Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

ULASAN ARTIKEL

TAJUK: “PENILAIAN KURIKULUM PENGAJARAN BAHASA MANDARIN


KOMUNIKATIF: SATU KAJIAN PENDEKATAN ILUMINATIF”
ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Ringkasan Artikel

3.0 Isu dan Perkara yang Dibangkitkan

4.0 Refleksi

5.0 Rumusan

Bibliografi
1.0 Pengenalan

Pada asasnya, perbincangan yang akan dilakukan dalam laporan ini adalah bertujuan

untuk mengulaskan secara kritikal salah satu artikel yang relevan dengan topik penilaian

kurikulum dalam pengajaran Bahasa Mandarin. Pengenalan untuk artikel ini adalah

seperti yang dibincangkan dalam jadual yang berikut:

Tajuk Artikel PENILAIAN KURIKULUM PENGAJARAN BAHASA MANDARIN

KOMUNIKATIF: SATU KAJIAN PENDEKATAN ILUMINATIF

Penulis artikel Teh Hong Siok, Saedah Siraj, Wong Seet Ling

Tahun Penerbitan 2014

Selain daripada kajian yang dijalankan oleh The Hong Siok, Saedah Siraj dan

Wong Seet Ling, didapati bahawa terdapat juga penyelidik-penyelidik lain yang telah

menjalankan kajian tentang Kurikulum Pengajaran Bahasa Mandarin. Dalam artikel

“Keterkaitan New HSK Dan Kurikulum Bahasa Mandarin Di Perguruan Tinggi” oleh

Pauw Budianto dan Noviana Laurencia tahun 2014 telah membincangkan hasil kajian

mereka bahawa teknik HSK (tes bertaraf internasional untuk mengukur kemampuan

bahasa Mandarin) ini berfungsi kepada pelajar-pelajar mahasiswa di peringkat

perguruan tinggi.

Penilaian kurikulum Bahasa Mandarin ini bukan sahaja dijadikan kajian Negara

kita malah juga dikaji di negara-negara asing. Dalam kajian “Kekhasan Pengajaran

Bahasa Mandarin di Indonesia” oleh Hermita Sutami (2007), menerangkan bahawa

kurikulum pengajaran Bahasa Mandarin semakin berkembang dan diajar di SMA / SMK

sehingga ke perguruan tinggi. Maka dengan adanya pengajaran dan pembelajaran

Bahasa Mandarin, akan membantu melahirkan pelajar yang dapat berkomunikasi antara
peringkat internasional memandangkan Bahasa Mandarin merupakan Bahasa yang

mempunyai kedudukan sejajar dengan Bahasa Inggeris, Jerman, Japan dan bahasa-

bahasa asing yang lain.

Dalam pada itu, artikel “Pembingkaian Isu Pendidikan Di Malaysia Oleh Sumber

Berita dan Akhbar Cina” oleh Kho Suet Nie, Chew Chee Khiang, Tan Joon Ling dan

Chang Peng Kee turut membincangkan hasil kajian mereka bahawa bahasa ibunda

masyarakat Cina, iaitu Bahasa Mandarin merupakan budaya Tiong Hua dan sebagai

bahasa pengantar yang menyatukan masyarakat Cina di Malaysia. Malah, kajian ini

adalah untuk membincangkan kebingkaian isu pendidikan PPSMI (Pengajaran dan

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) dan kepentingannya

penggunaan Bahasa Mandarin terutamanya di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Semua hasil kajian secara kritis yang dilakukan terhadap artikel ini akan

dibincangkan dalam laporan kertas kajian ini. Pelbagai contoh yang relevan juga akan

digunakan untuk menyokongkan perbincangan yang dilakukan dalam kertas kajian ini.
2.0 Ringkasan Artikel

Secara lazimnya, isi kandungan utama artikel atau jurnal ini adalah untuk

mempersembahkan hasil kajian yang telah dilakukan untuk menentukan penggunaan

kurikulum Bahasa Mandarin di kebanyakan Institusi tinggi dijadikan sebagai satu alat

komunikasi. Kajian ini berfokus kepada penilaian terhadap pelaksanaan kurikulum

pengajaran Bahasa Mandarin.

Memandangkan pelajar telah menguasai Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,

maka kajian ini dilakukan terutamanya untuk bumiputera sebagai bahasa ketiga di

peringkat tertiari. Mamandangkan kajian berkaitan dengan penilaian pelaksanaan

kurikulum belum ditemui sebelum ini, maka kertas kajian adalah penting untuk mengisi

jurang dalam kajian yang masih tidak mempunyai kajian tentang pelaksanaan kurikulum

pengajaran.

Walaubagaimanapun, ia menimbulkan persoalan tentang faktor-faktor yang

mempengaruhi pelaksanaan kurikulum pengajaran dalam kelas Mandarin komunikatif.

Dengan ini, maka tujuan kertas kajian ini adalah untuk menilai bagaimana pensyarah

menjalankan pengajaran semasa kelas Bahasa Mandarin dalam komunikasi.

Sesungguhnya, keputusan dan juga hasil dapatan utama yang telah

dibincangkan dalam kertas kajian ini telah menunjukkan bahawa dengan adanya

penilaian pelaksanaan kurikulum Bahasa Mandarin ini, maka ia dapat memberi

sumbangan kepada pihak pengurusan, , pereka kurikulum, pensyarah dan pelajar

terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Mandarin komunikatif.


Dalam aspek metodologi pula, artikel yang dihasilkan oleh tiga orang penulis ini

telah menggunakan metodologi kajian yang digunakan adalah berdasarkan pemerhatian

dan temu bual. Kaedah pemerhatian adalah penting untuk mengumpul data. Manakala

temu bual adalah penting untuk menyemak inteprestasi yang dibuat oleh pengkaji.

Pemerhatian dijalankan sebanyak tiga kali bagi meningkatkan kesahan kajian tersebut

dan temu bual dibuat setelah setiap kali pemerhatian. Data yng dikumpul dikendalikan

dengan menggunakan perisian Nvivo 10. Dalam kertas kajian ini, pendekatan iluminatif

(system pengajaran dan milieu pembelajaran) digunakan untuk mengkaji pelaksanaan

kurikulum pengajaran Bahasa Mandarin.

Dalam aspek persampelan, pengkaji dalam artikel ini menganalisiskan penilaian

pelaksanaan kurikulum kelas Bahasa Mandarin dengan melibatkan 3 orang pensyarah

dari salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi. Sesungguhnya, semua sampel kajian ini

akan dikumpul dengan cara persampelan kajian kes (case study). Menurut Muhamad

Muda (2003: 3) mendefinisikan “Kajian Kes” sebagai “satu deskripsi tentang sesuatu

situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran”. Ia

adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat

keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Kajian kes ini

merupakan salah satu kajian secara kualitatif. Ini bermakna tidak semua kajian lain

dalam populasinya dipilih oleh pengkaji sebagai responden.


3.0 Isu dan Perkara yang Dibangkitkan

Seperti yang telah diterangkan dalam artikel yang dikajikan dan dihasilkan oleh Teh dan

rakan-rakannya, masalah penyelidikan yang telah dibincangkan adalah berkaitan

dengan penilaian pelaksanaan kurikulum Bahasa Mandarin Komunikatif di Institusi

PengajianTinggi. Maka dalam artikel ini telah membincangkan bagaimana pensyarah

melaksanakan kurikulum pengajaran dalam kelas Bahasa Mandarin komunikatif. Selain

itu, artikel ini juga turut membincangkan tentang factor-faktor yang mempengaruhi

pelaksanaan kurikulum pengajaran dalam kelas Bahasa Mandarin komunikatif.

Sesungguhnya, dapatan kajian utama yang telah dibincangkan dalam artikel ini

ialah menunjukkan bahawa penilaian pelaksanaan kurikulum Bahasa Mandarin

Komunikatif supaya dilaksanakan dengan berkesan. Untuk menghasilkan pelaksanaan

kurikulum yang berkesan, maka perlu mengambil kira beberapa aspek yang perlu

dipertimbangkan. Sistem pengajaran seperti katalog pendidikan, prospectus dan

dokumen serta perancangan pengajaran amat diperlukan. Manakala persekitaran,

teknik dan kelengkapan kelas juga perlu diambil kira semasa menjalankan aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kajian ini, ketiga-tiga pensyarah mengajar mengikut sukatan palajaran

dan menjalankan semua penilaian yang ditetapkan. Selain itu, pengajaran ketiga-tiga

pensyarah focus kepada kosa kata, tatabahasa dan sebutan dalam kelas Bahasa

Mandarin. Tidak dapat dinafikan bahawa pengajaran dan pembelajaran bahasa yang

berjaya adalah penglibatan kedua-dua pihak antara pelajar dengan pensyarah. Selain

itu, kemudahan dalam kelas juga penting untuk menarik minat pelajar. Menurut Parlett

& Hamilton, 1977, pelaksanaan kurikulum yang berkesan adalah bergantung kepada
objektif, kaedah pelaksanaan, bahan pengajaran, kaedah penyampaian, kelengkapan

kelas, gaya pembelajaran dan sebagainya.

Namun, dalam kajian ini, ketiga-tiga pensyarah hanya merujuk kepada buku teks

berkenaan untuk merancang dan menjalankan aktiviti dalam kelas. Komunikasi antara

pelajar dengan pensyarah adalah sehala sahaja, iaitu memusatkan guru. Lina

menekankan penerangan kosa kata baharu manakala pelajar hanya mendengar tanpa

melibatkan diri dalam mempraktikkan bahasa yang dipelajari. Allia pula menggunakan

pelbagai bahan bantu pengajaran seperti pemetaan, gambar, cerita dan sebagainya

serta mengemukan soalan kepada pelajar, tetapi jarang membetulkan sebutan pelajar.

Pangajaran Carlos focus kepada pembetulan sebutan pelajar dan menekankan bahawa

sebutan adalah penting dalam komunikasi.

Menurut McCutcheon (1988):

“Teachers are the filters through which the mandated curriculum passes. Their

understanding of it, and their enthusiasm, or boredom, with various aspects of it, colours

its nature. Hence, the curriculum enacted in classroom differs from the one mandated

by administrators or developed by experts.”

Guru merupakan ejen antara perancangan atau pereka kurikulum dengan pelajar, maka

peranan guru adalah penting dalam proses pelaksanaan kurikulum. Sehubungan itu,

kemudahan dalam kelas juga merupakan factor mempengaruhi pelaksanaan kurikulum

secara berkesan. Mengikut kajian ini, didapati bahawa pelajar yang mempunyai

bilangan yang paling sedikit tetapi ditempatkan dalam kelas yang paling besar.

Sementara itu, penggunaan alat teknologi juga tidak disediakan dalam setiap kelas. Ini

menyebabkan kurikulum yang dilaksanakan dalam kelas berbeza dengan kurikulum


yang ditetapkan oleh pihak pengurusan atau seperti mana yang dirancang oleh

pensyarah.

Alatan teknologi adalah amat penting dalam era digital terkini untuk menarik

minat pelajar. Objektif tidak akan tercapai jika pensyarah hanya menggunakan cara

penerangan, bersoal jawab ataupun berpusatkan guru sahaja. Maka, dalam kajian ini,

masalah yang dihadapi oleh pensyarah adalah dilengkapi dengan alat-alat teknologi

yang sempurna menyebabkan mereka tidak dapat menyampaikan pengajaran dengan

sempurna.
4.0 Refleksi

Secara lazimnya, seluruh proses kajian ini akan memberikan pelbagai implikasi

yang berlainan kepada semua pihak yang terlibat terutamanya pensyarah dan pelajar

yang mengikuti kursus Bahasa Mandarin. Pertamanya, dapatan kajian yang diperolehi

ini akan dijadikan sebagai suatu panduan yang begitu penting dalam usaha untuk

meningkatkan keberkesanan pelaksanaan kurikulum Bahasa Mandarin komunikatif.

Secara langsung, ia juga akan meningkatkan tahap keberkesanan pengajaran

pensyarah di dalam kelas. Maka, ia akan memanfaatkan pelajar-pelajar yang belajar di

institusi kajian ini.

Selain daripada itu, dapatan kajian yang diperolehi dalam artikel ini juga boleh

dijadikan sebagai rujukan untuk pensyarah-pensyarah supaya mengamalkan corak

pengajaran secara dua hala, melibatkan murid dalam pelbagai aktiviti serta berpusatkan

murid. Sehubungan dengan itu, untuk mengatasi masalah yang ditimbul dalam artikel

ini, maka pensyarah-pensyarah harus mengambil kira factor-faktor yang mempengaruhi

pelaksanaan kurikulum pengajaran Bahasa Mandarin ini, iaitu kekangan masa,

kelengkapan kelas dan kemudahan teknologi dalam kelas. Oleh yang demikian,

dapatan kajian yang telah dibincangkan dalam laporan kertas kajian ini telah memainkan

peranan yang sangat penting untuk meningkatkan pelaksanaan kurikulum pengajaran

Bahasa Mandarin, terutamanya Bahasa Mandarin Komunikatif.


5.0 Rujukan

Kho Suet Nie, Chew Chee Khiang, Tan Joon Ling, Chang Peng Kee. (2003).
Pembingkaian Isu Pendidikan Di Malaysia oleh Sumber Berita dan Akhbar Cina.
Malaysian Journal of Communication, Jilid 27 (2): 221-238.

Morey Schwartz. (2006). Jurnal of Curriculum Studies. Vol. 38, No. 4, 449-457.

Pauw Budianto, Noviana Laurencia. (2014). Keterkaitan HSK dan Kurikulum Bahasa
Mandarin Di Perguruan Tinggi. Bandung.

Muhammad Muda (2003). Persepsi Pelajar tentang Penggunaan “Kajian Kes” dalam
Subjek. https://prezi.com/3frqfsj4eb0l/persepsi-pelajar-tentang-pengunaan-kajian-kes-
dalam-subjek/ [16/08/2016]

Teh Hong Siok, Saedah Siraj, Wong Seet Leng. (2014). Penilaian Kurikulum
Pengajaran Bahasa Mandarin Komunikatif: Satu Kajian Pendekatan Iluminatif. Jurnal
Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, Bil. 2 Isu 3, 52-59.

You might also like