun Sedikit Tanpa Merujuk. Jika Ada Apa-Apq Yang Nak
Diubah Rujuk Dulu.

PAGE 3

KUIH KASWI

BAHAN-BAHAN(UNTUK 2 LOYANG)

BAHAN GULA

300g gula pasir hitam

300g gula melaka

150g gula pasir putih

500g air

2 helai daun pandan

** bahan-bahan diatas dicampurkan semua dan masak sehingga cair, dalam 10-15 minit
sahaja dgn api yang sederhana supaya gula tak hangit kemudian sejukkan.

BAHAN TEPUNG

700g tepung gandum

250g tepung kanji/ubi

2300g air
6 sudu makan air kapur

1 sudu teh isi kapur

w2 sudu makan rata abu chang kuih

2 sudu makan rataz garam Masukkan garam dan abu chang kuih ke dalam
2300g air tadi dan kacau hingga sebati

¾ sudu makan pewarna coklat

CARA MASAK

● Campurkan kedua jenis tepung tadi kedalam bekas


● Masukkan air yg sudah dicampur dgn garam dan abu chang kuih
● Masukkan air kapur dan isi kapur
● Masukkan air gula yang telah disejukkan tadi
● Kacau hingga tepung larut
● Masukkan ¾ sudu pewarna coklat
● Kacau hingga sebati
● Tapis tepung dengan penapis supaya tidak berketul
● Bahagikan utk 2 loyang
● Pastikan loyang sudah disadur dengan minyak dan dipanaskan dahulu
● Masukkan adunan ke dalam loyang
● Letak didalam pengukus dan kukus selama 1 jam
● Jika pengukus bertingkat, ½ jam kena tukarkan yg tingkat atas ke bawah yang
tingkat bawah ke atas

# Jangan Ubah Resepi Walaupun Sedikit Tanpa Merujuk. Jika Ada Apa-Apq Yang Nak
Diubah Rujuk Dulu.

PAGE 4

PULUT PANGGANG

BAHAN-BAHAN

Bahan Pulut

1kg beras pulut

200g santan pekat

500g air

1 sudu makan rata garam


1 sudu minyak

CARA MASAK

● Cuci beras pulut dan rendam selama 1 jam, kemudian toskan dan masukkan ke
dalam loyang bulat
● Campurkan bahan-bahan lain dan kacau hingga rata
● Masukkan ke dalam loyang berisi beras pulut tadi dan kukus selama 15 minit
● Selepas 15 minit, balik-balikkan beras pulut supaya ia masak dgn rata
● Masak semula selama 15 minit

Bahan Inti

2kg kelapa putih

100g cili kering

800g bawang besar

150g bawang putih

200g serai

50g lengkuas

200g udang kering

100g serbuk ketumbar

80g garam

200g gula pasir putih

800g gula pasir oren

CARA MASAK

● Cili kering digunting dan direbus,tapis basuh dikisar bersama 200g air dicampur
dengan 100g minvak masak
● Kisar bawang besar, bawang putih, serai, lengkuas, udang kering dengan 1 cawan
air
● Masukkan cili boh dan bahan-bahan yang telah dikisar kedalam kuali tanpa minyak
● Dah kering, masukkan ketumbar
● Kena sentiasa kacau dengan api kecil
● Masukkan gula pasir putih dan gula pasir oren, cairkan gula kemudian letak garam
● Masukkan kelapa sentiasa kacau supaya tak hangit
● Panaskan sehingga 15 minit
PAGE 5

PUTRI SALAD

BAHAN-BAHAN

Bahan Pulut

675g beras pulut

50g kelapa putih

200g santan pekat

400g air

1 sudu makan rata garam

CARA MASAK

● Cuci beras pulut dan rendam selama 1 jam, kemudian toskan dan masukkan ke
dalam loyang 4 segi sama
● Masukkn kelapa putih ke dalam loyang yang berisi beras pulut tadi
● Campurkan santan,garam dan air ke dalam bekas. Kacau hingga larut, kemudian
tuang ke dalam pulut.
● Kukus selama ½ jam dengan api sederhana
● Selepas ½ jam, balik-balikkan beras pulut supaya ia masak dgn rata
● Masak semula selama 20 minit
● Kemudian angkat kukus, ambil senduk nasi celup dlm air dan tekan2 atas pulut
supaya pulut rata dn padat
● Masak semula selama 10 minit, kemudian digaris2kn dgn garfu supaya melekat
kayanya
● Masukkan kayanya dan masak selama 30-35 minit

Bahan Kaya

375g santan pekat

375g air

225g gula pasir


150g tepung gandum

5 biji telur ayam


1 sudu makan rata garam

1 sudu makan rata pewarna apple green

1 sudu makan rata essen vanilla

1 sudu makan rata pandan paste

1 sudu mkn rata pewarna kuning telur

CARA MASAK

● Masukkan kesemua bahan kaya ke dalam bekas


● Kacau hingga rata dan tapis
● Masukkan ke dalam periuk masak selama 2@3min (sentiasa kacau)
● Masukkan kaya ke dalam pulut yg telah masak

PAGE 6

BENGKANG UBI

BAHAN-BAHAN

1kg ubi parut

250g santan

250g air

2 senduk kelapa parut putih

2 setengah senduk gula

1 sudu teh garam

2 biji telur

1 sudu teh essen vanilla

1 sudu makan pewarna oren

3 helai daun pandan


CARA MASAK

● Tapis ubi parut dalam penapis untuk buang airnya (pahit)


● Pecahkan 2 biji telur dalam mangkuk, campurkan essen vanilla dan garam
kemudian pukul hingga rata
● Ubi yang sudah ditapis masukkan ke dalam bekas
● Campurkan kelapa, gula, daun pandan dan masukkan telur yang telah dipukul
rata bersama bahan-bahan lain
● Kacau rata kemudian masukkan santan dan air
● Masukkan pewarna oren dan gaul hingga semua bahan sebati
● Sapu loyang dengan marjerin
● Masukkan adunan ke dalam loyang
● Dan masak selama 1 jam 40 minit didalam ketuhar dengan suhu 200°c

PAGE 7

You might also like