Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MASJID AD-DIN KG PULAU PISANG,

31700 MALIM NAWAR,


KAMPAR,PERAK,

MINIT MESYUARAT TAHUNAN BIL.1 AJK / IMAM PEGAWAI 2020 MASJID AD-DIN

PULAU PISANG, MALIM NAWAR .

Tarikh    : 6 Mac 2020 (Sabtu)


Masa     : 9.00 malam
Tempat  : Masjid Ad-Din Kampung Pulau Pisang

Agenda :

1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat AJK kali pertama
3. Pembentangan kewangan 2019
4. Pelantikan Pegawai Masjid Sesi 2021 – 2023
5. Penetapan sumbangan kutipan fisabilillah
6. Jadual bertugas Imam
7. Program sepanjang tahun 2020
8. Hal-hal lain

           

Kehadiran :
1. En. Jazlee Bin Harun               ( Pengerusi )
2. Tn. Hj. Mustafar Bin Pandak ( Timb. Pengerusi )
3. En. Mohd Shahruddin Bin Nordin ( Setiausaha )
3. En. Mohd Shahrill Bin MD Yusof ( Timb. Setiausaha )
4. En. Asman Bin Yoep Talib ( Bendahari )
5. Tn.Hj. Mohh Yusoff Bin Ismail ( Imam 1 )
6. En. Abd. Rashid Bin Yeop Talip ( Imam 2 )
5. En. Ahmad Zailani Bin Dahlan       ( Imam 3 )
6. Tn.Hj. Mohd Zin Bin Hj. Jalaluddin ( Bilal )
7. En. Soid Bin Montak                     ( Bilal )
8. En. Hami Redzuan Bin Khalid                          ( Bilal )
9. En. Dahalan Bin Mat Yasin ( Siak )
10. En. Ahmad Nazri Bin Shamsuddin               
11. En. Mohd Eddy Bin Noor Ali
12. En. Sham Bin Zakaria
13. En. Azmi Bin Alias
14. En. Abd Razak Bin Muhammad
15. En. Rosli Bin Khalid
16. En. Shaharum Bin Johari
17. En. Mohd Faizal Bin Mat Zin
18. En. Mohamad Zain Bin Muhamad
1. Ucaptama Pengerusi Masjid.
1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan kehadiran semua AJK dan
jemaah yang berkesempatan hadir.

1.2 Pengerusi memaklumkan terdapat peningkatan bilangan jemaah masjid semenjak tahun
2019 dan berharap ia akan terus ada pertambahan bilangan jemaah pada masa akan
datang.

(Tindakan:Makluman)

2. Pengesahan Minit Mesyuarat AJK Pertama


2.1 Pengerusi membaca minit mesyuarat AJK Pertama sepintas lalu.Menyentuh agenda
(Tindakan: Pengerusi)

3. Pembentangan Penyata kewangan 2019


3.1 Bendahari membentang Penyata Kewangan 2019.

3.2 Encik Mohd Eddy Bin Noor Ali mencadangkan Penyata Kewangan 2019 disahkan dan
disokong oleh Encik Sham Bin Zakaria.

3.3 Pengerusi menyatakan untuk kutipan akan datang akaun tabung masjid dan tabung
fisabilillah akan digabungkan .
(Tindakan: Bendahari)

4. Program Imam pelapis


4.1 Pengerusi mencadangkan supaya diadakan Program Imam Pelapis bertujuan menjadi
pelapis imam sedia ada.

4.2 Antara cadangan nama-nama yang akan menjadi imam pelapis ialah Hami redzuan Bin
Khalid, Mohd Sharill Bin Md Yusof  dan Syakir.

4.3 Untuk permulaan, Hj Mohd zain mencadangkan agar Imam Yusof menjadi mentor
Program Imam Pelapis.
(Tindakan: Makluman)

5. Penetapan sumbangan kutipan fisabilillah


5.1 Pengerusi mohon AJK memberi cadangan untuk penggunaan duit sumbangan kutipan
fisabilillah agar ia dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

5.2 Tn. Hj. Mustafar menyatakan tujuan asal tabung fisabilillah diwujudkan adalah untuk
membantu mereka yang dalam kesusahan seperti tiada keperluan harian dan lain-lain
keperluan yang benar-benar terdesak.Sumbangan yang diberikan sebelum ini tidak
terhad.
5.3 Pengerusi mencadangkan supaya ada syarat-syarat tertentu dan memastikan
kemunasabahan kes-kes yang hendak dibantu untuk mendapatkan sumbangan
fisabilillah.

5.4 Pengerusi mencadangkan agar sumbangan fisabilillah digabungkan dengan duit


sumbangan tabung masjid bagi mengelak kekeliruan keluar masuk duit,
memandangkan kedua-dua duit sumbangan tersebut diletakan dalam satu akaun bank
sahaja. Ini lebih memudahkan urusan keluar masuk duit oleh bendahari dan juga
mengelak pertindihan antara kedua-dua duit sumbangan tersebut.
(Tindakan: Bendahari)

6. Jadual bertugas Imam, Bilal dan Siak.


6.1 Pengerusi menyatakan Pegawai Penyelaras Jabatan Agama Islam menegur tentang
ketiadan imam dan juga bilal pada waktu Zohor dan Asar di masjid.Ketiadaan ini berlaku
beberapa kali sewaktu beliau membuat lawatan mengejut ke Masjid Addin Pulau
Pisang.

6.2 Pengerusi berharap agar dapat sama-sama memperbaiki kelemahan ini dari masa ke
semasa supaya Masjid Addin terus diimarahkan oleh warga kariah Pulau Pisang.

6.3 Ahli Jawatankuasa bersetuju mengguna jadual yang sedia ada dan jadual tersebut telah
diberikan kepada Imam, Bilal dan juga Siak.
(Tindakan: Makluman)

7. Program Sepanjang Tahun 2019


7.1 Setiausaha menyatakan, seperti mana biasa program yang akan dilaksanakan ialah
menyambut hari-hari kebesaran dalam islam iaitu :-
a) Maal hijrah – Gotong-royong bubur asyura (telah dijalankan)
b) Maulidur Rasul – Ceramah jemputan (telah dijalankan)
c) Israk Mi’raj – Ceramah jemputan
d) Nisfu Sa’ban – Bacaan Yassin
e) Ihya Ramadhan – Program sedekah berbuka puasa sepanjang Ramadhan
f) Hari Raya Idul Fitri – Program jamuah Hari Raya
g) Hari Raya Idul Adha – Program Korban
(Tindakan: Makluman)

8. Hal-hal lain
8.1 Pengerusi mencadangkan agar PA Sistem masjid dapat ditukar baru kepada yang lebih
baik dengan anggaran kos RM 2000 ke atas. Ahli Jawatanjuasa bersetuju dengan
cadangan tersebut memandangkan PA Sistem yang sedia ada sudah terlalu lama.

8.2 Imam Yusof memaklumkan agar bilik imam hanya boleh dimasuki oleh imam dan bilal
sahaja.
(Tindakan: Makluman)
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.50 malam.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

................................... .......................................

(MOHD SHAHRUDDIN BIN NORDIN) (JAZLEE BIN HARUN)

Setiausaha Masjid Ad-Din Pengerusi Masjid Ad-Din


Pulau Pisang, Malim Nawar Pulau Pisang, Malim Nawar

You might also like