Download as pdf
Download as pdf
You are on page 1of 13
TINGKAT 2-2, WISMA ARAB MALAYSIAN, TERHAD Ruj. Kami: ASNS(B) 50/013/906/003 (Q2,) Tarikh : Februari 2001 Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan Malaysia Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Tingkat Bawah, Wisma Damansara 50490 KUALA LUMPUR No, Telefon: 03-2562605 No. Faks: 03-2562609 Tuan, LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) BAG] CADANGAN PEMBINAAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN BERPUSAT DI KUALA SAWAH, DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS - KELULUSAN LAPORAN EIA Saya merujuk kepada perkara tersebut di atas. 2. Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menerima laporan berikut untuk cadangan projek seperti tersebut di atas:- 2.4. Preliminary Environmental Impact Assessment (EIA) - Proposed Centralised Sewage Treatment Plant At Kuala Swah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, 10 November 2000 yang dikemukakan melalui Jururunding Indah Water Konsortium (M) Sdn. Bhd.; dan TERHAD 2.2 Maklumat Tambahan Kepada Laporan Awal Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) Bagi Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbehan, Kuala Sawah, N. Sembilan, 13 Januari 2001 yang dikemukakan melalui Jururunding Indah Water Konsortium (M) Sdn. Bhd. 3. Laporan berkenaan telah dikaji dan dibincangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Serenti (OSA) EIA pada 13 Disember 2000. Setelah mengkaji syor dan pandangan Jawatankuasa tersebut adalah didapati bahawa isu-isu berikut perlu diberi perhatian:~ 3.1 Pelepasan effluen terolah hendaklah disalurkan melalui paip dan takat pelepasan terakhir hendaklah di bawah takat pengambilan air Sungai Linggi. Effluen terolah ini perlu mematuhi Piawai A bagi meminimumkan kesan pencemaran kepada kualiti air sediada; 3.2 Rekabentuk terperinci_ sistem pembentungan hendaklah mengambilkira kadar pencairan effluen bagi parameter BOD, COD, SS, ammonia dan E-coli dan dikemukakan untuk kelulusan Jabatan Perkhidmatan Pembentungan; 3.3 Cadangan projek ini berpotensi menghasilkan pelepasan bau, loji hendakiah beroperasi secara optimum dan langkah-langkah kawalan yang dicadangkan perlulah dilaksanakan secara berkesan dan diselenggara dengan baik. Zon penampan selebar 30 meter perlu disediakan di sekeliling tapak loji; dan 3.4 _Laluan saluran paip pembentungan yang melalui rezab jalan perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya. 4. Langkah-langkah kawalan dan pencegahan pencemaran alam sekitar yang berkesan dan terkini seperti yang dicadangkan dalam laporan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya di setiap peringkat pembinaan dan operasi 5. _ Tertakluk kepada syarat-syarat seperti di LAMPIRAN 1 yang dijadikan syarat-syarat kelulusan, laporan EIA tersebut diluluskan dan Jabatan Alam Sekitar tiada halangan ke atas pelaksanaan projek tersebut. TERHAD 6. _ Kelulusan ini adalah sah diterima pakai dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh surat kelulusan ini dikeluarkan. Sekiranya projek ini tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut maka kelulusan laporan EIA ini dengan sendiri terbatal. Oleh itu jika tuan tidak melaksanakan projek ini dalam jangkamasa tersebut tuan adalah dikehendaki mengemukakan laporan EIA baru dengan mengambilkira keadaan alam sekitar semasa. 7. Kerjasama tuan dalam menjaga kualiti alam sekelling bagi menjamin pembangunan mampan sangatlah dihargai. Sekian. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" Saya yang menurut perintah, Ib (ISMAIL BIN ITHNIN ) Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sk, 1, Ketua Pengarah Jabatan Alam sekitar Tingkat 13, Wisma Sime Darby Jalan Raja Laut 50662 KUALA LUMPUR Pengarah Urusan Indah Water Konsortium (M) Sdn. Bhd. 5" Floor, Empire Tower City Square Centre 182, Jalan Tun Razak 50400 KUALA LUMPUR , AS NS(B) 501013/906/003, Jabatan Peskhidimatan Permbentungan Malaysia Pebinaan Loji Rawatan Kumbahan Berptsat TERHAD LAMPIRAN I JABATAN ALAM SEKITAR SYARAT-SYARAT KELULUSAN LAPORAN PENILAIAN KESAN KEPADA ALAM SEKELILING (EIA) bagi CADANGAN PEMBINAAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN DI KUALA SAWAH, MUKIM RANTAU, DAERAH SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN untuk dilaksanakan oleh : JABATAN PERKHIDMATAN PEMBENTUNGAN MALAYSIA, Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan ‘Tingkat Bawah, Wisma Damansara 50490 KUALA LUMPUR BUTIR-BUTIR LAPORAN EIA YANG DILULUSKAN ajuk: 1, Preliminary Environmental Impact Assessment (FIA) Report ~ Proposed Centrd Sewage Treatment Plant At Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, November 2000. 2. Maklumat Tambahan Kepada Laporan Awal Kesan Kepada Alam Sekitar (EIA) Bagi Projek Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan, Kuala Sawah, N. Sembilan, 13 Januari 2001 Disediakan oleh Jururunding EIA : Indah Water Konsortium Sdn. Bhi. Sth. Floor, Empire Tower City Squre Centre 182, Jalan Tun Razak 50400 Kuala Lumpur KELULUSAN LAPORAN EIA ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat yang dinyatakan dalam JADUAL PEMATUHAN yang dilampirkan padanya. Tandatangan IS Tarikh: | FER 200] (ISMAIL BIN ITHNIN ) Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bp: _Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling Malaysia ASNS(B) 5001379069003, JInhoan Perkhidmatan Pementungan Malaysia Pembinaan Loi Ratan Kubaban Herpasat TERHAD JADUAL PEMATUHAN Sebagaimana diperuntukan di bawah Seksyen 34A(3), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, dimaklumkan bahawa Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) yang dikemukakan oleh tuan, sepertimana dinyatakan di mukasurat pertama, adalah DILULUSKAN DENGAN SYARAT-SYARAT BERIKUT PEMATUHAN 1 Semua langkah-langkah pencegahan dan kawalan yang digariskan di dalam laporan EIA bertajuk Preliminary Environmental Impact Assessment (EIA) Report ~ Proposed Centralised Sewage Treatment Plant At Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, 10 November 2000 yang, telah disediakan oleh Indah Water Konsortium Sdn, Bhd, hendaklah dipatuhi sepenuhnya. KONSEP PROJEK 2. Pembangunan projek ini adalah dibadkan kepada peml Loji Rawatan Kumbahan Berpusat seperti yang ditunjukkan dalam Figure 1.2 Location Proposed Centralised Sewage Treatment Plant At Kuala Sawah di dalam Laporan EIA bertajuk Preliminary Environmental Impact Assessment (EIA) Report ~ Proposed Centralised Sewage Treatment Plant At Kuala Sawah, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus, 10 November 2000 yang telah disediakan oleh Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. Salinan rekabentuk dan pelan-pelan terperinci sistem Loji Rawatan Kumbahan Berpusat yang telah diluluskan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan. Kelulusan perancangan (Development Order) termasuk sistem laluan jalan, perparitan dan laluan saluran paip pembentungan untuk pelepasan terakhir di bawah takat pengambilan air Sungai Linggi sepanjang lebihkurang 7 km hendaklah diperolehi dan ditekabentuk dengan baik bagi mengurangkan kesan kepada sistem hidrologi setempat, kerosakan hartabenda dan kesesakan lalulintas di kawasan persekitaran, Pelan susunatur dan butir-butir terperinei hendaklah dikemukakan kepada Majlis Perbandaran Seremban, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan untuk kelulusan sebelum kerja- kerja tersebut hendak dilaksanakan, AS NS(B) $010137906"003, Jabatan Peithidmatan Penbentungen Malaysia Perningan Laji Rewatan Kumbahan Herpusat TERHAD 5, Anjakan ke balakang sekurang-kurangnya selebar 30 meter di antara sempadan tapak Loji Rawatan Kumbahan Berpusat dengan sempadan bangunan terdekat hendaklah disediakan, Kawasan ini hendaklah dilanskap dengan tumbuh- tumbuhan rendang/adangan dan (iada sebarang jenis bangunan kekal_ dibenarkan dibina di kawasan ini Kemudahan janakuasa ‘stand-by’ dan lain-lain kemudahan yang berupaya mengolah kumbahan semasa bekalan elekirik terputus "supaya tidak mendatangkan masalah pencemaran bau busuk hendaklah disediakan KAWALAN KERJA TANAH Kerja-kerjatanah hendaklah dijalankan di kawasan-kawasan yang telah dikenalpastisahaja. Tempoh masa di antara kerja-kerja tanah dan pembinaan hendaklah disingkatkan supaya tiada kawasan tanah dibiarkan terdedah kepada air hujan yang boleh menyebabkan masalah kelodakan ke dalam alur air. Tiada penutupan atau halangan aliran air dibenarkan bagi sistem aliran yang terdapat di dalam kawasan projek kecuali semasa kerja-kerja tanah dan pembinaan dijalankan. Aliran air bagi longkang yang perlu ditutup semasa kerja- kerja tersebut dijalankan hendaklah mendapat kelulusan Majlis Perbandaran Seremban dan Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan. Manual Mesra Alam kelolaan Jabatan Pengairan dan Saliran hendaklah dipraktikan. Penjadualan kerja-kerja tanah, pemasangan saluran paip dan pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Berpusat hendaklah diselia baik bagi mengurangkan masalah pencemaran habuk, bunyi bising dan kacauganggu kepada penduduk berhampiran. KAWALAN KUALITI UDARA 10, Pembakaran terbuka bahan-bahan buangan adalah dilarang samasekali Pemasangan alat pembakaran bahanapi seperti janakuasa, loji pembancuh kon dan sebagainya hendaklah mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling seperti yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam sekeliling (Udara Bersih) 1978, P.U.(A) 280. AS NS(B) 5010139061003 Jbatan Perkhidmatan Perbentungan Malaysia Pembinaan Loji Ravatan Kurmbahan Berpisat TERHAD KAWALAN KUALITI AIR 12, Kolam perangkap mendap, perangkap mendap dan sistem perparitan untuk menyalurkan air larian permukaan (surface run-off) hendaklah disediakan sebelum kerja-kerja tanah dilakukan, Sebarang pelepasan dari kolam perangkap mendap ini kemana-mana alur air tidak boleh mengandungi pepejal terampai melebihi 50 mg/l. Pelepasan effluen terolah hendaklah mematuhi Piawai A Jadual Ketiga, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Efluen Perindustrian) 1979 P.U.(A) 12. Tiada pelepasan effluen terolah dilepaskan ke dalam mana-mana alurair, Kebenaran bertulis di bawah Peraturan 4, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan dan Effluen-Efluen Perindustrian) 1979 P.U(A) 12 hendaklah diperolehi terlebih dahulu dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sebelum sebarang kerja-kerja pembinaan dimulakan. KAWALAN BUNYI BISING 15. Paras bunyi bising semasa pemmbinaan hendaklah dikawal _mengikut Garipanduan Awal (Interim) Penilaign Bunyi Bising Daripada Aktiviti-Aktiviti Pembinaan yang disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar. Kerja-kerja menanam cerucuk atau aktiviti yang berpotensi_ menyebabkan bunyi bising dan kacauganggu hendaklah dibadkan dari pukul 8.00 pagi hingga 6.00 petang sahaja, Bunyi bising Leq (1 jam) yang diterima oleh penerima (receptor) yang terhampir semasa pembinaan dan operasi hendaklah dikawal supaya tidak melebihi paras berikut:- Waktu Malam Waktu Siang (7:00 pagi — 10:00 malam) (10:00 malam — 7:00 pagi) Kawasan Ly tS Lop + 5 perumahan Loo adalah ukuran paras bunyi bising yang mewakili 90% daripada ukuran bunyi yang telah dibuat di lokasi projek sebelum projek tersebut dijalankan, AS NS(B) $0/013/9061003, Jabatan Pesthidmatan Pembentungan Malaysia. Pembingan Loi Rawatan Kumbahan Berposat TERHAD PENGENDALIAN BAHAN BUANGAN 17, Buangan terjadual sepeti bahan buangan minyak hendaklah dikendalikan mengikut kaedah-kaedah yang ditetapkan di dalam Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 1989, P.U,(A) 139. PENGAWASAN ALAM SEKITAR 18, 19, 20. 2 Pengawasan pepejal terampai dari kolam perangkap mendap hendaklah dijalankan setiap bulan dikedua-dua peringkat kerja tanah dan pembinaan, Pengawasan kualiti effluen terolah di takat pelepasan terakhir hendaklah dijalankan setiap bulan di sepanjang usia projek, Program pengawasan parameter-parameter oksigen terlarut (DO), permintaan oksigen biokimia (BOD,), pemintaan oksigen kimia (COD), pepejal terampai (TSS), ‘detergent’, minyak dan geris, ammoniakal-nitrogen (NH,-N), £. Coli dan pH, kekerapan serta lokasi pengawasan hendaklah dikemukakan untuk ketetapan Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Darul Khusus sebelum kerja tanah dimulakan. Pengawasan Kualiti udara ambien di sekitar tapak Loji Rawatan Kumbahan Berpusat dan ‘sewer manholes’ bagi gas methena dan hidrogen sulfida hendaklah dijalankan setiap bulan disepanjang usia projek. Kekerapan percontohan dan tapak pengawasan hendaklah ditetapkan dengan Jabatan Alam sekitar Negeri sembilan terlebih dahulu scbelum kerja tanah dimulakan, Pengukuran bunyi bising hendaklah dijalankan setiap bulan di sempadan premis Loji Rawatan Kumbahan Berpusat. Program pengukuran termasuk bacaan Loo (baseline), lokasi tapak pengawasan dan kekerapan pengukuran hendaklah ditetapkan dengan Jabatan Alam Sckitar Negeri Sembilan terlebih dahulu sebelum kerja tanah dimulakan, LAPORAN 22. Pihak pemaju adalah dikehendaki_melengkapkan Borang PPEI/97_ dan ELA/PPE2/BPS/1-97 yang dilampirkan bersama-sama Jadual Pematuhan ini dan mengembalikannya kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan Darul Khusus dalam tempoh 90 hari dari tarikh surat kelulusan ini dikeluarkan, AS NS(B) 5101379051003, Jabotan Perkhidmatan Pembentungan Malaysia Pembinsan Loji Raseatan Kumbahan Rempasat TERHAD 23. 24, Penggerak projek perlu mempasti dan mengemukakan maklumat kemajuan kerja (PPE1/97) serta satu laporan pematuhan (EIA/PPE2/BPS/1-97) yang menunjukkan bahawa semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi. selain langkah- langkah pencegahan dan kawalan dilaksanakan bagi semua aktiviti di bawah Seksyen 34A(7), Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 Pindaan 1996. Laporan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan setiap tiga (3) bulan sekali, mulai dari tarikh kerja tanah dimulakan Laporan-laporan seperti berikut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan:~ (i) Laporan_ pengawasan pepejal terampai diperingkat kerja tanah dan pembinaan hendaklah dikemukakan setiap satu (1) bulan sekali mulai dari tarikh kerja tanah dimulakan, (i) Laporan pengawasan dan penilaian ke atas kualiti effluen terolah di takat pelepasan terakhir diperingkat kerja tanah, kerja pembinaan dan operasi hendaklah dikemukakan setiap tiga (3) bulan sekali mulai dari tarikh kerja tanah dimulakan, (iii) Laporan pengawasan dan penilaian ke atas kualiti udara ambien di sekitar tapak Loji Rawatan Kumbahan Berpusat dan stesen-stesen pam bagi gas seperti methena dan hidrogen sulfida diperingkat kerja tanah, kerja pembinaan dan operasi hendaklah dikemukakan setiap tiga (@) bulan sekali mulai dari tarikh kerja tanah dimulaken, (iv) Laporan pengawasan_ dan penilaian paras bunyi bising diperingkat kerja tanah, kerja pembinaan dan operasi hendaklah dikemukakan setiap tiga (3) bulan sekali mulai dari tarikh kerja tanah dimulakan, Laporan Kajian Audit Alam Sekitar terhadap keberkesanan langkah-langkah kawalan pencemaran alam sekitar seperti yang dinyatakan di dalam laporan EIA hendaklah dikemukakan ke Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan setiap satu (1) tahun sekali mulai dari tarikh kerja tanah dimulakan, Jsbatan Perkhidmatan Pembentungan Malaysia Pembinaan Lo}: Rawatan Kumbaban Berpusat TERHAD PENTADBIRAN 25. 26. 28. 29, 30. 31 32. “Emergency Response Plan (ERP)" hendaklah disediakan bagi menghadapi keadaan kecemasan seperti ‘overflow’, bekalan elektrik terputus atau saluran paip pecah. Satu salinan ‘ERP’ ini hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dan satu salinan kepada Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. ‘ERP’ ini hendaklah diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan. Penggerak projek hendaklah menjadikan syarat-syarat kelulusan dan syor-syor jururunding di dalam laporan BIA. yang dipersetujui oleh Jabatan Alam Sekitar sebagai sebahagian daripada perjanjian dalam tender atau mana-mana kontraktor yang terlibat dengan pelaksanaan projek ini. Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) hendaklah disedia dan dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan sebelum kerje-Kerjatanah mulakan, EMP ini hendaklah dikaji semula dan diubahsuai dari semasa ke semasa mengikut keperluan, Satu salinan Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) dan syarat- syarat kelulusan hendaklah dipamerkan di pejabat tapak projek bermula dari tarikh kerja tanah dimulakan, Lesen pelanggaran syarat-syarat pelepasan kumbahan di bawah Seksyen 25(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 Pindaan 1996 hendaklah diperolehi daripada Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling untuk tempoh kerja-kerja meningkatkan keupayaan sistem kumbahan tersebut Penggerak projek hendaklah mengemukakan dua (2) salinan pelan tata atur terkini yang telah diluluskan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan dengan salinan kepada Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar, sebelum kerja-kerja pembukaan kawasan dimulakan, Tarikh sebenar projek bermuta dan dijangka siap hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas projek bermula dan memaklumkan tarikh scbenar projek siap tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas projek siap. ‘ASNS(B) 5070139061003 mbentungan Malaysia Pembinsan LojiRawatan Kumbahan Berpasat TERHAD 33. 34. 35, 36. 37. (ISMAIL BIN ITHNI Pengarah Sebarang pertukaran atau pembahagian hak milik harta tanahataupun pengurusan dan juga pertukaran nama projek/syarikat hendaklah dimaklumkan secara bertulis kepada Jabatan Alam Sckitar Negeri Sembilan tidak lewat daripada empat belas (14) hari selepas pelaksanaannya, Liabiliti Syarat-Syarat Kelulusan Laporan BIA pelaksanaan projek ini perlu dipertanggungjawabkan kepada pemilik baru. Pegawai yang bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perkara-perkara_ yang berkaitan dengan pengurusan alam sekitar hendaklah diperuntukkan di dalam struktur organisasi projek. Projek ini hendaklah dilaksanakan dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh kelulusan ini dikeluarkan, Sckiranya projek tidak dilaksanakan dalam tempoh tersebut kelulusan EIA ini dengan sendirinya terbatal Mematuhi arahan Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling dari semasa ke semasa dan tidak melanggar mana-mana peraturan dibawah Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 (Pindaan 1996) Pelan penutupan (abandonment) dan termasuk kerja-kerja pemulihan, penstabilan cerun, penanaman pokok, lanskap dan turfing hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan tidak lewat daripada enam (6) bulan sebelum projek ini dijangka ditamatkan. IN) Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan bp Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling Malaysia AS NS(B) 50/0131906/003 Jab Poikhidnatan Pombentungan Malaysia Pembinaan Loi Rawatan Kumbahaa Berpusst TERHAD LAMPIRAN 2 SYOR SYARAT-SYARAT PELAKSANAAN AGENSI-AGENSI BERKAITAN Majlis Perbandaran Seremban 1, Enapcemar yang dihasilkan daripada Loji Rawatan Kumbahan Berpusat hendaklah diberi rawatan penstabilan dan dilupuskan di tapak pelupusan yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seremban atau diproses sebagai bahan baja untuk kegunaan pertanian, 2. Sisa-sisa tumbuhan dan bahan buangan binaan hendaklah diuruskan dengan baik dan sisa-sisa ini hendaklah dilupuskan di tapak yang diluluskan oleh Majlis Perbandaran Seremban, abatan Pengairan dan Saliran 3. Rekabentuk binaan kawalan hakisan seperti perangkap mendap dan kolam perangkap mendap hendaklah mendapat pengesahan di peringkat rekabentuk dan ‘commission’ daripada Jurutera Bertauliah (Professional Engineer) dalam bidang berkaitan dan mendapat Kelulusan dari Jabatan Pengairan dan Saliran. Salinan dokumen bagi kelulusan dan pengesahan tersebut hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Alam Sckitar Negeri Sembilan dan satu salinan kepada Ibu Pejabat Jabatan Alam Sekitar. Jabatan Kesihatan 4 a yang mematuhi speksifikasi seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan hendaklah disediakan di kem pekerja binaan sebclum kerja-kerja pembinaan dilakukan, 5. Kemudahan pembasmi kuman seperti ‘chlorination’ untuk digunakan jika berlaku wabak penyakit seperti taun, typhoid dan cirit-birit hendaklah disediakan, Jabatan Kerja Raya 6. Laluan saluran paip pembentungan yang melalui rezab jalan perlu mendapat kebenaran daripada Jabatan Kerja Raya AS NS(B) 501013/906'003, ‘batan Pesthidmatan Pembentungan Malaysia Pombiaaan Loji Rawatan Kumbahan Besposat TERHAD Jabatan Perancang Bandar dan Desa 7. Rekabentuk konsep projek hendaklah dirujuk untuk ulasan Jabatan Perancang Bandar dan Desa agar ianya menepati Pelan Rancangan Struktur/Tempatan Majlis Perbandaran Seremban,

You might also like