Demonstrasi Latihan Kebakaran 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA LINGGI,

78200 KUALA SUNGAI BARU, MELAKA

KERTAS KERJA
PROGRAM DEMONSTRASI
LATIHAN KEBAKARAN
2017

Disediakan Oleh :
En. Mohd Hadi Bin Mohd Nor

Setiausaha,

Unit Keselamatan Dan Kebakaran

SK Kuala Linggi
1. Pendahuluan

Isu keselamatan di sekolah merupakan aspek yang amat penting dan perlu dititik
beratkan oleh semua, tidak kira pihak pentadbiran sekolah, guru-guru mahupun murid-
murid. Oleh itu, perancangan yang teliti perlu dilakukan bagi memastikan aspek
keselamatan terutamanya yang melibatkan kebakaran dapat dibuat dengan baik.

2. Matlamat

a) Mendedahkan kepada murid pengalaman langsung menghadapi


bahaya kebakaran.
b) Melatih murid kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri ketika
kecemasan/kebakaran berlaku di sekolah.
c) Menjalin hubungan yang erat bersama agensi kerajaan yang
bertanggungjawab dalam menjaga keselamatan dan pencegahan
kebakaran.

3. Objektif
a) Menambahkan pengetahuan dan pengalaman kepada murid
kaedah menyelamatkan diri ketika kebakaran/kecemasan
b) Meluaskan minda dan pemikiran terhadap kaedah yang sistematik
dalam menyelamatkan diri dan mencegah risiko kebakaran
c) Mendedahkan kepentingan usaha menyelamat oleh pihak bomba
dan agensi keselamatan yang lain.
d) Murid berupaya menjalani latihan menyelamat dengan penuh
disiplin.

4. Tarikh
16 Mac 2017 (Khamis)
5. Masa
9.30 Pagi – 11.30 pagi

6. Tempat
Padang sekolah.

7. Pengelolaan
Jawatan Kuasa Keselamatan Dan Kebakaran, SK Kuala Linggi

8. Penglibatan :

BIL SUMBER MANUSIA LELAKI PEREMPUAN JUMLAH


1. GURU 9 23 32
2. MURID 136 146 282
3. STAF SOKONGAN 2 4 6
4. PEMBERSIH SWASTA 2 1 3
5. PEKERJA KANTIN 1 3 4
PEGAWAI KESELAMATAN
6. 4 - 4
SWASTA
JUMLAH 154 177 331

9. Pelan Kecemasan SK Kuala Linggi


8.1 Seperti Lampiran 1

10. Peraturan Latihan Kecemasan Dan kebakaran SK Kuala Linggi


9.1 Seperti Lampiran 2

11. Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran


10.1 Seperti Lampiran 3
12. Kewangan

Bil. Perkara Anggaran Kos RM


1. Jamuan ringan
10 orang x RM3.00
30.00
2. Peralatan / Bahan
i. Minyak petrol 5 liter = RM 10.00 20.00
ii. Minyak diesel 5 liter = RM 10.00
18.00
3. Cenderahati kepada anggota 50.00
bomba
JUMLAH 100.00

* Sumber kewangan : 1) PIBG

2) Sumbangan Luar
13. Jawatankuasa Pengelolaan Latihan Kebakaran

Pengerusi : Pn. Hjh. Salina Bt. Bujang (Guru Besar)


Naib Pengerusi 1 : Pn. Norhayati Bt. Mohd Yusof (GPK HEM)
Naib pengerusi 2 : Pn. Noraini Bt. A. Bakar (GPK Pentadbiran dan Kurikulum)
Naib pengerusi 3 : Pn. Norhayati Bt. Ismail (GPK Kokurikulum)
Naib Pengerusi 4 : Pn. Hjh. Norhaidah Bt. Hj. Ali (GPK Pendidikan Khas)
Setiausaha : En. Mohd Hadi Bin Mohd Nor
Ahli Jawatankuasa
Loceng : Tn. Hj. Muhammad B. Musa
Kawalan murid : Pn. Haryati Bt. Sahat (1A)
Pn. Emylia Sharniza bt. Ariffin (1B)
Pn. Mooniroh Bt. Ahmad (2A)
En. Mustafa B. Rashid (2B)
Pn. Dayang Juriah Bt. Awg. Burak (3A)
Pn. Zanaria Bt. Laji (3B)
En. Anuar B. Md Yatim (4A)
Pn. Jamilah Bt. Johar (4B)
En. Abdul Razak B. Hashim (5A)
Pn. Norliza Bt. Samad (6A)
Pn. Siti Nor Aswani Bt. Husin (Pra Sekolah)
Pn. Murnizawati Bt. Jahaya (PK Cerdik)
Pn. Noraini Bt. Mahamad (PK Cerdas)
Pn. Aiman Sabaryni Bt.Yahya (PK Ceria)
En. Mohd Hadi B. Mohd Nor (Cekal)
Pn. Norain Bt. Rosli (PK Cakna)
Pembantu Pengurusan Murid
Jururakam peristiwa : Pn. Noorazwa Bt. Idris
Kebersihan : Pekerja Pembersihan
Guru peronda : En. Mohd Najib B. Mazlan
Pn. Jamilah Bt. Ahmad Mokhtor
Pn. Siti Mazura Bt. AB Karim
Tugasan letupan dan
penyediaan asap : En. Ismail Asib B. Md Amin
Tn. Hj. Mohd Hazwad b. Sarif
Juruacara : Pn. Intan Terpilih Bt. Che Nakaf
Penyediaan Alatan : En. Rizman B. Abdullah
: Tn. Hj. Rosli B. Abdullah
Broshure Program : Pn. Naimah Bt. Mahadi
Penjaga Masa : En. Mustafa B. Rashid
: Pn. Yatimah Bt. Osman
14. Penutup

Program ini diharapkan dapat memberi pendedahan kepada guru pelatih dalam
merancang dan melaksanakan program Demonstrasi Latihan Kebakaran
bersama Jabatan Bomba di sekolah. Seterusnya diharapkan warga sekolah
bersedia dalam menghadapi situasi kecemasan yang sebenar.

Disediakan oleh:

……………………………..
(MOHD HADI BIN MOHD NOR)
Setiausaha
Jawatan Kuasa Keselamatan Dan Kebakaran,

SK Kuala Linggi.

Disemak oleh:

………………………………..

Disahkan oleh :

………………………………….
Lampiran 2

SK KUALA LINGGI
LATIHAN KECEMASAN DAN KEBAKARAN

1. PERATURAN AM
1.1. Isyarat kecemasan akan dibunyikan pada bila-bila masa latihan kecemasan dan
kebakaran diadakan. Isyarat tersebut ialah bunyi loceng panjang dan bertalu-
talu.
1.2. Semua penghuni bangunan/bilik (tiada pengecualian) dimestikan mengikuti
latihan ini dan mematuhi peraturan-peraturan yang dinyatakan seperti berikut:
1.2.1. Pastikan bilik-bilik darjah, pejabat dan bangunan tertentu dikunci dan
ditutup rapat sebelum ditinggalkan. Sekiranya masa kritikal tidak perlu
berbuat demikian.
1.2.2. Padamkan lampu dan kipas
1.2.3. Penghuni bangunan hanya dibenarkan membawa barang-barang penting
seperti wang, barang kemas dan seumpamanya yang senang dibawa.
1.2.4. Dikehendaki berkumpul di tempat yang telah ditetapkan seperti pelan
laluan yang dilampirkan.
1.2.5. Tinggalkan bilik-bilik/bangunan dalam keadaan teratur, senyap tetapi
pantas.
1.2.6. Jangan berkeliaran di bangunan KECUALI petugas khas yang
dipertanggungjawab membuat demikian.
1.2.7. Jaga keselamatan diri dan kumpulan anda.

2. TUGAS MURID-MURID
2.1. Masukkan kerusi di bawah meja
2.2. Tidak dibenarkan membawa beg
2.3. Matikan suis lampu dan kipas
2.4. Beratur di luar bilik darjah. Berjalan (JANGAN BERLARI) mengikut barisan ke
padang dengan senyap dan pantas
2.5. Di padang murid beratur mengikut barisan dan kelas seperti waktu perhimpunan

3. TUGAS GURU DALAM BILIK DARJAH


3.1. Membantu ketua kelas/pelajar mengatur perjalanan keluar dari bilik darjah ke
padang. Bawa jadual kedatangan jika ada dan pastikan pintu bilik darjah dan
bilik guru ditutup. Sekiranya masa kritikal tidak perlu menutup pintu.
3.2. Membantu menyusun kedudukan murid-murid mengikut kelompok di padang
seperti dalam pelan laluan keluar.
3.3. Memastikan semua suis ditutup

4. TUGAS GURU DI MAKMAL SAINS/KEMAHIRAN HIDUP


4.1. Tamatkan eksperimen/kerja pertukangan serta merta dan tenangkan murid-
murid
4.2. Padamkan semua api, matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug
dari soket-soket berkenaan.
4.3. Arahkan semua murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib
dan berjalan keluar mengikut laluan keluar dengan senyap dan pantas.
4.4. Tutup pintu bilik. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat demikian.

5. GURU DI PUSAT SUMBER, BILIK TAYANG, BILIK MUZIK, PENGGUNA


PERPUSTAKAAN, MAKMAL KOMPUTER DAN BILIK AKSES.
5.1. Berhenti membaca dengan serta-merta dan kembalikan bahan bacaan ke
tempat asal.
5.2. Matikan semua suis lampu, kipas dan tanggalkan plug dari soket yang
berkenaan
5.3. Arahkan murid memasukkan kerusi di bawah meja, beratur dengan tertib dan
berjalan keluar secara senyap dan pantas.
5.4. Tutup tingkap dan pintu sebelum meninggalkan bangunan. Sekiranya masa
kritikal tidak perlu berbuat demikian.
6. SEMUA GURU HENDAKLAH MEMASTIKAN :
6.1. Tiada pelajar yang tercicir dalam kumpulan atau merayau-rayau.
6.2. Pastikan keselamatan murid terjamin ketika di padang.

7. PEJABAT/KAKITANGAN PEJABAT
7.1. Tutup semua tingkap
7.2. Kunci laci-laci dan rak dengan kemas.
7.3. Matikan semua suis lampu, kipas dan computer serta cabut plug dari soket.
7.4. Sila tinggalkan bangunan dengan teratur dan selamat. Sekiranya ada tetamu di
pejabat, bawa bersama tetamu ke padang mengikut laluan.
7.5. Pastikan pintu pejabat dikunci. Sekiranya masa kritikal tidak perlu berbuat
demikian.
7.6. Bawa jadual kedatangan murid.

8. BILIK PEKERJA
8.1. Semua pekerja sekolah diminta meninggalkan bilik dengan segera. Ketua
pekerja pastikan bahawa lampu dan kipas sudah dipadamkan dan tutup pintu
bilik dengan rapat.
8.2. Ketua pekerja mengarahkan semua pekerja berada di pintu pagar masuk dan
beberapa pekerja diminta membantu bomba membuka mana-mana bilik yang
diperlukan oleh bomba.

9. KANTIN
9.1. Kerja memasak dan penjualan serta lain-lain kerja hendaklah diberhentikan
serta-merta.
9.2. Arahkan semua pelanggan berhenti makan serta-merta dan berjalan ke padang
mengikut laluan yang ditetapkan.
9.3. Ketua kantin memastikan semua suis lampu, kipas, radio, peti sejuk
dipadamkan. Cabut plug daripada soket.
9.4. Sebelum meninggalkan bangunan pastikan makanan ditutup dan tutup semua
tigkap dan kunci dengan segera.
10. KETUA PERONDA/PERONDA (YANG DILANTIK)
10.1. Meronda ke setiap bangunan / kawasan sekolah dan membuat laporan
kepada bomba jika dikehendaki.

11. ORANG YANG MENGHUBUNGI BOMBA


11.1. Adalah orang yang berhampiran dengan telefon (kakitangan pejabat atau
Guru Besar)
Lampiran 3

1. 1 Jadual Pelaksanaan Demonstrasi Latihan Kebakaran

MASA Butir-Butir Aktiviti


8.00 – 8.30 pagi
 Letupan dilakukan oleh guru bertugas.
 Loceng amaran kebakaran akan dibunyikan.
 Panggilan kecemasan ke Balai Bomba.
 Semua warga sekolah wajib meninggalkan bangunan
dan menuju ke tempat berkumpul seperti yang terdapat
dalam plan kecemasan
 Guru kelas memeriksa kehadiran murid.

9.00 – 10.30 pagi


 Ketibaan pasukan Bomba.
 Operasi menyelamatkan mangsa.

10.30 –11.00 t/hari  ‘ Post mortem’ oleh pengawai bomba.


 Demonstrasi memadamkan kebakaran oleh pihak
Bomba dan Penyelamat Malaysia.

11.00 –11.30 t/hari  Refleksi dan sesi soal jawab bersama pihak bomba
 Para murid bersurai.
 Tetamu dijemput ke jamuan ringan.

You might also like