Tugasan GMGA1013 - Sistem Saraan Sektor Awam Mohamad Faisal Bin Mohd Sabri 290158 (C)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TUGASAN INDIVIDU

SISTEM SARAAN SEKTOR AWAM

GMGA 1013

ASAS PENTADBIRAN AWAM

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN NUR FARIHA BINTI MOHD NOOR

DISEDIAKAN OLEH:

MOHAMMAD FAISAL BIN MOHD SABRI

290158

TARIKH SERAHAN:

25 MAC 2022
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

WRITTEN REPORT RUBRIC (INDIVIDUAL)

NAMA MOHAMMAD FAISAL BIN MOHD SABRI


NO. MATRIK 290158
TAJUK SISTEM SARAAN SEKTOR AWAM

1= POOR 2 = FAIR 3= MODERATE 4=GOOD 5= EXCELLENT MARKS

Organisation
1= Not organized, discussion makes no sense
2= Some organization, discussions jump around, start and end are unclear.
3= Organized, discussions are somewhat jumpy.
4= Good organization and discussions are logically ordered.
5= Excellent organization and discussions are logically ordered. Excellent organization and
discussions are logically ordered.
Content Accuracy
1= Provide little or no information on background and significance. Information is inaccurate or
with many errors. Reader learns little.
2= Insufficient information on background and significance. Some information is accurate, but
enough errors are made to be distracting.
3= Gives general information about the topic, but some relevant information may be missing, or
significance is not clearly explained. No significant errors made
4= Discusses pertinent background information. Explains significance of topic but some
information is accurate.
5= Discusses pertinent background information. Clearly explains significance of topic.
Information is consistently accurate
Mechanics
1= Errors are frequent and distracting; therefore it is hard to determine meaning.

2
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

2= Enough errors in style or grammar occur that they become distracting.


3= Displays moderate errors in writing.
4= Writing is generally error free, but some errors in language or grammar may occur. 5 = Writing
is free of errors in grammar, punctuation, sentence structure, capitalization and spelling.

Aesthetics
1= Unacceptable appearance. Does not use appropriate font, font size, line spacing and border
areas.
2= Appearance is acceptable but a lot could be improved.
3= Appearance is moderately adequate but some elements could be improved.
4= Appearance is generally good; only a few elements need to be improved.
5= Excellent formatting and appearance. Use appropriate font, font size, line spacing and border
areas.
References
1 = References are not cited in text, and no references list is provided.
2 = Few references are cited in text and incomplete reference list.
3 = Some references are cited in text, but not appropriately provided in references list.
4 = Most references are cited in text and appropriately provided in references list.
5 = Complete references in text and references list.
Referencing Style
1 = Style/format is incorrect.
2 = Many references use incorrect style/format.
3 = Few references use correct style/format.
4 = Most references use correct style/format.
5 = References are in the correct style/format.

TOTAL MARKS (30 MARKS)

3
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

ISI KANDUNGAN

MUKA
BI LANGAN TAJUK
SURAT
1 Pengenalan 5

2 Objektif 6

3 Prinsip dan komponen 7-8

3 Fungsi 9

4 Isu dan cabaran 9-11

6 Cadangan penambahbaikan 12-13

7 Kesimpulan 13

8 Rujukan 14

9 Lampiran 15

4
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

SISTEM SARAAN SEKTOR AWAM

PENGENALAN

Sebagai langkah usaha dalam meningkatkan urus tadbir perkhidmatan awam secara teratur
dan sistematik dalam proses pembaharuan secara menyeluruh untuk pembangunan negara,
maka pihak kerajaan telah mengambil tindakan yang proaktif dengan melaksanakan Sistem
Saraan Baru pada 1 Januari 1992 bagi menggantikan sistem saraan tradisional yang
dilaksanakan sebelum ini iaitu di bawah Skim Gaji Kabinet 1976 (JKK 1976), di mana tahap
kenaikan gaji bagi setiap kakitangan sektor awam diberi secara automatik tanpa mengambil
kira prestasi kerja dan kenaikan pangkat berpandukan sistem senioriti.Sistem Saraan Baru
(SSB) merupakan satu sistem berasaskan sistem merit iaitu satu sistem berbentuk imbuhan
melalui penilaian prestasi kerja bagi setiap kakitangan awam dan imbuhan akan diberikan
berdasarkan penilaian prestasi kerja tahun sebelum.Sebagai contoh,Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) akan dianugerahkan kepada individu yang menjawat sebagai penjawat
awam berdasarkan penilaian tahun sebelumnya melalui Laporan Penilaian Prestasi
Tahunan.Oleh yang demikian,scara tidak langsung akan menjadi pendorong kepada setiap
penjawat awam untuk menghasilkan kerja yang berkualiti,meningkatkan daya kreativiti yang
tinggi,dan sentiasa berinovatif.Sistem ini juga bertujuan untuk perlaksanaan struktur
perkhidmatan mengenai gaji,elaun,kemudahan,skim-skim perkhidmatan,faedah persaraan,dan
syarat-syarat perkhidmatan kepada kakitangan sektor awam.Namun pada 1 November
2002,pihak kerajaan telah menggantikan Sistem Saraan Baru (SSB) kepada Sistem Saraan
Malaysia (SSM) melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2002 untuk
penambahbaikan ke atas sistem yang sedang dilaksanakan berteraskan kecekapan di dalam
perurusan sumber manusia di samping memperkenalkan sistem penilaian berasaskan
kompetensi iaitu Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).Teras utama dalam SSM adalah dengan
bermatlamatkan Ke Arah Kecemerlangan Sektor Awam (Towards Public Sector Excellence)
melalui pendekatan Kecemerlangan Prestasi melalui Modal Insan (Performance Excellence
Through Human Capital) yang mana bertujuan unutk melahirkan penjawat awam yang
berdedikasi dan berpengetahuan tinggi serta mampu meningkatkan daya saing sekaligus
dapat memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan di peringkat global dan domestik.

5
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

OBJEKTIF

Antara objektif Sistem Saraan Malaysia adalah:-

a. Menggalakkan dan memupuk proses pembelajaran yang berterusan.


b. Mewujudkan individu yang berdedikasi tinggi dan berilmu pengetahuan.
c. Menjadikan kakitangan lebih peka akan keadaan sekeliling.
d. Menggalak,menarik,mengekalkan penjawat awam yang berdaya saing dan kreatif.

Sistem ini turut merupakan satu inisiatif kepada pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan
keberkesanan tadbir urus perkhidmatan awam negara bertepatan dengan faktor-faktor seperti
di bawah:-

a. Untuk memastikan pihak berkuasa penjawat awam dianggotai oleh pegawai yang
adil,telus,mempunyai akauntabiliti yang tinggi,dan berintegriti sinonim dengan
keperluan ’good governance’
b. Satu kemestian dalam melahirkan penjawat yang berpengetahuan dan berdaya saing
dalam persaingan secara sihat.
c. Senantiasa memahami kehendak pelanggan di samping dapat tanggani ekspetasi
pelanggan yang kian meningkat.
d. Mampu dalam melaksanakan pekhidmatan peranan dan tanggungjawab tugas dengan
cekap dan berkemahiran tinggi.

6
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

PRINSIP

Secara amnya,prinsip saraan merupakan tunjang utama dalam menetapkan sistem saraan
seperti gaji,kemudahan,dan elaun serta pelbagai syarat dengan berpandukan kepada pelbagai
prinsip saraan yang ditetapkan.Prinsip-prinsip saraan adalah seperti berikut:-

a) Kadar upah untuk kerja


I. Penjawat awam yang menyandang sesuatu jawatan dibayar upah berdasarkan
perkhidmatan,prestasi,dan tanggungjawab deskripsi kerja yang diberikan.
b) Gaji Pokok dengan komponen berubah
I) Penjawat awam perlu dibayar gaji yang mencukupi dalam menyara kehidupan
asas.Ia turut mengandungi unsur-unsur komponen tambahan yang tidak tetap
mengikut keadaan semasa dengan mengambil kira faktor prestasi ekonomi
negara,kekdudukan sesuatu perkhidmatan yang dianggap kritikal,dan sesuatu
galakan berbentuk imbuhan bertujuan untuk memberi galakan bagi
perkhidmatan yang memerlukan kepakaran,pengalaman,kemahiran yang
khusus.
c) Perbandingan Adil
I Penetapan berkaitan saraan yang diterima oleh penjawat awam harus relevan
secara amnya sejajar dengan saraan yang semasa bagi kedudukan yang setaraf
untuk membolehkan sektor ini dapat meningkatkan individu yang kreatif dan
berinovasi.
d) Kelayakan masuk dan latihan
I Mempunyai sijil latihan yang disahkan dan memenuhi syarat kelayakan bagi
individu yang berhasrat untuk menjadi penjawat awam supaya dapat
melaksanakan skop fungsi tugas dengan baik.
e) Pengasingan
I Membuat pengasingan di antara sistem saraan untuk Badan-Badan Berkanun
yang berkemampuan dari segi jentera organisasi dan sumber kewangan
dengan pentadbiran saraan dari lain-lain agensi bertujuan supaya dapat
memberi tanggungjawab dan kebebasan kepada agensi tersebut dalam
mengendalikan sistem saraan masing-masing.

7
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

f) Relaviti dan Pariti


I Pariti merujuk kepada pegawai perkhidmatan awam di dalam kumpulan
perkhidmatan mendapat kelayakan untuk menerima saraan yang sama
taraf manakala Relativiti merupakan struktur gaji yang saling hubung kait
di antara gred jawatan lebih tinggi dengan gred jawatan yang lebih rendah.

KOMPONEN SARAAN

 Gaji Pokok + Komponen Berubah + Imbuhan Tetap = Jumlah Pendapatan

Gaji Pokok

 Upah yang diberikan kepada penjawat awam berupa satu jumlah wang ringgit
melalui konsep gaji dalam kadar berpatutan untuk menyara keperluan asas

Imbuhan Tetap

 Bayaran berupa wang ringgit yang diberikan setiap bulan kepada penjawat awam
yang layak selagi berkhidmat dalam perkhidmatan awam sebagai contoh Imbuhan
Tetap Khidmat Awam.

Komponen Berubah

 Berbagai-bagai elaun yang diberikan kepada penjawat awam yang diberikan namun
bukan secara tetap.Pemberian ini adalah sebagai dorongan dan tanda penghargaan
kepada penjawat awam berasaskan pelbagai kriteria yang ditetapkan.Antaranya bonus
yang diberikan ketika menjelang perayaan Aidilfitri dan hujung tahun serta elaun khas
COVID-19 kepada penjawat awam yang terlibat.

8
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

FUNGSI

Fungsi yang terdapat dalam sistem saraan bagi sektor awam meliputi setiap perkara
berkaitan dengan perjalanan sesebuah organisasi dan syarat-syarat perkhidmatan berkaitan
perkhidmatan dengan lebih menumpukan kepada kepentingan setiap penjawat awam di dalam
sesebuah organisasi tanpa membabitkan dasar-dasar kerajaan dan hal peribadi.Selain
itu,fungsi ini juga dapat dijadikan satu sesi perbincangan antara pihak pengurusan dan
pekerja bagi sesebuah organisasi tersebut di samping dapat menyelesaikan pelbagai masalah
yang dihadapi di dalam sesebuah organisasi.Maka dengan itu,secara tidak langsung dapat
menyemai semangat bekerja dalam kalangan penjawat awam dengan berkhidmat dengan
penuh dedikasi dan produktif.

ISU DAN CABARAN

Proses penambahbaikan dan transformasi dalam sistem saraan sektor awam masih terdapat
beberapa isu dan cabaran yang perlu diketengahkan bertujuan meningkatkan
akauntabiliti,memperkasaskan lagi tadbir urus,dan menambahbaik penyampaian
perkhidmatan.Pengukuhan strategi secara sistematik dan efisien dalam sistem saraan sektor
awam dapat memastikan perkhidmatan awam mendukung aspirasi pihak kerajaan untuk
memenuhi keperluan dan harapan para masyarakat.Berikut adalah beberapa isu dan cabaran
yang terdapat dalam sistem saraan sektor awam:-

 Penetapan kouta yang terhad dalam Jadual Gaji Matriks


 Terdapat peratusan kouta yang kecil ditetapkan dalam Jadual Gaji Matriks
iaitu pergerakan gaji mengikut tiga fasa dengan peratusan sebanyak 2% untuk
gaji melintang,3% untuk gaji menegak,dan 90% bagi gaji mendatar.Penjawat
awam yang gagal menunjukkan prestasi yang cemerlang dan mempunyai salah
laku tidak akan mendapat kenaikan gaji dengan diberikan gaji
statik.Namun,sebilangan para penjawat awam mengeluh kerana tidak
mendapat kenaikan gaji secara menegak mahupun melintang walaupun
mencapai prestasi kerja melebihi 85% oleh kerana peratusan kouta untuk
kenaikan pergerakan tersebut telah penuh.

9
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

 Penambahbaikan berkenaan isu kouta pergerakan gaji yang termaktub dalam Jadual
Gaji Matriks
 Disebabkan itu,pihak penilai terpaksa bersikap adil terhadap para penjawat
awam yang dinilai dengan mengamalkan konsep penggiliran dalam pemberian
kenaikan tangga gaji menegak dan gaji melintang.Manakala untuk penjawat
awam yang telah mendapat kenaikan gaji secara menegak atau melintang
walaupun menunjukkan prestasi yang cemerlang,mereka tidak akan mendapat
kenaikan gaji secara menegak atau melintang untuk kedua kalinya.Ini kerana
untuk memberi peluang kepada para penjawat awam yang lain untuk
mendapat pergerakan tangga gaji tersebut.

 Isu Pelaksanaan Penilaian Prestasi


 Antara isu yang timbul dalam proses penilaian yang sering diutarakan
kelemahan dari pihak penilai yang tidak mengikut prosedur yang ditetapkan
ketika menilai penjawat awam di bawah seliaan pegawai penilai di dalam
borang penilaian.Ini dapat dapat dibuktikan petikan dari akhbar Utusan
Malaysia bertarikh 10 Julai 2001 yang mana satu badan organisasi iaitu
CUEPACS menyatakan dalam laporannya bahawa segelintir ketua jabatan
tidak mahir dalam mengendalikan penjawat awam di bawah seliaan mereka
dengan memberikan markah yang tidak memuaskan dengan alasan supaya
setiap penjawat awam mendapat hak sama rata dan berlaku adil.Namun ada
segelintir pihak penilai memberi markah yang tinggi kepada penjawat awam
yang dinilai dan terlalu teliti dalam memberi markah penilaian prestasi
terhadap sesetengah penjawat awam yang dinilai.Ini memberi tanggapan yang
negatif terhadap pihak penilai bahawa markah penilaian tidak berdasarkan
prestasi kerja penjawat awam tersebut namun ada unsur kroni dalam memberi
pemarkahan.Dalam pada itu,sesetengah pihak penilai tidak mengikut skema
yang ditetapkan yang mana pihak penilai tidak memaklumkan penjawat awam
yang dinilai melalui proses maklum balas prestasi seperti yang dipetik oleh
akhbar Berita Harian pada 25 Januari tahun 2000.Dek kerana itu,para
penjawat awam meragui akan keputusan penilaian prestasi mereka sekaligus
menyukarkan mereka dinaikkan pangkat dan mendapat kenaikan tangga gaji
secara menegak atau melintang.Ramai penjawat awam tidak berpuas hati
kerana terdapat sesetengah penjawat awam yang mendapat gaji secara statik
tidak pernah dikenakan tindakan tatatertib.

10
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

 Isu Ganjaran
 Pada kebiasaannya isu ganjaran iaitu pergerakan kenaikan gaji secara
menegak atau kenaikan gaji secara melintang dimonopoli oleh penjawat awam
yang mempunyai hubungan baik dengan pihak atasan atas faktor lain seperti
kroni dan mempunyai pertalian darah dengan pihak atasan.Selain itu,penjawat
awam yang bertugas di ibu pejabat lebih mudah untuk dinaikkan pangkat
berbanding penjawat awam yang bertugas di cawangan atau balai.Dan ini
menyebabkan penjawat awam yang lain tidak berkesempatan dinaikkan
pangkat walaupun dalam prestasi yang baik disebabkan peluang kenaikan
pangkat semakin tipis.Sikap berdaya saing di antara penjawat awam juga
semakin berkurangan dek kerana perbezaan kenaikan gaji di antara penjawat
awam yang cemerlang dengan penjawat awam yang sebaliknya sangat
sedikit.Salah satu faktor sesetengah pihak penilai tidak memberikan markah
yang tinggi kepada penjawat awam yang dinilai walaupun penjawat awam
tersebut berhak mendapat markah yang tinggi adalah disebabkan sistem
pergerakan gaji secara menegak dan melintang kerana penjawat awam tersebut
mendapat gaji yang lebih tinggi berbanding gaji pihak penilai walaupun
jawatan mereka lebih tinggi dari penjawat awam tersebut.

 Pihak Penilai tidak mempunyai tahap kompetensi yang secukupnya dalam


melaksanakan penilaian prestasi
 Sesi perbincangan antara pihak penilai dengan penjawat awam yang dinilai
masih di tahap yang rendah.Kebanyakkan penjawat awam menyatakan mereka
tidak dipanggil untuk menghadiri aktiviti temubual atau temuduga berkenaan
penilaian prestasi yang mana sepatutnya berlaku antara pihak penilai dengan
penjawat awam yang dinilai yang perlu dijadikan sebagai amalan tahunan
pada setiap penghujung tahun.Selain itu,kebanyakan organisasi tidak
mengamalkan sesi perbincangan berkaitan sistem Sasaran Kerja Tahunan dan
kebanyakkan para penilai tidak mendapat pendedahan yang meluas dan pihak
penilai tidak mendapat latihan yang cukup untuk mengendalikan sistem
penilaian prestasi.

11
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

CADANGAN DAN PENAMBAHBAIKAN

 Mengadakan kursus dan latihan kepada pihak penilai yang dijalankan di bawah
pengendalian Sistem Saraan Malaysia (SSM)
 Pihak penilai yang terlibat perlu menghadiri kursus bertujuan melatih mereka
untuk meningkatkan tahap kompetensi dan perlu diberikan penekanan
mengenai sistem rekod prestasi,prosedur pelaksanaan penilaian,falsafah
penilaian prestasi di bawah SSM,sesi temuduga prestasi,cara mengatasi unsur
bias dalam penilaian prestasi,penerangan tanggungjawab dan peranan penilai
prestasi,cara pengunaan borang secara berkesan,dan prestasi penjawat awam
dengan Anugerah Khidmat Cemerlang.

 Mengadakan bengkel khas penilaian prestasi yang dikendalikan oleh SSM


 Bengkel ini dijalankan secara berkala dan akan diberikan sijil khas kepada
para peserta sebagai bukti yang menunjukkan tahap kompetensi setiap
peserta.Penekanan lebih mendalam dan berkait dengan aplikasi dalam senario
kerja yang sebenar yang menjurus kepada aspek kemahiran dan penguasaan
kompetensi bagi setiap peserta.Antara tajuk dan aspek yang dicadangkan:-
 Pengemaskinian rekod prestasi penilaian
 Tugas dan peranan pihak penilai
 Tatacara menggunakan borang penilaian prestasi
 Cara dalam melaksanakan penilaian prestasi dengan adil dan
efektif
 Cara untuk temuduga dan temubual secara berkesan

 Perubahan penetapan gaji permulaan berikutan pelaksanaan Jadual Gaji Minimum-


Maksimum menggantikan Jadual Gaji Matriks
 Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 berkaitan
kenaikan gaji pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah SSM yang
mana bertujuan dalam melaksanakan keputusan kerajaan berkaitan kenaikan
gaji sebanyak peratusan 13% yang diumumkan pada 8 Mac 2012 berdasarkan
gaji di bawah SSM dengan Kenaikan Gaji Tahunan bernilai RM80.00 hingga
RM320.00.Kenaikan tangga gaji ini diberikan kepada penjawat awam dalam
Kumpulan Pengurusan,Kumpulan Profesional,dan Kumpulan

12
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

Pelaksana.Manakala untuk penjawat awam atau pegawai di dalam Kumpulan


Pengurusan Tertinggi pula diberi kenaikan gaji peratusan sebanyak 7%
sehingga 9% dengan Kenaikan Gaji Tahunan melalui pelarasan ketetapan
peratusan.Maka dengan itu,Jadual Gaji Matriks untuk kumpulan yang
dinyatakan yang dikuatkuasakan sehingga 31 Disember 2011 telah digantikan
dengan struktur Jadual Gaji Minimum – Maksimum (JGMM) melalui surat
pekeliling yang telah dikuatkuasa pada 1 Januari 2012.

KESIMPULAN

Sistem saraan sektor awam sentiasa prihatin dan peka dengan peredaran masa yang mana
sistem ini sentiasa membuat pembaharuan dengan mengambil pelbagai tindakan yang
sewajarnya.Faktor cabaran dan tekanan pada tahun-tahun sebelumnya menyebabkan setiap
pembaharuan dalam sistem saraan perkhidmatan awam dari masa ke semasa.Maka dengan
itu,Sistem Saraan Malaysia (SSM) merupakan perubahan secara menyeluruh dari sgi aspek
pengurusan manusia dalam perkhidmatan awam.Isu Pelaksanaan penilaian prestasi dan isu
ganjaran antara perubahan yang telah dibincangkan berikutan kegagalan pihak penilai dalam
melaksanakan tanggungjawab mereka di atas faktor-faktor yang tertentu yang menyebabkan
ketidakpuashatian dalam kalangan penjawat awam dinilai memandangkan pihak penilai
mempunyai kuasa sepenuhnya dalam menentukan pergerakan tangga gaji tahunan dan
peluang peningkatan kerjaya secara tidak langsung dapat meruntuhkan moral penjawat awam
seterusnya menyebabkan persekitaran sesebuah organisasi menjadi tidak harmoni.Oleh yang
demikian,Sistem Saraan Malaysia (SSM) telah membawa perubahan dalam mewujudkan
semula keharmoninan dan keserasian dalam kalangan penjawat awam untuk mencapai tahap
peningkatan prestasi kerja dalam kalangan penjawat awam.Penjawat awam yang
berkaliber,berinovasi,dan berdedikasi tinggi dapat menghasilkan perkhidmatan awam yang
terbaik dengan membudayakan kerja berkelas tinggi dan dapat melahirkan sesebuah
organisasi yang kompeten dan berdaya saing dalam merealisasikan wawasan negara.Namun
begitu,diharapkan pihak kerajaan dapat melaksanakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang
baharu ekoran peningkatan kos sara hidup yang mendadak pasca wabak COVID-19 yang
berlaku pada masa kini berikutan sistem yang sedia ada sudah tidak relevan pada era
globalisasi ini bagi menampung keperluan dan komitmen para penjawat awam setimpal
dengan perbelanjaan harian berikutan harga barang keperluan meningkat dengan mendadak.

13
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

RUJUKAN

1. Jabatan Perkhidmatan Awam. (2002). Pelaksanaan Sistem Saraan Malaysia bagi


Anggota Perkhidmatan Awam Persekutuan [Ebook] (4th ed.). Retrieved from
https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/2002/pp042002.pdf

2. Jani, G., 1991. Pelaksanaan Sistem Saraan Baru berdasarkan Laporan Jawatankuasa
Khas Kabinet mengenai gaji sektor awam 1991. 9th ed. [ebook] Jabatan Percetakan
Negara. Available at: https://docs.jpa.gov.my/docs/pp/1991/pp091991.pdf

3. Saraan, Pelaksanaan, et al. Kerajaan Malaysia Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11


Tahun 2011. Available
at:https://www.selangor.gov.my/sepang/resources/PEKELILING
%20PERKHIDMATAN/2017/
Pekeliling_Perkhidmatan_Bilangan_11_Tahun_2011.pdf

4. Berita Harian , (2018, 15 Ogos). Sistem saraan baharu ganti SSM. Dimuat turun pada
10 Oktober 2018
daripada https://www.bharian.com.my/berita/nasional/ 2018/08/462086/sistem-
saraan-baharu-ganti-ssm-cuepacs

5. Embi, Muhamad Ali. Cabaran Melaksanakan Sistem Saraan Berasaskan Merit Di


Sektor Awam. Google Books, Utusan Publications, 2006,
https://books.google.com.my/books?
hl=en&lr=&id=eLuXbHvIht8C&oi=fnd&pg=PA1&dq=cabaran+berkaitan+sistem+sa
raan+di+malaysia&ots=rqNl9HxB98&sig=hXCMIK241IkEYSzRaIYx4Z9ADCc#v=
onepage&q&f=true .

14
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

6. “Portal Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) - Utama.” Www.jpa.gov.my, 2012,


docs.jpa.gov.my.

LAMPIRAN

15
GMGA1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM PJJ-UUM

16

You might also like