Format Kajian Tindakan SKTSP 2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

TAJUK KAJIAN TINDAKAN

NAMA: THAVAPUTALVAN A/L GOVINDARAJOO


NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SRI PULAI
ALAMAT SEKOLAH : JALAN BATAI 3, TAMAN SRI PULAI, 81300
SKUDAI, JOHOR.
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Tajuk
2.0 Pengenalan
3.0 Demografi sekolah dan murid

4.0 Pelaksanaan kajian tindakan

4.1 Membuat pemerhatian


4.2 Refleksi
4.3 Merancang
4.4 Melaksanakan Tindakan
5.0 Membuat pemerhatian
6.0 Merefleksi
7.0 Kesimpulan

1.0 TAJUK
Perkara utama yang perlu diberi perhatian dalam menulis tajuk penyelidikan akademik
ialah:
1. Menggambarkan subjek dan skop kajian.
2. Jangan gunakan singkatan (kecuali menggambarkan skop kajian).
3. Gunakan perkataan yang boleh menimbulkan positive impression dan menarik
perhatian pembaca.
4. Gunakan istilah terkini dalam bidang yang dikaji.
Contoh :
MENINGKATKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN PEMBUNDARAN NOMBOR BULAT
MURID TAHUN 4 DENGAN MENGGUNAKAN MODEL KIT GO GLOVE

2.0 PENGENALAN
Pengenalan kepada kajian anda, seperti abstrak.
 Kajian tindakan berfokus kepada apa
 Pesera kajian
 Data kajian
 Metodologi kajian
Contoh
Kajian tindakan ini memberi fokus kepada bagaimana saya dapat membantu

murid-murid Tahun 4 meningkatkan kemahiran pembundaran nombor bulat 0 hingga

100 000 ke puluh, ratus, ribu dan puluh ribu terdekat dengan menggunakan Model Kit

Go Glove. Peserta kajian terdiri daripada tiga orang murid Tahun 4 yang mendapat

markah kurang daripada 50% dalam menyelesaikan soalan dalam buku latihan. Data

kajian dikumpul dengan menggunakan ujian pra, lembaran kerja, ujian pasca dan

pemerhatian. Hasil analisis data menunjukkan peningkatan markah dalam ujian pasca

berbanding dengan ujian pra. Penggunaan Model Kit Go Glove berjaya membantu

murid Tahun 4 untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam pembundaran nombor

bulat.

3.0 DEMOGRAFI SEKOLAH DAN MURID


Nyatakan latar belakang sekolah untuk memberikan gambaran kepada pembaca
tentang situasi di sekolah tersebut. Maklumat yang boleh dimasukkan adalah seperti:
 Lokasi sekolah
 Bilangan guru
 Bilangan bilik darjah
 Enrolmen murid
 Infrastruktur
 Maklumat utama dan penting mengenai sekolah

4.0 PELAKSANAAN KAJIAN TINDAKAN


4.1 PEMERHATIAN
Perhatikan isu dalam bilik darjah dan perihalkan apa yang berlaku.
Contoh perkara yang diperhatikan:
Markah pencapaian akademik murid/Keadaan fizikal/mental
murid/Prasarana/Sikap murid

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas....................................... bagi


mata pelajaran ......................................

Saya dapati bahawa murid saya tidak


dapat ...............................................................................................................

Hal ini dapat ditunjukkan melalui (data


– ) ......................................................................................................................

Contoh

Hasil pemerhatian saya semasa mengajar di kelas tahun 4 bagi mata pelajaran

Matematik, saya dapati bahawa tiga daripada empat orang murid saya menghadapi

masalah dalam menjawab soalan pembundaran hingga 100 000, ke puluh, ratus, ribu

dan puluh ribu terdekat. Sebagai contoh, murid mengalami kesukaran dalam mengingat

cara yang ditunjukkan oleh guru untuk membundarkan nombor ke puluh, ratus dan ribu

terdekat. Mereka tidak menukarkan digit – digit yang berada selepas nilai pembundaran

kepada sifar dan tidak menambah satu kepada digit yang dibundarkan sekiranya digit
yang berada di sebelah kanan bernilai 5 hingga 9. Mereka juga tidak dapat

mengekalkan digit yang dibundarkan sekiranya digit yang berada di sebelah kanan

bernilai 0 hingga 4. Terdapat murid yang hanya mengikut gerak hati dan terdapat murid

yang menunggu masa untuk meniru jawapan rakan sebelah. Hal ini dapat ditunjukkan

melalui analisis penyemakan buku latihan murid

Analisis Penyemakan Buku Latihan Murid

Murid Kesilapan Analisis kesilapan

A
Keliru dengan konsep
pembundaran

B
Hanya menulis jawapan
sahaja

Apabila menganalisis kesilapan yang dilakukan oleh murid dalam buku latihan,

saya dapati bahawa murid A keliru dengan konsep pembundaran kerana dia tidak dapat

menetapkan sama ada tambah sifar atau tambah satu pada digit yang perlu

dibundarkan dengan membanding nombor di sebelah kanannya.


Manakala, murid B pula hanya menulis jawapan bagi nombor yang perlu

dibundarkan. Oleh itu, saya tidak dapat mengenal pasti masalah yang murid ini hadapi

dalam topik pembundaran nombor bulat.

4.2 REFLEKSI
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang
mungkin telah menyebabkan berlakunya perkara yang diperhatikan semasa
pemerhatian dilakukan.
Kenal pasti punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri ( berkitan diri guru sendiri
yang menyumbang kepada masalah ) dan fikirkan jalan penyelesaian.
Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid / semakan latihan murid/
keputusan ujian/ temu bual/analisis head count/ analisis item ( sekurang-
kurangnya daripada dua sumber data) dalam kelas semasa saya
mengajar/berdasarkan
isu............................................................................................................................
............
Berikut analisis /contoh antara kesilapan yang dapat dikesan semasa murid

menjawab soalan

ujian ........................................................................................................................

.........

Masalah ini berlaku dalam kalangan murid adalah kerana mereka

tidak ......................................................

Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya

kerana.........................................................................

Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menjawab soalan
/menguasai kemahiran
………………………………………………………………………………………

Jika perkara/masalah ini tidak ditangani akan menjadi lebih teruk, murid
akan ..................................................... terus....................................................Murid
juga akan terlepas peluang untuk mendapatkan markah
kerana............................................Bagi mengatasi masalah ini, saya akan
mencuba..........................................

Contoh
Hasil daripada pemerhatian tingkah laku murid dan semakan latihan murid dalam
kelas semasa saya mengajar kemahiran pembundaran nombor bulat, terdapat segelintir
murid yang masih tidak dapat menjawab soalan pembundaran. Apabila menyemak hasil
kerja murid, segelintir murid tidak dapat mengenal pasti nombor yang perlu ditambah
adalah 0 atau 1.
Masalah ini berlaku dalam kalangan murid kerana mereka tidak memahami konsep
pembundaran nombor bulat. Masalah ini berlaku juga berpunca daripada saya kerana
strategi yang saya guna mengabaikan pembentukan konsep matematik secara konkrit.
Malah, saya lebih memberi penekanan kepada kefahaman procedural.
Daripada refleksi di atas, didapati bahawa murid tidak dapat menguasai kemahiran
pembundaran nombor bulat 0 hingga 100 000, ke puluh, ratus dan ribu terdekat. Jika
perkara ini tidak ditangani murid akan tidak berjaya menjawab soalan pembundaran
yang diberikan .Bagi mengatasi masalah ini, saya akan mencuba membantu murid-
murid saya memahami konsep pembundaran nombor bulat 0 hingga 100 000, ke puluh,
ratus dan ribu terdekat dengan menggunakan satu kaedah secara konkrit iaitu Model
Kit “Kaedah Glove”.

4.3 MERANCANG
Berdasarkan refleksi, rancang apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan jalan
penyelesaian (intervensi) . Apa yang penting , setiap aktiviti/ tindakan/intervensi yang
akan dijalankan perlu dijelaskan pelaksanaannya dengan terperinci.
Tetapkan objektif atau matlamat yang dihasratkan.
Tentukan cara/aktiviti/tindakan yang akan digunakan untuk mencapai objektif.
Tetapkan metodologi yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan analisis
yang digunakan untuk menentukan kejayaan.[Contoh metodologi pengumpulan
data:Ujian, Rakaman, Soal selidik, Temu bual, Dokumen,]
* Intervensi / aktiviti yang dilaksanakan mesti bertujuan mencapai Objektif yang
telah ditetapkan.
Objektif kajian :-
akan dapat ...............................................................................................................
Murid ..........................................................................................................
...
Murid ..........................................................................................................
...
Guru ...........................................................................................................
...

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah


(metodologi) :i ..................................iii. ........................
ANALISIS DATA yang akan saya gunakan untuk menentukan kejayaan
ialah.......................................
.....................................................................( contoh, peratus, bilangan atau lain-lain
yang sesuai dan laporkan dalam dalam bentuk jadual, graf, atau lain-lain yang sesuai)

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : ………………………………..

Langkah 1 :
…………...........................................................................................................................
Langkah
2 : ......................................................................................................................................
.....
* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada
masalah
dan tindakan yang akan diiambil untuk menyelesaikan masalah.

Contoh
Objektif kajian :-
1) Meningkatkan kemahiran murid-murid tahun 4 dalam pembundaran nombor
bulat hingga 100 000 ke puluh, ratus, ribu, puluh ribu dan ratus ribu terdekat
dengan menggunakan Model Kit “Kaedah Glove”.
2) Memperihalkan amalan penambahbaikan pedagogi guru dalam
meningkatkan penguasaan murid tahun 4 dalam meningkatkan kemahiran
membundarkan nombor bulat 0 hingga 100 000 ke puluh, ratus, ribu, puluh
ribu dan ratus ribu terdekat.

Saya merancang mendapatkan data dengan menggunakan kaedah pemerhatian


dan penyemakan buku latihan murid untuk mengumpul data awal mengenai masalah
pembelajaran murid dalam topik pembundaran nombor bulat. Analisis data yang akan
saya gunakan untuk menentukan kejayaan ialah laporan pemerhatian dan jadual
peratus pencapaian dalam penyemakan buku latihan murid.

Analisis Pemerhatian Semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Semasa pemerhatian saya dalam proses PdP, saya dapati bahawa tiga daripada empat

orang murid saya menghadapi masalah dalam menjawab soalan pembundaran hingga 100

000, ke puluh, ratus, ribu dan puluh ribu terdekat. Sebagai contoh, murid mengalami kesukaran

dalam mengingat cara yang ditunjukkan oleh guru untuk membundarkan nombor ke puluh,

ratus dan ribu terdekat. Mereka tidak menukarkan digit – digit yang berada selepas nilai

pembundaran kepada sifar dan tidak menambah satu kepada digit yang dibundarkan sekiranya

digit yang berada di sebelah kanan bernilai 5 hingga 9. Mereka juga tidak dapat mengekalkan

digit yang dibundarkan sekiranya digit yang berada di sebelah kanan bernilai 0 hingga 4.

Terdapat murid yang hanya mengikut gerak hati dan terdapat murid yang menunggu masa

untuk meniru jawapan rakan sebelah.

Analisis Penyemakan Buku Latihan Murid

Jadual 3 menunjukkan skor pencapaian murid dalam buku latihan.


Pencapaian murid dalam buku latihan

Murid Skor dalam buku latihan (n) n


Peratus % = ×100
s (n)

A 14 47

B 13 43

C 27 90

D 12 40

Menurut Jadual 2, hanya murid C mendapat markah lebih daripada 50%. Murid-murid

yang mendapat pencapaian 50% ke bawah telah dipilih sebagai peserta kajian. Maka, saya

telah memilih murid A,B dan D sebagai peserta kajian bagi kajian ini.

Saya akan melaksanakan aktiviti/intervensi seperti berikut :

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3


- Peringkat konkrit - Peringkat semi konkrit - Peringkat abstrak
Kaedah Glove Kaedah Glove Kaedah Glove

4.4 MELAKSANAKAN TINDAKAN


Berdasarkan kepada perancangan, laksanakan tindakan/ intervensi mengikut
metodologi yang telah ditetapkan. Contoh intervensi:Projek, Perbahasan,
Pementasan, ABM baharu, Kaedah pengajaran baharu/( di sinilah keluarnya
inovasi). Contoh metodologi pengumpulan data: Ujian, rakaman, soal selidik, temu
bual, Dokumen, pemerhatian tingkah laku/situasi. (CATATKAN :-i) siapa yang
terlibat, ii) Tarikh/masa dilakukan, iii) Apa yang berlaku Iv) Bagaimana dilakukan

Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan


aktiviti/intervensi seperti berikut :

Aktiviti 1 : ………………………………..
Langkah 1 :
…………............................................................................................................................
Langkah
2 : ......................................................................................................................................
.....
Aktiviti 2 : ……………………………………….
Langkah
1 : .....................................................................................................................................
.....
Langkah
2 : ......................................................................................................................................
.....
Aktiviti 3 : ……………………………………….....
Langkah
1 : .....................................................................................................................................
.......
Langkah
2 : .....................................................................................................................................
......
Langkah
3 : ......................................................................................................................................
......

* bilangan aktiviti/intervensi dan langkah yang akan dijalankan bergantung kepada


masalahyang hendak diselesaikan/objektif yang hendak dicapai.

Contoh
Berdasarkan perancangan tindakan yang telah saya tetapkan , saya laksanakan
aktiviti seperti berikut :
Fasa pertama : Penggunaan Model Kit Go Glove secara konkrit

I. Guru memperkenal dan mendemonstrasikan cara menggunakan Model Kit Go Glove

II. Seterusnya guru telah menunjukkan penyelesaian bagi contoh soalan


pembundaran nombor bulat dengan menggunakan Model Kit Go Glove seperti
dibawah.

1. Murid memilih sampul surat mengikut aliran masing-masing.


2. Murid perlu melihat soalan yang terdapat dalam sampul tersebut dan menuliskan
nombornya pada petak mengikut nilai tempat.
3. Murid perlu meletakkan modal cermin pada nilai tempat yang perlu dibundarkan.
a. Bulat pertama pada modal cermin merupakan nilai tempat yang perlu
dibundarkan. Manakala, bulat kedua pada modal cermin akan berada pada
nombor sebelah kanan nombor akan dibundarkan.

4. Murid perlu memakai “Glove Magic” dan perlu melihat pada jari nombor yang
ditunjukkan oleh bulat kedua pada modal cermin.

5. Seterusnya, murid perlu melihat nilai yang ada pada tapak tangan jari nombor tersebut
dan menambahkannya pada bulat pertama modal cermin yang ada simbol ‘+’.

a. Sekiranya jari nombor 0 hingga 4, murid akan menambahkan ‘0’ pada


bulat pertama modal cermin.
b. Kalau jari nombornya 5 hingga 9, murid akan menambahkan
‘1’ pada bulat pertama modal cermin.

6. Selepas penambahan, murid perlu menuliskan nombor bulat pertama modal cermin
pada baris kedua dan bulat kedua modal cermin akan menjadi 0.
7. Selepas mendapat jawapan pada Modal Kit “Go Glove”, murid akan menyemak
jawapan pada skema jawapan yang terdapat di belakang lembaran kerja.
8. Murid boleh mengambil ganjaran dalam kotak kecil jika jawapannya betul.
9. Murid akan mencuba lagi dengan soalan lain jika jawapannya salah.
Fasa kedua : Penggunaan Gambar Glove secara semi konkrit

I. Murid diminta mengimbas kembali langkah-langkah pembundaran nombor bulat


dengan menggunakan Model Kit Go Glove.

II. Guru telah mengadakan sesi soal jawab dengan menggunakan soalan yang sama
seperti fasa pertama.

II. Seterusnya, guru telah membimbing murid menyelesaikan soalan pembundaran nombor
bulat dengan menggunakan gambar Glove seperti Jadual 5.

Jadual 5

Contoh penyelesaian dengan gambar Glove.

Langkah Penerangan Contoh penyelesaian


1 Guru telah memaparkan satu soalan dan
meminta murid untuk membundarkan ke 6 222
puluh yang terdekat.
2 Murid diminta melukis garisan melintang
6 222
di bawah nombor soalan.
3 Murid diminta membuat garisan menegak
di sebelah kanan pada nilai puluh.
6 222
4 Guru telah memberikan gambar Glove
kepada semua murid

6 Murid diminta untuk melihat soalan dan


memastikan nombor apakah yang 6 222
terdapat di sebelah kanan garis menegak,
iaitu nombor 2.
7 Selepas itu, murid diminta melihat pada
nombor 2 dalam gambar Glove dan tapak
tangan gambar tersebut.
9 Murid diminta menambahkan nilai yang
ada pada tapak gambar Glove kepada +0

nombor sebelah kiri garis menegak.


11 Murid diminta membuat pembundaran
6 222
puluh terdekat pada nombor 6 222 dan 6 220
menulis jawannya di bawah soalan.

III. Selepas guru mendemonstrasikan cara penyelesaian pembundaran nombor bulat


dengan menggunakan gambar Glove, guru telah mengedarkan gambar Glove kepada
setiap murid dan diminta membundarkan nombor 9 655 kepada ribu terdekat dengan
menggunakan Kaedah Glove.

IV Guru telah membimbing murid untuk menyelesaikan soalan.

V. Guru telah mengadakan aktiviti berpasangan, terdapat tiga soalan aktiviti berpasangan
yang memerlukan murid menjawab dengan menggunakan gambar Glove.

VI. Guru telah menyemak jawapan aktiviti berpasangan.

VII. Guru telah memberikan lembaran kerja B secara individu kepada murid.

Fasa ketiga : Lembaran kerja peringkat abstrak

I. Guru telah meminta murid untuk membayangkan Model Kit Go Glove secara visual
pada tangan dan menyatakan langkah-langkah penyelesaian soalan pembundaran
dengan menggunakan gambar Glove.

II. Guru telah meminta murid menyelesaikan satu contoh soalan secara individu.

Contoh soalan. Membundarkan nombor 8 345 kepada ratus yang terdekat?

III. Guru telah berbincang jawapan dengan murid dan membetulkan jawapan mereka
sekiranya terdapat kesilapan.

IV. Pada akhir fasa ketiga, murid telah menyelesaikan lembaran kerja C yang diberikan oleh
guru.
5.0 MEMBUAT PEMERHATIAN
Pemerhatian semula Guru mencatatkan perubahan yang berlaku selepas
tindakan/intervensi dijalankan .

Contoh: hasil analisis perbandingan markah, tingkah laku (behaviour), sikap


(attitude), disiplin, motivasi, gambar, video, kaedah pengajaran sebelum dan
selepas tindakan/ intervensi dilakukan sama ada objektif telah tercapai atau tidak.

(Refleksi keseluruhan kajian)

i. Jika objektif telah tercapai, guru mencatatkan refleksi mengapa beliau berpuas
hati dan kajian tindakan

.......................................................................................................................................
.....................................................................................................................................

ii. Jika objektif tidak tercapai, guru mencatakan refleksi mengapa objektif/ sasaran
tidak tercapai dan

mencadangkan perancangan alternatif yang lebih praktikal dan ulang kembali


proses refleksi di 4.2 hingga selesai kitaran untuk menentukan objektif yang
asal/baharu tercapai.

Contoh
ANALISIS DATA

Pentaksiran bertulis (Ujian Pra dan Ujian Pasca)

Saya telah mentadbirkan ujian pra dan ujian pasca kepada tiga orang peserta

kajian saya sebelum dan selepas sesi tindakan. Soalan bagi kedua-dua ujian ini adalah

sama dan markah penuhnya ialah 15. Jadual 6 dan Rajah 6 menunjukkan

perbandingan pencapaian peserta kajian dalam ujian pra dan ujian pasca.

Jadual 6

Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca


Murid Ujian pra Ujian pasca Perbezaan Catatan
(%) (%) markah
A 40 100 60 Peningkatan
Markah
B 40 100 60 Peningkatan
Markah
C 33 100 67 Peningkatan
Markah

120

100 100 100


100
Markah Murid (%)

80

60

40 40
40 33

20

0
A B C

Peserta Kajian

Ujian Pra Ujian Pasca

Rajah 6. Pencapaian Markah Ujian Pra dan Ujian Pasca bagi Peserta Kajian.

Berdasarkan Jadual 6 dan Rajah 6, semua murid telah menunjukkan peningkatan


markah dalam ujian pasca dibandingkan dengan ujian pra. Dua orang peserta kajian
yang mendapat 40 markah dalam ujian pra telah mendapat 100 markah dalam ujian
pasca. Murid C yang mendapat 33 markah dalam ujian pra telah mendapat 100 markah
dalam ujian pasca sekaligus mencatat perubahan markah tertinggi dengan memperoleh
perbezaan 67 markah. Perubahan dan peningkatan markah dalam ujian pasca sedikit
sebanyak dapat menunjukkan bahawa Kaedah Glove ini dapat meningkatkan
kemahiran pembundaran nombor bulat murid-murid ini.
Semakan Latihan (Lembaran Kerja)

Saya telah mengedarkan lembaran kerja kepada setiap murid dalam setiap fasa
tindakan yang telah dijalankan. Tujuanya adalah untuk memantau pencapaian peserta
kajian dalam penguasaan konsep pembundaran nombor bulat dengan menggunakan
Kaedah Glove, gambar Glove dan Lembaran Kerja.

Jadual 7

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3


Bilangan (%) Bilangan (%) Bilangan (%)
Soalan Soalan Soalan
Murid
Yang Yang Yang
betul (9 betul (9 betul (9
soalan) soalan) soalan)

A 9 100 9 100 8 89

B 9 100 9 100 8 89

C 9 100 9 100 9 100

100
90
80
70
Peratus Markah

60
50
40
30
20
10
0
A B C

Peserta Kjian

Fasa 1 Fasa 2 Fasa 3


Jadual 7 dan Rajah 7 menunjukkan skor dan analisis skor yang diperoleh oleh
peserta kajian dalam lembaran kerja semasa fasa tindakan dijalankan. Pola pencapaian
murid C menunjukkan pencapaian markah yang sama dengan mendapat semua soalan
betul dalam ketiga-tiga lembaran kerja yang diberikan. Manakala, murid A dan murid B
menunjukkan pencapaian markah yang tidak sama, di mana terdapat penurunan
markah dalam Lembaran Kerja fasa tiga

Refleksi Kajian
Berdasarkan dapatan kajian yang diperolehi, Model Kit Go Glove memang
meningkatkan kemahiran murid dalam pembundaran nombor bulat. Ia juga
membuktikkan objektif kajian saya tercapai.

6.0 MEREFLEKSI
Berdasarkan kepada pemerhatian/ data, imbas kembali / buat refleksi apa yang
mungkin telah menyebabkan berlakunya perkara yang diperhatikan di 5.0. Kenal pasti
punca isu yang berlaku melalui refleksi kendiri dan fikirkan jalan penyelesaian. tamat
dan mencadangkan perancangan yang boleh dilaksanakan beliau sendiri pada masa
akan datang.

Pada pendapat saya kekuatan kajian ini adalah perancangan tindakan yang rapi
mengikut susunan yang sesuai telah membantu saya mencapai objektif kajian ini.
Pembahagian pelaksanaan tindakan kepada tiga fasa yang sesuai dengan tahap
keupayaan murid telah membantu saya melaksanakan kajian dengan lebih teratur dari
segi pengajaran dan pembelajaran. Fasa pertama tindakan, penggunaan bahan kokrit
Model Kit Go Glove telah membantu murid untuk menguasai dan memahami kemahiran
pembundaran nombor bulat dengan lebih mudah dan cepat. Pernyataan ini disokong
oleh Saunders (1974, seperti dinyatakan dalam Khoo, 2014). Sebelum ini, saya kurang
mengaplikasikan penggunaan bahan konkrit dalam pengajaran kerana saya
beranggapan bahawa penggunaan bahan konkrit hanya membebankan guru dan murid
kerana ia hanya pembaziran masa dengan menggangu penumpuan murid semasa
pengajaran. Selepas fasa pertama dilaksanakan, saya sedar bahawa penggunaan
bahan konkrit akan membantu murid memahami kemahiran pembundaran nombor bulat
dengan lebih mudah.

Cadangan Kajian Seterusnya

Berdasarkan hasil pelaksanaan kajian tindakan ini, saya mencadangkan Kaedah


Glove ini dijadikan sebagai satu courseware supaya konsep nilai tempat juga dapat
diterapkan. Dengan menyediakan courseware, Kaedah Glove boleh digunakan oleh
murid tahun 1 hingga tahun 6 sekaligus penggunaan teknologi dan maklumat juga
boleh diterapkan.

7.0 KESIMPULAN
Kesimpulanya, pengajaran dan pembelajaran yang beransur maju daripada
penggunaan bahan konkrit, semikonkrit ke abstrak adalah sesuai untuk murid
kumpulan sasaran saya kerana konsep pembundaran yang abstrak memerlukan
sesuatu bahan manipulatif untuk mengajarnya dan penyampaian pengajaran
secara berperingkat ini membolehkan murid-murid membina pemahaman yang
mendalam.

You might also like