Download as odt, pdf, or txt
Download as odt, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERPADUAN

KONSEP PERPADUAN
Perpaduan ialah penyatuan, dan darjah serta jenis penyatuan yang dipamerkan
sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka. Ia merujuk kepada
semua perhubungan sosial yang mengaitkan manusia. Istilah ini lazimnya digunakan
dalam bidang sosiologi ataupun sains kemasyarakatan.
Asas perpaduan bagi sesuatu masyarakat berbeza. Dalam masyarakat ringkas atau
biasa ia mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan dan nilai saling menghormati
dan menyayangi. Bagi masyarakat yang lebih kompleks pula, terdapat beberapa
teori berkaitan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun
masyarakat

Menurut Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti Sdn Bhd, pendidikan bermaksud sesuatu 
proses belajar dan juga mengajar. Perpaduan atau solidarity dapat didefinisikan sebagai satu
proses yang menyatupadukan seluruh masyarakatdan negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dannilai bersama serta perasaan cinta dan bangga
akan tanah air.

Di samping itu juga,definisi perpaduan menurut Kamus Dewan 1994 mentakrifkan sebagai
penggabungan, peleburan, persesuaian, kecocokan dan perihal berpadu iaitubergabung menjadi
satu, sepakat dan sebagainya.Perpaduan atau µsolidarity ini juga dapat didefinisikan sebagai satu
prosesyang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggotamasyarakat
dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cintadan banggakan tanahair. Hj.
Samat Buang (2003) mentakrifkan perpaduan sebagaisatu penyatuan tenaga, fikiran, cita-cita
dan pengorbanan dalam satu ikatan yangsepadu, kuat dan maju.

DETIK PERPADUAN
     Detik perpaduan adalah saat yang boleh dilihat berlaku dalam kehidupan
seharian masyarakat. Antara suasana yang sering dilihat menunjukkan muncul
perpaduan adalah detik-detik ketika pergaulan di pasar, mengadakan majlis
perkahwinan, tempat makan, sokongan dalam sukan, memberi bantuan ketika
bencana, mengunjungi tempat percutian, menikmati cuti umum pelbagai perayaan,
hadir menonton filem di pawagam dan sebagainya.
i.Sukan Bola Sepak
     Perlawan bola sepak adalah antara satu daripada saat dan detik perpaduan yang
jelas dapat dilihat dikalangan rakyat Malaysia apabila semua bangsa tanpa mengira
kaum dan keturunan sama-sama memenuhi stadium bagi menyokong pasukan
masing-masing.Mereka menyokong pasukan masing-masing tanpa melihat pasukan
mereka terdiri daripada kaum atau bangsa berlainan atau tidak.Budaya ini harus
diteruskan dan diterapkan dalam setiap generasi rakyat Malaysia agar ia menjadi
alat perpaduan utuh ribuan penyokong Harimau Malaya tetap 'mengaum' di Stadium
Nasional.
ii.Perkahwinan:"Street Wedding"
     Sering kita menghadiri majlis perkahwinan saudara mara atau kenalan yang
diadakan di taman-taman perumahan selain diadakan di dewan-dewan besar.Jika
majlis perkahwinan yang diadakan di dewan besar,ianya tidak menimbulkan
masalah kepada masyarakat memandangkan terdapat ruang yang khas berserta
tempat letak kereta yang cukup.
     Namun lain pula suasananya apabila majlis perkahwinan dilakukan di taman-
taman perumahan.Ianya menimbulkan suasana yang sesak dan kawasan meletak
kenderaan para tetamu sangat terhad dengan kehadiran ramai jemputan.Jika dilihat
kepada peruntukan undang-undang dalam negara,ianya merupakan satu kesalahan
mendiri dan menyelenggara sesuatu halangan di tempat awam.Tetapi pernahkah
anda terdengar keluarga pasangan pengantin didakwa di mahkamah kerana
menganjurkan majlis perkahwinan di kawasan taman perumahan?
     Inilah detik perpaduan yang wujud di kalangan rakyat Malaysia iaitu bertolak
ansur dalam perkara tersebut kerana sikap saling memahami antara satu sama lain
tanpa mengira agama dan budaya.Namun demikian,sebagai penaganjur,eloklah
memohon kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu supaya
tidak timbul perkara-perkara yang menyusahkan di masa hadapan.
iii.Kesihatan 

     Jika anda sakit,sudah tentu klinik atau hospital yang akan menjadi tempat
kunjungan untuk memeriksa masalah kesihatan dan mendapatkan ubat.Tidak kira
apa bangsa klinik dan hospital akan menjadi tempat rujukan setiap rakyat dalam
mendapatkan rawatan terhadap sebarang masalah kesihatan yang dihadapi.Begitu
juga dengan pegawai yang bertugas sama ada doktor,jururawat,pembantu hospital
dan semua kakitangan hospital akan memastikan peaskit yang datang akan
diberikan rawatan.

     Suasana ini berlaku di semua klinik dan hospital di Malaysia dan ianya sesuatu
yang menjadi detik perpaduan dikalangan rakyat yang mesti diteruskan malah
dibanggakan.Sebagai doktor ataupin jururawat, mereka tetap akan merawat pesakit
yang datang walaupun berlainan bangsa dan agama kerana itulah tugas mulia yang
harus semua rakyat berbnagga khususnya ketika sesuatu wabak penyakit berjangkit
melanda negara.

DETIK PERBEZAAN

     Apakah perkara yang membezakan antara anda dengan orang di sekeliling


anda?Adakah perbezaan-perbezaan ini menyukarkan kehidupan anda setiap hari?
Kita tidak boleh lari daripada pemezaan khasnya berkaitan dengan dan budaya
bangsa Malaysia.Perbezaan ini perlu dilihat daripada aspek positif untuk
mengukuhkan lagi perpaduan dan hubungan antara kaum.

i.Sambutan Perayaan

     Detik perbezaan dalam sambutan perayaan di Malaysia jelas kelihatan kerana


sambutan perayaan selalunya mempunyai kaitan dengan kebudayaan agama setiap
agama yang pelbagai.Namun hal ini tidak boleh dilihat sebagai perbezaan yang
akan menggugat perpaduan bangsa kerana setiap budaya dan agama mempunyai
ciri-ciri yang tertentu.

     Setiap warga perlu berjiwa besar dan berlapang dada dalam menghadapi isi
sambutan perayaan sebagai satu sambutan tahunan semua bangsa di
Malaysia.Malah aktiviti kunjung mengunjung yang tidak berkaitan dengan hal-hal
keagamaan perlu diteriskan agar perpaduan yang ada semakin utuh.

KESEPADUAN

KONSEP KESEPADUAN

Keadaan aman,stabil,makmur,dan sejahtera yang dicapai tetapi diakui masih terdapat


perbezaan dalam bentuk defisit sosial yang wujud dalam sesebuah masyarakat.

KESEPADUAN SOSIAL

 Kesepaduan sosial yang kukuh membentuk kesepaduan nasional.


 Hubungan sosial yang mantap perlu dalan negara yang mempunyai pelbagai
etnik,agama,budaya dan bahasa.
 Penting ke arah kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara.

DEFISIT SOSIAL

 KENYATAAN BERBAUR SENSITIF ETNIK , agama , dan perlembagaan.


 Pilihan raya
 Dasar awam baru
 Krisis ekonomi
 Kegagalan pembangunan
 Rasuah , tadbir urus tidak berintegriti

PENYATUPADUAN

KONSEP PENYATUPADUAN

Penyatupaduan ialah proses menyatupadukan iaitu usaha berterusan pada peringkat


semua lapisan masyarakat untuk menyelesaikan defisit sosial berwahanakan tapak integrasi
berprinsipkan tawar-menawar,perundingan dan mediasi. Selain itu , masyarakat pula perlu
berdepan dengan cabaran stable tension yang muncul apabila parti politik,organisasi bukan
kerajaan atau individu memainkan isu-isu sensitif seperti bahasa,agama,pendidikan
vernakular,perlembagaan dan hak yang diperuntukan kepada orang melayu dan bumiputera ,
hubungan negeri dan persekutuan ,spatial antara bandar dan luar bandar dan sebagai nya .
Keadaan kesepaduan sosial yang masih belum mencapai tahap perpaduan ini memerlukan
mekanisme penyatupaduan sosial untuk memastikan hubungan persaingan yang wujud dalam
kalangan pelbagai kaun dapat hidup secara harmoni.

DASAR PERPADUAN NEGARA

Dasar Perpaduan Negara ialah dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk
, mengukuh dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat melalui konsep `Perpaduan
dalam kepelbagaian’ untuk melestarikan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

OBJEKTIF DASAR PERPADUAN NEGARA

 Mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional berteraskan perlembagaan persekutuan


dan rukun negara
 Membentuk identiti nasional dengan semangat jati diri,patriotik,prihatin,toleransi,saling
menghormati dan bertanggungjawab.

REFLEKSI

Sesungguhnya, dalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa,


pelbagai strategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk
mencapai negara impian tersebut. Negara impian dan idaman kita bukan sahaja
perlu makmur dan maju dalam semua bidang, tetapi mempunyai hubungan etnik
yang harmoni dan bersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di bawah sistem
persekutuan.  Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikan
rakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat hidup dalam keadaan aman dan
damai. Rakyatnya memiliki kesatuan dan perpaduan yang utuh, sementara
hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan
harmoni sesuai dengan tuntutan perlembagaan. Melangkah ke hadapan, tidak dapat
dinafikan bahawa bahasa dan sastera Melayu, turut menyumbang ke arah kelahiran
sebuah negara yang bersatu dari segi kaum dan wilayah. Perpaduan kaum dan
integrasi nasional merupakan tunjang kestabilan sosiopolitik di negara ini. kemajuan
dan keutuhan bangsa.

SUMBER RUJUKAN

1. Nota Penghayatan Etika Dan Peradaban


2. http://kemasyarakatandanperpaduanpsa.blogspot.com/
3. https://www.mindmeister.com/1883612602/topik-4-pemantapan-kesepaduan-
nasional-malaysia
4. https://azamrahman.blogspot.com/2012/03/integrasi-perpaduan-
nasional.html

You might also like